Dalam 30 minit juga perjalanan dari rumah Haziq ke rumah Ikwan. Sampai di depan pagar rumah keluarga Ikwan,Haziq memarkir keretanya di tepi pagar tersebut. Haziq mematikan enjin keretanya lalu ia membuka pintu untuk melangkah keluar dari dalam kereta. Haziq melihat Izara masih tetap berada di dalam kereta. Lalu Haziq berjalan ke arah pintu penumpang tempat Izara duduk dan Haziq membukakan pintu supaya Izara keluar dari dalam kereta.
"Sayang tunggu apa lagi ni?Jom la keluar", kata Haziq sambil menarik tangan isterinya itu.
" Abang,sayang risau la. Sayang rasa berdebar-debar nak jumpa dengan mak saudara abang ni"kata Izara sambil matanya menatap wajah suaminya.
"Jangan risau la,mak saudara abang ni bukannya makan orang pun. Ikwan pun belum tentu ada dekat rumah ni," kata Haziq cuba menenangkan Izara isterinya.
"Yalah,sayang nak keluar la ni," kata Izara sambil kakinya mula melangkah keluar dari dalam kereta.
Setelah Izara keluar dari dalam kereta,Haziq menutup kembali pintu keretanya itu. Haziq dan Izara berjalan ke arah pintu pagar. Rumah keluarga Ikwan berada di kawasan taman perumahan 2 tingkat. Izara juga perasaan kebanyakan rumah di taman perumahan ni agak besar. Tidak seperti taman perumahan di kampungnya.
Sampai di depan pintu pagar,Haziq menekan suis loceng dan memberi salam. Tak lama kemudian kelihatan Mak Ikwan keluar untuk membuka pintu pagar dan melihat siapa tetamu yang datang.
"Ada hal apa yang kamu datang pagi-pagi ni?" tanya mak Ikwan.
"Saya datang ni ada hal yang ingin saya bincangkan mengenai Ikwan" jawab Haziq sambil memberi senyuman pada mak saudaranya itu.
"Masuk la, Ikwan tak ada dekat rumah dia kerja. Perempuan sebelah kamu ni siapa?" tanya Mak Ikwan yang Haziq panggil Mak Ngah.
"Mak Ngah kenalkan ni isteri Haziq namanya Izara Humaira" jawab Haziq memperkenalkan isterinya Izara pada Mak Ngah.
Mak Ngah memadang pada Izara dari atas sampai bawah,membuatkan Izara mula rasa tak sedap hati.
Kenapa pula dia pandang aku macam aku ni ada buat salah pula dah,bisik hati Izara.
"Masa bila kamu kahwin?...Tak jemput Mak Ngah pun" tanya Mak Ngah sambil matanya memadang pada Haziq pula.
"Haziq dah kahwin sebelum abah meninggal lagi. Haziq buat majlis nikah dekat kampung abah secara kecilan", jawab Haziq agak tenang dengan pertanyaan mak saudaranya.
" Masuk la"kata Mak Ngah menjemput Haziq dan Izara masuk ke dalam rumah.
Mata Mak Ngah tak beralih dari melihat Izara. Membuatkan Izara agak tidak selesa dengan padangan mata Mak Ngah. Tangan Izara semakin memengang erat tangan Haziq suaminya itu. Haziq perasan dengan tingkah laku Izara tersebut. Haziq mengengam tangan Izara supaya Izara tahu dirinya akan sentiasa berada di sisi Izara.
"Duduklah,apa dia yang kamu nak bagitahu tentang Ikwan ni?" tanya Mak Ngah sambil menyuruh Izara dan Haziq duduk di sofa yang ada di ruangtamu.
Semasa Haziq dan Izara melabuhkan pungung ke atas sofa tiba-tiba Pak Ngah ayah Ikwan datang ke arah mereka. Melihat ada Pak Ngah suami Mak Ngah membuatkan Izara makin gelisah.
"Ada apa yang kamu nak beritahu sangat tentang Haziq tu? Kalau setakat Haziq marah sebab kamu dah berkahwin.Memang patut pun dia marah dan sakit hati kerana di sebabkan kamu Maisarah mati," kata Pak Ngah sambil matanya memadang pada Haziq.
"Saya tahu saya memang salah tapi saya terpaksa lakukan semua tu", kata Haziq dengan nada yang agak tegas.
"Sudah la tu,perkara tu pun dah lama berlalu. Biarlah Haziq ni mulakan kehidupan baru dia", kata Mak Ngah cuba meredakan keadaan.
"Yalah,apa dia yang kamu nak bagitahu tentang Ikwan tu?" tanya Pak Ngah.
Haziq mula menceritakan keadaan Ikwan yang sakit. Haziq juga memberitahu tentang apa yang pernah terjadi pada Ikwan.Haziq juga memberitahu bahawa arwah Haikal sampai pernah membawa Ikwan berjumpa pakar psikiatri.
Sepertinya Pak Ngah dan Mak Ngah tidak boleh terima bila Haziq menceritakan seolah-olah Ikwan anak mereka tu ada masalah mental.
"Kamu nak tuduh Ikwan tu gila ha!...Kamu tu yang gila sebenarnya! Maisarah mati di sebabkan kamu,itu adalah fakta" kata Pak Ngah agak marah pada Haziq.
"Saya beritahu perkara sebenarnya dekat Mak Ngah dan Pak Ngah sebab saya nak Ikwan sambung balik pergi jumpa pakar psikiatri. Saya tak ada niat lain. Saya pun tak kata Ikwan tu gila. Ikwan tu sebenarnya sakit dia perlukan rawatan", kata Haziq cuba menerangkan niat sebenarnya.
"Sebab kamu dah kahwin,tu yang kamu takut Ikwan apa-apakan isteri kamu ni ya. Siapa yang tak marah di sebabkan kamulah kami sekeluarga kehilangan Maisarah, tahu tak!,"kata Pak Ngah agak marah.
" Memang Maisarah mati di sebabkan saya. Tapi Maisarah sendiri yang rela demi untuk menyelamatkan arwah abang Haikal. Kalau saya tahu Maisarah mengandung masa tu, saya sanggup bertangungjawab. Tapi Maisarah tak mahu kerana cinta dia hanya untuk abang Haikal,"kata Haziq dengan nada agak kesal.
Izara hanya memerhatikan sahaja berdebatan mulut antara suaminya dan Pak Ngah. Begitu juga dengan Mak Ngah yang hanya diam sahaja mendengar suami dan anak saudaranya menyuarakan pendapat mereka masing-masing.
"Sudah la tu,Haziq kamu pergi la bawa isteri kamu tu balik. Nanti Mak Ngah akan cuba pujuk Pak Ngah tentang Ikwan" kata Mak Ngah cuba meredakan suasana.
"Kamu pun nak tuduh Ikwan tu gila juga", kata Pak Ngah agak marah pada Mak Ngah.
" Saya tak kata Ikwan tu gila. Saya cuma tak nak abang dan Haziq terus bertengkar je. Nanti apa kata jiran-jiran bila dengar suara abang yang kuat tu"kata Mak Ngah cuba menenangkan suaminya itu.
"Baiklah Mak Ngah,Haziq balik dulu. Apa yang Haziq nak beritahu sudah Haziq cakapkan. Sekarang ni terpulang pada Pak Ngah dan Mak Ngah je nak buat apa",kata Haziq sambil tangannya tak lepas memengang tangan Izara isterinya.
Haziq dan Izara berjalan keluar dari rumah keluarga Ikwan. Sampai di kereta Izara dan Haziq terus masuk ke dalam kereta. Haziq memadang pada wajah isterinya itu.
"Sayang ada nak pergi mana-mana tak? Hari ni abang tak masuk kerja boleh la nak berdating berdua", kata Haziq sambil mula memandu keretanya keluar kawasan taman perumah keluarga Ikwan.
" Sayang tak nak pergi mana-mana la. Sayang rasa nak balik rumah je,nak rehat dalam bilik"jawab Izara.
"Okay la" kata Haziq sambil mula memandu keretanya ke arah rumahnya.
Bersambung...
Share this novel