Rate

walaupun...

Poetry Series 103

Walau bintang mengerlip
Hanya yang tekal
menyinari malap malam

Walau langit luas
Megah, bebas, berkuasa
Masih nyata lubangnya

Walau ramai merana
disebabkan dua pertiga
Berjalan terus sahaja

Walau maya menyebar
Waring wera wanuar
Keselamatan terus dicabar

Walau tanda hormat
Memang lumrah Umat
Mendakap tanpa nikmat

Walau bersefahaman
Namun berkelainan
Lalu terpisah-pisah

Nikmat memerlukan izin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience