BAB 15

Romance Completed 20232

Suasana malam riuh-rendah dengan jeritan makcik-makcik brutal bahagian dapur. Mengalahkan kenduri kahwin. Zetty hanya tersenyum sambil memerhati gelagat mereka.

“Zetty, jom pergi depan. Mereke dah nak sampai tu.”

Ajak umminya.

Mereka bersama-sama menuju ke halaman rumah bagi menyambut kedatangan keluarga bakal abang iparnya, Izham. Majlis akad nikah tersebut cuma dilakukan kecil-kecilan. Oleh itu, tidak ramai yang hadir melainkan keluarga dan saudara terdekat pengantin.

“Tok kadi dah ada, pengantin pun dah ada. Marilah kita cepat-cepat selesaikan majlis ni.”

Ajak abbi Zetty.

Semua tetamu yang hadir menganggukkan kepala menyetujui cadangan tersebut. Zetty mengerutkan dahi apabila melihat mimik muka gelisah bakal abang iparnya. Bagaikan sesuatu akan berlaku. Sudahhh!! Jangan tak jadi pulak.

Akad nikah dimulakan.

“Aku terima nikahnya….”

Lafaz akad nikah tersebut tidak sempat disudahkan apabila terdengar bunyi ketukan pintu bertalu-talu.

Semua mata memandang ke arah pintu yang tertutup itu. Tanpa menunggu lama, Zetty membuka pintu.

“Aaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!”

Jeritan Zetty menambahkan lagi kejutan dan tanda-tanya pada semua orang yang berada di situ. Suasana riuh rendah seketika. Zetty melarikan diri bersembunyi di belakang ibunya penuh ketakutan.

Di muka pintu terdapat seorang lelaki dari hujung rambut ke hujung kaki bersalut dengan cecair putih. Sekali tengok seperti pocong baru balik bercuti dari Amerika kerana bercermin mata hitam. Cermin mata hitam ditanggalkan menambahkan seni pada mukanya yag kelat itu.

Ketawa yang ditahan sejak tadi akhirnya terburai. Semua mereka di situ ketawa tak kering gusi melihatkan muka yang amat menggelikan hati.

Lelaki misteri itu menapak masuk dan menuju ke arah pengantin lelaki. Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan menghulurkan kotak tersebut kepada pengantin lelaki.

“Nah, kau punya cincin. Nak kahwin pun menyusahkan aku lagi. Cincin pun kau tinggalkan atas katil.”

Pada mulanya Izham tercengang dengan kehadiran lelaki tersebut, tetapi kemudiannya dia mula ketawa terbahak-bahak.

“Laaa, kau ke. Aku ingat pocong mana la tadi. Spoil majlis aku betul la kau ni. Tapi thanks la tolong bawakkan cincin aku. Aku pun dah gelisah tadi. Yang kau tiba-tiba jadi macam ni kenapa?”

Semua mata memandang mereka seolah-olah sedang melihat drama.

“Masa nak masuk halaman rumah ni tadi aku tersepak batang kayu dekat pokok depan tu. Hujung kayu tu pulak kena tong cat yang ada kat atas pokok tu. Habis mandi cat aku malam ni.”

Lelaki itu menerangkan panjang lebar.

Muka Zetty berubah mendengar pernyataan tersebut.

“Alamak, tu aku punya keje.”

Zetty melangkah ke hadapan lelaki tersebut.

“Hehe, saudara sori saya nak cat rumah pokok pagi tadi tapi terlupa pulak nak tutup tong tu. Maaf la tak pasal-pasal jadi macam ni.”

Kata Zetty sambil tersengih.

Lelaki tersebut hanya mendiamkan diri dan hanya memandang Zetty. Zetty pelik tetapi apabila melihatkan wajah tersebut mengingatkannya pada seseorang.

“Zetty?”

“Naufal?”

Mereka berkata serentak sambil menunjukkan ke arah lawan masing-masing.

Semua yang memandang tercencang dan tersenyum mengenangkan drama jejak kasih yang sedang dilayarkan di depan mata mereka.

Naufal menuju ke arah abbi dan ummi Zetty dan membisikkan sesuatu kepada mereka. Mereka mengangguk seraya tersenyum.

Sesudah itu, dia bergerak ke arah ibu bapanya pula. Mereka juga mengganggukkan kepala apabila mendengar sesuatu yang dikatakan oleh Naufal.

“Tok kadi, saya pun nak bernikah malam ni jugak. Dengan Zetty Amani Binti Ahmad Dzulkifli.”

“Hah, awak gila ke apa? Nikah koboi kot.”

Zetty menzahirkan rasa tidak puas hatinya.

“Takde-takde, selama ni puas saya cari awak. Dah la hari last saya nak jumpa awak kat hospital tu awak dah balik. Handphone saya pulak hilang. Sekarang dah jumpa awak, kita nikah. Saya tak sanggup tunggu lama-lama lagi. Ibu bapa kita pun dah bersetuju.”

Zetty tidak mampu berkata apa-apa lagi. Air mata gembira bergenang di tubir matanya.

“Lagi pun saya cintakan awak dan awak pun cintakan saya kan.”

Naufal tersengih memandangnya. Rona muka Zetty berubah merah menahan malu akibat luahan terlebih jujur itu.

“Hei-hei, kami macam mana??!”

Izham dan kakak Zetty berkata serentak.

Berderai tetamu yang hadir melihatkan gelagat anak-anak muda di hadapan mereka. Malam itu berlangsungnya dua akad nikah. Sepasang rupa macam pengantin dan sepasang lagi rupa macam pocong sesat kahwin dengan manusia.

“Alahai dengan ‘pocong dapat award’ tu jugak la aku kahwinnya.”

Bisik Zetty perlahan tapi masih didengari Naufal.

“Dengan ‘pocong’ tu jugaklah yang awak sayang dan gilakan.”

Naufal mengenyit mata nakal.

Ketika kita sedia menerima pasangan kita, pastinya ketika itu kita menerima sepenuhnya pasangan kita itu kerana itu jodoh kita. Jika tidak, pastilah tidak akan terjadi hubungan kita dengan kenalan kita seandainya kenalan kita itu tidak menyenangkan hati kita. Jika ia jodoh kita, Allah pasti mengaturkan semuanya terbaik buat kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience