Sejarah

Drama Series 421991

"Apa mimpi kau tetiba call nak jumpa". Soalan pertama terpacul dari mulut Arif sebaik membuka pintu kaca. Aku mengangkat kedua bahu tanda tak tahu.

"Ala boss ni. Bila saya tak call, kata nak buang telefon saya. Bila saya call, tanya macam macam pula", rungutku sambil melangkah masuk ke ruangan yang masih kosong. Dinding masih putih. Debu pun banyak. Aku terbersin sebaik saja masuk.

"Tak la. Bukan pe, aku terkejut je", balas Arif bersahaja. Menarik satu kerusi plastik dan menolak kepadaku.

"Orang call pun terkejut. Boss busy ke?". Aku agak curiga juga kerana tadi Arif kata dia di pejabat dan menyuruh aku ke sini tapi aku lihat ini dah macam rupa stor. Kotak bersepah sepah. Biar betul ini pejabat.

"Busy la juga. Aku rasa semalam ada press call nak interview untuk majalah apa tah. Aku lupa pukul berapa", kata Arif sambil menyemak nota telefonnya.

"Kalau busy  takpe la. Saya balik", kataku sambil bangun untuk pulang.

"Eh.. Kau ni kenapa? Dah la susah nak jumpa. Baru jumpa dah nak balik. Duduk!", kata Arif sedikit bengang dengan sikapku.

Aku duduk kembali dan memerhati sekeliling . Ruang pejabat yang kecil ada satu bilik dengan pintu terbuka, manakala satu lagi terbuka. Di dalam kedua bilik itu kosong. Ada satu lagi bilik kecil di belakang. Tiada hiasan dinding - kosong. Sepertinya Arif baru berpindah masuk.

"Aku baru nak duduk dalam pejabat ni, nak tengok apa aku patut buat. Nak kemas semua ni", bebel Arif dari dalam bilik belakang. Haaaa.. betullah telahan aku tadi.

Aku bangun dan pergi ke bilik tersebut. Memang bersepah. Banyak kotak diletakkan di atas lantai dan Arif duduk di atas salah satu kotak tersebut. Kemudian, dia membuka kotak di depannya dan membelek fail kotak warna hitam.

"Ni pejabat baru boss?", soalku sedikit aneh. Bukan apa, yang aku tahu Arif sudah dua tahun di Malaysia. Takkan la tak ada pejabat sendiri, katanya pernah bekerja di luar negara.

"Haah. Secara rasminya aku dah ada pejabat sendiri buat julung kalinya", ujar Arif dengan nada sedikit bangga.

"Dulu?"

"Aku tumpang syarikat orang yang panggil aku kerja. Macam kat pejabat Mr. Yong. Kat rumah aku ada la bilik khas untuk buat kerja. Tapi aku rasa tak formal sangat. Biarlah orang kata aku konservatif, aku lebih suka ada pejabat". Baru aku mengerti.

"Kau tak kerja hari ni?", tanya Arif padaku sambil mengangkat kening sebelah.

"Cuti", jawabku ringkas. Ya, aku cuti. Aku ada urusan di Klinik Kesihatan. Sejurus selesai, tiba tiba aku teringatkan Arif. Bagaikan dicuit cuit, aku menekan nombor Arif dan bertanyakan keberadaan dia. Nahhh! Sekarang aku di sini.

"Sini". Arif melambai aku supaya mendekatinya. Aku duduk di atas kotak di sebelah dia. Satu kotak bersaiz kotak kasut warna hitam diberi padaku. Banyak kepingan gambar didalamnya.

"Ni boss?", soalku mengajukan satu gambar. Seorang remaja lelaki memakai kemeja putih, bertali leher dan sut warna hitam berdiri berlatarbelakangkan suasana di dalam Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

"Haah. Aku tu. Dalam sepuluh sebelas tahun lepas", terang Arif. Aku terus melihat satu persatu gambar tersebut. Menarik sangat padaku. Banyak gambar Arif bersama teman temannya.

"Mash... massha", aku cuba menyebut beberapa kali tapi rasa macam nak tergeliat lidah. Arif ketawa.

"Mas-sa-chu-setts", sebutnya satu persatu supaya aku dapat mengikut sebutannya.

"Susah sangat nak sebut. Nak kena makan sup lidah ni baru lancar menyebut", kata Arif ketawa kecil lalu mengenyit mata.

"Errr.. saya tak makan lidah. Geli la", balasku disambut dengan tawa besar dari Arif. Sampai berair matanya. Entah dimana lucunya, aku tak tau.

"Aku belajar kat sini dulu - kejuruteraan", kata Arif mengambil gambar tadi dari aku.

"Wow!!", perlahan aku nyatakan kekaguman.

"Tak payah nak wow sangat. Aku belajar tak habis pun", tambah Arif dan itu membuatkan aku terus bertanya.

"Kenapa?". Padaku ianya satu kerugian. Dah sampai ke luar negara, tiba tiba berhenti belajar. Kalau aku buat macam tu, tak tau la macam mana mak kat rumah.

"Aku tak minat", jawab Arif bersahaja.

"Dah tu, Boss balik sini?", soalku ingin tahu. Ye lah sebabnya selama ni mak selalu cakap habiskan belajar walau apa pun terjadi.

"Aku pergi California. Pergi New York. Aku belajar tentang filem, pengarahan", jelas Arif

Berkerut dahi aku. Jauh sangat perginya ni. Dari jurutera ke filem.

"Aku suka berkarya. Dari masa di asrama lagi, aku peneraju kelab teater. Bukan jiwa aku nak belajar fluid, segala ni. Masuk lab buat eksperimen itu ini", tambah Arif lagi. Dia menunjukkan gambar bersama beberapa teman berkulit putih. Macam macam gaya pakaian. Orang seni memang tak takut menonjolkan kelainan.

"Untung la boss. Parents banyak duit, boleh la tukar tukar uni macam tukar sekolah. Macam saya ni, cita cita nak jadi doktor tapi bengap. Keputusan SPM tak cemerlang, tu yang dapat masuk jurusan pengurusan perniagaan. Mujur sangat dapat. Kalau tak dapat apa apa, mak saya dah suruh saya apply maktab. Jadi cikgu, cuti panjang kata dia", ceritaku tentang diri sendiri.

Arif ketawa besar. Aku suka lihat mata dia bila ketawa. Smiling eyes.

"Kau ingat parents aku tak histerical bila dapat tau aku quit belajar engineering? Aku belajar one sem je. Lepas tu aku hantar surat kat sponsor, mintak tukar course. Diorang tak allow. Well, company yang sponsor aku tu memang taja budak kejuruteraan je. So, permohonan aku ditolak bulat bulat. Aku berhenti. Biasiswa pun kena tarik. Masa tu aku harap fama je la". Aku tersenyum mendengar fama. Untung Arif ada fama, aku mula mula je fama... lepas tu ma je, fa dah takde. Dijemput Ilahi buat selamanya.

"Tapi bila fama dapat surat dari penaja biasiswa yang aku dah berhenti belajar engineering, diorang pun stop hantar duit. Parents aku kata kalau nak balik Malaysia, diorang akan bagi duit tiket. Kalau aku balik, memang cari nahas. Masa tu aku sakit. Sakit poket nak bayar segalanya. Aku kena halau dari bilik. Walaupun aku jadi gelandangan, kelas aku tetap pergi. Satu malam tu, ada kawan sekelas aku terlanggar kaki aku. Masa tu aku baru nak tidur. Dia bawa aku balik dan tumpang kat bilik dia. Bilik kecil je. Dia tidur atas katil. Aku tidur kat lantai". Aku menongkat dagu mendengar kisah Arif. Padaku agak tragis. Wajahnya aku renung, membayangkan kepayahan hidup Arif dahulu.

"Aku kerja sambil belajar. Apa kerja aku tak buat. Asal mendatangkan duit, aku buat. Aku memang jadi kuli batak kalau kat lokasi. Asal cuti aku akan menyelit, tak kesah la buat filem, soap drama or iklan. Setakat broadway tu aku dah biasa keluar masuk. Dah aku tukang cuci jamban situ". Pandangan kami bertemu, Arif melemparkan senyuman. Pasti itu kenangan manis baginya. Sayu hati aku. Sampai macam tu sekali Arif mengejar cita cita.

"Aku belajar rasmi dan tak rasmi. Yang tak rasmi tu lagi banyak ilmu aku dapat, networking aku besar dan pengalaman, yang ni tak boleh dibeli - tak ternilai", kata Arif bersungguh dan aku percaya.

"Ayah dengan mak boss tak marah?", tanyaku.

"Hahahaha... maunya tak. Parents aku dah tetapkan anak ini mesti belajar apa, kerja apa. Cita cita mereka itulah cita cita kami. Semuanya berdasarkan kecenderungan kami. Abang aku yang sulung mesti belajar accounting. Ya, dia jadi accountant sekejap. Sekarang dia ambil alih stesen minyak ayah aku. Dan buka lagi dua stesen minyak. Kakak aku seorang tu ulat buku, jadinya sekarang dia kerja perpustakawan. Aku ada dengar ayah aku dah suruh dia buka kedai buku. Adik lelaki aku jenis suka mengadu kat mak kalau aku buat apa apa, sekarang jadi pegawai polis. Adik bongsu masa kecil, suka sangat main masak masak. Habis periuk kuali mak aku dia angkut ke pondok, buat main. Mengamuk mak aku. Tapi dah anak bongsu, marah apa sangat kan? Sekarang dia graduan kulinari. Katanya nak buka bakeri. Tapi entah la, dah nak kawin tu. Aku seorang saja yang tak mengikut apa yang diorang nak".

Aku tersenyum. Dalam hati kagum dengan kejayaan adik beradik Arif.

"Ni gambar kat mana?", soalku sambil menunjukkan gambar air terjun dikelilingi hujan hijau.

"Costa Rica. Masa ni aku shoot Victoria Secret", jawabnya tersenyum penuh makna. Haihh.. malas aku nak telah maksud senyuman tu. Mendengar nama jenama tu pun aku dah terbayang bayang apa jenis penggambaran yang dibuat.

"Yang ni?"

"Ni kat Bali untuk American Next Top Model. First season untuk lelaki dan perempuan".

Mulutku melopong.. tak sangka.

"Kau tengok tak?". Aku menggeleng, aku mana minat program program macam tu. Aku minat anime je. Lagipun aku cemburu tengok badan yang kurus tu memperagakan pakaian. Cantik sangat. Aku ni pakai apa pun, aku rasa jelik. Spare tyre aku terbonjol bonjol.

"Banyaknya gambar boss. Macam orang dulu dulu pula, suka cetak gambar. Kan boleh simpan dalam hard disc" komen aku.

"Tak sama. Aku memang suka macam ni. Lain tau rasanya lihat di skrin dan kepingan yang kau boleh pegang".

Aku mengangguk, mengiyakan.

"Ni masa aku di Osaka. Kenal tak bunga ni?", tanya Arif. Aku perhatikan bunga warna merah jambu itu, lama. Bunga ni selalu ada dalam anime. Belum sempat aku menjawab, Arif bersuara.

"Ni bunga sakura. Hanya ada setahun sekali. Tu pun tak lama. Berebut orang nak pergi tengok". Aku mengangguk.

"Aku tinggal di Jepun dekat 3 tahun. Berulang ke Korea dan China juga. Teknologi perfileman di sana tak kurang hebatnya".

"Ni gambar aku masa kat France"

"Yang ni kat UK".

"Ni pula kat Nigeria"

Kata Arif sambil menunjukkan satu persatu gambar padaku. Tersenyum aku melihat telatah Arif di dalam gambar tersebut. Banyak juga gambar dia dengan artis terkenal, pengarah antarabangsa di majlis rasmi mahupun di lokasi. Paling sakit mata, gambar dengan perempuan perempuan yang tak cukup kain. Arghhh! Baik kau bogel je pompuan.

"Banyaknya tempat boss pergi", ujarku dengan kagum. Aku kan duduk kat Malaysia je. Naik kapal terbang hari tu pun setakat ke Sabah. Itupun nasib baik Arif nak bawa.

"Aku pergi sana untuk short courses tak pun kerja. Aku cari rezeki dengan cara ni. Nak senang itu susah, nak susah tu senang. Faham?". Laju kepalaku mengangguk.

"Jadinya boss langsung tak balik sini?", soalku ingin tahu. Tiada langsung gambar Arif bersama keluarga. Semuanya gambar dia seorang takpun bersama teman.

"Tak. Aku tak balik lebih 10 tahun rasanya", jawabnya setelah lama diam.

"Lama tu", balasku. Macam merajuk je gayanya.

"Aku merajuk sebenarnya sebab mula mula aku nak sambung belajar kat Malaysia je. Aku nak cari 'dia'. Surat tawaran untuk ke US dan biasiswa pun aku sorokkan. Tapi tu la, adik aku yang polis tu mengadu kat bonda. Nak tak nak, aku terpaksa.

Tapi kan.... sejauh mana aku lari, selama mana aku merajuk. Aku sentiasa teringatkan keluarga. Aku balik Malaysia, aku kerja sini. Tiap minggu aku balik kampung sekadar nak tengok rumah keluarga aku, stesen minyak ayah aku. Sesekali nampak la kelibat kedua orang tua aku. Walaupun terubat rindu tapi tak sama. Aku tetap nak minta maaf sebab dah musnahkan impian mereka. Aku nak cium tangan, nak peluk", luah Arif akan isi hatinya.

"Sampai sekarang?".

"Tak la. Tu masa awal awal aku balik. Sekarang dah ok. Bonda masih merajuk walaupun dia maafkan aku. Selalu saja dia ungkit ungkit jika mak sepupu aku yang ada IR tu telefon dia. Ayah aku ok saja. Dia kata ini jalan yang aku pilih, teruskan. Aku masih pujuk bonda sekarang".

Aku sekadar mendengar kisah lalu Arif. Satu aku dapat simpulkan, seorang ibu jika merajuk memang hidup anak jadi tak keruan. Sama macam aku. Semuanya bermula sebab Nuha nak kawin. Aku merajuk dengan mak, mak merajuk dengan aku.

"Termenung... ingat boyfriend?". Usik Arif mengipas gambar di depanku. Aku tersedar lalu menggeleng. Arif merenung aku. Mata kami saling bertikaman. Entah kenapa tiba tiba timbul rasa berbeza. Aku tak boleh begini terus aku mengalih pandangan

"Gambar girlfriend boss mana?". Tanganku terus menggali gambar di dalam kotak itu.

Share this novel

Hana
2019-10-30 14:07:52 

ecece...dua2 x mo ngaku


NovelPlus Premium

The best ads free experience