Bab : 47

Action Completed 53513

Dring!

Dring!

Telefon skrin sentuh warna hitam yang tergeletak di atas meja bersama dengan helaian kertas dan fail berdering minta di angkat sejak tadi.

Melihat nama yang tidak tertera pada skrin sekadar nombor,  Eden berkerut kening. Cuba memikirkan siapa pemanggilnya itu. Adakah Davina? Tapi bagaimana?Dia tidak sempat memberikan nombor telefon kepada gadis itu lagi.

"Ketua tak angkat? Sejak tadi nombor yang sama hubungi ketua? "tegur Caleb dengan ipad di tangan.

Eden melarikan pandangannya dari skrin telefon untuk pandang ke papan kaca yang ada di dalam bilik kerjanya itu. Dia tidak mahu hilangkan tumpuannya.  Davina boleh distract dia.

Tidak lama telefon itu berdering ianya pun berhenti.

Ketika semua orang yang ada di dalam ruang operasi sedang sibuk menghadap skrin komputer dan jalan ke hulu dan hilir melakukan sesuatu, bunyi deringam telefon pejabat ke dengaran. Hal itu buatkan seorang staf yang kebetulan hendak ke satu tempat melintasi meja dimana telefon itu berhenti dan capai gagang telefon tersebut.

"Hello? "sambut staf lelaki itu. Lantas kepalanya tersentak ke bilik berdinding kaca yang ada beberapa meter dari tempat dia sedang berdiri. Matanya terarah pada lelaki berkemeja putih lengan baju di sinsing hingga ke siku yang sedanv mencekak pinggang sebelah tangan di situ. "Baik... Tunggu sebentar." katanya selepas dengar orang yang bercakap melalui telefon itu.

Gagang wireless itu di pegang oleh staf itu. Dia kemudiannya jalan dekati pintu kaca bilik kerja tersebut. Sampai saja di situ,  pintu itu di tolak ke dalam dan memandang akan lelaki yang sama.

"Tuan Eden... Ada panggilan untuk tuan. "maklum staf itu serta merta.

Kepala Eden tersentak ke arah pintu. Dia pandang akan staf di depan itu dengan kening terangkat.

"Kaden Howard." sebut staff itu.

Eden agak terkejut selepas dengar nama itu. Kaden? Kenapa pulak lelaki tu yang call? "Berikan phone tu. " arahnya sambil menghulur tangan.

Telefon tersebut di letakkan atas tapak tangan Eden.  Setelah itu staf lelaki tadi keluar dari situ.

"Hello? "sambut Eden selepas dia bawa gagang itu dekat dengan telingannya. 

"What the f*ck is going on?! "jerkah Kaden serta merta.  "Asal kau tak angkat call aku!?"

Eden termangu dek bentakan lantang dalam panggilan tu.

"Kau ni dah kenapa? " tanya Eden, berkerut tajam keningnya.

"Patutnya aku yang tanya kau! Kau dah kenapa? Mana Davina? apa kau dah buat pada dia!"

Huh? Kenapa dengan Davina?  "Asal kau tanya aku? "soal Eden kebingungan.

"Davina hilang Eden!  Last aku try call dia masa mama beritahu aku yang kau dengan Davina bertekak. Tengah aku cakap dengan dia,  aku dengar macam Davina bergelut menjerit mintak tolong.  Tup.. Tup ada orang bawakan aku handbag dan phone dia.
Katanya dia jumpa dekat tepi jalan depan hospital.... " jelas Eden yang jelas kedengaran resah dalam panggilan tu.

"Apa!"

Suara lantang Eden buatkan Caleb dan yang lain di dalam ruang itu tersentak.  Mereka toleh memandang ke Eden berkerut kening ingin tahu.

"Cari dia Eden...! "arah Kaden.  "I swear to god! If something happen to her... I'll not let you live!"

Eden berkerut kening dengan muka marahnya.

"Kenapa kau fikir kehilangan Davina ada kaitan dengan aku? "soal Eden lepas tu.

"Sebab kau orang terakhir yang bersama dengan dia! Siapa lagi kalau bukan kau! Aku susah payah dapatkan nombor phone kau tapi kau tak angkat call aku! Kalau macam tu better tak payah pegang phone langsung! "balas Kaden.

Knock!

Knock!

Pada masa itu juga la seseorang muncul dari luar dan buka pintu kaca dengan sebuah kotak di tangan.

"Tuan... Ada  bungkusan untuk kumpulan Armada Diraja. " maklum staf itu sambil meletakkan kotak tersebut di meja.

Tumpuan Eden beralih ke kotak itu pula. Dia pandang dengan kening berkerut. 

Apa pulak dah ni!?

"Cari Davina sampai jumpa! atau aku akan pastikan swmua urusan kau bermasalah di masa depan nanti! " arah Kaden lagi dengan berang.

Share this novel

esther marcus
2020-12-23 12:06:26 

eden...bt slow pla..x angkat tel...ishhh...bt geram je....


NovelPlus Premium

The best ads free experience