Bab 4

Romance Completed 405632

 SOFYA duduk di atas kerusi bulat meja bar sambil melilau-lilau memandang ke sekeliling mencari kelibat Ruby yang sudah berjanji akan datang bertemunya di situ. Ruby sepatutnya ada hal lain untuk diselesaikan, tetapi kerana panggilan telefon Sofya maghrib tadi, dia terus membatalkan rancangannya dan mengajak Sofya untuk berjumpa.

  Bunyi muzik dengan rentak bass yang kuat merancakkan lagi suasana di dalam kelab malam di tambah lagi dengan sekumpulan manusia lalok yang menari terkinja-kinja mengikut irama muzik.

   Suasana di kelab malam itu agak sesak memandangkan malam ini adalah malam minggu.

  "Hai, cantik. Seorang je ke?" seorang lelaki memakai kemeja lengan panjang yang disingsing sehingga ke paras siku menegur dari sisi sambil memandangnya dari atas sampai ke bawah. Halkumnya kelihatan turun naik menelan liur.

   "Tunggu kawan," jawabnya lalu mengukir senyuman manis di bibir melihat lelaki tinggi berbadan sasa yang berkulit cerah itu. Berdasarkan penampilannya yang kemas, dia kelihatannya seperti orang yang bekerjaya.

   " I Nadim. You?" dia mengambil tempat duduk di sebelahnya lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

  "Sofya. Panggil Fya je," jawabnya lalu menyambut huluran tangannya.

  "You look so pretty and hot," kata Nadim berterus-terang. Matanya tidak lepas dari memandang lurah Sofya yang terdedah itu.

  "Am I?" soalnya untuk kepastian dan tersenyum bangga dipuji begitu.

  Nadim mengganguk mengiakan pujiannya tadi sambil merenung geram melihat bahagian dada putih yang terhidang percuma sebagai santapan mata di depannya.

  "Tak takut ke duduk seorang-seorang macam ni?"

  "Nak takut kenapa? Kan ramai orang ni," jawabnya lalu tergelak kecil.

 "Kenapa tak order minuman? Orderlah, I belanja." Nadim memandangnya dari atas sampai ke bawah dengan senyuman.

  "I tunggu kawan. Nanti kawan sampai baru I order."

  "Sementara menunggu kawan you, order lah. Boleh sambil sembang-sembang. Don't worry, it's on me."

  "Betul ni?"

  Nadim mengangguk disusuli dengan senyuman lebar di bibirnya. Setelah hampir setengah jam berborak sementara menunggu, Ruby akhirnya muncul juga.

  "Eh? Korang dah berkenalan?" Ruby menyoal sambil memandang Sofya dan Nadim silih-berganti.

  Nadim dan Sofya masing-masing mengerutkan dahi memandangnya dan kemudian saling berpandangan sesama sendiri.

  "She's my girl," ujarnya memberitahu Nadim yang kelihatan seperti sedang tertanya-tanya.

  "Fya, he's my good friend." wajah Sofya di pandang sambil tersenyum.

 Sofya mengerutkan dahinya memandang Nadim.

 "Your good friend? Kenapa tak pernah nampak pun sebelum ni?" soalnya kehairanan.

 "Sebab sebelum ni I kerja kat Brunei. Dekat tiga tahun juga lah I kerja situ." Nadim menjawab pertanyaannya.

  "I malas dah nak kerja luar negara. Bosan hidup seorang diri di tempat orang. Family I semua kat sini, so I decide nak kerja kat negara sendiri je," sambungnya lagi.

  Sofya mengherot bibir sambil mengangguk tanda faham sebaik sahaja mendengar cerita Nadim.

  "She is your girl? It means your….." Nadim tidak menghabiskan kata katanya namun Ruby sudah mengangguk. Masing-masing mengerti.

  "Ooo." Nadim membulatkan mulut tanda faham lalu tersenyum memandang Sofya yang kelihatan bingung memandang mereka.

  Nadim kemudian mendekatkan mulutnya di telinga Ruby dan berbisik. Hanya kepala Ruby sahaja yang mengangguk-angguk mendengar setiap kata-kata bisikan lelaki itu.

 "Okay, I discuss dengan dia dulu," kata Ruby dengan senyuman yakin.

  "Fya, jom!" ajak Ruby lalu menarik lengannya menuju ke sebuah bilik khas di dalam kelab malam itu.

  "Why so sudden?" soal Ruby yang sedang duduk berpeluk tubuh dan menyilangkan kaki di atas sofa panjang.

  "Aku penatlah hidup macam ni Ruby. Aku nak fokus dengan kerjaya aku je sekarang." 

  "Kau tak menyesal ke? Pendapatan kau kat sini lagi banyak daripada gaji kau berhempas pulas kat company tu tau. Tengok sekarang hidup kau macam mana. Senang, mewah. Apa kau nak, semua kau boleh dapat. Beg mahal, baju mahal and banyak lagi. Kau nak lepaskan semua tu? Come on lah Fya!" ujarnya cuba menghasut supaya Sofya berubah fikiran.

  Sofya mengetap bibir sambil bermain-main dengan kuku panjangnya. Ya, dia tahu dia hidup mewah semenjak bekerja dengan Ruby, tapi dia sudah tidak mahu bergelumang dengan dosa lagi. Cukuplah!

  Cukuplah selama ini dia membiarkan dirinya hanyut dalam nafsunya mengejar kemewahan. Dia kini merasakan dirinya sedang terkapai-kapai di dalam lautan dosa yang perlahan-lahan menenggelamkannya.

  Walaupun setakat ini dia tidak pernah bersetuju menerima tawaran mana-mana pelanggan untuk layanan atas katil, namun segala yang dikerjakannya sekarang dia rasakan cukup untuk membinasakan dirinya di hari perhitungan nanti.

  "I know. Tapi aku dah buat keputusan Ruby. I'm done," ujar Sofya dengan suara perlahan. Satu keluhan berat dilepaskan.

  "Well, kalau itu yang kau nak, I can do nothing. It's your decision. Tapi untuk kali terakhir, can you do me a favor?" wajah Sofya dipandang dengan pandangan berharap.

 "Apa dia?" Sofya menyoal semula dengan kerutan di dahi.

  Ruby tersenyum lalu memberitahu tentang permintaan Nadim tadi.

 "What? No, Ruby. Kau tahu aku takkan pergi sejauh tu kan?" riak wajahnya serta-merta berubah menjadi serius.

 "Okey, okey. Kalau macam tu, kau temankan dia je okey?" pujuknya lalu berdiri dan memeluk bahu Sofya supaya dia bersetuju.

  Sofya membisu. Otak warasnya sedang berfikir. Hatinya berbolak-balik samada hendak bersetuju atau tidak.

  Akhirnya, otak seminitnya mengambil keputusan untuk bersetuju. Sofya mengangguk.

  "Nice! Dah jom keluar. Dia dah lama tunggu tu," kata Ruby sambil menolak perlahan tubuh Sofya keluar dari bilik itu.

  Nadim tersenyum melihat Ruby sedang tersenyum memandangnya ketika dia sedang jalan beriringan dengan Sofya menuju ke tempatnya. 

  "Unfortunately she disagreed." Ruby berbisik di telinga Nadim.

  Nadim memandang Ruby dengan pandangan hampa kemudian pandangannya beralih ke sisi wajah Sofya yang sedang fokus memandang sesuatu di arah lain.

  "But, dia boleh temankan you kat sini. Kan Fya?" sengaja dia menguatkan suaranya supaya Sofya dengar apa yang dikatakannya. 

  Sofya membalas dengan anggukan dan senyuman pendek.

  "Thank me later," bisik Ruby dengan senyuman lalu mengambil tangan Nadim berpura-pura bersalaman dan sebuah paket kecil berisi serbuk bertukar tangan.

  "You kerja apa? Ruby bagitahu I yang kat sini you punya part time je kan?" soal Nadim sambil menuang air yang berwarna seperti teh dari botol ke dalam gelas.

  "Dulu I kerja sebagai sales assistant. Sekarang dah naik jadi assistant marketing officer," jawabnya jujur dengan senyuman.

  "Ooo. Erm, boleh tolong ambilkan ais tak?" pintanya sambil mengangkat gelasnya.

  "Okey," kata Sofya lalu berdiri dan keluar dari bilik itu.

  Nadim cepat-cepat mengeluarkan paket kecil yang Ruby serahkan tadi lalu menuangkan serbuk itu ke dalam gelas Sofya sambil tersenyum.

   Pagi itu Sofya terjaga dari tidur. Sebelah tangannya laju sahaja mencengkam kepalanya yang terasa berdenyut. 

  "Aku kat mana ni?" soalnya dalam hati setelah dia perasan dia berada di dalam satu ruangan yang asing baginya. 

  Dia cuba mengingati apa yang berlaku semalam namun ingatan terakhirnya adalah ketika dia sedang bersembang dengan Nadim dan tiba-tiba dia merasa pening dan khayal. Seingatnya, dia hanya minum satu gelas sahaja semalam dan dia tahu kuantiti itu tidak cukup untuk membuatkan dia mabuk.

  Sofya bangkit daripada perbaringan dan perasan tubuhnya tidak ditutupi walau seurat benang pun.

  Matanya terbeliak. Kain selimut segera ditarik ke atas menutupi tubuhnya. Dia melihat ke sekeliling dengan pandangan cemas. Sehelai baju dan seluar jeans lelaki terletak elok di atas sebuah kerusi.

  Sebuah pintu kecil yang ada di dalam bilik itu dipandang. Kedengaran sayup-sayup bunyi air yang jatuh mencurah-curah ke lantai dari dalam bilik itu.

  "Aku kat bilik hotel?!" dia menjerit dalam hati sebaik sahaja dia menyedari di mana dia berada sekarang. Dia mengintai ke dalam kain selimut. Matanya terbeliak sekali lagi. Bibir diketap. Serasa ingin meraung saat ini. 

  Tidak lama kemudian pintu bilik air terkuak.

  "Apa kau dah buat kat aku?!" Sofya membentaknya.

  Nadim yang hanya memakai kain tuala tersenyum puas memandangnya tanpa rasa serba salah.

 "Not me, but us. We enjoyed last night," jawabnya bersahaja lalu tersenyum menampakkan barisan gigi sambil menyarungkan seluar jeans dan baju ke tubuhnya.

 "You! You letak apa dalam air I semalam?!" Sofya meninggikan suara menyoalnya. Dia yakin ada sesuatu diletakkan di dalam airnya semalam.

  "Tak letak apa pun. Kan I dah cakap tadi, I bukan syok sendiri. We enjoyed it together," balas Nadim lalu ketawa.

  Sofya mengetap gigi. Hujung kain selimut dicengkam kuat. Airmata sudah mulai bertakung di kelopak matanya.

  Nadim menghampiri katil dan duduk di sebelah Sofya.

  "Fya, I sebenarnya dah jatuh cinta pandang pertama dekat you. Anything happen, I akan bertanggungjawab," ujarnya perlahan lalu mencuit dagu Sofya namun Sofya menepis kasar tangannya. Airmatanya tumpah juga akhirnya.

  "Mana phone you?" soal Nadim, namun Sofya tidak menjawab. Hanya esakan yang kedengaran. Terhinggut-hinggut bahunya kerana menangis.

  Nadim berdiri dan mencapai beg tangan Sofya di atas meja dan mengeluarkan telefon milik Sofya. Selepas nombor Sofya tertera di skrin telefonnya di atas meja, dia terus mematikan panggilan.

   "I dah save number you. Nombor I pun I dah save kat phone you. Trust me, I akan bertanggungjawab," ujarnya yakin.

Dia cuba memagut bibir Sofya namun Sofya memalingkan wajahnya. Nadim melepaskan keluhan halus lalu tersenyum dan berdiri.

 "Okey sayang. I got to go. Ni duit belanja untuk you shopping," ujarnya lalu meletakkan enam keping duit kertas seratus di atas meja.

  "See you later," ujarnya lagi lalu keluar dari bilik itu.

  Sofya mengetap gigi. Airmatanya masih deras mengalir. Dalam hatinya menyumpah dan memaki Nadim dan Ruby. Menyesal? Ya dia menyesal kerana melibatkan diri dengan wanita itu. Rasa menyesal, sakit hati dan marah bercampur baur di dalam hatinya.

   Bolehkah dia mempercayai kata-kata lelaki yang belum sampai pun 24 jam dikenalinya? Benarkah dia akan bertanggungjawab? Persoalan itu menggasak mindanya.

Thanks dah baca.. Maaf kalau ada kekurangan ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience