SEMINGGU sebelum majlis....
Tiba-tiba Harith muncul di depan pintu rumah ayah dan ibu.Merayu kepada ayah dan ibu untuk berjumpa dengan Iris.
"Sudah lah Harith...kami tak pernah simpan dendam dengan kamu.Jangan ganggu Iris lagi."ayah cuba menenangkan Harith yang teresak menangis.Menyesal melepaskan Iris.
"Balik lah Harith.Kami tak minta wang ringgit kamu.Cuma tolong jangan ganggu Iris lagi."kata ibu pula.Bukan dia tak kesian melihat Harith yang menangis tetapi bila teringatkan kembali layanan Harith pada Iris,Puan Jamilah terus tawar hati.
"Bagilah peluang pada Harith,ayah ibu.Maafkanlah Harith..Harith salah..Terlalu ikut nafsu sampai Iris keguguran.Sekarang baru Harith sedar,Harith sangat rindukan Iris."sambil melutut di atas tanah.
Menyesal macam mana pun sudah tidak berguna lagi.Hidup Harith kucar kacir sejak berkahwin dengan Intan.Hari-hari kusut memikitkan sikap Intan yang tak pernah hormatkan dia sebagai suami.
"Iris tak nak jumpa kamu lagi.Dia dah nak bernikah pun."kata ibu.Panas hatinya tengok muka Harith.Dulu buang Iris macam sampah.Sekarang datang meratap merayu.Dia sendiri melihat dengan mata kepala betapa kecewa nya Iris.Nampak Iris kuat pada luaran,pada hal dalam hati dah retak berkecai.Dan bukan mudah untuk Iris bangkit semula.
"Tolonglah ibu ayah..jangan bagi Iris kahwin dengan orang lain.Abang merayu Iris,kita rujuk balik!."laungnya sambil mata meninjau ke dalam rumah mencari kelibat Iris.
Encik Malik dan Puan Jamilah tergeleng kepala melihat sikap Harith.Menyesal macam mana pun sudah tak ada gunanya lagi.
Iris menyorok dalam bilik.Telinga dipekup dengan kedua belah tangan.Dia tak mahu mendengar suara yang telah membuat hatinya luka parah.Dia serik dengan kata manis dari Harith.
Izz sudah mengempal penumbuk,mujur Attar sabarkan.Ikut hati mudanya mahu ditumbuk muka bekas abang ipar.Biar sampai lebam.Sesuka hati ambil dan buang kakaknya.Menyirap darah bila dapat tahu Harith berzina dengan perempuan lain dalam bilik depan mata kakaknya sendiri.
"Iris sendiri tak nak jumpa Harith.Kami tak boleh buat apa.Baliklah.Balik pada isteri kamu."kata ayah tegas.Geram juga dengan Harith yang asyik mendesak mahu berjumpa dengan Iris.
"Tolonglah ayah..bagi Harith jumpa Iris sekali."Harith terusan merayu.
Ayah hanya diam membisu.Dia tak dapat nak tolong lagi.Dia tak kan benarkan Harith melukai hati anaknya lagi.Seorang bapa tak akan sanggup melihat anak perempuannya di kecewakan oleh seorang lelaki.
Harith kesat airmata lelakinya.Seumur hidup dia tidak pernah merayu pada sesiapa pun.Demi Iris Malaeka dia sanggup berlutut.Tapi apa kan daya.Kesilapan yang datang darinya.Dia gagal menjadi seorang suami yang baik.
Attar juga ada di situ.Melihat sendiri jatuhnya ego seorang lelaki.Melutut dan merayu demi wanita yang pernah dicintai dulu.Bersungguh Harith merayu tetapi Iris tetap berkeras hati.Iris telah memilih Attar dan bukannya bekas dudanya,Harith.
Harith masuk ke dalam bilik yang pernah di diaminya bersama Iris dulu.Sejak berkahwin dengan Intan mereka tinggal di bilik lain yang telah di ubah suai menjadi lebih besar.Intan tak mahu tidur dalam bilik yang telah Iris gunakan.Katanya kotor.Pada hal dia sendiri yang mengotorkan bilik itu dengan perbuatan maksiat mereka.
Harirh duduk di atas katil sambil terbayang kenangannya dengan Iris.Bantal yang dulu kepunyaan Iris,dicium dan peluk erat.Dia rindu bau Iris.Dia rindu pelukan Iris.Dia rindu senyuman Iris.Dia rindu segalanya tentang Iris.
Harith menangis kecil.Dia betul-betul menyesal melepaskan Iris dari hidupnya.Waktu dia bersama Iris,Iris lah penyeri hidupnya walaupun mama tak suka kan Iris.Terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata hati sendiri yang parah.
Harith letak kepala atas bantal sambil memeluk bantal.Rasa tenang seketika.
Pap!
Terus terang benderang seluruh bilik.Harith bingkas bangun dan duduk.
"Oh dekat sini rupanya you!"sergah Intan sambil bercekak pinggang.
Harith merengus kuat.Dia rimas dengan perangai tak semegah Intan.
"Kenapa cari I?"soal Harith mencuka.
"Kenapa you tanya?I ni penat keluar masuk bilik air.You sedap saja baring dalam bilik ni."marah Intan.Sejak mengandung alahannya makin teruk.
"I baring sekejap saja bukannya lama pun."bela Harith.
Intan pandang keliling bilik.Terus dia mencebik geram.
"Patut lah you ada dekat sini.You masih ingat janda you kan?"jeritnya lantang.
"Apa you ni!?"marah Harith.Faham sangat dengan sikap Intan yang suka mencari pasal.
"Jangan jerit boleh tak.I masuk sini bukan buat apa pun."kata Harith dan terus turun dari katil.
"You kata tak buat apa pun.Ni apa!?"Intan tarik keluar sekeping gambar yang Harith sembunyikan bawah bantal.
Harith terdiam.Memang dia bersalah.Gambar tu pun hanya ada satu sahaja terselit bawah laci.Yang lain semua mama dah hapuskan.Termasuk gambar kahwin nya dengan Iris.Semua habis dibakar.
Intan angkat tinggi gambar milik Iris.
"You masih ingat dia!?You jangan nak cari pasal dengan I!"jerit Intan geram.
"Bagi balik gambar tu!"kata Harith sambil cuba mengambil dari Intan.Intan larikan ke belakang tubuhnya.
"Jadi memang betul lah you masih gila kan janda buruk you tu!"telah Intan.
"Intan!you boleh tak jangan buat hal.Gambar tu I terjumpa tadi.Tak ada makna apa pun."dalih Harith.
Intan dah jegilkan biji mata.Rasa macam nak terkeluar biji mata pun ada.
"Kenapa you tak buang!?You jangan ingat I tak nampak you sembunyi bawah bantal tadi."marah Intan.
Harith garu kepalanya yang tidak gatal.Kantoi!
"I memang nak buang.Bak sini gambar tu I nak pergi buang."Harith merendahkan suara.Cuba mengambil gambar Iris dari tangan Intan.
Intan masih marah.Geram dengan Harith.Harith masih ada hati lagi dengan janda dia tu.Sial punya pompuan!Aku dah ambil tempat kau pun,kau masih ada lagi dalam hati Harith!
Intan koyak kecil-kecil gambar Iris yang sedang tersenyum manis tu.Terus di lontar ke udara.Berterbangan gambar Iris menjadi cebisan kecil.Harith dah terlopong.Berani Intan koyak gambar Iris!
"Intan!apa masalah you ni!"jerkah Harith.
"You yang bermasalah!Masih ada hati lagi dengan janda you tu!Dulu you dengan dia,you gilakan I!Sekarang bila I dengan you,you gilakan dia!You memang cari pasal kan!?"hambur Intan.
"Ya memang I gila kan Iris.I menyesal kahwin dengan you!I tak sangka perangai you langsung tak berubah.You yang menggatal dengan I dan buatkan I tinggalkan Iris!"luah Harith dalam nada kesal.
"Harith you memang gila!Jangan sampai I gugurkan anak you!"Intan tidak mahu mengalah.Kalau Harith berkeras dia lagi berkeras.
Terus Harith terdiam.Intan nak gugurkan anak dia.Satu-satunya zuriat yang Harith ada.Nanti apa kata mama.Dah lama mama nak kan cucu.Kalau lah Intan tak muncul,sudah tentu Iris yang tengah kandungkan anak mereka.Aku yang menyebabkan Iris gugur!Maafkan abang,Iris ....
"Intan,jangan you nak libatkan anak dalam kandungan you.I tak nak jadi apa-apa pada anak tu."suara Harith sedikit mengendur.Risau juga Intan buat hal diluar jangkaan.
"Oh..you sayang anak ni?"Intan tunjukkan ke perutnya yang sedikit membukit.
"You hanya nak anak ni saja kan.Bukan you nak I pun.Apa yang ada pada janda you?Entah dia tengah sedap dengan jantan lain,you kat sini melangut ingatkan dia!"
"Intan,you jangan nak cakap yang bukan-bukan pasal Iris.Dia perempuan yang baik.I yang jahat sebab tinggalkan dia.."ada getar dalam suara Harith.
Intan jeling tajam.
"Jadi you menyesal kahwin dengan I!?"
"Sudah lah Intan.I tak nak cakap lagi pasal ni."kata Harith dan mahu melangkah pergi.Dia dalam kekeliruan.
"I tanya you.You menyesal ker kahwin dengan I!?"jerit Intan kuat.Dadanya turun naik menahan marah.
"Kenapa ni?Harith,Intan!Sampai bawah mama dengar.Apa yang dah jadi ni!?"Puan Yasmin muncul di pintu bilik.Dari bawah jelas kedengaran suara Harith dan Intan yang sedang berbalah.
Harith hanya mendengus kesal dan terus pergi.
"Harith!!!"pekik Intan.
Puan Yasmin meluru ke arah Intan.Cuba menenangkan menantu kesayangannya.Entah punca apa pula mereka berbalah.Selalu Harith yang marahkan Intan.Ni terbalik Intan yang marahkan Harith.
Harith ni pun satu.Dah tahu Intan tengah mengandungkan anak dia boleh pula dia tinggalkan Intan macam tu saja.Bukan nak pujuk ker apa.Puan Yasmin juga yang kena pujuk Intan!Intan kan menantu pilihan dia...
Share this novel