Hari-hari berikutnya terus berlalu seperti biasa. Akan tetapi, sejak kebelakangan ini sikap Iqbal terhadap Saraa mula berubah. Dia mula bersikap dingin dan acuh tak acuh terhadap Saraa. Saraa perasan akan perubahan tersebut, namun dia hanya membiarkannya sahaja.
'Dia ada masalah kot' sangkanya dalam hati.
"Hey! Kenapa termenung je ni?" tanya Iqbal.
"Eh, ehehe takde apa-apala," jawab Saraa tersengih-sengih.
"Kalau takde apa-apa, fokus la sikit buat kerja. Jangan nak termenung je. Nak makan gaji buta ke?" soal Iqbal dengan riak wajah serius.
Senyum yang terukir di bibir Saraa kini pudar.
"Sorry,"
"Dah. Sambung buat kerja. Jangan nak termenung je tau,"
Saraa mengangguk.
...
"Kenapa muka kau monyok je ni, Saraa?" tanya Adam apabila melihat Saraa yang tidak seperti kebiasaannya.
"Monyok? Mana ada,"
"Adala,"
"Eish takdela,"
"Kalau kau ada masalah kau cakap je la. Kenapa ni?"
"Betul. Aku takde masalah," Saraa meyakinkan.
"Ceh ye lah tu,"
"Eeee kau ni kan," Saraa berpeluk tubuh sambil mencebik.
"Kenapa ni, ha?" tanya Adam lagi. Nada suaranya kini dilembutkan untuk mengambil hati Saraa.
"Iqbal," jawab Saraa ringkas.
"Dia buat apa kat kau?"
"Dia takde buat apa-apa pun,"
"Habistu?"
Saraa mengeluh.
"Entahla. Aku rasa macam dia nak jauhkan diri daripada aku,"
"Sebab?"
"Takde sebab,"
"Eh?" Adam mengerutkan dahinya.
Saraa ketawa melihat reaksi Adam itu. Lucu. Adam hanya membiarkan sahaja kawannya itu ketawa sepuas-puasnya.
"Takdela. Perasaan aku je kot. Dahla aku taknak fikir banyak sangat tentang hal ni," ujar Saraa setelah dia selesai mentertawakan Adam.
"Nanti kau tolong bagitau kat Iqbal, kalau dia berani nak sakitkan hati kawan aku ni, dia perlu berdepan dengan aku dulu," kata Adam sambil menggenggam tangannya seakan-akan ingin menumbuk seseorang.
"Ish kau ni. Takpayah nak acah-acah jadi hero boleh tak? Tak macho langsung," Saraa memukul bahu Adam dengan menggunakan telefon bimbitnya.
"Ala kau ni. Aku baru nak feeling-feeling jadi hero. Takpayahla nak kata kat aku macam tu," Adam memuncungkan mulutnya.
"Ye la, ye la. Kau nak jadi hero, jadi la. Tapi hero mesti fokus memandu atas jalan raya tau. Jangan nanti kau dah feeling-feeling jadi hero, kita terbabas kat jalan raya ni pulak,"
"Eyy mulut kau ni kan.. Aku sumbat jugak dengan stoking kang," marah Adam.
"Ehehe sorry," ucap Saraa yang sedar akan keceluparan mulutnya.
...
Usai menunaikan solat maghrib bersama-sama dengan ibu dan bapanya, Saraa duduk di ruang tamu sambil menelusuri media sosial di telefonnya. Tiba-tiba ada pemberitahuan masuk. Dia melihat bar notifikasi untuk melihat pemberitahuan tersebut lalu membuka aplikasi Instagram nya.
@aima.iq started following you
'Eh siapa pulak dia ni? Aku kenal dia ke?' tanyanya dalam hati.
"Ala biasala tu kot. Dah Instagram kau ni public memangla akan ada orang yang kau tak kenal follow kau," jawabnya kepada pesoalannya sendiri.
"Saraa bercakap dengan siapa tu? Takkan sunyi sangat sampai cakap sorang-sorang kot," tegur ayah dengan senyuman.
Saraa tersengih-sengih apabila mendengar teguran ayahnya itu.
"Ehehe takdela ayah. Saja je,"
"Ala macamlah abang tak kenal anak abang yang sorang ni. Kalau dia tak marah-marah tak tentu pasal, tak ketawa sorang-sorang, tak bercakap sorang-sorang, memang tak sah," sampuk ibu yang baru keluar dari bilik.
"Ish ibu ni, tak baik tau mengata anak sendiri. Ayah tengok ibu ni, selalu mengata Saraa tau," rungut Saraa manja sambil memeluk lengan ayahnya.
"Saraa ni kan. Memang tak dapat nak rapat dengan ayahnya sikit, mulala dia nak manja-manja macam budak kecik," sakat ibu.
Saraa menjelirkan lidah kepada ibunya tanda protes.
Ayah hanya tertawa melihat gelagat isteri dan anaknya itu.
"
Nanti Saraa dah takbole nak manja-manja lagi dengan ayah tau," ujar ayah. Senyuman masih lagi mekar di bibirnya.
"Ala kenapa pulak ni?" Saraa memuncungkan mulutnya.
"Ye la, Saraa ni dah 18 tahun. Takkan masih nak manja-manja macam budak kecik kot," jawab ibu.
"Ish, bukannya Saraa nak manja-manja dengan orang lain, Saraa manja-manja dengan ayah dan ibu je," Saraa mempertahankan dirinya.
"Saraa dah dewasa tau. Saraa kena pandai jaga diri sendiri. Jangan bagi orang pijak kepala Saraa. Hormat orang berpada-pada ye nak,tapi jangan terus tak hormat langsung," pesan ayah sambil mengusap kepala anaknya itu.
Perasaan Saraa tiba-tiba diselubungi rasa sayu dan gelisah. Dia dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan ibu dan ayahnya.
"Ibu dan ayah tak payah risaula. Saraa tahula macam mana nak jaga diri sendiri. Anak ayah ni kan kaklong kawasan, takda siapa yang berani nak pijak kepala anak ayah ni," ujar Saraa untuk menenangkan hatinya sendiri.
"Ye, ayah tau,"
"Waktu isyak dah masuk dah ni, jomla kita solat berjemaah lepastu kita makan malam, ya. Nanti Maksu sekeluarga pulak nak makan malam," ajak ibu.
...
"Saraa, petang ni awak free tak?" tanya Iqbal.
"Umm entah. Kenapa?"
"Saya ada sesuatu nak bagitahu awak jadi saya ingat saya nak bawak awak keluar jap petang ni,"
"Cakap kat sini je tak boleh ke?"
Iqbal menggeleng.
"Baiklah. Petang ni saya suruh Adam ambik saya lewat sikit,"
"Okey. Petang ni saya tunggu awak kat tempat letak kereta tau," kata Iqbal sambil tersenyum. Namun terdapat riak gusar dalam senyumannya itu.
...
Iqbal hanya berdiam diri sahaja sepanjang perjalanan. Hal ini sedikit sebanyak mengganggu fikiran Saraa.
'Aku ada buat salah ke?'
'Ke dia dah fed up dengan perangai aku?'
'Dia dah tak sukakan aku lagi ke?'
'Dia nak putuskan hubungan ni ke?'
'Walau apa pun yang terjadi lepas ni, aku mesti ready mental dan fizikal'
"Kita nak pergi kat mana ni?" soal Saraa memecah kesunyian.
"Taman," jawab Iqbal ringkas.
"Ooh okey,"
Keadaan kembali sunyi sehingga mereka tiba ke destinasi yang ditujui. Setibanya di sana, mereka terus mencari tempat yang sesuai untuk duduk dan berbicara.
"First of all, saya nak mintak maaf sangat-sangat kat awak," ujar Iqbal teragak-agak.
"Awak nak mintak maaf? Sebab apa?" Saraa mengerutkan dahinya.
"Sebab dah mempergunakan awak,"
Saraa terkejut mendengar pengakuan Iqbal itu.
"Mem...mempergunakan saya? Ma..maksud awak?"
"Saya bercinta dengan awak sebenarnya bukan sebab saya ada perasaan kat awak, tapi saya nak melupakan seseorang," jelas Iqbal.
'As expected' kata Saraa dalam hati. Namun dia masih mengekalkan riak tenang di wajahnya.
"Awak nak melupakan sseseorang? Siapa?" soal Saraa.
"Bekas kekasih saya, Aima. Saya ingatkan kalau saya bercinta dengan awak saya boleh lupakan dia. Tapi sangkaan saya salah sama sekali. Saya masih ingat kat dia. Minggu lepas, dia datang jumpa saya. Dia kata dia masih sayangkan saya. Hati saya gembira sangat masa tu. Maafkan saya, Saraa," terang Iqbal panjang lebar.
Saraa menarik nafas panjang. Dia cuba untuk mengukir senyuman walaupun hatinya kini hancur sehancur-hancurnya.
"Kalau korang masih sayangkan antara satu sama lain, kenapa korang putus masa tu?"
"Sebab dia nak sambung belajar kat overseas masa tu,"
"Tu je?"
Iqbal mengangguk.
"Saya tahu tindakan saya bodoh masa tu sebab saya putuskan hubungan kami. Masa tu saya ingat bila dia dah berjauhan dengan saya, dia akan jatuh cinta dengan lelaki lain. Rupanya dia masih lagi sayangkan saya,"
"Takpe, saya faham," ujar Saraa.
"Maafkan saya Saraa sebab tak dapat nak teruskan hubungan kita. Saya memang takde perasaan pun kat awak,"
Hati Saraa kini bagai ditusuk-tusuk dengan belati tajam. Namun dia masih dapat mengawal perasaannya daripada meletus di situ.
"Saya tak kisah pun. Itu kan perasaan awak, saya tak dapat nak control. Tapi saya harap kita masih dapat berkawan macam biasa," ujar Saraa sambil memandang wajah Iqbal, lelaki yang telah membuat hatinya bahagia walaupun sementara.
Iqbal mengukir senyuman manisnya lalu mengangguk.
"Saya nak awak janji dengan saya yang awak akan jaga hati Aima betul-betul tau. Jangan bagi dia sedih,"
"Saya janji,"
p/s; selamat hari raya aidilfitri!?
Share this novel