BAB 5

Short Story Series 2699

SEPERTI yang dijanjikan, hujung minggu itu Eshan dan Marissa keluar bersama-sama setelah sebulan daripada peristiwa ‘lamaran’ kahwin Eshan. Marissa juga sudah tidak sibuk lagi memandangkan semua urusan insurance claim pelanggannya selesai macam biasa. Eshan juga setelah sibuk dengan rekaan bangunan daripada client, baru hari ini dia dapat menenangkan dirinya, tambah-tambah lagi apabila dapat keluar dengan Marissa. Rindu sungguh dia dengan Marissa. Tak pernah mereka hadapi situasi begini walaupun sesibuk mana sekalipun.

Pagi itu, Eshan mengambil Marissa di rumah sewanya. Mereka bercadang untuk pergi tengok wayang dan makan malam bersama. Tepat jam 10 pagi, kereta Honda Civic milik Eshan sudah terpacak depan pintu pagar rumah sewa Marissa. Hon dibunyikan.
Marissa menjenguk keluar. Dia masih belum siap lagi.

Eh Eshan ni, kata pukul 11, ni baru pukul 10, aku ni tudung pun tak gosok lagi. Marissa mencapai telefonnya. Nombor Eshan didail.

“Hello, Eshan! Kau kata pukul 11 kan, aku tak siap lagi ni.”

“Assalamualaikum. Aku kata pukul 11 sampai sana, bukan bukan 11 ambik kau.” Marissa mendengus.

“Uh, apa-apa jelah kau ni. Tunggu kejap, aku bersiap.”

“Berapa lama pun aku sanggup tunggu kau sayangku Marissa. He he he.” Usik Eshan.

“Gelilah Eshan!”. Marissa mematikan talian. Ehsan ketawa.

15 minit menunggu, akhirnya Marissa keluar. Penampilan Marissa hanya ringkas blaus chiffon corak Bunga halus dipadankan dengan tudung bawal plain jenama Bawal Exclusive berwarna ungu lembut dengan seluar jeans cutting bootcut. Walaupun ringkas begitu, namun masih menyerlahkan aura keayuan dan kecantikan Marissa.

Marissa masuk ke dalam kereta.

“Assalamualaikum.” Marissa memberi salam.

“Waalaikumussalam. Amboi wanginya” Eshan menjawab dengan senang hati. Dia tersengih-sengih.

Marissa menjegilkan matanya.

“Nanti aku nak belikan mak aku hadiah tau. Birthday dia minggu depan. Movie kita pukul berapa?”

“Pukul 12.20 tengah hari. Sempat la kita pergi breakfast kejap, then movie then carikan hadiah untuk mak kau. Okay?” cadang Eshan.

“Em, bolehlah, tapi tak sampai malam kan.”

“Iye, tak, sebelum magrib aku hantar kau balik. Alah macam tak biasa pulak kau keluar dengan aku, sampai malam.”

“Itu dulu, masa muda-muda. Sekarang dah tua ni, aku nak cepat-cepat balik, nak duduk rumah je. Lagipun, mak aku selalu sangat pesan jangan keluar sampai lewat malam. So aku tak nak la mengingkari suruhan mak aku.” Panjang lebar dia menjelaskan.

Eshan hanya tersenyum. Kereta meluncur laju menuju ke destinasi.
- - - - - - - - - - - - - -
Selesai tengok wayang, mereka beriringan ke setiap kedai yang ada di Setia City Mall itu untuk mencari hadiah ibu Marissa.

“Nak beli apa eh kat mak aku? Aku tak tahulah, tahun lepas aku dah belikan dia handbag dengan cincin, tapi dia kata aku dah bazirkan duit aku belikan hadiah yang mahal-mahal.”

“Em, mungkin tahun ni kau boleh hadiahkan mak kau… menantu?” Eshan cuba memancing ayat.

“Ha, kau jangan nak mula eh. Jangan nak merepek yang bukan-bukan. Aku balik karang.”

“Ha ha ha. Alah kau ni Mar, sensitif sangat bila sebut hal kahwin. Em, mak kau nak hadiah yang murah-murah eh?”

“Aku bukanlah nak beli yang murah, maksud aku, hadiah yang aku nak bagi tu, bila mak aku tengok, dia akan fikir oh, tak membazir. Haa macam tu.”

“Emm. Kau belikan telekunglah, aku tengok sekarang banyak telekung yang cantic-cantik dan selesa. Harga pun tak adalah mahal sangat macam yang mak kau fikir.” Eshan memberi cadangan. Marissa menggangguk. Ibunya pun sekarang dah mula jejakkan kaki ke masjid selepas sembuh dari sakit 2 tahun lepas.

“Menarik jugak. Jomlah kita pergi butik Naelofar tu, aku rasa dia pun ada jugak jual telekung.” Ajak Marissa.

Belum sempat kaki mereka melangkah dari depan butik jam itu, mereka disapa oleh seseorang.

“Irdina….” Mereka menoleh. Satu figura yang sangat dikenali. Luqman! Bekas tunang Marissa.

“Dina.” Panggilnya buat kali kedua. Wajah Marissa sudah berubah. Eshan rasa nak tumbuk je lelaki ni.

“Kau nak apa ni?”. Soal Eshan.

“Dina, Dina sihat? Dina buat apa kat sini? Tak sangka, kita jumpa kat sini.”

“Eshan, jomlah kita pergi.” Ajak Marissa. Luqman menarik lengan baju Marissa.

“Eh apa ni Luq!?” bentak Marissa.

“Dina, Luq nak mintak maaf. Boleh kita cakap sekejap?” katanya sambil melepaskan tangan Marissa.

“Tak ada apa lagi yang nak dibahaskan lagi Luq. Dahlah, benda dah lepas, I pun dah tak ingat.”

“Tapi Dina….”

“Luqman, aku rasa kau dah cukup faham kot Bahasa Melayu. Ke kau nak aku yang fahamkan kau?” Eshan mula masuk campur.

“Kau ni dari dulu lagi nak menyibuk dengan Dina kan. Tak payah nak masuk campur dengan urusan orang lain. Dina, please…” rayu Luqman.

“Hello bro, orang lain yang kau maksudkan ni Marissa, bakal isteri aku.” Marissa terkesima. Luqman juga.

“Jadi, betullahkan apa yang I sangka dulu kan. Jantan ni yang hasut you untuk putuskan pertunangan kita. Dialah penyebab kita jadi macam ni.”

“Wah, kau jangan nak ungkit kisah dulu eh, jantan tak guna. Kau putus dengan Marissa bukan salah dia, tapi salah kau!”
Tubir mata Marissa mula terasa bahang.

“Dahlah korang, tak malu ke bergaduh kat sini. Luqman, I dah tak ada apa-apa dengan you. So you tak ada hak nak halang I dengan sesiapapun. Eshan, jomlah. Mar rasa sakit kepala pulak.” Ajak Marissa. Dia menarik hujung baju Eshan untuk beredar di situ. Mujurlah orang tidak ramai yang lalu kat situ. Kalau tak, dah satu hal jadi tontonan drama TV3.

Eshan hanya menurut. Luqman mengalah. Sungguh, dia tak sangka akan terserempak dengan Marissa kat sini. Sudah lama dia tidak melihat figura yang dirinduinya itu.

“Sayang, you pergi mana? Lama tau I tunggu you kat dalam. Siapa tu? Ex you kan? You jumpa ex you kan, sebab tu I ajak I datang sini!?” Tempik wanita itu. Luqman berpaling ke arah gerangan suara itu. Natasya, tunangnya.

“I malas nak gaduh dengan you, you dah habis shopping kan, jomlah balik. I ada banyak kerja nak kena buat.” Luqman berlalu meninggalkan Natasya.

“Hey Luq! You jangan nak berdalih-dalih, jangan ingat I tak tahu tadi tu ex tunang you kan!? Sampai hati you, I bagitahu mummy! Luqman!” bentak Natasya.

Luqman tak ambil pusing. Laju langkahnya meninggalkan Natasya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience