BAB 20

Romance Completed 497

Azalea mengangguk. Dia menyoroti langkah kaki Syairi. Syairi berhenti di kedai menjual gula-gula kapas. Azalea tersenyum hambar. Gula-gula kapas.

Teringat semula ketika dia berumur 10 tahun. Mereka sekeluarga ke taman tema. Papa membeli gula-gula kapas untuk Eyrik dan Edina tapi tidak untuknya. Dia hanya melihat dua adik-beradik itu menikmati gula-gula kapas. Dia tidak pernah merasa walaupun sedikit. Sehinggalah sekarang.

“ Cotton candy.” Syairi menghulur gula-gula kapas yang berwarna merah jambu itu kepada Azalea. “ Ambik laa..”

Azalea menyambut huluran Syairi.

“ Makan.” arah Syairi lagi bila Azalea hanya merenung gula-gula kapas itu. Dia sudah mengambil tempat di sebelah Azalea. Mereka duduk di bangku yang disediakan di funfairtersebut.

Azalea tersenyum nipis lantas menurut arahan Syairi. “ Manisnya.”

“ First time?” teka Syairi. Azalea mengangguk. “ First time pergi funfair jugak?”

Azalea menggeleng. “ Pernah pergi dulu.”

“ Dengan siapa?”

“ Dia orang.”

“ Diaorang yang pukul awak tu?”

Azalea hanya tersenyum hambar mendengar soalan dari Syairi. “ They’re family...after all.”

Syairi mengeluh berat. Keluarga apa kalau dah dera orang sampai macam tu sekali. Keluarga sepatutnya memberi kasih sayang, perlindungan, sokongan. Bukannya sepak terajang.

“ Azalea, awak tak pernah terfikir nak lari?”

“ Pernah.”

“ Then kenapa tak lari?”

“ Tak ada tempat nak dituju. Diaorang je yang saya ada. Sebab tu lah saya tahan je. Apa-apa yang dia buat kat saya, saya biar je. Selagi saya masih mampu bertahan, saya akan bertahan.”

“ Sampai bila?”

Azalea angkat bahu. Tidak ada jawapan untuk soalan Syairi itu.

“ Boleh pinjam handphone?”

“ Kenapa?”

“ Pinjam kejap.”

Azalea menyerahkan telefon bimbitnya kepada Syairi. Telefon bimbit jenama Nokia yang sudah uzur itu memang menjadi peneman setianya sejak dia belajar di sekolah menengah lagi. Sekarang ni pun telefon tu dah siap kena lilit dengan getah bagai untuk menghalang bahagian belakangnya tertanggal.

Azalea melihat Syairi menaip sesuatu dalam telefon bimbitnya. Selepas itu, telefon bimbit itu dipulangkan semula kepadanya.

“ Saya dah save my phone number dalam tu. Kalau apa-apa jadi, just give me a call. Jom balik.” Syairi bangkit lantas menghulur tangannya pada Azalea.

Azalea sedikit teragak-agak untuk menyambut huluran tangan itu.

“ Jom.” Syairi masih bertegas.

Akhirnya Azalea menyambut tangan itu dan sepanjang perjalanan ke kereta, tangannya digenggam erat oleh Syairi.

Azalea hairan bila Syairi memberhentikan kereta di hadapan sebuah banglo mewah. Itu bukanlah kediaman Azalea.

“ Tu rumah saya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience