BAB 5: Bakal Suami?

Drama Series 28608

Dato' Rohan duduk di atas katilnya sambil memerhati sekeliling. Bilik ini memang sunyi selepas isterinya meninggal dunia. Keluhan besar keluar dari mulutnya. Dia mengambil telefon di atas meja di tepi katilnya. Tertera nama 'Bakal Suami Fatin' di kanta telefonnya.

"Assalamualaikum.. Sorylah anak pakcik tak bersedia lagi nak berjumpa dengan kamu. Sorry eh? Ok, terima kasih. Assalamualaikum.."kata Dato' Rohan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ha, ok. Waalaikumussalam.."kata Shahir.

Shahir memandang telefonnya dengan muka yang sedikit ketat. Tiger di belakangnya dalam perasaan penuh ingin tahu.

"Kenapa?" tanya Tiger.

Shahir menoleh kearah Tiger.

" DIA tak jadi jumpa aku besok." kata Shahir sambil membelek telefonnya.

Tiger tersenyum sinis. Dia merapatkan dirinya ke arah Shahir. Psiko! Shahir hanya menenung perbuatannya.

" Baguslah kan?"kata Tiger sambil ketawa kecil.

Shahir berkerut. Bingung.

"Apa maksud kau?"kata Shahir sedikit keras.

"Yalah, takdelah kau kalah cepat sangat kan? Haha. Dahlah aku tidur dulu..." kata Tiger sambil meninggalkan Shahir sendirian.

Shahir terpegun seketika. Tangannya digenggam erat. Pantang ada orang mengatakan dia kalah.

'Aku takkan kalah!!' pekik hatinya yang sedang panas membakar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hachoo!!!" bersin Fatin.

Kuat juga dia bersin. Ada orang sedang mengata dia agaknya.

Fatin sedang bersarapan bersama Papanya di meja makan. Hubungan mereka sudah bertambah baik sejak semalam. Terima kasih kepada Mak Senah. Namun suasana masih sunyi. Sejujurnya hatinya berasa berdebar-debar mungkin disebabkan mengenangkan yang dia akan berkahwin agaknya. Dato' Rohan menyedari tingkah laku Fatin. Dato' Rohan menyentuh lembut belakang Fatin. Fatin terkejut sedikit. Dato' Rohan tersenyum.

"Haih, nervous ke? Ini baru nak pergi kursus kahwin bukan kahwin lagi. Kalau kahwin agaknya dah terjun tingkap dah kan?" soal Dato' Rohan.

Dato' Rohan ketawa. Fatin membuat muka. Orang tengah serius bapanya main–main pulak.

"Isy, Papa ni. " rengek Fatin.

Matanya beralih ke jam tangannya yang berjenama Roscani itu. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Matanya terbeliak.

"Alamak! Papa Fatin dah lambat..Erghh.. Fatin pergi dulu!"kata Fatin sambil menyalam tangan bapanya.

Fatin terus pergi ke pintu rumah dengan laju.

"Fatin! "

Fatin yang sedang tergopoh-gapah memakai kasut sempat menoleh ke arah bapanya. Dato' Rohan sedang berdiri memandangnya.

"Good luck!"pekik Dato' Rohan.

Fatin tersenyum. Sweet jugak Dato' Rohan ni walaupun sudah berusia. Patutlah mamanya suka.

"Bye, Pa!" kata Fatin sambil membuka pintu keretanya.

"Bye!"jawab Dato' Rohan.

Dia hanya mampu melihat kereta anaknya yang berwarna kelabu itu pergi. Betapa cepatnya masa berlalu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin mengambil tempat duduk di barisan bahagian tengah. Nampaknya dia bukannya yang pertama sampai. Terdapat beberapa orang lain juga yang sudah sampai. Semuanya berpasangan kecuali seorang lelaki bertopi di barisan belakang sekali. Bakal isteri lambat agaknya. Biasalah perempuan. Tapi bila diperhatikan betul-betul wajah lelaki tersebut macam kenal. Fatin perhatikan pula muka-muka lain niat untuk mencari bakal suaminya.

"Assalamualaikum! Maaf saya lambat." kata penceramah yang tiba-tiba masuk tadi.

Fatin tersentak. Sikit saja lagi dia nak termelatah kat situ. Dia menelan air liur.

" Baiklah mari kita mulakan kursus kahwin kita dengan Ummu kitab Al-Fatihah."kata penceramah tersebut.

Keadaan menjadi senyap seketika. Fikiran Fatin melayang semasa membaca Al-Fatihah tersebut. Memikirkan siapa lelaki itu. Fatin tersentak.

'Eh! Itu lelaki yang aku jumpa kat mall haritu! Baru aku ingat..' pekik hati Fatin.

Setelah habis bacaan Al-Fatihah matanya hanya tertumpu kepada lelaki itu walau telinganya dipinjam penceramah tersebut. Sambil mencatat butir-butir penting pun matanya masih tertumpu kepada lelaki tersebut. Perasaan ingin tahunya semakin lama semakin membara. Lagi menghairankan bakal isterinya sampai sekarang tak sampai-sampai. Pelik. Namun dia tahu dia tak boleh nak berbuat apa-apa. Hanya boleh mengagak je.

' Dia dah nak kahwin? Dengan siapa? Mana bakal isteri dia? Hmm..' soal hatinya bertubi-tubi dengan soalan yang takkan pernah terjawab.

Sedang Fatin menenung lelaki tersebut tiba-tiba mata mereka bertentangan. Fatin terus mengalihkan matanya ke arah penceramah tersebut. Hatinya mula berdebar.

"Aduh! Dia perasan pulak! " bisiknya perlahan.

Sejak daripada itu dia takut hendak menoleh lagi. Seperti ada hantu di belakangnya. Dia menelan air liur. Matanya terus tertumpu ke penceramah itu.

Sekarang ni cuma ada satu soalan sahaja di kepalanya sekarang. Mana bakal suaminya?

BERSAMBUNG...

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience