Bab 36

Crime Series 28566

Aku tersedar dari lena yang panjang ketika cahaya matahari menerombosi ruang bilik. Terik. Mata melingas memerhatikan persekitaran.

Kejap, aku dekat mana ni?

Ini bukan katil aku. Bukan bilik aku.

"Mira..."

Aku memanggil nama Mira. Tiada sahutan.

"Ya Allah... Selamatkan aku."

Sel-sel otak mula berhubung. Pagi tadi aku dikejar lelaki hoodie. Setelah itu aku merasakan dunia terus gelap gelita.

"Aku kena culik ke?"

"Mira, tolong aku!"

Aku memerhati suasana bilik yang luas. Tingkap yang dipagari jejari besi. Tidak banyak perabot di dalamnya. Di sudut terdapat sebuah kerusi, almari kayu, katil yang aku duduki dan tandas kecil.

Perabot di dalam bilik ini ternyata sudah usang. Seperti lama tidak berpenghuni. Mata aku terpandang titisan darah dan peluru bertaburan jatuh di lantai.

Aku mengenggam selimut.

Siapa yang culik aku?

Tangan meraba stokin di kaki. Selamat. Masih ada.

Semalam, aku sempat menyembunyikan pistol yang pernah diberi oleh Qarl di celah stokin. Nasib baik tiada yang perasan kerana aku memakai seluar jeans bootcut.

Pintu bilik terkuak. Aku cepat-cepat menutup mata. Seolah masih belum bangun tidur.

Derap kasut menghampiri.

"Morning, Anna Adriana. Let's have some lunch."

Suara... Suara perempuan. May?

"Anna, aku tahu kau dah bangun. I hear your husky voice."

Aku masih menahan nafas. Takut untuk membuka mata.

Aroma makanan menerusok rongga hidung. Lapar.

"Kau takut nak tatap wajah aku yang cantik ni ke?"

Diam.

Dia menghentakkan kasutnya.

"Hey, aku cakap bangun. Bangunlah!"

Dia menepuk lengan aku kasar. Serta merta mata aku terbuka. Sakit.

Aku memandang May. Wajahnya masam mencuka. Sesaat kemudian, dia senyum.

"Do you remember my face?"

Aku menggeleng.

"My voice?"

Aku menggeleng lagi.

Dia mencemik.

"Kau tak kenal aku ke? I'm May. Supermodel yang selalu masuk kaca TV. Kau ni kampung sangatlah."

Aku masih diam membisu.

"Kau bisu ke?"

Dia memagut dagu aku. Memandang aku lama.

"Kau tak cantik pun. Kau biasa je. But not bad, kau comel. Mungkin itu yang menjadi daya tarikan terhadap Qarl."

"Nah. Makan. Nanti jangan mengadu dekat Qarl yang aku biarkan kau kebulur."

Aku menyambut tray tersebut.

Bauan Mee Kari sangat menggoda. Perlahan-lahan aku menjamah.

"Sedap?"

"Anna... Aku tanya, jawablah."

"Sedap."

"Good. Aku order dari Food Panda tadi. Memanglah sedap sebab aku dah masukkan racun. Sebentar lagi, dunia kau bakal berakhir."

Puhhh...

Aku meludah ke tepi. May ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang melucukan.

Kurang ajar amoi cina ni. Mempermainkan nyawa aku.

"Just kidding. Kau ni lawak la. Aku takkan bunuh kau sekarang. You're my treasure. Kau akan buka jalan aku dapatkan Qarl."

May mengerling aku.

"Makanlah lagi. Aku tahu kau lapar. Don't worry. Aku jaga kau baik-baik."

May ketawa lagi. Meninggalkan aku yang masih terkaku.

Psiko betul perempuan ni.

Nasib aku memang buruk sejak terlibat dengan Qarl. Menjadi mangsa culik buat kali kedua.

Aku pandang Mee Kari dan Sandwich. Air mata mula bergenang.

Qarl, tolong saya... Saya takut.

Jason hanya memerhati tindak-tanduk May sejak dari tadi.

"May... You nak buat apa dengan dia?"

May sedang polish kukunya yang panjang. Dia mahu mewarnakan semua kukunya dengan warna kegemaran Qarl. Merah. Warna darah.

"None of your business."

"May... I risaukan you."

"About what?"

May menjeling Jason.

"Everything. You. Her."

"Shut up, Jason. I don't need your advice. I know what I am doing."

"You gilakan Qarl untuk apa?"

"I nak dia. Nobody else."

"You ni obses dengan Qarl. Dia dah tak cintakan you."

Bantal kecil dibaling ke arah Jason.

"Blah, Jason."

Jason masih berdiri tegak di tepi dinding.

"I taknak you musnahkan karier you. Lagipun, konco kita ramai dah dibunuh. Just surrender to Qarl, Maylisa Soo."

May memandang Jason tajam.

"Selagi I tak dapat apa yang I perlukan. I takkan surrender. Dia nak perang dengan kita, so biarkan jela. Tu maknanya dia masih kisahkan I."

Bercakap dengan May memang memeningkan kepala. Jason keluar dari bilik.

"Jason! You nak pergi mana? Jason!!!"

Tiada sahutan.

May membaling semua majalah di meja. Dia bencikan situasi sekarang.

Semua Anna Adriana punya angkara. Kalau tak, pasti Qarl akan get back semula dengannya.

Aku benci kau, Anna.

Qarl menembak tepat pada sasaran. Dia sedang berlatih menembak di patung-patung orang.

Bang! Bang! Bang!

Tiga das tembakan dilepaskan berturut-turut.

Geram. Sudah lama dia tidak memburu darah manusia. Kelmarin, dia mengarahkan konconya membunuh konco May. Beberapa orang di antara mereka telah melarikan diri.

Dia tidak pasti di mana May bersembunyi dan menghilangkan diri.

Peluru dikeluarkan. Qarl duduk berehat di atas kerusi yang disediakan.

Shark datang memberi segelas minuman.

"Bos... I got a bad news."

"Spill it, please."

"Dua hari saya perhatikan rumah Anna dan kedai makan. Dia tiada di sana."

Fresh orange diteguk kasar.

Ke mana pula Anna pergi?

"Kau dah ekori housemate Anna, Mira?"

"Dah, bos. Saya perhati wajah Mira gelisah. Tak seceria seperti selalu."

"Apa maksud kau?"

Qarl menjerit. Shark menunduk. Terkejut dengar herdikan.

"Anna hilang, bos."

Qarl bangun dari duduk.

"Tak mungkin. Semalam elok je aku jumpa dia."

"Hati saya jadi tak sedap. Saya pergi ke tempat kerja May. Dia tiada. May juga menghilangkan diri."

"Kau rasa ada kaitan dengan May ke?"

Shark menjongket bahu.

"Tak guna betul perempuan tu! Takpe, esok aku cari Anna di rumahnya. Mungkin dia tak sihat."

Qarl masuk ke dalam rumah. Mahu membersihkan badan.

Malam ini juga dia akan menjejaki Anna di rumah sewanya.

Hampir dua jam dia memerhati di luar rumah sewa Anna. Gelap gelita seperti tiada penghuni di dalamnya. Masih tidak kelihatan bayang Anna seperti biasa.

Nafas ditarik sedalam yang mungkin.

Anna... Where are you? Kau merajuk dengan aku ke?

Kereta meluncur masuk ke dalam parking. Terjengul kepala Mira keluar dari kereta. Lambat Mira pulang kerja hari ini.

Patut tak aku tegur Mira? Confirm Mira sudah membenci aku.

Pergi jela tanya. Apa kau nak takutkan sangat, Qarl?

"Hai Mira..."

Mira memandang lama. Mula mengecam wajah Qarl Lee.

"Kau Lee kan? Apa kau buat dekat rumah aku ni?"

Mira menghampiri luar pagar.

"Aku... Aku nak jumpa Anna. Dia ada tak?"

"Kau memang jantan tak guna, Lee. Anna takde. Aku tak tahu dia lari mana. Dari pagi kelmarin dia tak balik rumah."

Riak wajah Qarl berubah.

Betul ke apa yang Mira cakapkan sebentar tadi?

"Aku ingatkan kau yang culik Anna sekali lagi... Kau memang jahat, Lee."

Mira memandangnya dengan penuh kebencian.

"Lebih baik kau pulangkan Anna sebelum aku buat laporan polis."

Mira mengugut.

"Aku takde kaitan dengan kehilangan Anna. Sumpah."

"Orang jahat macam kau ni tak perlu dipercayai lagi. Semak je tengok."

Hina betul dirinya di mata Mira. Besar sangat ke kesalahannya mencintai Anna selama ini?

"Mira... Aku sayangkan Anna. Aku ikhlas nak jadikan dia isteri."

"Anna dah takde. Aku tak tahu mana dia pergi. Puas la hati kau kan, Lee?"

Mira menutup pintu pagar.

"Kau cari Anna sampai jumpa, kalau tak, jangan harap aku nak beri muka dekat kau. Kes culik lama kau tu dalam poket aku. Bila-bila masa aku boleh dakwa kau. Bawa dia balik dengan selamat, Lee. I'm warning you."

Mira melangkah masuk ke dalam rumah. Seraya pintu ditutup kasar.

Qarl meraup wajah. Terasa bersalah. Jika dia tidak melibatkan Anna dengan hal masa silamnya, pasti Anna akan selamat di sisinya. Menyesal tiada gunanya.

Dia perlu cari Randy sehingga ke lubang cacing.

Jika benar ada hubung kait dengan May, dia akan pastikan May terima padahnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience