BAB 10

Romance Completed 2053

“I wanna dance with her. Is that wrong?” Oh Firhan, kenapalah kau jujur sangat di hadapan budak-budak ini?

“Dance? Oh, she’s right over there.” Ezzy tiba-tiba menyampuk, menunjukkan ke arah sekumpulan gadis yang berkumpul berdekatan dengan stage. Jawapan jujur daripada Ezzy membuatkan dia mendapat cubitan di perut daripada Eyra.

“Thanks.” Ucapku sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka.

Pun begitu, sebelum meninggalkan mereka, aku terdengar mereka bergaduh kecil. Seperti Prince dan Eyra memarahi seseorang. Tetapi tidaklah pula aku tahu siapa yang dimarahi.

AKU menghampiri sekumpulan gadis yang dimaksudkan Ezzy tadi. Nampaknya, dia memang jujur. Gadis yang memakai dress berwarna maroon dan bertopeng merah jambu memang ada di kalangan mereka.

Salah seorang daripada mereka, perasan akan kehadiran aku dan menyapa.

“Awak cari siapa?” Seorang gadis yang bertubuh kecil seperti Eyra menghampiri ku.

“Her.” Seperti dipukau, aku terus berjalan mendekati gadis yang memakai dress berwarna maroon itu. “Would you like to have a dance with me?”

Dia terkebil-kebil. Kebingungan agaknya. Dia seperti mahu mengatakan “ye” tetapi suaranya seakan tidak keluar. “Ah. Yes, s-sure.” Sedikit tergagap.

Aku membawanya ke tengah dewan dan menyertai pasangan tariannya yang lain. Ku lihat Prince dan Eyra juga ada di situ. Mata pasangan kekasih itu melirik ke arah ku.

“Awak...saya suka awak.” Tidak tahu bagaimana aku tersasul keluar perkataan lain.

Gadis itu seperti terkejut. “Excuse me?”

Aku membetulkan kata-kataku kembali. “No, I mean. Saya suka dengar awak menyanyi. Suara awak...merdu. It could bring me to fantasy world.” Di kala itu, hidung aku terbau sesuatu yang sangat wangi dan menusuk hidung. White Musk perfume.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience