“Alif” tercungap – cungap Fakhrul saat dia sampai di ruangan menunggu di CCU. Saat itu kesemua keluarga Hana Aishah sudah berkumpul disitu.
“Abang Fakhrul” Alif Haziq terus memeluk Fakhrul erat. Bayangan Teacher Basirah yang sedang tercungap – cungap mencuri nafas sebentar tadi menakutkannya.
“What happen?” Fakhrul menepuk belakang badan Alif Haziq yang sudah teresak – esak menangis itu.
“Alif tak tahu. She was just fine when I fed her and then suddenly, she was gasping for air when I come out of the bathroom. Alif pegi toilet kejap je nak ambik wuduk. I didn’t mean to leave her” jelas rasa bersalah disebalik tona suara Alif Haziq.
“What did the Dr say?” Fakhrul bertanya lagi. Dia memandang ke arah Kapten Azam yang sedang duduk sugul sambil mulut itu terkumat kamit berzikir.
“I don’t know. I don’t understand but they said they need to monitor her at CCU again. I`m scared” Alif Haziq memberitahu dalam esakannya.
“Alif. You cannot be like this. Pray for her. Don’t cry like this. She is going to be just fine” Fakhrul memujuk lagi.
“No. I can’t lose her after Kak Dik” Fakhrul dapat merasakan satu tusukan pedih di dadanya saat Alif Haziq berkata pilu.
“Alif takut” semakin kuat esakan Alif Haziq.
Fakhrul mengeluh berat saat dia melihat keadaan keluarga mertuanya. Air mata menjadi peneman setia ketiga beradik itu sudah lebih seminggu. Bapa mertuanya , untuk pertama kalinya Fakhrul dapat melihat lelaki itu berputus asa.
Entah berapa lama Alif Haziq menangis dibahunya Fakhrul tidak tahu tetapi yang pasti lecun bajunya dengan air mata Alif Haziq. Alif Haziq yang semenjak pemergian Hana Aishah tidak mahu menegurnya, sekarang siang malam menelefonnya. Fakhrul tahu Alif Haziq tidak tahu mahu bergantung pada siapa saat itu.
“Abah. Abah balik dulu rehat. Nanti apa – apa Fakhrul bagi tahu abah” Fakhrul memujuk apabila melihat keadaan Kapten Azam yang kelihatan pucat itu. Lingkaran gelap yang tebal dengan badan yang semakin susut itu merisaukan Fakhrul.
“Fakhrul cakap dekat Dr Kamal. Proceed with the operation. Abah sign” Kapten Azam merenung Fakhrul tajam. Fakhrul dapat melihat keazaman di sebalik mata itu.
“Bah…” kata – kata Fakhrul dipotong dengan gelengan tegas Kapten Azam.
“Abah tak kira. Use any means to transfer the decision right to me. Abah dah tak sanggup tengok mak tanggung sakit” untuk kesekian kalinya air mata lelaki itu bertakung dikala bibir itu bergetar menutur bicara. Dia dapat melihat kesakitan seorang suami yang menanggung derita melihat isterinya bertarung nyawa.
“Get it done as soon as possible. Abah …. abah…” Kapten Azam menggelengkan kepalanya cuba menahan sebak untuk menyambung bicara.
“Abah” Hana Azuwa yang duduk di sebelah Kapten Azam memeluk tubuh bapanya erat. Melihat Kapten Azam yang sedang bertarung dengan perasaan sendiri melihat wanita yang dia sayangi berada di hujung nyawa, Fakhrul tahu Hana Azuwa yang cuba menguatkan diri itu turut roboh.
“Abah don’t cry. Wa tak boleh kuat sorang” Fakhrul dapat mendengar esakan Hana Azuwa kepada bapanya.
Fakhrul dapat melihat Hana Azuwa yang cuba bertahan mengingatkan adik – adiknya yang terlalu emosi dan kekuatannya hanyalah Kapten Azam semenjak seminggu ini. Melihat bapanya yang masih bertahan menahan emosi, Hana Azuwa ikut menelan emosinya seboleh mampu.
Hana Aqilah yang pengsan sewaktu Dr Kamal memaklumkan tentang keadaan ibunya yang hanya 50:50 sewaktu hari pertama ibunya dimasukkan ke IJN cukup untuk membuatkan mengubah Hana Azuwa menjadi pendiam. Fakhrul masih ingat malam kedua Teacher Basirah di wad, dia dapat mendengar esakan Hana Azuwa yang sedang duduk di beranda rumah Kapten Azam. Wanita itu bersendirian di luar di kala ahli keluarga yang lain sudah nyenyak tidur.
“You know when adik was around I never cared because I knew she will take care of everything like how she always did. But… but… now I feel so guilty because I didn’t know how hard it was for one person to try to take care of everything” luahan hati Hana Azuwa malam itu kembali ke ingatan Fakhrul.
“Kitorang ni tahu get into trouble je. Buat mak abah stress. And she will always be the mediator. Always wants to glue us together. When I wanted to elope because Abah was so adamant not wanting Wazir. When Abah didn’t want Lat. When baby picking up fights at school. She will always solve everything” rasa bersalah yang menyesakkan hatinya sehingga saat ini.
Kerana dia, Hana Aishah pergi. Kerana dia, keluarga ini berpecah belah. Kerana dia, bukan satu tetapi dua keluarga berantakan. Kegagalan dia menjadi seorang suami membuat segala ini terjadi.
“Aishah risau. You are holding in so much vengefulness in this heart. Aishah tak nak this feeling that you have to eat our family apart. Aishah tahu abang sakit, I cant even imagine the pain you`ve went through. Tapi holding on to that painful past wont give you any good. Aishah nak abang happy. Aishah tahu susah sebab itu, Aishah janji kita sama – sama heal this pain you have in your heart and create good memories. Boleh?” kenapalah dia susah sangat untuk mendengar permintaan Hana Aishah.
Hari itu mereka pulang daripada rumah Tan Sri Fadhil tanpa sempat menghabiskan makan malam hanya kerana Tan Sri Fadhil menasihati Fakhrul supaya mengambil pembantu rumah untuk membantu Hana Aishah. Pertelagahan kedua beranak itu berakhir dengan tangisan Puan Sri Maria dan Hana Aishah diseret balik ke rumah mereka.
“Abah tak boleh tunggu adik. Mak sakit. I cant see her in pain. She cant even handle it when she have fever. I cant imagine the pain she`s going through. Fakhrul kena cakap dengan Dr Kamal. We will proceed with the operation” tenang tetapi penuh tegas Kapten Azam berbicara petang itu.
Sepanjang hari itu, Fakhrul sibuk menguruskan ibu mertuanya. Dr Kamal tidak bersetuju dengan permintaan Kapten Azam seperti yang Fakhrul sangka. Mereka tidak boleh mengubah hak untuk membuat keputusan sekiranya pesakit itu mampu membuat keputusan mengenai dirinya. Perbincangan mereka berakhir dengan Kapten Azam yang melangkah kasar keluar daripada bilik konsultasi.
Lewat malam barulah dia pulang ke rumah mertuanya yang menjadi kediamannya sepanjang minggu itu. Dini hari itu Fakhrul bersujud lagi. Memohon hanya satu daripada Yang Satu dan buat pertama kalinya matanya dapat dilelapkan dengan tenang. Dan malam itu adalah malam kedua Adam muncul di dalam mimpinya. Tetapi bezanya malam itu ada dia , Hana Aishah dan Adam.
*******************************
“Assalamualaikum” suara Dr Kamal mematikan lamunan Fakhrul petang itu.
“Waalaikumussalam” senada mereka membalas. Dr Kamal yang sudah biasa dengan keluarga Teacher Basirah itu hanya tersenyum mesra.
Pertama kali dia berjumpa dengan keluarga Teacher Basirah sejujurnya dia agak terkejut melihat keramaian anak beranak wanita itu. Tetapi semakin lama dia sudah terbiasa dengan jumlah ahli keluarga Teacher Basirah yang akan hadir setiap kali mereka bertemu untuk membincangkan tentang perkembangan Teacher Basirah.
“Owh. There`s a new addition today” Dr Kamal menegur mesra apabila melihat ke arah seorang wanita berbusana serba hitam yang duduk di sebelah Tan Sri Fadhil. Mata Fakhrul yang semenjak tadi tidak putus daripada memandang isterinya itu, melihat Hana Aishah yang semenjak tadi melekat dengan papanya.
“Hi. I`m suppose you are Dr Kamal?” Hana Aishah menegur mesra dan Fakhrul merenung bibir nipis yang membentuk segaris senyuman tetapi pendek sahaja. Satu – persatu dia perhati kan isterinya. Setiap inci wanita itu dia rindui. Kalau dahulu tidak nampak di mata sakit rindunya tidak terkata. Namun saat ini walaupun mereka di satu ruangan, dia tidak dapat pun menyentuh Hana Aishah.
“Yes. And may I know you are?” Dr Kamal menanya sambil melabuhkan punggung di salah sebuah sofa di bilik konsultasi itu.
“I`m Aishah. Puan Basirah second daughter” Dr Kamal terus tersenyum lebar mendengar berita itu.
“The `adik` that we`ve been waiting” Dr Kamal menyambung mesra.
Sepanjang perbualan antara Hana Aishah dan Dr Kamal, matanya Fakhrul yang duduk di sofa bertentangan tetapi di hujung sudut berasingan dengan Hana Aishah ralit melihat segala perilaku isterinya. Dia sedaya upaya cuba menafsir segala perkara yang berlaku semenjak dia melihat isterinya di ruangan menunggu CCU.
Tadi sewaktu dia cuba menghampiri Hana Aishah, renungan tegas papanya berserta gelengan menghentikan kakinya. Dia melihat papanya memujuk Hana Aishah sebelum membawa Hana Aishah keluar daripada ruangan itu. Fakhrul mahu mengikut tetapi dihalang Hana Azuwa. Dia geram kenapa semua orang menghalangnya bertemu Hana Aishah tetapi melihat keadaan Hana Aishah yang semakin dia mendekati semakin kuat raungan, Fakhrul terpaksa menurut.
“Fakhrul!” panggilan kuat Dr Kamal mengejutkan Fakhrul. Dia memandang kea rah Dr Kamal yang merenungnya pelik.
“Yeah?” Fakhrul bertanya bingung.
“We`ve been talking and you`re spacing out” Dr Kamal menegur.
“Ohh. Sorry. Where were we?” Fakhrul terus mengubah fokusnya pada Dr Kamal yang merupakan rakannya sewaktu belajar di Harvard dahulu.
“Kau nak berangan pun Qu. Siang lagi ni” Dr Kamal memerli tetapi balasan Fakhrul menaikkan angin Hana Aishah.
“No need to berangan. Bini dah ada depan mata” tona Fakhrul yang selamba itu dibalas dengan tawa kuat Dr Kamal.
“Lahh bini kau ke? Sorry bro, aku tak ingat dah muka. How many years ago was it?” perbualan mereka yang sudah bersimpang menuju ke topik yang Hana Aishah tidak suka itu membuatkan Hana Aishah memotong pendek.
“Anyway, as you were saying, we need to proceed with CABG because…” suara Hana Aishah berubah tegang. Lansung tidak merenung ke arah lelaki itu.
“So, as I`ve told Qu previously we need to proceed with CABG. She`s holding onto the one thats already 80% blocked vessels. I don’t think she can take another attack” Dr Kamal tenang berbicara tetapi masih tegas. Wajah Hana Aishah bertukar keruh saat mendengar penjelasan pakar jantung itu.
“With her condition right now, from anest part I don’t think she`s optimised” Hana Aishah meluahkan kegusarannya.
“We are trying our very best to optimise her but I`m sure you understand with her heart condition, there`s only a certain limit we can go in term of optimisation. You have to weigh the anest risks with her ultimate treatment. We are just prolonging it but treating it symptomatically” Dr Kamal menjelaskan pilihan yang terpaksa mereka pilih saat itu.
Kapten Azam hanya faham sedikit sebanyak sahaj perbualan itu tetapi melihat wajah keruh anaknya, hatinya turut dirundung rasa bimbang. Dia yang duduk di sebelah kiri Hana Aishah terus memegang tangan anaknya yang digenggam di atas riba itu. Lama bibir Hana Aishah membisu sambil memandang ke ribanya.
“Dik” Kapten Azam menegur.
Hana Aishah mengeluh berat sebelum wajahnya diangkat merenung ke bawah Kapten Azam yang penuh pengharapan. Kemudian matanya memandang ke tiga – tiga adik beradiknya yang merenungnya kegusaran. Bibirnya mengukir senyuman pahit. Dia cuba untuk kuat tetapi sejujurnya dia takut.
“I think we will discuss first. I`ll let you know by tomorrow” Hana Aishah membuat konklusi.
“Its been a long day for all of us. Kita balik rehat dulu. Ok bah” Hana Aishah memeluk lengan Kapten Azam. Dia dapat merasakan kerisauan yang menyelubungi bapanya saat itu.
“Abah ikut adik je. Whatever you decide” Hana Aishah mengetap bibirnya menahan sebak. Dia dapat mendengar suara bapanya yang penuh pengharapan dan kelegaan.
“I`m sorry” air mata Hana Aishah menitik saat itu. Beribu penyesalan di dadanya kerana meninggalkan kedua ibu bapanya sehingga mereka sampai ke tahap ini.
Fakhrul merenung isterinya daripada jauh. Laju sahaja tangannya mahu mengesa air mata itu daripada gugur tetapi dia tahan. Melihat penerimaan Hana Aishah sebentar tadi dia perlu bersabar. Rindunya tuhan sahaja yang tahu. Walaupun tadi dia dapat menyentuh dan mengucup walaupun tidak sampai seminit, sekurang – kurangnya rindunya terubat.
*******************************
“Abah balik dulu. Adik kena balik hotel yang adik book tu. I`ll come home after that” Hana Aishah terpaksa menipu ahli keluarganya saat mereka menuju ke lobi hospital selepas melawat Teacher Basirah. Ada satu insan yang dia masih mahu merahsiakan kewujudannya.
Kapten Azam memeluknya erat sebelum mengucup pipinya berkali – kali. Hana Aishah menahan sebak maghrib itu. Anak mata hazel bapanya merenung ke dalam matanya penuh bahagia tetapi Hana Aishah dapat melihat kerisauan yang datang silih berganti.
“Everything going to be just fine after this” Kapten Azam mengucapkan penuh pengharapan dan Hana Aishah menganggukkan kepalanya walaupun hatinya sebenarnya goyah. Tidak mahu merisaukan bapanya yang sememangnya sudah kerisauan itu.
“Drive elok – elok bang” Hana Aishah sempat memesan pada Wazir yang akan memandu. Hana Aqilah dan Lateef menaiki kenderaan lain bersama Alif Haziq.
Saat mereka menaiki kenderaan kaki Hana Aishah melangkah ke CCU mencari Dr Kamal. Matanya meliar ke segenap CCU itu mencari pakar tadi. Beberapa staf yang berada di situ ditanyanya tetapi kesemua mereka tidak tahu keberadaan Dr Kamal.
“Sorry Puan. Dr Kamal tak angkat call” Hana Aishah melangkah kecewa keluar daripada CCU itu.
“She got 3 vessels blocked. 2 is total occlusion and 1 is already 80% occluded” kata – kata Dr Kamal tadi sewaktu mereka berjumpa bermain di mindanya. Dia mahu bertanya lanjut tetapi dia bimbang akan merisaukan lagi ahli keluarganya terutamanya bapanya.
“Sayang nak jumpa Kamal ke?” pertanyaan Fakhrul membuatkan kaki Hana Aishah mahu melangkah laju meninggalkan tempat itu.
Dalam kesibukan dia mencari pakar jantung ibunya, Hana Aishah tidak perasan Fakhrul yang mengekorinya. Jujurnya selepas kejadian di bilik menunggu di CCU, Hana Aishah terus melekat di sisi bapa mertuanya. Sekalipun dia tidak merenung ke arah lelaki itu.
Bapa mertuanya sudah pulang dahulu kerana risaukan cucunya di hotel. Hana Aishah turut bersetuju memandangkan dia mungkin akan lama di hospital itu. Semenjak itu dia melekat pula di sisi bapanya tetapi saat ini apabila dia berseorangan Hana Aishah dapat merasakan rasa gementar yang semakin menguasai dirinya.
“Yes Aishah. Fakhrul told me you want to talk to me” dia mahu pergi dari situ tetapi melihat Dr Kamal dia terpaksa mengagahkan dirinya walaupun berada sebegitu dekat dengan lelaki itu menaikkan gemuruhnya.
“Yes. I need to ask few questions if you don’t mind, I didn’t want to worry my family earlier” Hana Aishah memandang ke arah Dr Kamal sambil meminta penuh pengharapan.
“Sure no problem. I understand that. Lets head to my office” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan sambil membuntuti kedua lelaki itu. Dia cuba menguatkan dirinya kerana saat ini keadaan ibunya lebih penting daripada masalahnya dengan Fakhrul. Sepanjang mereka menuju ke pejabat pakar Dr Kamal di tingkat yang sama , Hana Aishah hanya diam membisu mendengar perbualan Fakhrul dan Dr Kamal.
“Have a seat. Sorry its messy in here” Dr Kamal menjemput Hana Aishah duduk. Wajahnya bertukar masam apabila Fakhrul mengambil tempat di sisinya tetapi dia cuba untuk tidak mengendahkan bahang tubuh lelaki itu yang dapat dirasainya kerana keadaan mereka yang rapat itu.
“Do you want anything to drink” Dr Kamal memperlawa tetapi Hana Aishah menggelengkan kepalanya.
“What is the survival chance for her?” soalan yang semenjak tadi mahu diutarakan akhirnya terluah. Dr Kamal merenung Hana Aishah beberapa ketika cuba untuk Menyusun ayat yang terbaik saat itu.
“Her chance of collapse on table is 50%” kata – kata Dr Kamal meruntuhkan segala kekuatan di dalam dirinya saat itu.
Perkara – perkara yang dia tidak mampu bertanya di hadapan keluarganya tadi dia tanya di pejabat pakar jantung itu. Berjujuran air matanya mendengar penjelasan yang diberikan Dr Kamal maghrib itu.
“She is not doing good. She is already Killip 4 when I attended her. I`m not sure whether Qu told you or not, she got cardiac arrest from the MI” Fakhrul menggengam tangannya menahan diri daripada menarik Hana Aishah ke dalam pelukkannya melihat air mata isterinya.
“That is why I am telling you, she won’t make it out alive if she got another attack” Dr Kamal menyambung.
“Her best option is CABG. Yes, I do admit there is high risk of collapse on table but do you want to wait around and let her suffer with the complication?” Hana Aishah benar – benar buntu saat mendengar pertanyaan Dr Kamal maghrib itu.
Lama perbincangan mereka maghrib itu, sampai hampir ke isyak mereka berbincang. Akhirnya Hana Aishah meninggalkan bilik pakar itu dengan mindanya yang kusut. Kusut memikirnya keputusan yang terbaik untuk Teacher Basirah.
“Sayang wait” Fakhrul memegang lengan kanan Hana Aishah sebelum sempat Hana Aishah berjalan pergi menuruni tangga keselamatan.
“Let me go. Lepas” suara panik Hana Aishah kedengaran apabila Fakhrul mencengkam tangannya. Segala bayangan lepas kembali ke ingatannya. Dia dapat merasakan nafasnya menjadi sempit apabila tubuhnya ditarik rapat ke tubuh Fakhrul.
“Lepas. Saya tak nak. Please don’t” Hana Aishah meminta panik. Fakhrul yang melihat wajah pucat isterinya itu diselubungi rasa bersalah saat itu.
“I`m sorry sayang. I`m not going to hurt you. I`m sorry please” Fakhrul menarik Hana Aishah rapat ke dalam pelukannya dan perkara itu hanya membuatkan Hana Aishah bertambah takut.
“Tolong lepaskan I. Kita dah tak ada apa – apa” terketar – ketar bibir Hana Aishah meluahkan bicara.
“No. You are my wife sampai akhir nafas abang” suara sebak Fakhrul lansung tidak memberi apa – apa kesan kepada Hana Aishah.
“Abang rindu sayang. Please come home with me” permintaan sayu Fakhrul menyedarkan Hana Aishah daripada dibelenggu rasa takut. Yang ada saat itu adalah kejengkelan yang tidak dapat dia tepis lagi. Semudah itu lelaki itu rasa perkara yang telah Fakhrul lakukan padanya.
Hana Aishah mengeraskan tubuhnya. Segala kekuatan yang cuba dia kumpul selama tiga tahun itu cuba diserapkan ke hatinya. Air matanya yang mengalir itu dia hentikan. Dia tidak boleh lembik sebegini.
“Abang mintak maaf, I miss you so much. Please” Fakhrul meluahkan rasa tanpa dia sedari tubuh yang tadi bergetar menahan takut itu sekarang berdiri dingin.
“Let me go Fakhrul” suara Hana Aishah bertukar keras saat itu.
“No” suara sebak Fakhrul lansung tidak melenturkan Hana Aishah saat itu.
“Let me go now before I scream. Don’t test me Mr Fakhrul” suara Hana Aishah naik satu oktaf sudah. Fakhrul masih berdegil. Dimindanya saat itu hanyalah kerinduan kepada sang isteri.
“Lepas!” kuat tengkingan Hana Aishah bergema di ruangan tangga kecemasan itu. Nasib baik tiada pelawat di kala itu. Hanya mereka berdua. Fakhrul yang tidak pernah melihat sisi Hana Aishah yang ini terus merenggangkan pelukannya.
“Sayang….” Hana Aishah memotong kata – kata lelaki itu sekaligus menamatkan walau segelumit rasa gentar di dalam hati Hana Aishah.
“Awak ingat saya ni apa Fakhrul. You think I`ve forgotten what you did? All the pain you have caused me? You are the reason why I had to leave my parents. You are the one who ruined my life. Sekali cukup untuk saya tahu, saya tak akan balik dekat awak. We are over. Faham?” kebencian di mata Hana Aishah merobek segenap hati Fakhrul saat itu. Kata – kata penuh kebencian yang keluar daripada mulut Hana Aishah membuatkan lidah Fakhrul kelu membisu.
Fakhrul berdiri kaku melihat tubuh Hana Aishah yang berjalan pergi meninggalkannya. Kebencian yang pernah dia lihat sekali di wajah isterinya. Sewaktu mereka keluar daripada bilik pengarah kerana gambar – gambar mereka yang tersebar di segenap hospital. Selepas itu tidak pernah sekali pun emosi itu dilihat di bawah Hana Aishah.
“I`m sorry” Fakhrul berbisik penuh pilu melihat tangga yang sudah kosong ditinggalkan isterinya.
**************************
“Fakhrul” Fakhrul yang sedang mengelamun di pusara anaknya terus terhenti alunan ayat al quran nya.
“Hariz?” Fakhrul bertanya kerana dalam keadaan gelap malam itu dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah pemilik suara yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu.
“Kau ni. Kalau pergi waktu siang tak boleh ke? Seram kau tau tak. Aku dah la ada bini mengandung dengan anak kecik dekat rumah tu” suara Hariz yang sedang membebel itu semakin jelas. Fakhrul mengalihkan kembali pandangannya kea rah tempat persemadian Adam.
“Bro?” Hariz menepuk bahu Fakhrul saat dia dengan susah payahnya sampai ke tempat Fakhrul berada.
Dia sudah hafal jalan di kubur itu kerana kekerapan dia mencari Fakhrul. Kerana itu dalam gelap malam yang hanya diterangi cahaya bulan, Hariz dapat mengemudi dirinya tanpa melangkah mana – mana tempat persemadian. Kubur Adam yang terletak di sudut paling kanan kawasan perkuburan itu sudah dia hafal.
“What are you doing here?” Fakhrul bertanya tanpa memandang kea rah Hariz.
Selepas pertembungannya dengan Hana Aishah kaki Fakhrul terus melangkah laju menuju ke keretanya. Hatinya terlalu pedih saat itu dan ubatnya hanya satu. Berada di pusara Adam dan mengalunkan ayat suci hatinya sedikit tenang.
Dia tahu dosanya tidak terbayang dek akal terhadap Hana Aishah tetapi dia rindu. Apabila kebencian yang diberi, walaupun dia sudah dapat mengagak reaksi Hana Aishah tetapi dia tidak sangka sampai sebegitu sekali sakitnya.
“Along called me” Fakhrul mengeluh berat.
“I`m fine. Go back” Hariz menggelengkan kepalanya sebelum duduk mencangkung di sebelah Fakhrul. Kalau dia fikirnya tahap seramnya, hendak duduk pun dia takut tetapi memikirkan Fakhrul yang memang tidak `fine` itu dia gagahkan hatinya.
“You met her?” Hariz bertanya pendek. Dalam kegelapan malam itu dia dapat lihat sinar di wajah Fakhrul saat pertanyaan itu ditanya.
“She`s so beautiful. Nothing changed” Hariz dapat menangkap rindu yang berat disebalik ayat itu.
“I just miss her so much. I get to hug her. It wasn’t enough but beggars cant be choosy right” Fakhrul menyambung.
“Then what are you doing here?” Hariz bertanya pula.
“I just want to tell Adam. Umi is back” Hariz dapat melihat senyuman terukir di bibir sahabat baiknya. Senyuman yang sukar untuk dia lihat semenjak mereka kecil tetapi menjadi satu norma semenjak perkahwinan Fakhrul dan Hana Aishah. Senyuman yang dia sudah terbiasa tetapi sekali lagi dirampas pergi apabila rumah tangga Fakhrul mula berantakan.
“And..” Hariz bertanya lagi kerana dia pasti ada sesuatu yang berlaku yang memaksa lelaki itu ke sini. Lama Fakhrul diam tidak menjawab. Angin malam yang nyaman berderu lembut diselangi dengan bunyi cengkerik. Menenangkan hati Fakhrul tetapi mengerikan Hariz.
“I dreamt last night” jari Fakhrul bermain – main di kepok Adam. Bicaranya perlahan.
“We are at this one park. It was so green and so big. As far as the eyes can see” Fakhrul menyambung. Bibirnya sekali lagi mengukir senyuman.
“This was the second time he came into my dream” tona bahagia Fakhrul jelas kedengaran saat itu.
“But last night we were finally complete” Fakhrul menyampung penuh ceria. Hariz dapat melihat mata lelaki itu bersinar disebalik cahaya bulan malam itu.
“Babah , Umi and Adam” halkum Fakhrul bergerak naik turun menahan sebak saat kata – kata itu meniti bibirnya.
“Bro” Hariz menggenggam bahu kanan Fakhrul kuat.
“I miss her so much. I know I did wrong and I didn’t deserve her but …..” Fakhrul melepaskan nafas berat menggambarkan betapa beratnya dia mahu menutur kata.
“I need her. I cant lose her again” giliran Hariz pula mengeluh berat.
“Hariz. Can you do me a favor” panggilan telefon daripada Fakhih setengah jam lepas membuatkan dia meredah jam malam sabtu untuk sampai ke situ.
“Kak Idora is not doing well tonight. Along nak mintak tolong jengukkan Fakhrul. She came back” penjelasan pendek itu sudah cukup untuk membuatkan dia melangkah menuju ke situ.
“Give time Fakhrul. What you did was not small. I cant even imagine the pain she has to go through” berhati – hati Hariz meeneruskan bicara.
“Tapi kau doa. Kalau betul jodoh kau dengan Hana kuat, InsyaAllah you guys will be reunited” Fakhrul memejam matanya rapat saat Hariz menghabiskan bicara.
“Pray , be patience, give her time and most importantly don’t just say you are sorry. Show her how sorry you are” Hariz menasihati Fakhrul lagi.
Lama mereka duduk di sisi pusara Adam. Diam tanpa bicara. Hariz seperti selalu, setia di sisi sahabatnya. Hariz kasihan melihat Fakhrul. Dia kenal Fakhrul semenjak mereka kecil lagi. Fakhrul tak pinta jadi sebegitu. Keadaan yang dilalui lelaki itu membentuk peribadi seorang lelaki bernama Fakhrul.
“I don’t need anyone in my life. I`m fine by myself” kata – kata yang diberikan kepada Hariz kali pertama dan terakhir dia pernah cuba membawa fakhrul untuk berkenalan dengan rakan Sazilah. Menyesal dia selepas bertekak dengan Sazilah kerana sikap Fakhrul yang hanya berbuat bodoh sepanjang makan malam mereka. Kononnya nak `double date` lah.
Fakhrul dikecewakan bukan sekali dua tetapi berkali – kali dan setiap kali itu lelaki itu menjadi semakin kasar perlakuannya. Kasar bukan dari segi fizikal tetapi dari segi empati. Lansung tiada belas kasihan kerana tiada sesiapapun bersimpati saat Fakhrul kesusahan. Satu – satunya manusia yang boleh bertahan dengan sikap Fakhrul adalah Hariz seorang.
“You think she will forgive me?” pertanyaan Fakhrul sewaktu mereka sampai di sisi kereta lelaki itu. Muka itu beku tanpa perasaan tetapi mata itu memandangnya penuh pengharapan. Hariz menyandarkan dirinya pada kereta BMW Fakhrul.
“Niat kau apa Fakhrul?” Hariz bertanya perlahan.
“I love her. She`s my wife. I need her” Hariz menggelengkan kepalanya tersenyum sinis mendengar ayat Fakhrul.
“Salah tu bro. Itu bukan niat. Let me rephrase it. What is your intention in getting back with her? Dengar balik statement kau satu per satu. There`s only I and my. Where is her say in that?” Hariz menepuk bahu Fakhrul perlahan. Fakhrul sekali lagi terdiam membisu.
“Dah. Balik elok – elok. Get rest, don’t think too much ok. We`ll figure it out tomorrow. At least she is back right” Hariz memujuk Fakhrul apabila melihat wajah lelaki itu yang sedang berfikir serius.
“Enough Fakhrul. Pergi balik. Its almost midnight. Both of us need rest” Hariz menolak tubuh Fakhrul ke dalam kereta BMW lelaki itu.
“Janji dekat aku. Head straight home ok. We`ll figure it out tomorrow. Ok?” Fakhrul menganggukkan kepalanya perlahan sebelum menghidupkan enjin keretanya.
“Ya Allah. Jangan lah apa – apa ikut aku balik” Hariz yang memandu di belakang kereta Fakhrul itu terkumat kamit berdoa sewaktu mereka menyusuri keluar daripada tanah perkuburan di Bangsar itu.
Dia mengekori kereta Fakhrul sehingga lelaki itu menuju ke Lorong memasuki taman perumahan lelaki itu barulah keretanya dihalakan ke arah rumahnya. Saat dia mendapat tahu mengenai kepulangan Hana Aishah pelbagai perasaan bercampur baur. Gembira untuk Fakhrul yang sudah seperti orang hilang akal menanti Hana Aishah, bimbang akan penerimaan Hana Aishah terhadap Fakhrul dan yang terpaling penting takut akan penerimaan Fakhrul apabila rahsia yang disimpannya pecah.
“Do not lie to me. Kau kenal aku kan Hariz” Hariz dapat merasakan bebanan yang dipikulnya saat itu. Dia tersangkut antara tanggungjawabnya sebagai rakan baik Fakhrul dan … arhhhh. Saat itu, kepalanya pula menjadi kusut.
************************************
Sudah hampir satu jam Fakhrul berada di lobi hotel mewah di ibu kota itu. Matanya tertacap pada gambar – gambar di telefon pintarnya. Senyuman yang amat lekok untuk isterinya berikan padanya di awal perkahwinan mereka. Setiap kali senyuman itu terukir di bibir nipis kegemarannya tangannya akan laju mengambil gambar. Gambar yang memenuhi album di Iphonenya. Yang menjadi pengubat rindunya selama tiga tahun ini.
“Apa niat aku Ya Allah?” persoalan itu berkali – kali diulanginya semenjak Hariz utarakan.
Matanya dipejam rapat. Bibirnya tidak putus berzikir dan berselawat mahukan suatu jawapan. Hatinya seperti dilanda ombak yang berkali – kali membadai hatinya. Kenapa mesti ada dia sahaja? Kenapa tidak boleh ada mereka? Kenapa tidak boleh ada untuk Hana Aishah?
“Its always been about you Fakhrul. In this relationship there will never be me or us. Every single things that you decide on is based on what you think is right or wrong. What I feel doesn’t matter and will never matter. Itu hakikat yang Aishah kena hadam kalau nak perkahwinan kita berjaya” kata – kata Hana Aishah sewaktu perang dingin pertama mereka di awal perkahwinan kerana perbualan mesra Hana Aishah dan Zarik.
“Astaghfirullahal Azim” berkali – kali bibirnya beristighfar penuh penyesalan.
Fakhrul merenung lagi lobi hotel yang penyiasatnya maklumkan. Tidak sampai lima minit dia sudah tahu keberadaan Hana Aishah cumanya untuk melangkah masuk mencari isterinya Fakhrul tidak mampu kerana dia sendiri masih tidak menemui jawapan tentang niatnya mahukan Hana Aishah kembali.
“I cant live without you. It hurt so much knowing that the only thing that I`ve been giving you is pure pain. I want nothing but happiness for you” Fakhrul berbisik penuh pilu. Air matanya bertakung.
“Your smiles is everything that I need. Your happiness. But I know that I`ve never make you truly happy. I just want to make you happy. Kenapa susah sangat?” sekali lagi air mata lelakinya gugurnya. Dia sudah tidak kisah. Kalau dengan car aitu dia dapat menebus dosanya dengan Hana Aishah dia akan lakukan.
Dengan keazaman itu, Fakrul melangkah menuruni kenderaannya. Dia menyerahkan kunci keretanya pada petugas hotel yang berada di lobi sebelum kakinya melangkah menuju ke lif. Dia sudah tahu di tingkat mana dan bilik mana isterinya berada. Malam itu dia nekad. Hana Aishah perlu dengar segalanya malam itu.
Menanti lif merupakan satu penantian yang terlalu panjang untuknya malam itu. Kakinya bergerak – gerak tidak betah menunggu lif. Kali ini dia akan mengikut setiap kata – kata Hana Aishah. Dia akan mendengar permintaan isterinya. Mereka akan berbincang dan menyelesaikan masalah mereka. Fakhrul yakin jodoh mereka kuat.
Saat pintu lif terbuka, kakinya melangkah masuk menuju ke dalam lif berwarna ema situ. Tanganny dengan pantas menekan tingkat 17. Dia bimbang memikirkan penerimaan Hana Aishah tetapi dia perlu berjumpa Hana Aishah. Dia perlu memberitahu penyesalannya. Dia tidak akan mahu kehilangan Hana Aishah lagi. Tiga tahu yang cukup lama untuk mengajarnya erti kesakitan.
Saat dia sampai di hadapan pintu sut hotel itu, Fakhrul berdiri lama. Dia merenung ke pintu kayu jati yang bercorak antik itu. Hotel yang berada di tengah – tengah kota itu menggabungkan unsur – unsur moden dan klasik menjadikan keunikan yang menarik pelancong walaupun harganya yang mahal.
“Bismillahirrahmannirrham” dia menutur perlahan sebelum tangannya menekan loceng di sisi pintu bilik.
Detik berlalu dan dia dapat merasakan dirinya yang semakin cemas. Tangannya mahu menekan lagi loceng tetapi mungkin apa yang Hariz katakana tadi betul. Mungkin Hana Aishah perlukan masa. Mungkin keberadaannya di situ akan memburukkan lagi keadaan. Segala kemungkinan yang bermain di mindanya semakin menyesakkan dadanya sehinggalah saat pintu bilik hotel itu terbuka.
“Yes. How may I help you?” lelaki yang hanya bertuala putih membuka pintu menyambutnya. Fakhrul mula menyumpah penyiasatnya yang pasti salah memberi nombor bilik.
“I`m…” kata – katanya terhenti saat dia mendengar suara yang amat dia kenali. Kalau sepuluh tahun berlalu pun, suara itu tidak akan luput dimindanya. Setiap sel ditubunya sudah menghafal suara itu. Tetapi saat itu, sel badannya yang sentiasa meloncat gembira sedang ketakutan. Wajahnya pasti kelihatan seperti sedang melihat hantu.
“Who is that Em?” suara isterinya. Fakhrul kenal. Terlalu kenal kerana itu dia terus menolak lelaki tadi dan meluru masuk.
“Hey. What the hell man? Get the hell out of here?” tengkingan lelaki yang dipanggil Em itu tidak diendahkan Fakhrul.
Kakinya melangkah menuju ke arah tubuh yang memakai baju pijama berwarna putih tanpa tudung. Tubuh yang sedang duduk di birai katil sambil memandang ke arah bangunan KLCC yang sedang bergemerlapan daripada jendela bilik hotel itu. Tubuh yang dia rindui selama tiga tahun setiap kali dia terjaga daripada tidurnya keseorangan.
“Hana Aishah” sepatah kata meniti bibirnya saat dia melihat adegan di hadapannya. Kalau tadi Fakhrul terkejut melihat isterinya di dalam bilik hotel dengan seorang lelaki yang hanya bertuala sekarang giliran Hana Aishah bertukar pucat.
“Fakhrul. What… what… what…” tergagap – gagap bibir Hana Aishah berbicara.
Mata Fakhrul yang tadi melihat wajah isterinya terus beralih arah saat di sudah berdiri di hadapan Hana Aishah sekaligus menghalang pemandangan KLCC di luar jendela bilik hotel itu. Matanya memandang ke arah tubuh yang dipangku Hana Aishah saat itu. Anak kecil yang sedang menyusu tenang sambil mata itu terkelip – kelip merenung ke arah wajah Hana Aishah yang seperti tiada darah mengalir.
“Adam” suara tenang Fakhrul sampai ke gegendang telinga Hana Aishah. Teramat tenang yang menakutkan Hana Aishah. Dia terlalu kenal dengan setiap inci lelaki itu. Dia sudah terlalu arif membaca lelaki itu untuk mengetahui tona tenang itu akan membawa akibat apa.
Share this novel
morning, dear. where's, your promise
nite dear. i'm waiting, tau
omg.. what will happen next.. i cant imagine