BAB 4

Drama Completed 552

"Abang nak pergi mana? Mari la sarapan dulu. Saya masak nasi lemak kegemaran abang."

Pagi-pagi lagi Am sudah bersiap. Melihat gayanya seperti mahu berjoging.

"Kau kalau nak gemok gemok sorang-sorang je. Jangan jadikan aku gemok sekali. Tiap minggu makan nasi lemak. Aku muak."

Am sudah siap mengikat tali kasut. Dia bersedia untuk keluar ke rumah.

"Ain nak ikut boleh. Dah lama rasanya kita tak joging sama-sama kan?"

Am tidak memperdulikanku. Dia terus saja keluar dan berjoging. Aku duduk di meja makan. Makanan yang terhidang aku tenung. Aku kecewa dengan Am. Semenjak aku berkahwin dengannya, aku seolah-olah tidak mengenali Am. Dia juga selalu bercakap kasar dengan aku.

Aku mencedok sedikit nasi untuk bersarapan.

"Tak nak makan sudah. Aku makan sorang-sorang. Ingat lawo sangat ke kurus-kurus macam dia tu. Podah."

=====

"Kalau boleh ibu nak cepat-cepat dapat cucu. Korang berdua usaha la lagi."

Aku hanya mampu tersengih dengan kata-kata ibu mertuaku. Aku lihat Am tersenyum hingga ke telinga.

'Ish tenuk ni. Apa yang dia suka sangat. Astaghfirullah. Suami kau tu wardah. Kau panggil dia tenuk.'

"Boleh kan sayang?"

Perkataan sayang yang keluar dari mulut Am mematikan lamunanku.

"Haa. Aah boleh. Apa je ibu dengan ayah buat Ain setuju."

Ibu Am tersenyum gembira.
"Jadi next week Ain mintak cuti seminggu ye. Nanti ayah aturkan semuanya."

'Cuti? Seminggu? Apakah?'

"Nak pergi mana cuti sampai seminggu ibu?"

"La kan tadi ibu cakap ibu dengan ayah dah aturkan honeymoon untuk korang berdua. Ni mesti menantu ibu mengelamun ni."

Ibu dan ayah ketawa. Am juga ketawa. Aku hanya tersenyum sumbing. Aku bingung. Am setujukah dengan ibubapanya?

=====

Aku mundar mandir di dalam bilik hotel. Am dari pagi sudah keluar. Tidak sedikit pun dia memperlawaku untuk berjalan-jalan dengannya. Sudah la aku lapar. Perutku sudah mendendangkan macam-macam lagu. Mahu berjalan sendiri aku takut. Maklumlah di negara orang yang bahasa dan budayanya lain daripada Malaysia.

Ahirnya aku merebahkan badan di atas katil dan mencapai telefon bimbit.

"Oppa. Ain lapar la."

Terdengar suara Am mendengus kasar.
"Oppa kebendanya. Tak sampai sehari dekat korea dah ber oppa bagai. Kalau lapar turun pergi cari makanan."

"Tapi Ain takut. Lagipun tak tau nak cari makanan halal kat mana. Please."

"Kau takyah nak takut sangat kat bawah tu ramai orang. Takdenya ada orang nak culik kau."

Aku hampa. Benci sangatkah Am kepada aku? Bukankah itu tanggungjawabnya sebagai suami?
"Tapi...."

Tut tut tut tut.
Talian diputuskan. Aku mengeluh. Kerana takut aku mengambil keputusan untuk tidur sahaja. Hari pun sudah jauh malam.

=====

"Bangun-bangun. Lapar-lapar pun tido ke? Nah."

Aku membuka mata perlahan-lahan. Jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi. Am meletakkan sebungkus plastik makanan di atas meja. Nampak sahaja makanan mataku kembali segar. Am membeli kimbab dan beberapa makanan korea halal untukku.

"Thank you oppa."

Am tersengih dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Selesai makan aku tidak dapat melelapkan mata. Remote TV aku capai. Banyak cerita korea yang ditayangkan. Tapi sepatah haram aku tidak faham kerana tiada terjemahan.

"Jom tido sini sebelah oppa."

Aku membulatkan mata tapi aku tidak menoleh kebelakang. Perlahan sahaja suara Am tetapi cukup untuk aku dengar. Aku pura-pura tidak dengar

'Laki aku ni buang tabiat ke. Selalu bukan main garang ni kenapa sweet-sweet ni.'

"Sayangggggg. Meh sini meh."
Sekali lagi Am memanggilku. Kali ini dia menepuk-nepuk tilam di sebelahnya.

Aku berpura-pura menukar siaran TV. Malas aku melayan sikap mengada-ngada Am yang datang tiba-tiba.

Aku mendengar Am mendengus kasar. Dia duduk di sebelahku dan mematikan TV.

"Kalau ikutkan aku, aku tak nak buat semua ni. Ni semua sebab ibu."

"Ibu? Apa pulak kaitan dengan ibu. Ibu ke yang suruh abang jadi manja tiba-tiba macam tadi."

Am mengetap bibir. Tangannya ringan sahaja mencubit kedua-dua pipi gebuku.

"Ibu nak cucu. Kan ibu rancang honeymoon ni sebab nak kan cucu."

"So Ain kena ikut la? Bila abang nak anak je Ain kena ikut. 'Ain, abang nak anak'. Then Ain kena ikut. Lepas tu bila dah tak perlukan Ain untuk dapatkan anak abang buat Ain macam orang luar. Abang buat macam abang tak pernah kenal Ain macam yang abang buat semenjak kita kahwin ni. Macamtu ke?"

Aku meluahkan segala yang terbuku di dalam hati. Asik mahu mengikut kehendaknya sahaja. Kehendakku bagaimana? Sudah 6 bulan berkahwin dia melayanku seperti itu. Malam ini kerana kata-kata ibu dia mahu berbaik-baik denganku. Ciss!

"Habis kau nak aku jadi anak derhaka? Ohh lupa. Ataupun kau yang nak jadi isteri derhaka?"

Aku memandang ke lantai lalu bangun dan menendang kaki Am sekuat hati dan masuk ke dalam bilik air. Am mengerang kesakitan. Ini tidak adil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience