BAB 2

Romantic Comedy Completed 9525

Selain dari Ah Beng, beberapa nama lain juga berjaya disamarkan untuk dijadikan nama samaran seperti Jabir Jerat yang hebat menjerat ayam kampung, Datuk Rahim Ketua Kampung yang hebat memberi janji palsu sehebat filem Janji Diana, Lebai Johari yang bukanlah lebai seperti namanya, hanya dek kerana beristeri tiga dia dikenali lebai dan akhir sekali muthu sampah yang mana satu-satunya penduduk bangsa india yang tinggal dikalangan penduduk melayu di Kampung Lanun Nusa Bangsa yang bertindak menjaga mutu kebersihan kawasan kampung dari dicemari sampah sarap mahupun sampah masyarakat.

“Haa ni ha kopi kau dah sampai Ayden Adam Mikhail Jones” jawab Ah Beng sambil menatang kopi ibarat gelas yang penuh. Walhal ia memang penuh. Maklumlah Ah Beng bukan kedekut orangnya.

Pak cik Ayden Adam Mikhail Jones satu-satunya warga emas yang memiliki nama moden. Ada juga yang berpendapat orang tua Pak cik Ayden Adam Mikhail Jones dulu berasal dari masa hadapan. Pernah satu ketika disekolah Pak cik Ayden dianggap warganegara Iran dek kerana namanya yang agak lain dari yang lain pada tahun awal 60 an dahulu. Mujur masa itu ‘viral’ itu sendiri belum berleluasa penaklukannya.Jika tidak pasti Pak cik Ayden Adam Mikhail Jones sudah menjadi bualan anak gadis di laman sosial.

“Man, kebun kau tu dah pajak berapa tahun? Aku tengok banyak betul hasilnya sekarang. Rugilah kau pajak dulu.” Tegur pak Jabir sambil tangan hebat menjentik buah carom.

“Lagi dua tahun dapatlah balik bir (disebut bae).Aku pon mati kutu tengok orang kaya Khairulnizam dok angkut hasil berlori-lori buah sawit aku. Tapi itulah Gayah dulu beria benar nak kahwinkan Wati anak aku tu.Nak buat besar-besaran katanya, takut Along Jah lebih dari dia. Kau tau lah gayah tu kalau tak diikutkan katanya karang mau aku dikerat dua belas. Itu yang aku terpaksa gadaikan dulu ladang aku tu.” Jawab Pak cik Seman panjang lebar.

“Alaa biasalah Man, orang perempuan ni macam kopi lah, nampak sedap, menyelerakan, misteri je warnanya tapi kalau lebih letak gula boleh membunuh senyap-senyap kita man. Kena pandai lah nak letak berapa sudu gula. Kau sebagai pembancuh kena pandai agak sendiri man”

“Kalau dah kopi pon Ah Beng dah siap letakkan gula, siap bancuh aku tinggal minum je bir, baik aku berbinikan Ah Beng je.Ye dak bir?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience