BAB 7

Romance Completed 9573

“ Hai, boleh aku duduk?” lamunanku tersentak bila ada suara menegur. Aku mendongak. Faiq masih menanti jawapan dari aku.

“ Duduklah. Kerusi tu bukan aku punya.”

Lantas Faiq melabuhkan duduknya di hadapanku. Aku kembali meneruskan suapan yang tadi tergendala. Aku tak menghiraukan Faiq. Malas nak sembang-sembang.

“ Kau ada masalah ke?”

“ Kenapa tiba-tiba tanya aku macam tu?” dahi aku berkerut. Dia tengok muka aku macam ada masalah ke?

“ Mungkin aku bukan orang yang rapat dengan kau tapi jangan lupa yang aku sentiasa perhatikan kau.”

Aku nak membalas tapi cepat-cepat Faiq cantas.

“ Aku perasan yang kau dah tak rapat dengan Sany lagi. Korang dah tak macam dulu. Seorang ke hulu dan seorang ke hilir. Aku macam dapat agak puncanya tapi aku tak nak menuduh. Tapi apa yang cuba aku nyatakan di sini ialah aku tak suka tengok kau yang dah tak macam dulu.” Perlahan Faiq bersuara. Cukup berhati-hati Faiq bercakap, seolah-olah tak nak lukakan hati aku dengan kata-katanya.

Aku senyap. Seleraku mati terus.

“ Mungkin kat depan orang lain kau boleh tersenyum, gelak ketawa tapi aku boleh nampak yang sebenarnya kau tengah sedih.” Faiq menghulurkan coklat cadburry dekat dengan aku. Aku hanya pandang tanpa ada niat untuk ambil.

“ Pada mulanya aku fikir yang aku ada peluang kalau kau dengan Sany dah renggang tapi aku tahu walaupun kau dah tak rapat dengan dia, perasaan kau pada dia masih ada. Kan?”

“ Apa kau merepek ni?” aku sedikit cemas bila Faiq bagaikan dapat membaca rahsia hati aku.

“ Aku tak faham dengan korang berdua. Sebenarnya masing-masing suka tapi ego nak meluahkan perasaan sendiri. Dah lama aku tahu kau suka dia. Hanya kau yang lambat sedar akan perasaan kau. Satu yang aku tak faham… kenapa kau tak nak luahkan perasaan kau pada dia?” soal Faiq sinis.

Aku ketap bibir geram. Agak terasa dengan sindiran Faiq.

“ Aku nak balik.”

“ Linda, wait…” Faiq menahan.

“ Aku minta maaf kalau kau terasa. Aku tak ada niat nak sakitkan hati kau. Aku cuma nak kau bangkit. Cinta tak semestinya bersatu. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau kena lepaskan dia.”

“ Supaya kau boleh dapat aku? Macam tu?” keras aku membalas. Hati aku rasa nak meletup. Faiq kelihatan kecil di hadapan aku saat ini. Aku tak akan teragak-agak untuk simbah air minuman aku yang masih lagi bersisa ke mukanya sekiranya sabarku sudah hilang.

Faiq menggeleng. Dia tersenyum nipis. Mukanya tenang menangani aku yang sedang marah.

“ Jangan salah faham. Betul… aku memang suka kau. Kau sendiri tahu tentang perasaan aku pada kau. Tapi aku dah lama sedar yang aku tak akan pernah ada harapan untuk tawan hati kau. Aku cuma nak kau bahagia walaupun bukan aku yang kau pilih. Mungkin Allah sengaja nak uji kita dengan kehilangan dahulu sebelum menghadiahkan kita dengan sesuatu yang lebih berharga. Jadi, jangan terus bermuram macam ni. Perjalanan hidup kita masih panjang.”

Aku terdiam. Ada benarnya kata-kata Faiq. Hanya kerana Sany, aku telah mengabaikan hidup aku. Aku lebih rela keseorangan dalam dunia aku sendiri daripada berhadapan dengan kawan-kawan aku. sedangkan Sany? Dia berbahagia sekarang ini. Untuk apa menderita di atas kebahagiaan orang lain? Langsung tak berbaloi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience