BAB 29

Romance Series 27442

Eryna menghampiri Pofob yang sedang sibuk melayan cerita seram seorang diri. Eryna membawa sampul bewarna coklat. Sampul itu berisi wang. Eryna merencana sesuatu. Pofob masih menonton televesyen. Masih belum sedar kedatangan Eryna.

“Pofob.”.

Eryna menyapa Pofob dari samping. Pofob menoleh kepala selepas terdengar suara Eryna dari sampingnya. Cerita seram itu dialihkan. Dia mahu melihat Eryna sekarang. Meja yang berada di depannya juga disorong sedikit.

“Kau nak apa?”.

Tanya Pofob selepas melihat Eryna yang nampak kecurigaan. Pofob melihat sampul bewarna coklat dipegang Eryna. Tertanya-tanya dengan isi sampul surat itu. Tidak senang hatinya melihat sampul itu. Begitu tebal sampul itu terlihat.

Eryna duduk menghadap ke hadapan Pofob. Dia pinggirkan kesemua makanan Pofob yang ada di sofa itu. Dia sedar yang Pofob sedang curiga dengannya. Disebabkan sampul tebal di tangannya itu.

“Pofob dalam ni ada duit. Duit ni ada 20 ribu. Cash. Aku nak bagi kau kerja. Aku akan bagi semua duit ni kalau kau setuju nak kerja dengan aku.”.

Jelas Eryna. Dia memandang serius perkara ini. Duit yang mahu diberi Pofob itu hasil dari gajinya. Eryna sanggup beri wang yang banyak itu pada Pofob.

Pofob memegang dahinya. Dia cuba meneka apa yang mahu dirancang oleh Eryna. Pofob kenal dengan Eryna. Eryna adalah pedendam. Eryna sangat bernai lakukan apa saja.

“Kalau pasal Ajkar dengan Amelia aku tak nak.”.

Ujar Pofob. Dia meneka sendiri rancangan yang mahu dilakukan oleh Eryna. Pofob tahu cemburu masih melekat di hati Eryna. Eryna sangat cintakan Ajkar. Mana mungkin dia diamkan diri. Pasti ada saja rancangan Eryna untuk musnahkan hubungan Ajkar bersama Amelia itu.

“Pofob kau kawan aku tau. Aku dah anggap kau adik aku. Kalau kau tak nak tolong aku, sape lagi aku nak minta tolong. Kau je aku percaya Pofob. Tolong lah bantu aku kali ni.”.

Pinta Eryna dengan merayu. Sememangnya hanya Pofob saja dia butuhkan. Eryna tidak mahu menyuruh orang lain. Eryna yakin yang kerja ini hanya Pofob saja dapat lakukan.

“Kau nak buat apa sebenarnya? Kau tak tau berapa kali Ajkar putus dengan perempuan. Ajkar dah buat keputusan muktamad lah. Amelia tetap jadi isteri Ajkar. Ajkar tu abang kau Eryna. Takkan kau nak kecewakan dia? Kau nak Ajkar sedih?”.

Pofob masih tidak setuju dengan pendapat Eryna. Baginya Ajkar layak mendapatkan Amelia. Pofob juga elakkan melihat Ajkar kecewa berulang-kali disebabkan perempuan.

“Pofob! Aku cinta kat Ajkar tau. Cuba tengok aku! Apa kurangnya aku berbanding dengan Amelia tu? Aku tak cantik ke? Aku ni hodoh sangat ke sampai Ajkar tak nampak jodoh dia ada depan mata. Kau kena tolong aku Pofob untuk dapatkan aku dapatkan Ajkar.”.

Jelas Eryna. Dia tidak mengalah. Eryna tetap memaksa Pofob menolongnya putuskan perkahwinan Ajkar dan Amelia.

“Tapi, Ajkar dah bahagia dengan pilihan dia. Ingat Eryna, Ajkar abang kita tau. Takkan kau nak putuskan hubungan keluarga kita ni?”.

Pofob tetap membelakangi abang angkatnya itu. Dia tetap sokong Ajkar berkahwin dengan Amelia. Setitik kata dari Eryna hanya diendahkan. Tidak ada alasan untuk Eryna menerima Ajkar berkahwin dengan Amelia. Disebabkan Eryna adalah adik angkat kepada Ajkar.

“Baiklah kalau kau tak nak tolong aku, aku akan cari orang lain. Tapi ingat Pofob! Mulai saat ni kau bukan lagi adik angkat aku. Dan aku tak nak libatkan diri lagi dengan keluarga ni.”.

Berubah suara Eryna. Betul-betul tidak tahan dengan penolakan yang dibuat oleh Pofob. Pofob tetap dengan pendapatnya. Yang bersetuju Ajkar dikahwinkan dengan Amelia. Sama sekali tidak setuju dengan Eryna untuk batalkan perkahwinan Ajkar dan Amelia itu.

“Kenapa nak cakap macam ni pula. Kau dah lupa ke Ajkar dah banyak tolong kita. Kau dari anak miskin jadi anak yang kaya berpunca dari sape? Ingat semua tu Eryna. Kalau bukan Ajkar kita dua ni dah meringkup hidup susah. Sebab tu lah aku tak boleh khianat dengan abang angkat aku.”.

Jelas Pofob.

“Aku tahu Pofob. Tapi salah ke kalau aku nak kahwin dengan Ajkar? Kau tak fikir ke awal-awal lagi yang Ajkar tu bukan darah daging aku. Dan aku berhak cinta kan Ajkar.”.

Eryna tetap dengan pendiriannya. Dia tetap mengatakan yang Ajkar itu hanya miliknya. Eryna tetap menolak dengan pendapat Pofob. Bagi Pofob tindakan Eryna tidak betul untuk membatalkan perkahwinan Ajkar dan Amelia. 

“Aku faham apa maksud kau Eryna. Tapi Ajkar juga berhak untuk kahwin dengan perempuan yang dia dah suka. Kita tak boleh nak paksa putuskan hubungan orang yang dah terjalin. Dah-dah lah rancangan bodoh kau ni Eryna. Kau boleh cari lagi lelaki lain. Bukan Ajkar saja lelaki yang ada kat dunia ni.”.

Jelas Pofob. Matanya menjurus ke arah Eryna yang sedang mengalih pandangannya. Eryna bosan mendengar kata yang disampaikan oleh Pofob. Hatinya juga sakit apabila Pofob menyebut nama Amelia berulang-kali.

“Kau dah gila nak aku cari lelaki lain. Ye Pofob. Aku tahu kat dunia ni banyak sangat lelaki. Aku tahu. Tapi Pofob, kau kena ingat, lelaki yang ada kat luar tu tak sama perangai macam Ajkar.”. Balas Eryna

Tertutup kedua-dua mata Pofob mendengar balasan dari Eryna. Digeleng-geleng juga kepalanya seraya mengangkat kening dia atas mata. Tubuhnya dipeluk dengan menggunakan tangan kanan dan kiri.

Masih berdegil lagi Eryna. Setiap nasihat yang sudah diberikan olehnya sama sekali tidak diikuti oleh Eryna. Malah melawan dan membantah. Tetap Ajkar pilihan Eryna.

“OK sekarang ni kau bagi aku 2 sebab kenapa kau cintakan Ajkar?”. Tanya Pofob.

Dia binggung dengan sikap Eryna. Kadang-kala tertanya-tanya juga dengan sikap Eryna itu. Dia tetap memilih Ajkar sebagai pendamping hidupnya. Pofob berasa hairan terhadap Eryna. Ajkar bukan lelaki baik menurutnya sendiri. Pekerjaan Ajkar juga berbahaya. Sikap Ajkar juga ganas. Mana mahu wanita di luar sana inginkan lelaki seperti Ajkar. Tapi Pofob berfikir positif. Dia tidak mahu burukkan Ajkar terlalu panjang. Disebabkan duit yang dihasilkannya adalah melalui pemberian Ajkar.

“Kau nak aku bagi dua sebab ye. Ok aku bagi. Pertama, Ajkar lelaki bertanggungjawab. Dia tak pernah lupa ibu bapa walaupun Ajkar dan Ayahnda Burhan tu selalu bergaduh. Tapi Ajkar tak lupa yang Burhan ayah Ajkar. Tengok kita sekarang. Dia tak biarkan kita hidup susah. Dia tak pernah tinggalkan kita. Walaupun kita dua ni bukan adik kandung dia. Yang kedua, Ajkar sangat rajin. Rajin dalam banyak hal maksud aku. Bayangkan dengan usaha Ajkar dahulu yang setinggi langit, dia dapat beli bangunan yang mewah ni. Dia dapat bantu semua orang yang perlukan bantuan. Dari kerjinan tu lah dia dapat apa yang dia nak. Ajkar tak pernah berhenti kerja. Sebab tu lah hati aku ni pilihan Ajkar. Dah 5 tahun aku pendam perasaan ni ngan Ajkar. Sekarang ni pula Ajkar dah nak kahwin dengan Amelia. Ayah Ajkar pun dah setuju. Aku tak boleh duduk diam Pofob. Aku tak sanggup orang yang aku dah lama cinta jatuh kat tangan orang lain. Kau faham tak?”.

Jelas Eryna dari sudut hatinya. Hatinya tidak pernah putus-putus mencintai Ajkar. Dan sifat yang ada pada Ajkar itu meyakinkannya yang Ajkar itu memang layak untuknya. Bukannya Amelia yang dikenalnya dua tiga hari itu.

“Pernah tak kau bayangkan sesuatu kalau Ajkar dah kahwin dengan orang lain? Maksud aku Ajkar dah berumah tangga dan hidup bahagia dengan Amelia. Atau mana-mana perempuan dengan Ajkar sekarang. Pernah tak?”.

Tanya Pofob. Kali ini dia mahu melihat eksresi Eryna jika Ajkar sudah berumah tangga dengan perempuan lain. Risau juga di hatinya melihat Eryna. Taksub cinta Eryna kepada Ajkar itu membuatkan Pofob takut dengan tindakan Eryna nanti.

“Aku janji akan hancurkan rumah tangga Ajkar. Aku dah bagi tahu awal-awal  kan? Aku tak boleh terima kalau Ajkar kahwin dengan orang lain.”.

Eryna membuat muka marah terhadap Pofob. Soalan yang dikemukakan oleh Pofob membuat hatinya tidak senang. Sememangnya dia tidak terima jika Ajkar bersama orang lain selain dengannya.

“Tapi kalau Ajkar tak nak lepaskan perempuan yang dia dah cinta sampai bila-bila?”.

Tanya Pofob sekali lagi. Pofob betul-betul serius dengan soalan ini. Pofob berharap yang Eryna tidak akan lakukan sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya sendiri dan orang lain.

“Dah cukup Pofob! Aku tak nak dengar lagi soalan ni. Apapun Ajkar tetap milik aku. Ajkar bukan milik siapa-siapa. Ajkar milik aku. Dan sampai bila-bila pun Ajkar tak boleh jatuh di tangan orang lain. Faham!”.

Tegas Eryna. Tidak mahu berulang-kali memberi jawapan yang sama dari soalan yang ditanya oleh Pofob. Hatinya tetap memilih Ajkar.

“Ikut suka kau lah. Tapi aku betul-betul nak minta maaf dengan kau sebab aku tak boleh nak bantu kau untuk batalkan perkahwinan Ajkar dan Amelia. Kau tahu kan betapa setia aku dengan Ajkar. Kalau Ajkar bahagia aku juga akan bahagia. Aku tak nak lagi dengar rancangan pelik kau. Faham! Aku tak akan setuju.”.

“Baik. Kali ni aku tak paksa kau nak setuju atau tak. Tapi kau kena ingat Pofob, kau ngan aku sama. Sama-sama pernah buat jahat. Aku diri kau dan kau juga diri aku. Kita najis Pofob. Kau buat lah baik macam mana pun kau tetap busuk di depan orang Pofob. Ingat!”. Ujar Eryna.

Pofob tidak terima setiap kata yang keluar dari mulut Eryna. Tapi kata itu ditahan dahulu. Pofob tahu kekuatan Eryna. Walaupun Eryna terlihat gadis, seni bela diri sudah diterapi dengan mendalam. Bila-bila saja Pofob boleh dipukul oleh Eryna.

“Apa yang kau cakap ni? Eryna aku bukan busuk macam dulu lagi. Aku dah berubah. Aku dak buat kerja-kerja yang macam dulu. Aku dah insaf. Faham!”.

Pofob bantah apa yang diperkatakan oleh Eryna tadi. Kali ini seluruh tubuhnya bergerak. Dia menegaskan suaranya itu terhadap Eryna. Begitu keras suaranya terdengar.

“Mulai saat ni kau jangan panggil aku Eryna. Kau tak layak panggil nama asli aku. Aku geli bila kau panggil aku Eryna. Panggil aku Koji. Kalau aku dengar kau panggil aku Eryna lagi, mata sebelah kanan kau tu jadi warna hitam. Pipi kau akan jadi warna biru. Kau nak tak? Sekarang pun aku boleh bagi.”.

Ugut Eryna dengan suara yang begitu keras sekali. Eryna tidak terima dipanggil nama aslinya itu oleh Pofob.

“Ok aku nak tengok. Aku nak tengok kau pukul adik kau sendiri. Kau tak pernah lagi pukul aku kan? Sekarang ni, aku izinkan kau pukul pipi aku. Pipi adik kau. Aku nak tengok.”.

Terdiam mulut Eryna. Tangannya digenggam kuat. Pofob menunjuk-nunjuk reaksi yang mencabar hatinya. Pipinya terus-menerus mengarah ke arahnya. Bibirnya mula bergetar. Tangannya juga sudah sedikit terangkat.

“Kenapa lama sangat nak pukul ni? Ke kau nak aku panggil nama kau Eryna baru kau nak pukul pipi aku. Baikah aku panggil lagi sekali nama kau Eryna ye. Eryna.. Eryna.. Eryna..”. Ejek Pofob.

“Stop!”.

Eryna hentikan sikap menjengkelkan Pofob itu. Seperti budak darjah 3 dia melihat sikap Pofob sekarang ini. Malah tidak tahan ia melihat sikap kebudak-budakkan dari Pofob itu.

Tidak lama kemudian Eryna lari dari situ. Meninggalkan Pofob bersendirian di ruang tamu.

“Koji.”.

Panggil Pofob dari arah belakang. Berhenti Eryna dari jalannya. Kepalanya ditolehkan ke belakang.

“Apa?”. Tanya Eryna.

Bersambung……….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience