Bab 1

Vampire Series 4523

Suasana di taman itu agak sunyi dan suram . Entah mengapa aku suka ke taman ini , terutama sekali pada waktu malam . Tujuan aku hanya satu , untuk melepaskan tekanan yang aku rasai sepanjang hari . Memandangkan taman itu berdekatan dengan hutan yang tebal dan hanya diterangi sinaran bulan , ia membuatkan ramai orang takut untuk datang ke sini walaupun pada waktu siang . Mungkin juga kerana taman ini sudah buruk dan usang .
Namun tiada satu pun perasaan takut mahupun gentar yang datang ke dalam jiwa aku . Bagiku , taman ini kelihatan sangat indah jika diperhatikan dengan lebih dekat . Tambahan lagi dengan kehadiran angin malam yang selalu bertiup disana .

“ Kalau lah hidup aku macam bintang kan . ”

Bagi sesiapa yang mengenali aku , pasti akan mengatakan bahawa kehidupan aku ini sangat sempurna . Hanya kerana aku mempunyai keluarga yang kaya raya .

“ Kalau ada semua tu , tapi tak bahagia pun tiada guna juga . ”

Aku tersenyum sinis apabila mengingati kata-kata setiap murid di sekolah aku dulu . Ya , hanya itu yang kurang dalam kehidupan aku . KEBAHAGIAAN . Aku tidak pernah merasakan kebahagiaan sepanjang aku hidup di muka bumi ini .
Oleh kerana sikap ayah tiri aku yang suka mengongkong dan suka memaksa . Ibu aku pula sentiasa menyokong keputusan suaminya . Entah apa yang dibanggakan sangat dengan lelaki itu .
Emelyn mendepakan tangannya apabila merasakan kehadiran angin yang bertiup kencang di taman itu , lalu melepaskan keluhan berat . Biarlah angin yang membawa pergi segala kesedihan yang terlubuk di hati gituu cewah !

Apalah nasib aku ni . Dah lah dapat keluarga yang tak bahagia , hari-hari gaduh ngan bapa naga kat rumah pula tu . Heih parah .
Emelyn menarik nafas dalam sebelum berlalu pulang ke rumah , hari pun sudah lewat malam ni .

“ ARGHHH !!! ” Tiba-tiba kedengaran suara jeritan seorang perempuan dari dalam hutan .

Kus semangat .. Nasib tak terkeluar roh ni tau ..

Jeritan itu.. Kedengaran seperti sedang mengerang kesakitan .. Dengan langkah seribu aku berlari masuk ke dalam hutan untuk mencari tuan punya suara . Aku sudah tidak kisah tentang situasi hutan itu yang mungkin akan mengancam nyawaku .
Semakin Emelyn masuk ke dalam , semakin kuat jeritan itu . Sakit telinga aku oi !! Namun langkahnya terhenti apabila terpandang banyak tompokan darah yang menuju ke arah semak-samun yang agak gelap .


Uii banyaknya darah . Ada binatang buas ke dekat sini ? Kalau ada , memang confirm arwah aku hari ni .
Hmm nak masuk ke tak . Nak masuk ke tak ? Ahh masuk je lah !

Emelyn gagahkan diri untuk menuju ke arah semak-samun itu , oleh kerana perasaan ingin tahu sudah menguasai diri hehe .

Dan.. dan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience