Bab 08

Romance Series 21400

Hari ini tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang.. tetapi tidak bagi Emma.. dia belum bersedia untuk menemui Ammar dalam keadaannya sekarang.. dia sangat mencintai Ammar dan masih belum melupakan segala kenangannya bersama Ammar..

Kalau bukan disebabkan ibunya terbaca kad kahwin itu, sudah pasti Emma tidak perlu kesana.. Sebelum keluar daripada biliknya.. Emma menarik sebuah kotak kecil berwarna biru.. apabila dibuka kotak itu.. rupa-rupanya isi di dalam adalah barang-barang kenangannya bersama Ammar.. Emma meletakkan kad kahwin Ammar di dalam kotak tersebut lalu menutupnya..

Emma memakai jubah berwarna turquoise dihiasi bunga-bunga kecil berwarna hitam di kaki jubah.. bersama bawal berwarna hitam.. Selepas menyimpan semua 'kenangannya' bersama Ammar..

Emma mengorak langkah ke arah ibunya yang sudah menunggu di ruang tamu..

"Kamu pakai baju ni je??" soal Puan Asiah mengenai baju yang dipakai oleh Emma..

Baju itu adalah baju yang seringkali dipakai oleh Emma kemana-mana, sedangkan masih banyak lagi baju di dalam almari.. Emma malas.. Hatinya tidak begitu tertarik untuk memakai baju yang cantik-cantik.

Ammar ada memesan kepada Emma supaya memakai baju berwarna purple.. kerana ia adalah warna tema kepada majlis perkahwinan Ammar..

"takpe lah ibu.. orang suka pakai baju ni.. selesa sangat.. "..

"Haish.. kamu ni.. pakai la lawa-lawa sikit.. majlis kawan kamu sendiri.. " .


*******************
"Ehh... Emma, apasal kau ada dekat sini?? bukan ke kau yang berkahwin harini.. dengar cerita kau dengan Ammar ada relationship.. " tegur Hakim merangkap kawan sekolah Emma dulu.

"Ha'ah la.. aku pun ada dengar cerita korang bersama.. ".tambah Aiman.

"Ehh.. takde la.. kitorang kawan je.. kawan rapat.. sebab tu lah kot ada orang gosip kitorang ni ada relationship "..Jelas Emma untuk mengelak daripada kawan-kawannya.

"Ohh... macam tu ke.. haish.. zaman sekarang ni cerita palsu orang sebarkan macam tu aje.. kesian tuan punya badan.. sorry la Emma.. aku salah faham pulak.. mujur aku tanya kau, kalau tak.. humm.. memang aku dah fikir bukan-bukan fasal korang.."

Aiman merungut.

"Emmaaaa....... ".

Emma segera memalingkan wajahnya ke arah si pemanggil.

"Ya Allah.. Ain rupenya!!..Ainnn.... dah lama aku tak jumpa kau, dengar cerita kau dah berpindah rumah.. betul ke?? "

Emma betul-betul teruja dapat berjumpa kawan baiknya kembali..

"Ha'aah... aku berpindah sebab nak senangkan daddy aku ulang-alik dari tempat kerjanya.. sorry la.. aku tak sempat nak bagitahu kau"..

Emma mencubit manja pipi Ain.

"Eeeiii... rindunya aku dekat kau.. ".

Ain meronta-ronta minta dilepaskan.. Akhirnya mereka tergelak sakan bersama..

"Weii.. Emma aku ingatkan kau kahwin harini.. rupenya tak.. aku dengar cerita kau dah nak kahwin.. tahniah.. walaupun bukan dengan Ammar.. aku tumpang gembira untuk kau.. tapi tu la.. aku harap kau yang berkahwin dengan Ammar.. ".

Emma mengenggam tangan Ain.

"Itulah yang dinamakan jodoh.. tak diduga.. Eh.. Nina macam mana sekarang..?? ".

Emma berusaha untuk menukar topik.

"Ouhh.. Nina masih belajar lagi.. katanya nak jadi doktor.. kenalah study hard sikit...

Emma perlu berpura-pura seperti biasa.. dia perlu menunjukkan yang dia tabah.. sedangkan hatinya tidak tahan mendengarkan soalan-soalan yang bertalu-talu datang kepadanya.. Emma perlu menahan sebak didada apabila melihat Ammar berkahwin dengan perempuan lain.. Emma.. kuat Emma jangan menitiskannya sekarang.. tahan Emma.. tahan..


*************************
Suasana di dalam dewan perkahwinan itu cukup meriah sekali memandangkan Ammar adalah anak Dato' dan Syuhada juga merupakan anak Dato'...

Emma memandang kearah Ammar dan isterinya.. hurmmm... cantiknya mereka berdua.. sama-sama padan.. memang Syuhada adalah yang terbaik buat Ammar..

tiba-tiba Emma menjadi sebak.. air mata mulai mengalir di pipi Emma.. Emma segera memalingkan wajahnya ke arah lain.. Emma terkejut apabila melihat wajah lelaki yang sedang duduk di atas meja jamuan..

"Adam!! apa yang dia buat dekat sini?? dia kenal ke Ammar?? aku nak pergi tanya dia la.. "

bisik hati kecil Emma..

Emma mula mengorak langkah untuk mendapatkan Adam..

"Emma!! Emma!! tunggu.. "Ammar menahan Emma..

"Ehh.. Ammar!! ,ada apa awak cari saya?? ".

Emma tersenyum melihat Ammar yang segak berpakaian hari ini..

"jom.. ambil gambar.. bersama family saya.. "..pelawa Ammar..

"Ehh.. takpe lah saya segan dengan family awak"..tolak Emma..

Ammar terus memujuk Emma supaya bergambar dengannya.. Emma mula menolak dengan pelbagai alasan..

Akhirnya Ammar menyerah..

"Emma.. awak bawa tak kad undangan ke majlis perkahwinan awak?? "..

Alamak!!tertinggal la pula atas meja solek.. tak sempat nak ambil tadi.. aku terlupa nak bawa sekali..

"emm.. sorry Ammar,saya tertinggal.. ".

"takpelah kalau macam tu, awak bagi lain kali ye.. "

Ammar tersenyum kepada Emma sebelum dia kembali bersama family nya..Emma terus mengorak langkah mendapatkan Adam..

**********************
"Adam.. awak buat apa dekat sini?? awak kenal ke Ammar?? "..

"Oohh.. kau.. aku ingatkan siapa la tadi.. ha'ah aku kawan dengan dia.. kenapa?? ada benda tak kena ke dengan kau?? ""..

"Ehh... takde lah.. maknanya awak satu sekolah la dengan saya.. ".

Emma membuat reaksi terkejut..

"tak sangka saya berkahwin dengan orang yang sama sekolah je dengan saya"..

"Emm...awak umur berapa?? "....

" 27"..

jawab Adam ringkas..

"ouh.. tak sama umur.. saya 24..".

Tak sangka betul sekolah sama.. bukan tu saja, baju aku dengan dia pun sama.. hahaha.. apakah ini jodoh??

Adam memakai baju kurta turquoise bersama seluar slack hitam hansome nya.. sweet couple.. aipp... apa yang aku mengarut ni.. ada-ada je kau ni Emma..

"awak.. ".

belum sempat Emma bertanya.. Adam sudah pun menghilang.. Aikk.. mana dia ni... kejap je hilang..
Emma mencari kelibat Adam.. rupa-rupanya Adam sedang bergambar dengan family Ammar.. Haish.. rapatnya diorang.. bukan main bahagia lagi..


*********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience