BAB 11

Romance Completed 67139

       SEBUAH rumah agam yang terletak di kawasan persendirian itu dipandang lama oleh Iqbal. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling cuba memastikan sekiranya ada mana-mana anak buah Aiden yang sedang meronda kawasan rumah tersebut.

Iqbal menyembunyikan diri di sebalik tembok yang memisahkan rumah agam tersebut daripada jalan. Dia mengelakkan wajah dan bahagian tubuhnya daripada ditangkap oleh beberapa kamera cctv tersembunyi yang dipasang oleh Aiden.

Seterusnya, Iqbal mengambil keputusan untuk menggunakan laluan rahsia yang hanya diketahui oleh dirinya bersama Irsyad dan Aiden sendiri. Kakinya melangkah laju sambil membawa sebuah beg hitam yang berisikan wang tunai.

Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluar. Mahu memeriksa sekiranya ada pesanan mesej baharu daripada Aris. Tetapi langsung tiada. Hanya ada pesanan mesej daripada dirinya sendiri kepada Aris semalam tentang tempat pertemuan mereka di sini.

Iqbal membaca kembali alamat yang tertera di telefon pintarnya mahu mencari apa-apa kesalahan yang mungkin menyebabkan Aris tidak dapat datang. Sedangkan alamat yang diberikannya semalam adalah tepat.

"Aku ada payment kau. Be quick or your loss."

Pesanan itu dihantar kepada Aris serta-merta. Walapun begitu, Iqbal tetap rasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Dia memberhentikan langkah apabila satu pesanan mesej baharu yang masuk. Tetapi bukan daripada nombor Aris.

"Dani, keluar dari situ. Aris kena tangkap semalam. Aiden yang tangkap dia. Cepat keluar!"

"Heck." Carut Iqbal segera berpatah balik. Kini barulah faham mengapa Aris langsung tak menghubungi atau membalas mesejnya sebelum ini. Iqbal mula tersedar sesuatu.

Kalau Aris ditangkap, bagaimana pula keadaan Adara sekarang. Gadis kesayangannya itu masih selamat atau menerima nasib sama seperti Aris. Iqbal mula susah hati sekiranya perkara itu benar-benar terjadi pada Adara.

"Kau ada nampak Aiden dengan mana-mana perempuan? Atau mana-mana perempuan yang ada dengan Aris sebelum Aiden tangkap dia?"

Pantas saja Iqbal menghantar pesanan mesej itu. Lantas, dia memerhatikan kawasan sekeliling. Takut sekiranya keberadaannya di situ telah diketahui oleh anak buah Aiden.

"Perempuan? Perempuan mana? Tak ada. Aku tak nampak pun Aiden dengan Aris dengan mana-mana perempuan."

"Okay, dalam 10 minit lagi aku datang."

Iqbal melepaskan nafas lega sebaik membaca balasan pesanan tersebut. Tangannya pantas membalas kembali pesanan itu sebelum menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

Terasa ringan dadanya apabila mengetahui Adara masih selamat daripada Aiden. Iqbal segera mempercepatkan langkah apabila memastikan keadaan selamat untuk dia keluar dari situ. Dia perlu cepat sebelum Aiden sedar keberadaannya.

Sementara itu, kelihatan Adara terpinga-pinga berada di kawasan rumah besar yang tak diketahui pemiliknya itu. Adara mengambil tempat duduk mahu berehat seketika selepas berhempas pulas untuk datang ke situ.

Iqbal yang sedang sibuk mencari jalan keluar langsung tak menyedari kehadiran Adara yang berada tidak jauh darinya. Sehinggalah Adara menjatuhkan pandangan pada arah Iqbal dan bertindak untuk memanggil nama bekas tunangnya itu.

"Iqbal?" Suara Adara yang sedikit kuat berjaya menangkap perhatian Iqbal. Iqbal menoleh kepala ke arah suara itu dengan wajah yang keliru. Kerana tiada seorang pun anak buah Aiden yang memanggil dirinya sebagai Iqbal. Dia dikenali sebagai Dani.

Dan nama Iqbal itu hanya digunakan oleh Adara seorang.

Iqbal membesarkan mata tanda terkejut apabila melihat Adara dihadapannya. Tak sangka mereka bertemu semula dalam keadaan sebegini.

"Kenapa?" Tanya Adara dengan nada yang kecewa. Membuatkan Iqbal serba salah serta-merta. Dia menghentikan langkah. Dirinya tahu apa yang cuba dimaksudkan oleh Adara.

"Ara... Awak tak boleh ada dekat sini." Jawab Iqbal tanpa membalas soalan Adara. Dia tak bersedia lagi mahu menjelaskan segala-galanya. Dan bukan dalam keadaan begini.

Iqbal melarikan pandangan daripada Adara. Dia mencari kelibat Irsyad atau Aiden yang mungkin akan menyedari keberadaan mereka berdua di situ.

"Apa? Apa maksud awak, saya tak boleh ada dekat sini? Saya cuma nak tahu kenapa awak tinggalkan masa hari pertunangan kita? Susah sangat ke soalan saya, Iqbal Danial atau apa pun nama awak tu."

Nada geram pada kata-kata Adara sudah cukup menjelaskan bahwa gadis itu benar-benar marah kepada Iqbal. Iqbal menundukkan wajah. Kecewa dengan pilihannya sendiri untuk meninggalkan Adara pada hari pertunangan mereka.

"Saya minta maaf, tolonglah pergi dari sini secepat mungkin, Ara. Please," rayu Iqbal terdesak. Dia tak nak Aiden mengapa-apakan Adara. Apatah lagi membahayakan gadis kesayangannya itu.

"Sampai bila awak nak lari dari masalah ni?" Tanya Adara ingin tahu. Iqbal menghela nafas berat. Wajahnya diangkat, pandangan matanya bertaut dengan Adara.

"Sampai bila-bila... Maafkan saya."

Dengan balasan itu, Iqbal mula membuka langkah seribu. Berlari keluar dari situ. Dia lari daripada Adara. Iqbal menahan rasa kecewa dengan dirinya sendiri. Dia lari daripada masalah daripada selesaikannya.

Like a coward.

"Iqbal!" Suara Adara memanggil dia daripada belakang hampir membuatkan Iqbal berpatah balik semula. Iqbal langsung tidak menoleh. Wajah Adara yang kecewa dengan dirinya masih segar di dalam kotak ingatannya.

Adara pula menarik nafas panjang. Termengah-mengah dia mencuba untuk mengikuti langkah Iqbal. Dia sudah jauh ketinggalan di belakang.

Baru sahaja, dia berjaya mengumpul tenaganya semula. Tak semena-mena, tubuhnya terdorong ke belakang apabila merasakan tangannya ditarik oleh sepasang tangan yang jauh lebih besar darinya.

Matanya ditutup rapat tak sanggup melihat dirinya yang akan jatuh tersungkur ke tanah. Tetapi sebaliknya yang terjadi apabila badannya mengenai sebuah dinding keras.

Adara mengerutkan dahi apabila tak merasakan apa-apa kecuali dinding keras itu tadi. Matanya perlahan-perlahan dibuka. Namun sebaik melihat gerangan yang disangka dinding itu, Adara tergelincir sekali lagi apabila kakinya terasa lemah.

Untuk kedua kalinya hari itu, Adara disambut ke dalam dakapan yang tidak lain dan tidak bukan daripada Aiden sekali lagi.

Manakala, Iqbal pula pantas meloloskan diri ke dalam kereta. Beg hitam yang berisikan wang itu dicampak kasar ke sebelahnya.

" Tunggu apa lagi? Kau nak Aiden tahu kita dekat sini ke? Start the damn car!" Marah Iqbal melampiaskan amarahnya.

"Woah, woah, relax. Chill bro." Tenang Ray, iaitu pemberi maklumat kepada Iqbal bertahun lamanya tanpa pengetahuan Aiden. Lelaki itu tersenyum sendirian.

Iqbal langsung tak mempedulikan kata-kata Ray. Dia membuang pandangan pada tingkap. Ray melihat wajah Iqbal yang serabut dari pantulan cermin kereta. Dia mengelengkan kepala.

Earpiece yang dipakai pada telinganya dihidupkan. Ray menjeling Iqbal sekali lagi dari pantulan cermin tersebut tak mahu tindakannya diketahui oleh Iqbal.

Selepas beberapa saat, talian disambungkan.

"Kau dah dapat dia?" Tanya seseorang daripada hujung talian.

"Dah. Don't worry, on my way to go there." Bisik Ray tak mahu didengari oleh Iqbal.

"Good, and don't make him feel suspicious to you." Arah suara itu lagi. Ray mengumam perlahan sebagai balasan. Panggilan itu segera ditamatkan. Ray bertindak seperti biasa.

"Dani, kau okay tak?" Tanya Ray. Iqbal mengumam malas. Tiada mood untuk bersembang sekarang.

"Shut up, Ray. Just drive the car."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

   
  “Really? you want to see me this bad, Miss Adara?”

Kedengaran suara Aiden mengungkapkan kata-kata itu di tepi telinga Adara. Nafas hangat lelaki itu membuatkan bulu roma Adara tegak berdiri. Iris hitam pekat milik Aiden merenung ke dalam anak mata Adara.

Adara mengedip-gedipkan kelopak matanya. Masih terkejut dengan apa yang berlaku. Otaknya sedang bekerja keras memproses sama ada ini realiti atau mimpi.

“Stop staring, woman.”

Tegur Aiden mengetatkan pegangan pada pinggang ramping milik Adara. Tudung Adara yang menutup sebahagian wajahnya diselak oleh Aiden. Membenarkan Aiden melihat wajah cantik milik Adara dengan lebih jelas. Lelaki itu tersenyum senget.

“Now, I can see your face better. It's only fair when I'm staring at you back, Adara.”

Adara yang baru tersedar dengan keadaan sekelilingnya sedaya upaya cuba melepaskan diri daripada pegangan Aiden. Sebelah tangannya menolak kuat dada bidang Aiden menjauhi dirinya.

Sebelah tangannya lagi cuba membuka pegangan Aiden pada pinggangnya. Namun usahanya itu hanya sia-sia. Lelaki itu langsung tak terkesan.

Urgh, Captain America ke apa dia punya kuat tu. Ada jugak Adara bertukar jadi Hulk kang.

“Aiden, lepaslah!” Marah Adara geram, tangannya menumbuk dada Aiden dengan kuat. Tangan Aiden yang berada pada pinggangnya dicubit.

“Tak nak. Cakap dengan aku. Apa kau buat dekat sini? At my house? Are you stalking me?” Duga Aiden ingin tahu. Dirinya semakin tertarik pada Adara tanpa dia sendiri sedar.

Adara membulatkan mata tanda tak percaya apabila mendengar segala tuduhan Aiden pada dirinya. Keningnya bertaut, dahinya dikerutkan tanda tak puas hati.

“Excuse you! Ingat aku tak ada kerja lain ke nak stalk kau? Manalah aku tahu ini rumah kau. Sekarang boleh tak lepaskan aku?” Bidas Adara berani. Jarinya ditekan-tekan pada dada Aiden mahu menjauhkan jarak mereka yang terlalu dekat bagi Adara.

“Fine.” balas Aiden sepatah. Dia serta-merta melepaskan pinggang Adara. Adara yang tak menyangka Aiden melepaskan dirinya begitu saja jatuh terduduk di atas tanah. Adara mendongak melihat Aiden sedang tersenyum mengejek ke arahnya.

“Sakitlah!” Rungut Adara memegang punggungnya yang terasa sakit. Dia menjeling tajam kepada Aiden. Tangannya cuba mencapai pergelangan kaki Aiden mahu menarik lelaki itu terjatuh seperti dirinya.

Tetapi gagal apabila Aiden dapat membaca niat Adara terlebih dahulu. Dia menapak selangkah ke belakang menjauhkan dirinya daripada Adara. Butang pergelangan tangannya dibuka lalu disinsingkan hingga ke siku. Kini, dia sudah pun duduk mencangkung di hadapan Adara.

“Screw the talk, now tell me Adara how can you be here at my house?” Soal Aiden sekali lagi.

Dia langsung tak dapat memikirkan bagaimana Adara boleh berada di rumahnya. Sebab Aris? Tetapi lelaki itu masih tidak sedarkan diri di ruangan bawah tanah rumahnya.

Adara melarikan pandangan matanya daripada Aiden. Tak tahu bagaimana untuk jawab soalan tersebut. Dia menyesal datang ke sini kalau dia tahu ini ialah rumah Aiden. Kenapa kena rumah Aiden jugak?

“Aku tak tahu. Aku tak tahu ini rumah kau, okay? Aku tengah cari something. Eh aku tengah cari Aris, ha. Ha betul tu, Aris. Mana dia?” Adara mula merepek. Matanya sudah meliar pada halaman rumah Aiden cuba mencari jalan untuk keluar dari situ. 

“Tengok aku bila bercakap Adara.”

Wajah Adara ditarik lembut menghadap wajah Aiden. Adara menelan air liur. Matanya bergerak-gerak tak tahu mahu melihat ke arah mana. Akhirnya, matanya turun memandang sut hitam yang dipakai Aiden. Adara mencebik.

Seriously? Dekat rumah sendiri pun pakai sut? Adara kembali merenung ke dalam anak mata Aiden. Sempat dikutuk lelaki itu dalam diam.

“You're bad at lying, woman. So don't lie to me. Cakap dengan aku. Kau cari something ke someone huh? Someone that happen to be your fiancé i guess?”

“Kau... Mana kau tahu hah? Wow, tengoklah siapa yang tuduh aku stalk dia tadi. Tuduh aku tapi kau yang stalk aku kan sebenarnya? Stalker!”

Aiden diam tak membalas. Terhibur melihat wajah Adara yang sedang menahan marah terhadapnya. Dia bingkas berdiri daripada kedudukannya yang mencangkung sebentar tadi. Tangannya dihulurkan kepada Adara.

“So, betullah. Kau ada dekat sini nak cari dia? Iqbal Danial? And am I your stalker? Maybe yes. Maybe no. Take my hand Adara. Then you'll know.”

Pelawa Aiden dengan tangan kanannya masih dihulurkan kepada Adara. Adara pandang huluran tangan Aiden silih berganti. Dia menepis tangan Aiden.

“Play hard to get I see. Come on Adara, I need you to get up. We have something to talk about don't you think?”

Aiden masih tak berputus asa. Tangannya dibuka menunggu Adara menyambut huluran tangannya. Adara menyilangkan tangan ke dada. Matanya dikecilkan ke arah Aiden. Tangannya meraup wajah.

Tak lama kemudian, tangannya sudah pun berada pada tangan Aiden. Aiden tersenyum berpuas hati. Tetapi itu hanya seketika. Tanpa diduga, Adara menarik kuat tangan Aiden. Membuatkan terjatuh ke arah Adara berada.

Adara sudah tersenyum suka apabila rancangannya berjaya. Namun begitu, senyumannya mati serta-merta apabila menyedari dia tak sempat mengelak daripada tubuh Aiden yang kini menghempap tubuhnya.

Adara menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menahan tubuh Aiden. Aiden  pula jelas tak menduga Adara akan bertindak sebegini sekali. Pandangan mata mereka berdua bertaut.

Irsyad yang baru tiba di situ terdiam tidak berkutik apabila menyedari keadaan Tuan Mudanya sedemikian. Arif yang merupakan pengawal keselamatan yang membenarkan Adara masuk ke kawasan rumah Aiden turut berada di situ. Dia terlopong.

“Tuan?” Panggil Irsyad selepas berdehem perlahan. Aiden pantas menoleh ke arah Irsyad. Adara yang melihat keadaan itu mengambil peluang untuk menolak tubuh Aiden dengan kuat daripada tubuhnya. Adara segera bangun untuk melarikan diri dari situ.

Melihat keadaan Aiden sebegitu, tanpa berlengah Irsyad mendapatkan Tuan Mudanya. Aiden mengangkat tangan tanda dia tidak apa-apa.

“Aku okay. Adara, get her.”

Arah Aiden bingkas berdiri. Irsyad memberikan isyarat kepada Arif untuk menolong Aiden sementara dia pergi mendapatkan Adara.

Arif takut-takut mendekati Aiden yang sibuk menghilangkan debu di bajunya. Baru sahaja Arif mahu membuka mulut, kolar bajunya ditarik kasar oleh Aiden.

“It's you right? Kau yang benarkan Adara masuk kan? Jawab bila aku tanya!”

“Y--ya.” Laju sahaja Arif mengangguk tanda mengiyakan. Tersekat-sekat suaranya menjawab. Sudah tahu nasib dia pada saat itu kerana membenarkan orang sembarangan masuk ke dalam rumah Aiden.

“Kau bernasib baik itu Adara. Kalau orang lain... Jangan tanya aku kenapa keluarga kau jumpa kepala kau depan rumah, faham?”

Ugut Aiden benar-benar memaksudkan kata-katanya. Arif menelan air liur. Kepalanya diangguk laju.

Aiden melepaskan pegangannya pada kolar Arif. Dia berjalan melepasi Arif seolah tiada apa yang berlaku. Matanya mencari Adara dan Irsyad. Arif menarik nafas panjang. 

Irsyad menghalang laluan Adara. Tak berani memegang Adara tanpa izin daripada Aiden. Adara membuat muka kesian mahu menagih simpati. Matanya sempat memeriksa sekiranya Aiden berada di situ.

“Encik, tolonglah. Bagi saya keluar. Saya tak sengaja pun masuk. Please... Please?” Adara mencuba nasib.

“Tapi cik-”

“Adara.”

Adara segera meraup muka. Tahu dia tak dapat keluar daripada situ sebaik mendengar suara Aiden dari belakangnya. Dia menurunkan tangan daripada wajahnya.

Kepalanya menoleh ke belakang melihat Aiden yang sudah berpeluk tubuh memandang ke arahnya. Adara melepaskan keluhan kecil sudah pasrah.

“Stop running from me, Adara. We need to talk.”

Updated! So this chapter is sambungan from prolog ;) Hope you enjoy reading See you in next chapter ! Stay tune !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience