Nada Safiyya termenung sendiri di mejanya. Dia merenung ke luar jendela menghadap sawah padi yang menghijau. Nada mengeluh nafas dengan berat sambil memandang laptop nya. Laporan pengajaran yang harus disiapkan terhenti separuh jalan.
"Aiii, mengeluh panjang sangat tu Nada", gumam Cikgu Raihana di sebelah.
Nada Safiyya menoleh seraya memberikan senyuman kepada Cikgu Raihana. "Tak ada papelah. Rasa penat sikit je menghadap report ni ha".
"Biasalah tu, dah memang kerja kita kan. Akak pun tak siapkan lagi laporan yang guru besar nak tu", sambil tersengeh seperti kerang busuk.
Sudah masuk lima bulan Nada Safiyya bertugas sebagai guru kontrak di sekolah itu. Sudah menjadi kebisaan apabila situasi seperti itu berlaku buat guru-guru yang mengajar di situ.
"Bolehkah aku nak sambung belajar sambil kerja ni?", soal Nada pada dirinya.
Terngiang-ngiyang kata-kata papanya tempoh hari, "Kamu tak nak sambung master? Buat dekat U sini je. Bukan jauh pun."
Kringggg.....Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran akhir telah tamat. Suara hiruk pikuk pelajar keluar dari kelas mula kedengaran. Halaman sekolah mula sibuk dan sesak dengan pelajar.
Nada Safiyya juga mula mengemas mejanya dan bersiap-siap untuk pulang hari itu.
…......…...…...…………………
"Assalamualaikum", umam Nada apabila sampai di pintu rumah.
"Waalaikumussalam. Haaa dah balik pun Nada. Jom minum petang dengan mama dan papa. Ni ha tadi adik kamu, Najwa ada buat cheesecake", mama membuka bicara.
"Kejap nak pergi simpan dulu barang ni di bilik ya ma. Kejap lagi Nada turun semula" sambil tersenyum.
Nada segera ke bilik dan meletakkan barang-barang yang dibawa pulang tadi. Selesai menukar pakaian Nada merebahkan badan ke atas katil bagi melepaskan lelah mengajar di sekolah.
Nada termenung lagi di atas katil. "Nada....Tengan buat apa lagi tu? Teh tengah panas ni sedap minum. Cepat turun" mama menjerit dari bawah.
Tersentak Nada dari lamunannya seraya membalas, "Okay ma. Coming!" bergegas Nada Safiyya ke dapur.
"Hai lama betul dalam bilik buat apa?", soal mama.
"Tukar baju lepastu baring jap ma. Penatlah mengjar hari ni." sambil menayangkan wajah letih.
"Ya lah. Nah minum ni bagi fresh sikit." sambil menolak cawan berisi teh hangat dan sepiring kek yang telah dipotong.
"So, macam mana dengan rancangan nak sambung master yang kita bincang hari tu? Kira jadi ke ni?", papa membuka mulut yang sedari tadi hanya memerhati.
"Mmm, entahlah. Tak tahu la mampu ke tidak kalau sambil mengajar ni", balas Nada.
"Entah dia ni ma. Bukan boleh harap sangat. Balik dari sekolah je tidur. Takde benda lain yang dia buat selain tidur", Najwa Sakinah mencelah.
"Diamlah kau. Sibuk je. Orang bukan cakap dengan dia pun", Nada menyiku adiknya itu.
"Nanti kamu cuba pergi jumpa ada seorang pegawai dekat universiti mama tengah sambung PhD dekat universiti yang sama. Kamu tanyalah apa-apa yang patut" Puan Amira memberi cadangan.
"Siapa nama dia bang? Ahh, Hareez. Nanti contact dia tanya la susah ka, macam mana dia buat master dia", potong mama tanpa sempat papa buka mulut.
Sambil Najwa tersengeh kerana kakaknya kena bebel. Bukan main seronok dia mengusik.
"Yelah ma, pa. Nanti Nada whatsapp dia", pasrah suara Nada.
Nada Safiyya mengangkat piring dan cawan yang telah kosong menuju ke singki. Sempat juga dia termenung sebelum ditegur oleh Najwa.
"Hoiiii!!! Berangan!", jerit Najwa kepada kakaknya.
Tersentak Nada dari lamunannya seraya menjeling adiknya itu, "Hissyyy. Sibuk je" sambil menayangkan penumbuknya.
Nada Safiyya kemudian terus engkat kaki dari dapur, malas melayan karenah adiknya Najwa.
"Baik masuk bilik. Boleh jugak rehat-rehatkan badan. Penat melayan student dekat sekolah", Nada bermonolog.
Nada merebahkan badan yang letih ke atas katilnya sambil merenung telefon bimbitnya. "Esoklah aku message dia. Nak cakap apa eh?".
.....…...………………………………………...………………
Share this novel