Episode 24

Adventure Series 25852

Episode 24

Sekolah kesateriaan Aqua Kristal, di bilik Cikgu Bess.

"Lagi tiga hari nak perayaan manisan." Cikgu Bess bermonolog.

Dia sedang duduk di kerusi empuknya sambil memandang keluar tingkap. Tingkap yang luas dan berukiran bunga sakura simbolik planet Aqua dan keluarga diraja. Cermin matanya diletak di sebelah pasu bunga yang kosong.

Suasana tenang dimana pokok-pokok yang sudah kehilangan daun, hanya tinggal batang serta pohon sahaja. Dia menghayati ketenteraman alam sehinggalah terasa perubahan diangkasa.

"Hurm?" Cikgu Bess bangun dari tempat duduknya lalu bergerak ke arah tingkap.

Dia terpingga seketika apabila melihat debu yang berkilauan di langit. Hatinya bagaikan tahu sesuatu.

"Itu... Bukan ke...retakkan demensi.." Cikgu Bess bermonolog.

Cikgu Bess melepaskan nafas. Sudah mahu dekat perayaan muncul pula perkara pelik-pelik. Kerjanya makin bertambah. Mana tidak bertambah, jika benda pelik-pelik berlaku dia perlu menyediakan laporan terus ke istana dan menghadapi kesukaran untuk berehat.

################

"Aku nak tanya kau sesuatu." Kata cikgu Bess sambil mengusap rambutnya perlahan. Rambutnya yang serabai mengikut pergerakkan jarinya. Terserlah kehenseman wajahnya.

Sesuatu disebalik bayang. Ekornya bergoyang perlahan-lahan seperti daun-daun yang jatuh ke tanah.

"..."

"Kau tak nak balik kampung ke untuk perayaan kali ni?" Kata Cikgu Bess tanpa memerhati belakangnya walaupun ia tahu ada seseorang dibelakangnya.

Lelaki tersebut yang memakai jubah berkerudung yang menutupi separuh wajahnya sedang berdiri sambil memerhati cikgu Bess. Rambut lelaki tersebut panjang mencecah kolar baju telah menutup wajah matanya. Dia diam tidak menjawab soalan dan hanya mengangguk kepala.

Cikgu Bess nampak reaksi dia di sebalik tingkap dan terus memandang langit yang berkilau hasil debu yang jatuh dari retakkan demensi.

Harap-harap tidak kecoh di atas “kehadiran” yang tidak dijemput itu. Dia malas nak menghadap kamera bagai untuk menjawab soalan-soalan tidak berotak dari wartawan yang menyusahkan.

"Jadi aku mengizinkan kau pulang selama perayaan berlangsung. Kau tak perlu kembali sehingga aku memanggil kau." Arah cikgu Bess.

Lelaki tersebut mengangguk selepas mendengar arahan tuannya..

"Tapi bagaimana dengan tugas saya?" Lelaki tersebut menanya

"Kau bukan robot untuk dikurung dan dirantai, kau juga perlu bebas seketika walaupun sudah lama berada dalam sangkar." Kata cikgu Bess sambil kembali duduk di kerusi empuknya.

Jubah hitam yang menutup tubuhnya sehingga betis. Dibelakangnya terdapat ekor rubah bergerak ke kiri dan ke kanan.

"Terima kasih, Tuan."

"Sebelum kau balik ke kampong kau, aku nak kau siasat debu dekat langit. Jika betul tekaan aku tu mesti debu pari-pari. Kemunculan pari-pari amat mustahil sebelum perayaan manisan." Cikgu Bess berhenti seketika dan memusingkan kerusinya ke belakang mengadap lelaki rubah itu.

"Kalau betul tekaan aku akan berlaku rekahan demensi. Aku nak tengok seberapa besar rekahan demensi.." Kata cikgu Bess sambil memaku dagunya di pemegang kerusi empuknya dengan tangan kanannya.

"Baik, Tuan." Jawab lelaki tersebut bergerak kearah pintu.

"Dan apa yang akan keluar." Arah cikgu Bess dengan nada perlahan tetapi raut wajah yang series.

Lelaki rubah berhenti seketika semasa dia memegang tombol pintu dan bergerakkan sedikit wajahnya sambil melihat dengan ekor mata sebelum keluar dan menghilangkan diri.

Bukan menggunakan pintu tetapi menggunakan pentagram apabila mendengar ayat terakhir dari tuannya.

Cikgu Bess hanya mendiamkan diri sebelum memerhatikan semula debu yang berkilau dilangit dibelakangnya.

“Macam menarik..” Ujar Cikgu Bess sambil tersenyum simpul.

####################

Di Pasaraya Mega Pavi, Las dan Sabrina

"Penatnya~" Kata Sabrina selepas penat berjalan dengan memikul plastik kitar semula yang mengandungi bahan-bahan nak buat manisan.

"Aku nak angkat kau tak kasi. Kan dah berpeluh-peluh." Kata Las sambil duduk di kerusi kafe.

Kafe Kururu besar terpampang di papan tanda yang terletak diatas kedai. Kedai ini sangat comel apabila banyak maskot burung bergerak untuk dijadikan pelayan kedai serta corak kafe serta banyak lagi patung kecil dijual. Suasana yang tersusun serta bentuk makanan juga bertema burung Kururu.

"Boleh saya ambik pesanan?" Kata pelayan yang memakai baju maskot burung datang menghampiri mereka.

"Sebelum tu.. Tumpang tanya apa nama maskot ni?" Tanya Sabrina apabila menyedari pakaian maskot tu sama dengan maskot yang dia bergambar tadi.

"Nama maskot burung ni Kururu, sama dengan nama kafe ini. Maskot Kururu ni adalah ilham dari tuan punya kafe yang bela burung jenis Kuru dan diberi nama Kururu." Terang pelayan tersebut. Dari nada suara dapat dinyatakan dia seorang perempuan.

"Kalau macam tu saya nak kopi manis Kururu dengan..... Errrr... Kururu terbang tinggi?" Las cuba menahan gelak dengan nama-nama makanan di menu.

"Tumpang tanya Kururu terbang tinggi ni apa ya?" Tanya Las sambil ketawa kecil manakala Sabrina masih leka memandang nama-nama yang unik di menu.

"Kururu terbang tinggi adalah pankek coklat yang melimpah ruah. Tapi saya sarankan jangan makan kururu terbang tinggi dengan benda yang manis." Terang pelayan tersebut.

"Jadi apa yang elok?"

"Saya sarankan encik ambil Kopi Moka." Pelayan tersebut memberi cadangan.

"Baik. Saya ambil tu." Kata selepas mendengar penerangan pelayan tersebut.

Pelayan tersebut menulis menekan alat memesan pesanan automatik selepas mendengar pesanan pelanggannya.

Mereka berdua memandang Sabrina yang berkerut memandang menu.

"Err.." Belum sempat pelayan tersebut menanya Las menahan.

"Biar je dia.. Nanti dia akan bagi keuntungan pada kedai ni." Kata Las tenang.

"Keuntungan?" Pelayan tersebut tak faham dengan keterangan Las.

"Saya nak semua sekali jenis waffer. Air saya nak air mineral je." Pesan Sabrina sambil menutup menu.

"Kan dah kata dia akan bagi keuntungan pada kafe ni." Kata Las sambil ketawa dan diikuti oleh pelayan tersebut.

"Huh? Apa?" Sabrina tidak faham apa yang mereka ketawakan.

"Jadi itu sahaja pesanan?"

Mereka berdua mengangguk.

"Saya ulang semula ya. Satu Kopi Moka dan satu air mineral. Makan pula satu set Kururu terbang tinggi dan semua jenis set waffer." Pelayan tersebut mengulangkan semula pesanan mereka sebelum berlalu pergi.

"Perut kau ada sepuluh!" Kata Las sambil ketawa.

"Hoi! Janganlah gelak." Muka Sabrina menahan malu. Tak guna punya Las! Boleh pula dia ketawakan aku.

"Oh ye.. Burung jenis kuru tu burung apa?"

Belum sempat Las menjawab ada suara lain yang tolong menjawab.

"Burung jenis kuru ialah spesis burung yang akan bergerak pada musim sejuk dan tidur pada musim panas serta akan mengawan pada musim luruh. Kalau guna air mata burung tersebut boleh dijadikan sihir perantaraan atau sihir ubat."

Mereka berdua memandang ke arah suara tersebut serentak dan ternyata Senior Zulian berada meja sebelah mereka.

"Senior?" Las terkejut. Dia mencari kelibat Arsh.

"Yoh!" Kata Zulian sambil mengangkat tangan kirinya.

"Siapa?" Tanya Sabrina terpingga-pingga.

"Kenalkan ini Senior Zulian. Senior Zulian, aku dengan Arsh jumpa masa kitaorang pergi perpustakaan. Dia pelajar tahun dua, sekolah tinggi." Terang Las.

"Oh! Salam perkenalan, Sabrina." Sambil menghulur tangan untuk berjabat tangan.

"Aku Zulian." Kata Zulian yang bahasakan diri dengan ganti diri 'aku'. Menyambut tangan Sabrina.

"Huh? Kenapa tangan senior?" Tanya Sabrina apabila terlihat tangan senior Zulian berbalut.

"Ini? Luka ja biasa ja tapi ‘dia’ yang balut sebab takut tangan aku masuk kuman katanya." Kata Zulian sambil ketawa kecil apabila tengok pembalut tangan di tangannya yang dibalut dengan kemas oleh Arsh.

"Siapa dia?" Tanya Sabrina. Las hanya berdiam diri. Hilang pula idea nak nakal nak menggenakan Arsh selepas melihat ‘keprihatinan’ Arsh pada Zulian.

"Hehehe.. Kau rasa?" Zulian sengaja berdalih. Sebenarnya dia berdebar apabila mengingatkan semula kes tadi.

"Teman lelaki akak ke?" Teka Sabrina dengan senyuman yang mekar di bibirnya. Untungnya.

"Jemput duduklah senior. Tak akan nak berdiri ja. Meh, sini saya tolong tarik meja ni." Pintas Las sambil berdiri dan menarik meja Zulian untuk dicantumkan bersama.

"Terima kasih." Ucap Zulian sambil duduk.

"Mana dia?" Tanya Sabrina.

"Mana dia? Apa?" Zulian menanya semula soalan yang sama.

"Alah si dia yang balut tangan seniorlah." Kata Sabrina dengan rasa tak sabar.

"Dia dekat tandas. Dia kata dah tak tahan jadi dia suruh akak duduk dulu dekat sini. Ni tegur pun sebab kenal si Las." Jelas Zulian sambil memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.

Pelayan datang untuk menghantar pesanan makanan Las dan Sabrina dan mengambil sekali pesanan makanan Zulian.

"Dia tak suka benda manis... Hurmm jadi.. Bagi Kururu.... Kururu tengah makan strawberi?" Kata Zulian sambil menahan gelak, badannya terhinjut-hinjut. Pelik!

"Kururu tengah makan strawberi adalah roti skon berinti jem strawberi asli." Terang pelayan tersebut.

"Mak aih! Nama unik betul." Kata Zulian.

"Bagi kururu tengah makan strawberi dua, dan kopi ni eh?" Kata zulian sambil tunjuk kopi Las.

"Baik."

"Saya nak pergi tandas kejap ya Senior.." Kata Las sambil berdiri.

" Kau tunggu sini dengan senior." Kata Las berlalu meninggalkan Sabrina tanpa menunggu balasan dari Sabrina.

"Masak Arsh!!!" Jerit Las dalam hati dan bergerak laju ke tandas berdekataan dekat kawasan sini.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience