Rate

BAB 47- SATU LINE

Romance Completed 455434

Alat yang nipis berwarna putih diletakkan keatas singki bilik air.. Matanya dipejam rapat tak sanggup untuk melihat keputusan yang bakal muncul pada alat tersebut..

'tolonglah double line! Double line!' rayunya didalam hati.. Tangannya dibawa ke atas menutup wajahnya..

''dah siap ke..? Keputusan dah keluar ke?''

Berdebar- debar yang dia rasakan sekarang ini.. Perlahan- lahan dia menjatuhkan tangannya.. Alat putih nipis yang berada di atas singki itu di perhatikan dari jauh. Kakinya melangkah maju ke hadapan. Tangannya yang sedang menggeletar itu mencapai alat tersebut..

Kini tangannya sudah mencapai alat itu.. Cuma matanya saja yang masih tertutup rapat.. Alat itu dibawa ke depan wajahnya.. Mata yang terpejam rapat tadi dibuka, melihat tepat kearah alat nipis putih itu..

''satu line!!!!''

''Aaaarghh!!!!

''kenapa???!!'' jerit nya kuat, alat itu dicampak begitu saja.. Entah jatuh kemana mana.

'dimana silap? Aku dah kira betul-betul ! Kenapa tak lekat jugak ni! Bodoh betul la! @#$!%& ' dia mula mengeluarkan kata - kata yang kurang enak di dengar .. Pintu bilik air di tolak dengan kasar.

''benci! Benci! Benci!'' katil yang sudah dikemas cantik tadi kini sudah bogel menampakkan tilam.. Cadar yang membalutnya kini sudah selamat mendarat di lantai.. Bantal tidur turut sama mendarat di lantai.. Semua barang yang ada dilantai dipijak- pijak dengan kakinya. Sehingga dia sendiri merasa letih.. Terus tumbang badan itu diatas tilam bogel tadi.. Berombak-ombak dadanya kini.. Menahan satu rasa yang sedang menguasainya.. Marah! Geram! Benci!kecewa! Semuanya sedang bergabung menjadi satu..

''macam mana aku nak buat lagi???'' tangannya mencekam rambutnya.. Sakit hatinya.. Beberapa hari lepas di diugut oleh ibu mertuanya..

'orang tu ingat dia apa! Senang-senang nak ugut aku.. Nak khawinkan anak dia dengan orang lain.. Dia ingat anak dia tu bagus sangat..' amalina bagun dari katil lalu turun ke lantai.. Dia kemudiannya berjalan keluar dari bilik itu.. Kehulur kehilir dia berjalan sepanjang rumah itu.. Otaknya ligat memikirkan apa yang Naimi katakan kepadanya.. Langkah kakinya terhenti di hadapan pintu bilik yang ada di hujung koridor rumah itu.. Matanya memandang tajam kearah kunci yang terlekat di lubang kunci..

'dia tertinggal kunci dekat pintu.. Ni mesti sebab dia kelam kabut nak pergi rumah ibu dia tadi ni..' Amalina berjalan kearah pintu bilik itu.. Tangannya mencapai tombol pintu bilik itu.. Perlahan-lahan pintu itu ditolak masuk kedalam.. Bilik yang kelam itu diperhatikan.. Takut juga dia untuk masuk kedalam bilik yang tak pernah dia masuk sepanjang dia tinggal di rumah itu.. Tangannya meraba - raba dinding untuk mencari suis lampu bilik itu..

Pak.. Suis lampu di dinding itu di tekannya. Terang benderang lah bilik yang tadinya kelam. Kakinya melangkah masuk kedalam.. Tersandar Amalina di dinding bilik itu, bila dia melihat satu dinding bilik itu penuh dengan gambar-- gambar Inas.. Malah ada gambar yang paling besar di situ.. Gambar pernikahan Inas dengan Arman..

''gila!! Apa semua ni..!!'' jerit amalina.. Tangannya menarik kerusi mendekat ke arah dinding bilik itu.. Bingkai- bingkai gambar itu dicapainya, satu persatu diambilnya dan dilemparkan semuanya jatuh ke lantai.

''oh! Duduk dalam bilik ni! Kata buat kerja! Kerja!! Kerja tengok gambar perempuan ni!'' marah Amalina. Selesai melemparkan semua gambar itu ke lantai dia turun dari kerusi yang dia panjat tadi..

''ahhhh!!''

''satu kerja pulak aku nak kena kemas semua benda ni..'' rungutnya menunduk melihat ke arah arah lantai yang penuh dengan kaca yang pecah dan juga bingkai gambar yang sudah rosak.

''tak perdulilah.. Janji aku buang semua ni, Malam ni juga! sebelum dia balik..'' dengan pantas tangan amalina mengutip bingkai gambar dan dibuang kedalam tong sampah yang ada didalam bilik itu.. selesai semuanya dia membawa plastik sampah itu bersamanya keluar dari rumah..

Mulanya amalina ingat hanya mahu membuang sahaja gambar itu.. Dia masuk semula kedalam rumah.. Mengambil satu pemetik api dan keluar semula.. Dia melemparkan gambar itu semua di hadapan rumahnya.. Pemetik api tadi dinyalakan.. Amalina menunduk menyucuh api disitu.. Gambar-gambar Inas dan juga Arman mula terbakar..

'puas hati aku..!' amalina kembali masuk kedalam rumah mengeluarkan lagi beberapa bingkai gambar yang ada tersusun di atas meja kerja Arman..

Arman sampai di rumah ibunya dalam keadaan tergesa-gesa.. Bila mendapat panggilan telefon dari ayahnya mengatakan yang ibunya itu tidak sedarkan diri..

''ayah! Mana ibu?'' tanya Arman yang masuk kedalam rumah dalam keadaan tercungap-cungap.. Mengatur nafasnya..

''ibu kamu ada di dalam bilik.. Dah sedar dah..'' kata Amran yang sedang duduk di sofa ruang tamu rumahnya..

''dah sedar? Lega Arman dengar.. Kenapa pula ibu boleh pengsan ni?'' tanya Arman.. Duduk di sofa.

''haishh'' keluh Amran.. Memandang ke arah anaknya.

''ibu kamu tu kan.. Kamu tahulah.. Dia bertekak dengan adik kamu.. Entahlah apa yang mereka gaduhkan tadi.. Tu yang darah tinggi dia naik.. Lepas tu apa lagi.. Itulah yang ibu kamu pengsan tu..'' terang Amran.

''adik mana?'' tanya Arman.

''adik kamu dah balik.. Lepas ibu kamu sedar tadi..'' Arman bangun dari duduknya..

''ahh.. Adik pun dah tahu ibu macam tu.. Beralah lah sikit.. Yang pergi cari gaduh dengan ibu tu kenapa..'' keluh Arman.. Dia kemudiannya berjalan masuk kedalam.. Menuju ke bilik ibunya..

Pintu bilik tidur orang tuanya diketuk.. Kemudian pintu bilik itu di tolak kedalam.. Arman melihat Naimi sedang terbaring diatas katil bersaiz queen yang ada di dalam bilik itu..

''ibu!'' panggil Arman.. Di masuk kedalam..pintu bilik itu ditutup semula olehnya.. kembali rapat.

''arman..'' panggil Naimi lemah.. Terbaring kaku diatas katil.

''macam mana ibu rasa sekarang.. ?'' tanya Arman menyentuh tangan ibunya yang ada diatas perut.

''ibu dah okay.. Pening saja.. sikit tadi..'' kata Naimi.

''apa yang ibu gaduh kan dengan adik.. sampai ibu boleh pengsan ni..? '' tanya Arman.

''adik kamu.. Dia nak tinggal anak dia dekat ibu.. Ibu tak nak.. Dia mengamuk pula.. Ibu pun apa lagi..'' balas Naimi.

'hmm padanlah tu.. Ibu dengan adik sama saja perangai.. Kalau jumpa pasti ada saja benda yang tak kena..' keluh Arman.. Dia kemudiannya duduk di katil bersebelahan dengan Naimi..

''kamu.. Dah buat keputusan?'' tanya Naimi..

''keputusan apa ibu?'' tanya Arman kembali.

''keputusan kamu la.. Nak jumpa dengan calon yang ibu nak kenalkan dengan kamu.. Macam mana..?'' Naimi kali ini bertanya lagi..

'ibu! Tolonglah.. Takkan nak ulang perkara yang sama lagi.. '

''ibu.. Arman tak sedia lah.. Lagipun .. Arman tak sedia nak tambah lagi isteri.. Sekarang ni pun Arman ...'' arman menunduk memegang dahinya sendiri..

''Arman risau tertang duit? Ibu akan tanggung semuanya.. Arman jangan risau yang itu.. Tapi ibu hairan mana pergi semua duit kamu? Kamu joli kemana? Dulu ibu tengok kamu tak lah seteruk macam ni.. Sekarang dengan Amalina.. Serba tak cukup ibu tengok..'' bebel Naimi yang sedang terbaring dia atas katil.

'' hmm.. Tau lah menantu ibu tu.. Minta itu minta ini.. Dia ingat semua benda jatuh dari langit agaknya..'' keluh Arman.

'' Iyalah tu! Macam lah iu tak tahu semua duit kamu kemana.. Kalau tak ke keluarga Amalina tu.. Kan? Huh!'' sindir Naimi, mengejek anak lelakinya Arman.

''ibu.. Arman balik dulu ya.. Esok arman datang lain..'' Kata Arman.

''Arman tak jawap lagi apa yang ibu tanya tadi.. Ibu nak ajak keluarga mereka datang makan malam disini..'' Naimi menyentuh tangan Arman..menepuk lembut disitu.

''hmmm.. Ikut ibulah.. Arman balik dulu...'' tangan ibunya disalam dan di ciumnya.. dia kemudiannya meminta diri untuk pulang.

'kena sindir sikit lari... Yang perempuan tu pun satu.. Mengikis !' rungut Naimi dalam hati.. Matanya melihat Arman keluar dari bilik tidurnya..

Arman memandu kereta balik ke rumahnya.. Belum sempat dia masuk kedalam pagar rumahnya.. Dia kembali mengundurkan kembali bila melihat ada nyalaan api di tengah ruang tempat pakir kereta..

''apa hal pula ada orang bakar sampah dekat sini..?!'' rungut Arman.. Dia keluar dari keretanya. Bercekak pinggang di hadapan sisa bakar itu.. Kemudian dia mendongak melihat kearah Amalina sedang duduk di kerusi yang ada diluar dengan segelas air oren yang ada ditangannya..

''siapa yang bakar sampah tu!?'' tanya Arman, kepada Amalina yang duduk santai di kerusi dengan wajah yang tersenyum lebar.. Tangan Arman menunjuk ke arah sisa bakar itu.

''saya bakar.. Halau nyamuk.. Banyak sangat nyamuk malam ni..'' jawap Amalina santai. Geleng kepala Arman mendengar apa yang di katakan oleh Amalina tadi..

''kalau dah tahu nyamuk banyak.. duduk dalam rumah.. Bukannya duduk diluar.. Dengan pintu terbuka macam ni.. Memang lah nyamuk banyak.. Tak pasal- pasal kena parking kereta dekat luar.. '' rungut Arman dengan panjang lebar.

Arman masuk kedalam rumah.. Terus dia menuju ke bilik yang paling hujung didalam rumah itu.. Tergejut dia lihat ada kunci yang tergantung ti tombol pintu.

'macam mana aku boleh lupa ni!'cepat-cepat dia membuka pintu bilik itu.. Suis lampu bilik itu ditekannya..

Membulat mata Arman melihat dinding bilik itu.. Dinding bilik itu kosong.. hanya bersisa bekas paku sahaja..

''AMALINA!!!!!'' jerkah Arman.. Kakinya melangkah kasar ke hadapan.. Lengan Amalina ditariknya masuk kedalam rumah..

''apa ni?'' Amalina menarik tangannya semula.. Menjeling kearah Arman.

''apa kau tanya? Kenapa kau masuk kedalam bilik tu? Aku dah cakap banyak kali kan.. Jangan masuk dalam bilik tu.. Kenapa kau degil!!'' Arman bercakap dengan nada yang tinggi dan kasar..

''kenapa? Salah ke kalau amalina masuk.. Kalau tak sampai bila- bila pun amalina tak akan tahu apa yang ada di dalam bilik tu.. Rupanya dia Arman masih ada hati dengan bekas isteri!'' perli Amalina ...

''mana semua gambar tu?'' tanya Arman.

''nak buat apa gambar tu? '' tanya Amalina kembali..

''mana gambar tu Amalina!'' kedua-dua lengan Amalina cekam oleh Arman..

''apa ni, sakit lah!'' Amalina menarik tangannya semula.. Makin kuat pula Arman mencekam tangan Amalina..

''aku tanya mana semua gambar tu!!!!'' jerit Arman dihadapan wajah Amalina. Terpejam mata Amalina dibuatnya, terasa telinganya begang akibat jeritan Arman tadi ..

''diluar tu!'' Amalina menunjuk kearah luar dengan dagunya.. Arman melepaskan lengan Amalina..

''luar..?''

''ya! Luar.. Amalina dah bakar semuanya!'' jerit Amalina..

Berderau darah Arman.. Mendengar apa yang dikatakan oleh Amalina.. Tangannya spontan mengangkat tinggi.. Tapi terhenti tergantung tinggi di awangan..

Bulat mata Amalina melihat tangan Arman yang terangkat tinggi itu .

''nak tampar! Tamparlah..'' Amalina menyuakan pipinya mendekat.. Jari telunjuknya ditujukan kearah pipinya..

''tahu tak! kamu seorang lelaki gila talak..''

''GILA TALAK!!'' dada Arman dicucuk kasar dengan jari Amalina..

Panggg! Satu tamparan melekat di pipi Amalina .. Terteleng kepala amalina ke sisi.. Pedih ! Perit!..

''ceraikan aku! Ceraikan aku!!'' dada Arman ditumbuk bertubi-tubi oleh Amalina.. Arman membiarkan saya Amalina berbuat begitu.. sampai amalina melorot jatuh ke lantai ..

Sambung satu lagi.. - - - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience