bab 8

Action Series 29828

ARWIN merenung tajam suaminya dan perempuan itu. Wajahnya tidak perlu dikatakan, sudah tidak lari seperti singa jadian. Eriq sudah menggaru kepalanya. Arwin memandang Eriq dengan alasan menyuruh Eriq menegur Airiel yang tidak perasan kehadiran mereka.

“Bro.” panggil Eriq dan membuatkan Airiel dan Erin memandang mereka. Tangan Erin di lengan Airiel masih diperhatikan Arwin. Airiel memandang isterinya lalu dia terbatuk kecil. Perlahan-lahan Airiel menarik tangannya.

“Eh Eriq. How are you? Lama kita tak jumpa.” tegur Erin sedikit ramah.

“Good.” jawab Eriq sepatah. Dia tidak heran dengan soalan Erin saat itu, yang lebih menarik perhatiannya apabila Arwin daripada merenung Airiel.

“By the way sebelah you ni siapa? Your girlfriend? Good, lepas ni bolehlah kita keluar together. Kan Riel?” bercakap dengan Airiel tiba-tiba sahaja nada Erin berubah manja. Arwin mengempal penumbuknya. Airiel juga menyedari hal itu.

“Eriq.” panggil Arwin dengan nada menahan marah. Eriq yang berada di sebelahnya tiba-tiba berasa berdebar.

“Ya.”

“Awin nak pergi makan. Tadi ada orang suruh jaga Awin kan. Sebelum Awin bertukar, jom kita pergi makan.” kata Arwin sambil masih lagi merenung suaminya.

“Errr… awak nak makan ye? Ha jom-jom. Kitaorang pergi makan dulu ye.”

“Apa you ni Eriq, You tak bawak dia pergi makan ke sebelum datang sini, see dia dah lapar.”

“Yes Erin…. Saya betul-betul lapar sekarang ni. Awak tahukan mood perempuan lapar macam mana? Rasa nak pukul semua orang kan.” kata Arwin sambil tersenyum hambarnya.

“Yes, I know. Go lah pergi makan. Kejap lagi I dengan Riel pun nak makan.” Lagi besar mata Arwin mendengar kata-kata Erin itu.

“Eriq, jom.” ajak Arwin dan terus pergi. Sempat dia menjeling tajam ke arah Airiel yang sejak tadi hanya diam. Eriq pula sempat dia menepuk bahu Airiel untuk memberi semangat dan terus mengikut isteri kawannya itu.

“Bila masa aku nak makan dengan kau? Sekali lagi kau ikut aku, aku campak kau tepi gaung. Semak!” kata Airiel dan terus pergi. Tidak sempat Erin ingin menjawab. Erin menghentak kaki geram dengan sikap Airiel.

SEJAK tadi Arwin tidak bercakap dengan suaminya. Dia hanya sibuk dengan makanannya. Api cemburu masih membuak-buak ketika itu. Arwin tidak tahu bagaimana dia harus menyorokkan perasaan itu kerana memang sejak dulu dia tidak pandai menyorok perasaannya.

Airiel dan Eriq berpandangan satu sama lain. Bukan katakan Eriq, Airiel sendiri tidak berani ingin menegur isterinya. Arwin masih lagi rasa tidak tenang dan diketuk mejanya perlahan. Dia memandang suaminya.

“Awin nak balik.”

“Balik? Kau nak balik buat apa? Majlis belum habis lagi.”

“Majlis awak bosan. Awin nak balik. Call Sham ambil Awin.”

“Jangan mengadalah… Kau duduk sini teman aku.” Arwin tertawa sinis sambil menjeling suaminya. Eriq hanya menjadi orang ketiga antara mereka.

“Apahal kau gelak macam tu?” soal Airiel tidak puas hati.

“Kejap lagi I dengan Riel pun nak makan…. pergilah ajak dia teman. Dah ada orang teman kan?” perli Arwin. Sempat dia mengajuk kata-kata Erin. Eriq yang melihat wajah Arwin mengemam mulut menahan ketawa.

“Kau jealous ke?” sengaja Airiel menyoal begitu. Arwin menjeling sambil menyambung makan. Malas dia ingin melayan suaminya. Eriq menggelengkan kepala melihat sikap Airiel yang mengusik isterinya. Selang beberapa minit Arwin tiba-tiba bangun.

“Kau nak pergi mana?”

“Toilet.” jawab Arwin sambil lewa.

“Nak aku teman?”

“Tak nak, Arwin boleh minta tolong Eriq teman kan.” perli Arwin. Airiel merenung isterinya tidak puas hati.

“Jangan melebih Arwin Nur Qaira. Aku masih boleh bersabar dengan kau.”

“Arwin boleh pergi sorang.” beritahu Arwin sambil terus beredar. Jujur dia juga berasa kecut perut apabila suaminya mula menukar nada.

“Mengada.”

“Kau ni bro, garang sangat dengan wife kau.”

“Kau tak dengar dia menjawab dengan aku? Ouhh lebih pulak.”

“Isteri mana tak jealous ada perempuan mengada dengan suami dia. Tapi Riel, kuat jealous juga kan Arwin tu. Aku ingat dia jenis steady je.”

“Tahu pun kau… aku pun baru tahu perangai dia macam tu.”

“Kau pun apa kurangnya.” perli Eriq sambil tersengih. Airiel terus meneguk air tanpa memandang rakannya.

“KALAU dia buat tak apa, kalau aku kemain singa lagi muka. Nyampah.” bebel Arwin berjalan ke tandas. Tiba-tiba dia terdengar seseorang menangis di dalam antara tandas itu. Pada awalnya naik juga bulu roma Arwin namun Arwin masih berfikiran positif. Arwin cuba untuk mengabaikan namun makan kuat pula suara itu.

“Apa aku nak buat ni? Nanti cakap aku busybody. Tapi kesian pula.” omel Arwin sendirian.

“Cik… Cik okay tak ni?” tiada sahutan hanya kedengaran menangis. Arwin menggaru kepalanya.

“Cik, keluarlah… Cik okay tak? Jangan risau kita berdua je dalam ni. Cik keluar ya?”

“Okay saya hormat kalau cik nak berseorangan. Saya harap cik kuat dalam apa sahaja ujian. Saya keluar dulu.”

Baru sahaja Arwin ingin beredar, terdengar pintu dibuka. Arwin memandang ke arah pintu itu. Seorang gadis yang kelihatan muda daripada Arwin dan manis sahaja rupa gadis itu. Lantas gadis itu menerjah Arwin dan terus dipeluknya. Arwin terlihat terkejut namun tetap membalas pelukan dan menenangkan gadis itu.

“Sokay, just nangis. Saya tahu sakit, Im here for you okay.” kata Arwin sambil menggosok belakang gadis itu. Setelah 3 minit berpelukan, mereka meleraikan. Arwin memberi tisu kepada gadis itu.

“Feel better now?“ soal Arwin. Gadis itu mengangguk sambil mengelap air matanya.

“Thank you.” Arwin tersenyum lalu perlahan-lahan Arwin memegang tangan gadis itu. Gadis itu memandang wajah Arwin.

“Awak tahu tak, awak cantik sangat. Saya tak tahu apa masalah awak, tapi awak masih muda. Banyak lagi ujian yang awak akan hadapi. Saya nak awak tahu yang apa pun awak buat tapi tak ada orang hiraukan awak, Im always proud of you, okay. Menangis sekarang tak semestinya kita lemah. Come back stronger okay.” nasihat Arwin sambil menggosok perlahan lengan gadis itu.

“Saya pergi dulu.” minta Arwin. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar, gadis itu menegurnya.

“Tunggu…Nama awak siapa?”

“Arwin.” jawab Arwin sambil tersenyum manis dan terus keluar.

“LAMANYA kau pergi tandas, kau buat apa? Ni apahal bahu kau basah ni? Main air ke?” selamba sahaja Airiel menuduh Arwin bermain air.

“Ish mana ada. Tadi ada orang dalam toilet tu menangis, Awin tenangkan lah dia. Serius dia cantik.”

“Dah jadi kaunselor tak berbayar pula kau. Aku ingat dah lari. Beranilah kau lari daripada aku. Aku tahu apa aku nak buat.”

“Eleh haritu kata tak kesah kalau Awin lari.” perli Arwin sambil mengejek suaminya. Besar kecil sahaja Airiel memandang isterinya ketika itu.

“Kau jangan sampai dekat sini juga aku kiss kau.” Arwin terus menutup mulut kerana terkejut dengan kata-kata suaminya.

“Ehem.” tegur seseorang. Siapa lagi kalau bukan Eriq. Merah wajah Arwin kerana malu.

“Agak-agak sikit bro. Aku adalah lagi dekat sini.”

“Bukan tadi kau dah pergi dekat minah tu?”

“Siapa? Erin? Tak kuasa aku berlama-lama dengan dia. Asyik-asyik Reil, Riel… rimas.”

“Tahu pun kau.”

“Rimas konon padahal suka.” omel Arwin perlahan namun dapat di dengar oleh suaminya.

“Tak puas hati lagi tu. Bawak balik baru kau tahu.”

“Jom… Awin nak balik.” Lantas Arwin mengajak balik. Namun Airiel merenung Arwin geram.

“Sekali lagi kau cakap nak balik, aku hantar kau balik rumah makngah kau.” terus berubah riak wajah Arwin. Arwin terus menunduk dan tidak langsung memandang suaminya.

Eriq yang melihat situasi itu berlarutan selama 10 minit, memukul lengan Airiel.

“Apa?”

“Kau tengok Awin tu, macam nak nangis dah tu. Kau ni cuba berlembut sikit dengan bini kau. Kesian dia kau tahu.” Teguran Eriq membuatkan Airiel memandang wajah isterinya. Airiel sedar isterinya masih trauma dengan apa yang jadi pada dirinya. Malah setiap malam Arwin pasti mengigau meminta pertolongan.

“Awin.” panggil Airiel sambil menarik lengan isterinya. Namun Arwin menarik semula. Mungkin merajuk dengan Airiel. Airiel memandang Eriq dan Eriq menolak bahunya supaya memujuk Arwin.

“Kau janganlah nangis. Ramai orang pandang nanti.” Eriq tercengang mendengar ayat yang keluar daripada mulut sahabatnya itu. Bukan itu yang harus lelaki itu ucapkan.

“Ye aku tak cakap lagi pasal orang tua tu. Janganlah nangis.”

“Awak ada niat nak hantar Awin rumah makngah pakngah balik ke?” soal Arwin sayu. Wajah sedih Arwin ditatap lama oleh Airiel.

“Tak…. aku…”

“Kalau betul, tolong jangan hantar Awin dekat rumah tu lagi. Awin rela mati daripada kena jumpa lelaki bertopengkan iblis tu.” Airiel merenung wajah Arwin lama. Tidak terfikir dan terniat langsung untuk berbuat demikian. Meskipun perkahwinan ini tidak direlakan dirinya namun dia tidak akan membenarkan Arwin jatuh pada tangan orang lain. Airiel terus menarik Arwin ke dalam pelukannya. Arwin semahunya menahan diri daripada menangis supaya tidak memalukan suaminya. Eriq pula tersenyum senang hati.

Tidak sangka sejak tadi Erin memerhati mereka. Erin merenung marah sambil tangan sudah mengempalkan penumbuk. Dia tidak akan biarkan Airiel jatuh ke tangan orang lain selain dirinya.

“MALAM tadi angah pergi ke?” soal puan Aisya bersarapan di meja bersama Fizz.

“Mana along tahu. Pergilah kot. Along dekat hospital ma.”

“Ish along ni tau. Mama suruh kamu pergi tengok dia.”

“Ma, angah tu dah besar, tahu la dia pergi ke tidak. Mama ingat dia suka ke orang paksa-paksa dia.” jawab Fizz sambil menelek telefonnya. Tiba-tiba tangannya terhenti dan melihat seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia pasti kejap lagi atau esok pasti mamanya akan tahu perkara itu.

“Ma, along keluar dulu ada hal.”

“Eh budak ni, sarapan lah dulu. “

“Tak apa ma, along dah lambat. Along pergi dulu.”

“Acu mana?”

“Ada dekat atas.” jawab Fizz dan terus keluar. Puan Aisya menggelengkan kepala melihat sikap anak-anaknya.

“BOS, gambar bos dengan cik Arwin dah tersebar.” beritahu Sham sambil menujukkan gamba di dalam telefonnya. Arwin yang sedang menuang air, terkaku sebentar. Wajah Airiel kian berubah, mungkin marah akan orang yang menyiarkan gambarnya.

“Aku nak kau cari siapa yang hantar gambar ni.”

“Baik bos.” jawab Syam dan berlalu pergi. Arwin masih lagi berdiri kerana sedang gusar.

“Yang kau tercegat ni apahal? Tak tahu duduk?”

“Awak… itu gambar yang malam tadi ke? Awin… minta maaf. Kalau Awin tak buat perangai mesti tak akan jadi kan.”

“Tahu pun. Kau kan mengada.” jawab Airiel selamba. Arwin menundukkan kepalanya.

“Duduklah, rimas aku tengok kau berdiri macam ni.”

“Awak, gambar tu macam mana?”

“Macam mana apa? Biar je lah… Aku bukan peluk perempuan entah daripada mana. Aku peluk bini aku.”

“Tapi…. Nanti orang tahu?”

“Kau sekarang ni boleh tak makan je? Pandai-pandai la aku nanti. Banyak cakaplah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience