Bab 26

Action Series 6386

Matanya tak dapat dilelapkan. Sekejap tubuhnya mengiring ke kanan, sekejap ke kiri. Apa yang sedang bermain di fikirannya adalah suaminya.

Sejak kebelakangan ini, dia memang ingin tahu tentang suaminya. Seharian suara garau itu tidak didengari. Pipinya merona merah menahan malu. Terpaksa dikorbankan egonya.

Merajukkah lelaki itu dengan permintaannya untuk bercerai? Jika ya, kenapa dia yang susah hati?

Dalam pada itu, pintu bilik tiba-tiba terbuka. Cahaya dari ruang tamu yang menyimbah masuk ke dalam bilik menarik perhatian Amanda untuk berpaling.

"Darris?"

Perlahan-lahan kaki Darris menapak mendekati katil. Wajahnya penuh dengan keresahan namun masih berlagak tenang. Dia membuka kemeja-T yang dipakai dan merebahkan tubuhnya di atas katil bersebelahan Amanda.

"Mana kau pergi? Semalaman tak balik rumah."

"Cari ketenangan." balas Darris ringkas.

"Tak pernah pula kau buat perangai macam ni sampai nak ambil ketenangan bagai. Kau mabuk ke?" soal Amanda bodoh.

Liur diteguk dan wajah isterinya dipandang. Mata yang terpejam cuba direnung untuk menilai setinggi mana darjat air mata yang pernah mengalir ke arahnya.

"Jangan tenung, takut susah nak lepaskan."

Kata-kata Darris membuatkan tangan yang hampir mendarat pada pipi lelaki itu ditarik semula.

Mata Darris terbuka luas lalu mengiringi menghadap wajah Amanda. Kedua-dua belah mata Darris basah dan merah. Tapak tangannya dibawa ke lengan isterinya lalu diusap lembut.

"Aku ada permintaan terakhir sebelum kita berpisah."

"Kau betul-betul nak lepaskan aku?"

Anggukan Darris membuatkan seluruh hidup Amanda terasa gelap. Jiwanya meronta dan matanya hampir berteriak.

Biji halkum yang bergerak-gerak membuatkan Amanda terpesona. Dia cuba melarikan pandangan ke tempat lain. Tangannya dibawa ke dada, mengawal rentak degupan jantung.

"Apa permintaan kau?"

"Ikut abang balik rumah mama."

"Buat apa? Dia dah benci aku, Darris. Dia anggap aku ni perempuan jijik yang tak ada maruah macam mana dia layan Ayra dulu. Buat apa kau nak suruh aku jumpa dia lagi?"

Mendengarkan nama mentuanya, perasaan pilu bertukar jadi marah.

"Mama tak benci cuma mama kecewa dengan apa yang kita buat." lembut kata-kata Darris.

"Sama je. "

"Mama abang adalah mama Ayra juga. Untuk hidup sebagai anak derhaka, jauhkanlah Ayra. Kita sebagai anak kena beralah." pujuk Darris.

"Bukan aku yang salah! Engkau yang salah! Terhegeh-hegeh nak sangat dengan aku. Mak kau yang tak boleh terima aku macam ni sama macam dululah Darris. Kalau betul dia sayangkan kau, dia tak boleh pentingkan diri macam ni. Pakaian aku macamlah aku jual diri."

Bentak Amanda. Nafasnya turun naik. Hidungnya kembang kempis. Jantung Amanda semakin sakit apabila dirinya dipaksa berjumpa untuk memohon maaf pada mentuanya.

Ingat aku kisah? getus Amanda dalam hati.

Amanda terus meninggalkan Darris di ruang. Keluhan dilepaskan perlahan.

"Tak apalah. Aku tak nak paksa." mengalah Darris. Seraya Darris mengiring membelakangi Amanda.

"Good night sweetheart." ujar Darris.

Amanda hanya menahan hati. Kecil hatinya kerana Darris seolah tidak mempedulikan tentang dirinya.

"Hmmm... good night."

Amanda baring. Air matanya tumpah juga menuruni pipi lalu diseka perlahan.

Ya Allah, ajarkan aku redha.

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience