12 : Sambut Aku!

Drama Series 5510

            TOK
 
            TOK

Tak sampai dua minit pintu kayu itu dibuka dari dalam. Muncul si adik bongsu bersama teddy bear pink ditangan.

"Long..." mencebik manja si kecil.

Aniq dukung adiknya yang paling bongsu bernama Faris, nama manja Ayie. Adiknya yang ini lain sikit, jantan tapi suka main teddy bear pink pula tu. Sisa air mata pada pipi comel itu disapu lembut.

"Kenapa nangis ni? Cakap siapa buat. Nanti Abang kenakan dia balik." pujuk budak versi Aniq.

Ayie masih mencebik. "Cap... dia tarik telinga adik. Akit... ni." telinga yang sedikit merah ditunjuk kepada si abang.

"Oh Mat Acap ni nak kena pelangkung ni. Dah dah jangan nangis." Aniq mendukung Ayie berjalan ke ruang tamu.

Ayie diletak atas sofa. Mariam dan Acap terlihat sedang bermain congkak. Terbit sebaris senyum dibibirnya melihat adik-adiknya.

"Cap! Main dengan adik. Buat dia nangis lagi, siap kau. Kalau nak merasa tidur dalam jamban, try la. Haa kau jangan cabar aku." ugutnya kepada adik ketiganya yang berumur 9 tahun. Acap atau nama sebenar Muhammad Asyraf.

"Hehe, mana ada. Meh sini sini dik." Acap yang perit kena dengan abangnya itu laju mendapatkan Ayie.

Aniq melabuh punggung di kerusi rotan tak jauh dari adiknya.

Masa berjalan begitu pantas. Sedar tak sedar adik adiknya makin membesar.

"Apa la perasaan kau orang ada abang macam aku bila dah besar." getus Aniq sendiri sambil tersenyum.

"Umi panggil makan."

"Ha?" Aniq angkat muka serta merta makin lebar sengihannya.

Bella berpeluk tubuh bersama jelingan maut.

"Kan aku cakap." kata Aniq perlahan.

"Apa? Bercakap entah pape. Huh!" berkerut seribu muka Bella. Dalam tak suka, balas juga.

"Kau tak boleh lari dari aku. Sampai bila-bila. Ingat tu..." seraya berkata begitu Aniq bangun lalu berjalan masuk kedalam biliknya yang terletak belakang sekali.

Bella sentuh dadanya sendiri. Liur ditelan kesat. Entah kenapa, setiap kali lelaki itu berbicara lembut dengannya walau ugutan atau apa apa. Namun dia merasakan sesuatu keanehan dari sudut hatinya. Jantungnya berdegup laju seolah...

Pantas Bella geleng kepala. Menidakkan apa yang terlintas. Lambat lagi aku suka dia. Memang tak la nak jatuh cinta kat musuh sendiri! Lambert lagi.

"Kakak! Jom la main masak-masak. Akak mesti pandai masak kan?" datang Mariam menarik tangan Bella tanpa sempat dia buat apa apa.

"Ha ah ya. Masak... masak air boleh la." meskipun masih kekok tapi Bella menurut duduk dilantai bersama mereka. Tiga hari disini, dia mula terbiasa dan selesa dengan sikap ramah keluarga ini. Kecuali abang sulung seorang tu!

"Hahaha! Masak air. Minum air hari hari la abang long." mengekek ketawa Mariam.

"Ha?"

Melihat Bella blur tidak tersambung wayar di otak. Mariam menjelas dengan muka polosnya.

"Yela, kan kakak dengan abang long nak kahwin bila dah besar. Mesti la akak kena masak untuk abang bila abang balik kerja."

Jatuh rahang Bella dibuatnya. Memang tak terlintas di kotak fikirannya nak kahwin dengan lelaki tu. Bella cepat cover mukanya tak mahu gores hati kecil itu.

"Betul la tu. Yam nanti tanya abang long. Nak tak rasa nasi kangkang akak." lembut bicara Bella.

"Okey! Tapi... nasi kangkang tu macam mana? Umi tak pernah buat lagi. Nanti nak tanya umi." Mariam bangun berniat mahu ke bilik uminya.

Pantas diduduk semula oleh Bella.

"Err- apa Yam cakap tadi? Kangkang? Haish bukan. Akak cakap nasi kangrabu adik beradik kepada nasi kerabu. Haa... kangrabu." pintas Bella cover line. Naya malu dia kalau umi dengar ni. Ajar anak dia pelik pelik.

"Kangrabu? Macam mana rupa dia? Nanti esok akak masak eh? Mesti sedap." teruja Mariam terbayang nasi yang dikatakan.

"Ha okay. Masak? Mampus aku." getus Bella lemah setelah Mariam kembali bermain dengan Acap dan Ayie.

Menyesal pula merepek yang bukan bukan. Tak pasal budak tu berharap. Harap esok dia lupa la. Bisik hati Bella.

*******

Kaki melangkah memasuki ruangan luas. Langkah bergayanya disambut oleh setiap pelajar yang berada disitu. Dirinya disapa penuh ramah dan hormat memandangkan dia merupakan anak kepada pengetua di sekolah elit itu.

"Selamat pagi, Tuan Muda."

"Selamat pagi, Tuan."

Rafael sekadar mengangguk sekali. Tombol pintu dipulas lalu masuk. Dia berjalan tenang ke arah sekumpulan 6 pelajar sedang keliling meja. Terdapat papan tanda di atas meja bertulis 'Persatuan Pelajar' yang menunjukkan mereka bukan pelajar biasa.

Terkejut mereka melihat kehadiran tiba tiba pemuda itu. Rafael duduk di salah satu kerusi. Semua pakat membisu tak berani buka mulut melihat muka dingin tanpa sebaris senyum depan mereka itu.

"Apa khabar semua? Sihat?" mukadimah Rafael tenang disertai senyum nipis. Sekadar tak mahu keadaan terlalu janggal.

Ahli kelab Persatuan Pelajar mula tersenyum. Tak mahu lepaskan peluang bercakap dengan atlet bola sepak antarabangsa itu.

"Sihat sihat belaka. Tuan pula bagaimana?"

"Mesti seronok ada di sana. Bila tuan nak bawa saya? Dah lama teringin nak travel dengan jejaka idaman. Eh! Tuan Raf."

"Hish kau ni! Tuan, apa kata petang ni saya belanja tuan makan."

Rafael tersenyum tenang. Tak cukup nafas rasanya kalau nak dicakap semua soalan. Diketepikan sebentar lalu dia pandang tajam ke arah seseorang yang duduk agak jauh darinya.

Sasha yang dari tadi diam mula faham dengan pandangan itu.

"Bersurai, balik ke kelas masing masing. Pukul 3 petang ambil kertas kerja dalam bilik ni. Okay terima semua untuk hari ni." bicara Sasha sedikit tegas selaku penolong ketua pelajar.

"Alaa..."

"Alaa, tak sporting la."

"Tah la, baru nak borak dengan Prince."

"Dia jealous la tu. Dah jom la."

"Suka la boleh berduaan dengan orang kacak."

Sasha kemam bibirnya. Telinga tajam dengar setiap ocehan dari orang bawahannya sendiri yang tak menyukainya. Setelah mereka keluar, tinggallah Sasha dan Rafael didalam bilik keluasan yang agak luas.

Rafael pandang kejap gadis yang duduk dua meter darinya. Gadis itu hanya menunduk bermain dengan jari. Tampak gemuruh mungkin kerana sikapnya yang tegas. Terbit rasa kasihan pula.

"Sasha." suara garau itu mula memecah kesunyian.

"Ya-ya, Tuan. A-apa tuan cakap? Maaf saya kurang fokus." tergagap Sasha.

Rafael melepas keluhan halus. Apa yang ditakutkan darinya.

"Tenang Sasha, aku tak makan orang. Dan... tak perlu formal dengan aku. Ada perkara yang aku nak tanya." lembut Rafael menenangkan.

Sasha tarik nafas dalam untuk bertenang. Wajah di angkat. Dia seperti dapat agak apa soalan yang akan dituju padanya. Tak lain tak bukan pasti tentang...

"Ada perkara buruk ke yang berlaku sepanjang Rose bersekolah di sini? Sampai dia nak pindah ke sekolah lain. Tak perlu menjaga rahsia Sasha, aku hanya nak tahu tentang adik aku. Tak salah kan?" berhati hati Rafael menuturkan tersebut. Rose yang dimaksudkan adalah Salsabella Rose.

Sasha kembali berpeluh dingin meskipun bilik itu sejuk dengan aircond. Argh, dirinya memang mudah panik. Dia cuba beranikan diri bertentang mata dengan pemuda bermata biru cair dihadapannya.

"Sebenarnya... Cik Bella selalu dibuli. Empat tahun dia dibuli selepas semua orang tahu yang dia anak kepada pengetua. Maafkan saya Raf. Salah saya sebab tak beritahu Raf. Cik Bella cuma tak nak awak bimbang." jelas Sasha terselit rasa bersalah yang menggunung.

Berkerut kening Rafael. Adiknya dibuli?

"Kenapa mereka tak suka Rose? Bukan ke lepas tahu dia anak pengetua, orang akan hormat dia seperti orang hormat aku. Kenapa mereka buat benda bod*h yang boleh jatuhkan imej sebagai palajar elit? Aku tak boleh terima. Mana orang-orang yang berani buli adik aku? Panggil mereka ke sini!" naik senoktaf suara garau itu membuat Sasha menikus sekejap.

Kenapa aku rasa aku yang kena marah sekarang ni. Arh! Memang salah aku! Aku yang tak berani nak lindungi Cik Bella. Aku yang penakut. Getus Sasha menyalahkan dirinya atas semua derita yang terjadi pada cik mudanya. Merasa diri tak berguna.

Melihat Sasha yang menunduk takut dengannya, Rafael berdehem beberapa kali. Mungkin dia terlalu terbawa emosi.

"Benda pun dah jadi. Aku tak salahkan kau, tak perlu rasa bersalah. Bukan tanggungjawap kau, aku yang salah." ayat terakhirnya Rafael perlahan. Dia buang pandang ke arah lain apabila gadis itu pandangnya.

Sasha kurang faham. Apa yang salah Raf pula? Salah dia la yang tak reti jaga Bella.

"Aku yang tinggalkan dia disaat dia perlukan aku. Dari dulu lagi..."

Sasha dapat lihat riak pemuda itu mula berubah suram.

"Ehem, Apa apa pun kau dah buat yang terbaik. Terima kasih selama empat tahun berkawan dengan Rose. Aku hargai jasa baik kau." ujar Rafael ikhlas sambil tersenyum.

Sasha terpana mendapat senyuman langka dari lelaki dingin itu. Sudah lama dia tak lihat senyuman itu. Senyum yang dapat cairkan hati setiap perempuan yang melihat.

Rafael bangun dari kerusi. Urusannya sudah selesai, dia mahu ke satu tempat. Dimana adiknya berada.

"Aku balik dulu. Jaga kelab ni baik baik." tombol pintu dipulas Rafael.

"Ar- baiklah. Terima kasih Raf." Sasha turut berdiri.

"Jaga diri baik baik, Sha. Masih ramai yang perlukan kau." penuh bermakna ayat yang dilontarkan sebelum menghilang dibalik pintu. Membuatkan Sasha terkaku ditempatnya.

Sasha langsung memegang dada menenangkan jantung yang berdegup laju seperti lari 7 km.

" Raf... tau la awak handsome." Sasha tutup mukanya dengan kedua telapak tangan.

**********

DEBUSH!

"Arh! Aniq! Bod*h la kau!" terjerit spontan Bella terkena percikkan air apabila Aniq terjun kedalam sungai secara tiba tiba.

Aniq sudah ketawa jahat padanya dari bawah.

"Turun la! Penakut la kau! Mari la kita buat pertandingan lumba renang." laung Aniq dari bawah yang bermacam gaya berenang. Mujur la pakai baju disebabkan dipaksa oleh Bella. Katanya penat nak tutup mata maka mengalah lah pemuda itu berenang bersama baju t shirt biru.

"Taknak lah! Ada lintah!" jawap Bella selamba. Ayu disebelah tersengih saja.

"Tak ada nya. Dah cepat terjun, aku sambut. Haa meh shayang meh. Abang sambut." galak Aniq kenakannya sambil mendepa kedua tangan seolah nak sambut dari atas.

Naik bulu roma Bella dibuatnya. Lengannya digosok.

"Makin miang aku tengok abang kau, Yu. Takut pula aku." bisik Bella kepada Ayu disebelah.

"Itu lah. Suka kadang tengok awak dengan abang long. Dah macam laki bini." ujar Ayu tanpa berlapis.

Mencanak canak bulu roma Bella naik. Haish makin seram dengan omongan dua kembar ni.

"Ramai pula orang masa ni. Ingatkan datang awal sikit tak ada orang."

"Ha'ah. Sebab musim cuti la kot." balas Bella sambil melihat pemandangan luas sungai dikampung itu.

Ramai anak anak muda ada disitu. Melepak, berenang, dating dengan awek, berkelah. Manakala mereka hanya melihat dari batu besar atas saja. Bella tak biasa ditempat terbuka dan tak pandai berenang, Ayu pula katanya tak mahu tinggalkan temannya sendirian.

"Luth ke tu?"

Spontan Bella tercari Luthfi. Matanya tercatap pada sosok tubuh pemuda tinggi berkaca mata bulat. Sedang berbual dengan seorang perempuan.

"Siapa tu?" spontan soalan tersebut terpacul dari Bella. Ayu melihat ke arah yang sama.

"Oh itu, itu Orked anak Cik Lija. Cik Lija yang kedai runcit itu. Kita pergi beli gula tadi." jelas Ayu.

Terangguk angguk Bella seperti burung belatuk.

"Oo... rapat ke dia orang?" Ha sudah apasal mulutnya busybody sangat nak tahu. Bella tepuk mulutnya sendiri. Adeh pedih.

"Dia orang... tunang."

"Oh tunang... Hah? Tunang?!" terjerit Bella hingga beberapa orang sudah pandangnya pelik. Tersedar dengan mulutnya, segera dia tutup mulut.

Ayu ketawa sebersalah. "Saya ingatkan Ifah dah cerita. Sorry ingatkan awak dah tahu."

"Belum..." pandangan Bella jatuh ke arah dua pasangan tadi. Luth sudah bertunang?

Mengapa saat ini hatinya sedikit kecewa. Cepat dia tersedar dari realiti. Ah, Luth pun anggap dia kawan saja. Luth memang begitu baik dengan semua orang termasuk lah dirinya. Dia saja sedikit... berharap.

"Ah lantak lah! Aniq!" tiba tiba Bella menjerit panggil musuh no1 nya.

Aniq yang seronok bermain air dibawah mendongak. "Apa?"

"Sambut aku! Aku nak turun! Biar kau lenyek kena penyiku aku kejap lagi." ayat terakhir Bella kedengaran seram. Entah kerasukan hantu mana membuatnya frust hingga ingin bertindak suka hati.

"Oi cepat la kata nak turun!" laung Aniq dari bawah.

Ayu terkulat kulat. "Haa? La, awak cakap tak pandai berenang."

Bella tersedar. "Eh, ya tak ya juga." ketika ingin kembali semula kepada Ayu, tak semenanya kakinya terpijak bahagian batu licin yang membuatkan dia hilang imbangan dan...

"Argh!"

Bush!

"Argh!" tiga saat Bella tenggelam sebentar. Alamak dia tak reti berenang! Terkapai kapai tangan ingin tetap timbul di permukaan air sungai. Kaki terasa tak mencecah tanah. Mungkin dia jatuh dari kawasan air dalam.

"Tolong! Aniq!" hampir lemas Bella. Air sudah banyak masuk dalam mulut dan rongga hidung. Pedih hidungnya. Telinganya menangkap suara Ayu dan Aniq yang memanggilnya. Jauh barangkali jatuhnya dari tempat Aniq.

Matanya hampir tertutup. Menerima jatuh dengan kejutan tiba tiba tanpa ada persediaan membuat tubuhnya terasa sakit meski jatuh dalam air.

Dia terasa tangannya ditarik oleh seseorang. Matanya sudah kabur hingga tak jelas orang itu.

"Uhuk! huk!" Bella terbatuk batuk. Dada terasa sakit dan kepala sedikit mencucuk.

"La, awak tak apa apa? Risau saya." Ayu menyentuh bahunya jelas kerisauan pada wajah gadis bertudung itu.

"Hmm, aku okay." balas Bella perlahan. Dia agak malu untuk bertentang mata dengan mata mata yang memerhatikannya saat ini.

Jap! Siapa yang selamatkan dia?

Bella angkat muka. Tak sampai sesaat dia buang pandang ke arah lain. Tak selesa dibuatnya.

"Hmm merah." bisik Muaz bersama seputung rokok tanpa berbaju tapi berseluar la.

"Ha'ah merah." Aniq turut bisik bersama muka serius. Muka sajalah serius wahal dalam hati sudah ketawa mengekek.

"Siapa yang-"

"Aku." jawap Muaz mencelah soalan Bella. Tahu apa yang ingin ditanyakan.

"Terima kasih. Tapi asal kau tak pakai baju? Tak selesa la." luah Bella tanpa pandang ke arah mereka. Ayu menyembunyi senyum.

Muaz duduk mencangkung dihadapannya. Ergh! Tubuh pemain sepak takraw ini agak berotot.

"Itu yang melekat kat badan kau tu baju aku." kata Muaz selamba badak tunjuk.

Bella terpinga. Hah melekat kat dia? Mata turun melihat kebadan sendiri. Oh gosh!

Muka berubah merah padam. Baju t shirt hitam milik Muaz ditarik agar menutupi dadanya. Bajunya yang putih akibat terkena air menjadi melekat pada tubuh dan ternampak warna bra. Ah malu mak!

Mahu saja dia humban mukanya semula kedalam air. Gigi diketap. Tak berani pula dia nak angkat muka.

Muaz bangun berdiri. Kasihan pula lihat gadis itu malu padanya.

"Nanti basuh." pesan Muaz ringkas.

"Hah?" Bella yang agak slow orangnya.

"Baju tu. Atau kau nak cium malam malam?" selamba Muaz berseloroh.

"Tak tak. Na-nanti saya pulangkan." tukas Bella.

Muaz berjalan pergi beriringan dengan Aniq.

"Amboi kau. Galak ek kau." riak Aniq terlihat kurang suka.

Muaz tersenyum sinis. "Dengki!"

"Lambat lagi..." gerutu Aniq menjeling. Macam pompuan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience