H12

Crime Series 45700

Dafika tak pernah kahwin?


Ezhar menghela nafas lagi. Sejak dia mendengar cerita dari Raykal semalam, tidur Ezhar sedikit terganggu.


Raykal kata Dafika tak pernah berkahwin, Habis tu Karsyad tu anak siapa?

Kalau betul Nasir bapak Karsyad, kenapa jantan tu taknak bertanggungjawab?

Dan kenapa Dafika tipu pasal hubungan dia dengan Nasir?

"Har, ni tapau untuk Wan ngan Atok, saya dah siapkan"


Ezhar yang sedang menghisap rokok di belakang kedai hampir terkejut dengan sapaan Salwa.

Segala persoalan yang bermain dibenak fikirannnya tiba-tiba hilang.

Wajah Salwa dipandang, Sudah 2 minggu wanita itu bekerja di kedai makan ini. Maka ringan lah sikit tugas Ezhar. Kalau sebelum ni dia terpaksa membantu Dafika, dan dia juga ditugaskan untuk membuat air kepada pelanggan.

"Fika mana?"

Soal Ezhar lambat.

"Fika ke kedai, nak beli barang sekolah anak dia. Sebab tu dia mintak awak bagi tapau pada Atok ngan Wan."


Ezhar mengangguk.

"Sal."

Panggil Ezhar sepatah, ketika wanita itu ingin kembali kedalam kedai.

Salwa menoleh, wajah Ezhar dipandang.

"Aku nak tanya sikit boleh tak? tapi aku nak kau jujur dengan aku."

"Pasal apa?"

Soal Salwa kembali, muka bulatnya sudah berkerut.


Rokok yang hampir pendek dihisap tadi, Ezhar buang ketanah dan menenyeh dengan hujung seliparnya.


Bibir dibasahkan sedikit sebelum Ezhar memulakan bicaranya.
"Sal... aku nak kau terus terang dengan aku, apa sebenarnya yang terjadi pada Fika 7 tahun dulu dan Karsyad tu sebenarnya anak siapa?"

"Err... Fika tak pernah cerita apa-apa ke dengan awak?"
Soal Salwa kembali.


Ezhar menggeleng laju kepalanya.

"Wan pun tak cerita?"


Sekali lagi Ezhar geleng kepala dengan soalan Salwa.

"Kalau diorang tak cerita, tak berani juga saya nak buka mulut, lagipun kes ni hanya Fika je yang tahu sendiri."

"Sal.. kalau aku tanya Fika, memang sure Fika takkan cerita punya. bukan aku tak pernah tanya pun. Sekarang aku nak kau cerita pada aku apa sebenarnya yang berlaku pada dia. Kau cerita apa yang kau tahu je. Kau jangan takut, aku takkan bagitahu pada Fika."

Ezhar terusan memujuk, hatinya tak senang kalau dia tak tahu kisah sebenar Dafika dan anak lelaki wanita itu.


Salwa menarik nafas sedalamnya sebelum meneruskan kata.
"Apa yang saya tahu sama dengan penduduk kampung ni tahu. Saya pernah tanya Fika, tapi dia memang tak pernah nak cerita semuanya. Dulu, heboh kampung ni bila dapat tahu Dafika mengandung tanpa bapa yang sah. Puas dirisik, dan orang kampung menuduh Nasir. Sebab sepatutnya diorang berdua memang akan kahwin. Tapi Nasir putuskan pertunangan dua tiga bulan sebelum pernikahan mereka."


Ezhar mengeluh sebentar membuatkan Salwa menghentikan bicaranya sebelum menyambung semula.

"Saya dengar Mak Cik Kamsiah meninggal pun sebab terkejut bila dapat tahu Dafika mengandung. Puas semua orang tanya siapa bapa Karsyad, tapi Fika tak buka mulut. Nasir kena soal jugak hari tu, dia mati-mati tak mengaku. Bila tanya Fika, Fika bersumpah yang anak tu bukan anak Nasir. Jadi Nasir terlepas."

"Habis tu kalau bukan anak Nasir anak siapa?"

Laju Ezhar memotong ayat Salwa, penerangan Salwa sama seperti Ezhar.

Makin buat Ezhar tak sabar nak tahu cerita selanjutnya.

"Itu lah yang orang kampung tak tahu, Fika pun sampai sekarang tak cerita kan siapa bapa Karsyad. Saya tak berani nak tanya sebab benda dah berlalu. Saya tengok Fika pun dah banyak berubah."

Jelas Salwa sejujurnya.

"Tapi takkan jantan yang buat Fika mengandung tu, nak lepas tangan je, aku tengok Fika sorang je besarkan Arsyad."

Ezhar masih tak puas hati.

"Fika memang kuat Har, lepas mak dia meninggal. Dia kena halau dari family dia. Rumah mak dia pun bapa sedara dia ambil. Sebab diorang cakap Fika takde hubungan apa-apa lagi dengan family diorang. Nasib Wan dengan Atok terima Fika dan tumpangkan Fika, Kalau tak tak tahu lah apa yang terjadi pada Fika."

Ezhar mengangguk faham, jambang tipisnya dilurut lagi. Rahang petak bergerak-gerak sebelum memulakan bicara kembali.
"Tapi.. Kau rasa Nasir memang tak salah ke?"

"Saya tak tahu Har, sebab saya tengok Nasir tu sayang sangat kat Fika. Kalau betul anak tu anak dia kenapa dia taknak kahwin je dengan Fika? Lagipun mereka berdua memang dah bertunang dan sudah mengikat tarikh perkahwinan."

Kali ni terdengar nafas Ezhar dihela panjang.

Kata-kata Salwa seakan boleh diterima oleh akal fikiranya.

"Tapi sebelum Nasir putuskan pertunangan, dia pernah datang jumpa saya. Dia tanya pasal Fika. Dia nak tahu Fika ada orang lain tak selain dia. Saya jawab tak tahu, sebab Fika ni memang terlalu berahsia. Dari dulu lagi. Yang saya pelik, Nasir pernah cakap dengan saya yang Fika ada hubungan dengan awak."

"Aku?!"

Ezhar mengunjukan diri seraya mata hitam dibesarkan.

Terkejut dengan kenyataan Salwa.

"Itu lah saya pun cakap ngan Nasir, kenapa tuduh awak ada hubungan dengan Fika. Dia cakap dia tahu sebab ada orang bagi tahu dengan dia. Tapi Nasir tak bagi tahu siapa. Cuma dia cakap dia tak dapat teruskan hubungan dengan Fika lagi sebab awak."

"Jap. Kenapa aku terbabit pulak?"

Makin laju Ezhar memintas ayat Salwa. Nonsense!

"Saya pun tak tahu Har. Saya mintak dia fikir dulu. Tapi beberapa hari lepas tu saya dengar dia putuskan pertunangan dengan Fika."


Sekali lagi Ezhar menarik dalam nafasnya, rahang petak terus bergerak-gerak mencari kata.

Namun dia buntu. Rasanya makin banyak yang dia gali untuk mencari cerita pasal Dafika. Terasa makin banyak pulak kisah lain yang keluar.

Kini Salwa babitkan dirinya pula.

Betul ke aku terlibat? Tapi arah mana pula aku boleh terlibat?

Ezhar memang berkawan dengan Dafika. Kerana dulu wanita itu juga sepertinya. Nakal serta selalu buat onar kat kampung ni.

Namun seingat Ezhar Dafika hanya nakal dan sering mengikut anak muda merempit kat kampung je, wanita tu tak pernah sentuh arak atau pun dadah.

"Sal.. kau tahu Nasir kat mana sekarang? Dia masih kat kampung ni ke?"

Ezhar bertanya lagi setelah lama mereka berdiam.

"Saya dengar baru ni, Nasir tolong business ayah dia kat kampung seberang, sebab ayah dia bukak pusat sawmill baru kat sana"

Jawab Salwa terus terang.

"Boleh kau bagi aku alamat sawmill sana?"

"Awak nak buat apa?"

Berkerut dahi Salwa mendengar soalan Ezhar.

"Aku nak tahu cerita sebenarnya."

*****

"Fika.. aku nak tanya kau sesuatu boleh?"

Ezhar menyamai langkah Dafika menuju ke rumah.


Seusai kedai makan ditutup, Ezhar menunggu wanita itu untuk pulang bersama.

Rasa sangsi dengan kenyataan Salwa tengahari tadi, terus berlegar di mindanya.

Dafika yang seiiring berjalan dengan Ezhar, menoleh kearah lelaki itu.

Bibir nipisnya mengukir senyum, seraya leher diangguk sekali.

"Boleh aku tahu apa sebenarnya yang berlaku pada kau dan Nasir?"


Mendengar nama Nasir, langkah Dafika terhenti, sekali lagi wajahnya diangkat memandang raup Ezhar yang tinggi.
"Kita pernah bincangkan hal ni kan. Awak dah janji takkan tanya lagi."

"Aku tak puas hati sebab..."

"Har.. tolong la jangan tanya lagi pasal Nasir.."


Ezhar mengeluh berat ketika percakapannya dipotong.

Dafika memang banyak berahsia sekarang ni.


Langkah mereka diteruskan kembali.

Beberapa kali halkum Ezhar memutar kebawah menelan liur. Hatinya terus kuat untuk bertanya.

"Fika.. semalam aku jumpa Raykal.. dia cerita kat aku.."

"Har.. saya taknak awak jumpa sesiapa pun orang kat kampung ni, lebih-lebih lagi kawan-kawan sekolah kita."

Sekali lagi Dafika memangkah ayat Ezhar menyebabkan lelaki itu memintas langkah Dafika, dan menghalang wanita itu berjalan.


"Kenapa?"

Soal Ezhar sepatah.


Dafika mengangkat wajahnya, mata Ezhar direnung sayu.
"Sebab saya taknak awak merana lagi seperti dulu Har. Saya taknak awak masuk penjara sedangkan semua tahu awak tak bersalah. Saya taknak awak terus terseksa Har"

Ezhar teguk liurnya, pandangan Dafika disatukan. Dia perasan hujung mata wanita itu sedikit berair. Kenapa?
"Fika... cuba kau cerita kat aku, apa sebenarnya yang kau tahu pasal aku?"

"Apa yang saya tahu tu tak penting, yang penting awak selamat Har.."

Terang Dafika lagi seraya melarikan pandangannya. Hati kian rundum.

Pantas kaki diatur semula melimpasi Ezhar menuju ke rumah.

"Fika.. aku tahu kau rahsia kan sesuatu dari aku, bagitahu kat aku Fika."

Sekali lagi Ezhar menyusuri langkah Dafika, namun makin laju wanita itu membuka kakinya.


Pada Dafika rahsia yang disimpan tak mungkin akan dibuka!

Jika dibuka Ezhar kembali akan merana.


"Fika.. Har.. Dah tutup kedai ke? Meh duduk sini, makan cucur cempedak yang Wan baru goreng ni."


Langkah Dafika yang menghampiri anak tangga terhenti ketika Hajah Salhah memanggilnya.


Ezhar yang mengekor dari belakang turut kaku, segala persoalan tadi, mati tiba-tiba.

Wajah neneknya yang sedang duduk diparkir bersebelahan rumahnya dipandang.

Karsyad dan Haji Bohari turut serta disitu.

"Mama jom makan cempedak."

Suara Karsyad tenggelam timbul saat dia lelah berlari dari parkir dan memeluk peha ibunya.


Dafika pandang Ezhar sejenak sebelum senyum ke arah anaknya.

"Jom kita makan, mama pun dah lapar ni."

Jawab Dafika riang, cuba menutup perbicaraan antara dia dan Ezhar tadi.


Kedua beranak itu kemudian memimpin tangan berjalan ke arah parkir. Hanya Ezhar yang masih berdiri tegak memandang belakang Dafika.

Dia pasti wanita itu menyorokan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience