VS30

Drama Completed 85759

Lukas meraup wajahnya berkali-kali, kenyataan dari doktor yang merawat Eva, betul-betul membukamkan perasaanya tika ini.

Tubuh masih berdiri di luar wad observation. Eva tak sedarkan diri waktu perjumpaan mereka di pejabat tadi.
Bergegas Lukas membawa tubuh Eva ke hospital sebelum menelefon kedua orang tua wanita itu.

“Apa kau dah buat dengan anak Untie, Lukas?!”
Dahlia yang baru sampai terus menerkam kearah Lukas yang berdiri bersandarkan dinding. Wajah lelaki itu dipandang tajam.

Mansor menghampiri isterinya.
“Sudah tu Lia.. kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kita masuk tengok Eva dulu ye.”

Lukas menegakan dirinya saat kedua orang tua Eva menghampiri. Tuduhan melulu dari Dahlia membuat dia kedu.

“Mana anak untie?!”
Dahlia bercekak pinggang, mata terus dibulatkan kepada Lukas.

“Dia kat dalam, baru sedar dari pengsan.”

“Sampai pengsan anak untie Lukas! Kau sengaja kan nak porak porandakan hidup Eva?!”
Tak habis lagi geram Dahlia pada lelaki dihadapannya.

Clara yang baru memakirkan kereta turut berjalan kearah mereka bertiga.

“Sudah lah tu Lia. Kita tengok anak kita dulu. Malu la gaduh kat sini!”
Ton Mansor sedikit tinggi sebelum menarik kuat lengan Isterinya untuk masuk ke dalam wad sambil terkoncoh-koncoh diikuti oleh Clara yang tidak tahu hujung pangkal cerita.

Dada Dahlia dah turun naik mengambil nafas.
Hidung kembang kempis menahan amarah pada Lukas. Sedang hanya dirinya sahaja yang tahu perjanjian antara Lukas dan Eva yang dibuat demi menyelamatkan Daim.

Eva masih terbaring diatas katil saat Mansor, Dahlia dan Clara menghampiri.
Disebelah katil wanita itu terdapat besi tinggi yang menyangkut botol plastik berwarna jernih. Hujung botol tersebut disambung hos panjang untuk air didalamnya mengalir memasuki salur darah Eva.
Seorang jururawat sedang mengambil bacaan tekanan darah wanita itu.

Wajah Eva ditoleh saat Dahlia menyeru namanya.
Senyuman diukir walau agak berat.

“Anak saya okay ke Staffnurse?”

Staffnurse wanita yang sedang membuka ‘Blood Pressure Cuff’ dilengan Eva, seusai mengambil tekanan darah wanita itu, turut menoleh lantas tersenyum.
“Miss Eva dah okay. Untie dengan Uncle ni parents Miss Eva kan?”

Laju Mansor dan Dahlia mengangguk serentak, siapa yang tak kenal dengan ahli keluarga pelakon tersohor itu.

“Uncle dan Untie tunggu sekejap, saya panggilkan doktor, nanti doktor akan explain kat Uncle dan untie”

Sekali lagi Mansor dan Dahlia mengangguk serentak sebelum kedua mereka membalas senyuman jururawat tersebut.

Dahlia melabuhkan punggung sebelah baringan Eva. Lengan wanita itu dicapai. Sejuk.
“Eva okay ke sayang?”

Clara turut mengambil tempat, berdiri disebelah isteri Mansor.

Eva mengerakan kepalanya kebawah dengan perlahan sebelum sekali lagi mengukir senyum.

“Macam mana Eva boleh pengsan? Apa Lukas dah buat kat Eva? Bagi tahu pada mama.”

“Lia... Cuba bawa bersabar sikit.”
Laju Mansor pangkah ayat isterinya, sejak dari dalam kereta lagi. Dahlia tak habis-habis nak marah-marahkan Lukas hingga Mansor sendiri pun tak tahu kenapa.

“Untie dan Uncle ni parents Miss Eva ke?”

Serentak Mansor dan Dahlia menoleh wajah memandang seorang doktor perempuan yang menghampiri mereka.

“Ye. Kami parents Eva.. ada apa-apa yang berlaku pada Eva ke?”
Mansor bertanya laju setelah Doktor wanita itu tiba dihujung katil Eva.

Doktor wanita yang lengkap dengan lab coat putih serta mengantung steteskop dilehernya tersenyum membalas.
“We all dah check, so far Miss Eva takde apa-apa. Maybe she tired because her baby.”

“Hah?! Baby?!”
Mulut dan Mata Clara membulat. Antara nak bersorak atau terkejut. Dua-dua perasaan itu bercampur.

Dahlia kembali memandang anaknya. Makin erat lengan wanita itu digengam.
“Eva pregnant ke?

Bibir Eva makin melebar senyum. Lantas kepalanya diangguk perlahan. Selepas Eva sedarkan diri, Doktor perempuan yang sama telah menjelaskan keadaan dirinya.

Seperti ketiga-tiga manusia yang berdiri dihadapannya, Eva turut terkejut. Dia sendiri pun tak sedar perubahan yang berlaku sedang diri sibuk menguruskan kes suaminya.

“Saya dah scan, kandungan Miss Eva masih baru. Around 6 week. Her HB little bit low. But saya dah prescribed ubat untuk Miss Eva makan supaya dapat tambah darahnya kembali.”

Keempat-empat pasang mata masih memandang Doktor perempuan yang masih menerangkan keadaan Eva.

“Buat masa ni, Kami perlu menahan Miss Eva maybe for 24 hours supaya kami dapat monitor keadaan dia. Jika tiada apa-apa yang berlaku mungkin esok Miss Eva akan discharges.”

“Terima kasih doktor.”
Mansor turut tersenyum lebar dalam hati berbunga riang bila tahu dirinya bakal mendapat cucu.

“Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu ye.”

Serentak keempat-empat pendengar itu menganggukan kepala.

Setelah Doktor wanita itu hilang dibalik tirai. Ketiga-tiga pasang mata terus menoleh kearah Eva.

“Happy nya mama dengar Eva pregnant. Patut lah mama tengok Eva pucat je. Nasib tak jadi apa-apa pada cucu mama.”
Dahlia mengelus lagi lengan anaknya.

Clara turut teruja. Sangkaannya tepat. Kehilangan Daim dan Eva seminggu di pulau tempoh hari dah mengubah hubungan mereka berdua ni menjadi lebih rapat.

“Eva pun tak sangka mama.”
Senyum Eva makin dikuak besar.
Separuh hati gembira, manakala setengah lagi masih memikirkan apa yang bakal berlaku pada dia dan anaknya kerana Daim masih didalam penjara.

“Kalau Daim tahu mesti dia gembira ni.”
Wajah Clara lah paling teruja saat ni. Tak sangka awal juga dia dapat menimang anak sedara.
Huh! Masa nak kahwin bergaduh sakan. Bila sekali dapat bersama terus melekat.
Ish. Ish. Ish .

Ketika mendengar nama Daim disebut oleh Clara terus Dahlia diam sejenak.
Teringat akan janji anaknya dengan Lukas.
Pantas tubuhnya didirikan.
“Mama keluar sekejap. Abang dan Clara tolong jaga Eva ye.”

Tanpa menunggu jawapan, Dahlia terus melangkah keluar dari ‘observation ward’ untuk mencari Lukas.

Mujur lelaki itu masih berada di luar.
Pantas derap kaki Dahlia menghampiri.

“Lukas kau mesti tahu apa yang berlaku pada Eva sekarang ni kan?”

Lukas menegakan tubuhnya. Kacamata putih yang dipakai dibuka.
Wajah gerun mama Eva dipandang.

“Eva pregnant anak Daim, kau rasa masih boleh ke kau teruskan hubungan dengan anak Untie?”

Lukas menghela nafas panjang, nampak seperti Dahlia mengetahui perjanjiannya dengan Eva.
“Apa Untie nak Lukas buat?”

“Untie nak kau batalkan stupid agreement antara kau dan Eva. Untie taknak Eva bercerai dengan Daim. Dan kalau kau nak tahu, untie takkan mengaku lelaki lain selain Daim je satu-satunya menantu Untie.”

Lukas rasa tertampar. Begitu benci Dahlia pada diri dia.
“Perjanjian ni dah dipersetujui oleh Eva. Untie tak boleh nak halang”

Grrr!
Kurang ajar anak Jambi ni!
“Eva terpaksa, dan kau yang memaksa dia Lukas. Sekarang kau nak buat apa? Kau nak suruh Eva gugurkan kandungan dia? Kau langkah mayat untie dulu?!”
Sebelah tangan Dahlia dicekak ke pinggang, manakala telunjuk jari kanannya tepat mengarah kepada wajah Lukas.
Hatinya panas!

“Terpulang apa saja yang Untie nak fikirkan. Keputusan Lukas muktamad. Lepas Daim dibebaskan Eva totally became my wife.”
Dada Lukas turun naik. Dia tak mahu terus bergaduh. Lagipun keadaan sekeliling sesak dengan orang ramai.
“Lukas mintak diri dulu.”

“Tunggu Lukas. Untie tak habis cakap lagi.”

Lukas terus melangkah tanpa menghiraukan namanya dipanggil.

“Lukas! Walau kau kahwin dengan Eva! Sampai mati pun aku takkan mengaku kau menantu aku!”
Dahlia menjerit kuat sambil terus memandang belakang Lukas yang melangkah meninggalkanya.
Kalau takde undang-udang memang dah dibunuhnya pemuda itu.

“Untie.”

Nafas Dahlia hampir kelu. Suara Clara dari belakang mematikan kemarahanya.
Perlahan tubuh dipusingkan.

Wajah Clara berkerut.
“Apa maksud Untie nak jadikan Lukas sebagai menantu?”
Sebenarnya perbualan antara Dahlia dengan Lukas sudah didengar separuh.

Clara keluar mencari Dahlia apabila Eva meminta untuk dibelikan pakaian dalam baru bagi mengantikan pakaian dalam yang sedia dipakainya.
Tak sangka pula dia mendengar perbualan Dahlia dan Lukas.

Dahlia meraup wajahnya sekali sebelum bersuara.
“Lukas sanggup ambil alih membela Daim jika Eva berjanji untuk berkahwin dengan nya dan menceraikan adik Clara.”

“Stupid Lukas! Kenapa dia buat perjanjian macam tu? Takde akal!”
Hidung Clara kembang kempis!

“Eva pun setuju demi nak selamatkan Daim”

“God... kenapa Eva setuju? Aishh.. patut lah Eva taknak cerita panjang dengan Clara bila Clara tanya berapa bayaran untuk upah Lukas jadi peguam Daim.”

Dahlia melepas keluhan panjang.
“Untie pun halang Eva, tapi Eva cakap demi Daim dia sanggup lakukan apa saja. Untie pun pening kepala fikir perkara-perkara yang dah dibuat oleh budak-budak ni! Buat sesuatu langsung tak fikir masa depan!”

Kali ni Clara terus melepas nafas. Dia harus cari jalan untuk selesaikan masalah ni.
Clara tak mahu Eva dan Daim terpisah lagi!

*****

Lukas menjimbit beg galas hitam dan melangkah laju ke bilik bicara yang menempatkan peguam sepertinya untuk bertemu muka dengan banduan.
Setakat ni hanya Lukas sahaja yang boleh berjumpa dengan Daim tanpa perlu halangan diantara mereka.

Beg galas diletakan diatas meja. Buku catatan dikeluarkan dan pen diambil sebelum dimain-mainkan.
Itu cara Lukas tika perasaan terbelah bahagi.

Semalam selepas bergaduh dengan mama Eva. Beliau terus pulang tanpa sempat bertanyakan keadaan Eva.
Memang perit dilempar kata-kata keji dari Dahlia. Namun kerana ingin terus menurut kehendak hatinya, Lukas sanggup dimarah oleh mama Eva.

5 minit kemudian, Daim masuk dengan kedua tangan masih bergari.

Melihat wajah Lukas, kadang-kadang kala membuatkan hati Daim sakit. Namun demi untuk dibebaskan dia sanggup menurut kata Eva, menjadikan lelaki ini sebagai peguamnya.

Pegawai penjara yang membawa masuk Daim, menarik kerusi sebelum Daim melabuhkan punggungnya. Pergerakan Daim terbatas memandangkan lengannya masih digari.

“Kau sihat?”
Lukas meletakan kedua tangan diatas meja sebelum menegakan badan.

“Aku sentiasa memastikan diri aku sihat, supaya aku boleh keluar berjumpa dengan Eva.”

Lukas sembur tawa sedetik.
“Okay.. straight to the point.”
Nafas ditarik sehela.
“By the way aku dah kenal pasti seorang lagi musuh kau iaitu Akilah.”

Jantung Daim mati sekejap taktala nama Akilah disebut, namun reaksinya tidak ditunjukan.

“Kau ni ramai musuh kan? Zizie lah.. Akilah lah.. patut pun kalau ramai yang berdendam dengan kau termasuk aku.”

“Lukas kau datang jumpa aku semata-mata nak tanya pasal Akilah, aku boleh jawab.. tak perlu nak meleret bagai..”

Sekali lagi Lukas sembur tawa.
Daim masih sombong walaupun nyawa lelaki itu bagai dihujung tanduk.

“Pasal Akilah tak perlu kau cerita panjang. Eva dah story dengan aku kisah 10 tahun yang lalu. Mmm.. lama jugak kau menaruh perasaan pada Eva kan?”

Kali ni Daim merengus kuat. Duduknya makin tak senang.

Bibir Lukas melebar senyum.
“By the way, aku Cuma nak tanya pasal kes reporter serang kau di hotel tempoh hari. Kau ingat?”

Lukas diam sejenak, wajah kerut Daim dipandang senget.
“Takkan kau boleh lupa bila kau pukul aku secukupnya. Nasib aku tak buat report.”

“Nak ke kau buat report, sedang kan terang-terang salah kau?
Daim memulangkan paku buah kerasnya kepada Lukas. Geram bila diri selalu disindir.

Namun Lukas seakan tiada perasaan. Sekali lagi tawa besar meniti dibibir.
“ So soalan aku sekarang ni, siapa sebenarnya yang call reporter untuk serbu kau dan Eva? Yang pasti aku tahu itu bukan kerja Zizie.”

Daim menarik oksigen sehingga dadanya mengembang sebentar sebelum menghembus laju.
“Yang call reporter malam tu adalah Zack.”

“Zack?”
Lukas kerut dahi.
“Who Zack?”

“Zack dengan aku memang tak ngam, kitaorang selalu gaduh untuk berebut tender stuntman. Zack seperti aku, ada stuntman club sendiri. Malam kejadian tu, Zack yang call reporter untuk serbu aku dan Eva. Seorang dari reporter yang kenal suara dan nombor Zack, bagitahu kat aku.”

Lukas angguk kepala.
“Siapa pulak yang call reporter masa aku dan Eva jumpa di Japan Restoren that day?”
Sakit hatinya bila kali kedua ditumbuk oleh Daim sewaktu dia berjumpa dengan Eva di Restoren Jepun.

Dan ketika Lukas mengejar untuk mendapatkan kembali Eva yang sudah dibawa oleh Daim. Matanya menangkap Daim mencium bibir Eva sambil wartawan tak putus-putus mengambil gambar.

Saat itu ingin sekali Lukas menumbuk muka Daim, tapi memandangkan dia sendiri pun tiada hak atas Eva, tindakannya itu mati.

“Yang call reporter masa tu adalah Zizie.”

Sekali lagi Lukas kerut kening. Memang Zizie yang menelefon dia untuk berjumpa dengan Eva. Tapi kenapa Zizie sendiri yang call wartawan?

Daim faham kerutan diwajah Lukas.
“Zizie sengaja nak timbulkan kontroversi kau dengan Eva, supaya aku berpisah dengan Eva.”

Kali ni tawa Lukas makin kuat, hingga badannya dibongkok sedikit menahan gelak. Tapak tangan beberapa kali menepuk dahi
“Kalau aku tahu plan Zizie that day, memang aku yang akan kiss Eva depan reporter. Biar reporter tahu kau kahwin dengan Eva sebab terpaksa.”

“Lukas.. Eva isteri aku yang sah! Aku takkan benarkan kan kau sentuh dia!”
Rahang Daim terangkat menyamai pergerakan bibirnya.
Hati membara panas!

Lukas memberhentikan tawanya, namun senyum masih lebar. Menganjing!
“Apa aku boleh katakan, Zizie tak mati. Dia masih hidup dan masih berlegar menunggu keputusan supaya kau dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh dia.”

“Apa maksud kau Lukas?”
Daim menegakan duduknya. Jika apa yang dikatakan Lukas itu betul, maka Daim masih ada peluang untuk membebaskan diri.

“Jika dilihat jarak masa kebakaran mayat yang disangka mayat Zizie tak sama dengan cerita yang aku dapat dari Pak Chot.”

“Kau jumpa Pak Chot?”

Lukas mengangguk.
“Aku perlukan bukti, aku sendiri ke pulau tu dan jumpa Pak Chot. Menurut Pak Chot, kau sampai ke rumah dia sebelum senja, tapi pihak polis menyatakan kebakaran dilakukan waktu malam hari yang sama korang hilang. Lagipun aku tak percaya jika kau dan Eva sahaja yang uruskan pembakaran mayat. Kerana ia bukan satu kerja yang mudah.. kerana selepas semua anggota rentung. Kau harus mengeluarkan tulang satu-satu untuk dibuang ke laut. Yang aku muskil kenapa kau nak buang tulang ke laut sedangkan kau tinggalkan lengan Zizie tak jauh dari tempat kejadian. Jika kau terlalu teliti untuk membakar, dan mengasingkan tulang. Kenapa kau biarkan lengan Zizie sekali dengan pisau kat tempat kejadian. That something yang aku fikir tak logic untuk kau lakukan Daim.”

Panjang lebar hujahan Lukas, hingga Daim percaya lelaki itu benar-benar ingin membantunya.

“Aku dapat agak kerja ni bukan dilakukan setakat 2 orang.. mungkin lebih. Sekarang yang aku suspek mungkin Akilah dan Zack terlibat dalam pembunuhan ini.”

Teringat kata-kata Zack tempoh hari dicafe Daim, sewaktu lelaki itu datang berjumpanya tiba-tiba.
Zack memberi amaram bahawa Daim mempunyai musuh lain selain dia. Daim pasti musuh yang dikatakan oleh Zack adalah Zizie.
Macamana Zack boleh tahu?
Sudah tentu Zack bersengkonkol dengan Zizie.

Sekali lagi Daim menghela nafas panjang.
“Aku rasa Zack terlibat dalam kes ni, sebab dia pernah warning aku untuk berjaga-jaga dengan orang yang terdekat dengan aku, sebab orang tu lagi bahaya. Aku dapat agak dia maksudkan adalah Zizie. Dan jika kau cakap Akilah terlibat jugak, aku tak percaya Lukas.. Akilah memang berdendam dengan aku. Tapi aku tahu dia takkan lakukan perkara sekejam ni.”

Cermin mata rabun ditarik keluar dan diletakan diatas meja. Belakang badan Lukas disandar kebelakang.
“Fikiran kau sama macam Eva. Tak salah kan Akilah.”

“Sebab aku dan Eva kenal Akilah sejak kecil, aku pasti Akilah tak salah”
Daim cuba menegakan keputusanya.

Anggukan Lukas terus laju.
“Aku akan cuba cari Zack dan Akilah untuk diambil keterangan.”

“Kau pasti Zizie masih hidup?.”

“70 percent aku pasti”

Daim meraup wajahnya sekali. Jika benar Zizie hidup peluangnya untuk menang kes amat besar. Cuma perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mencari jejak Zizie.

Bola mata Daim memandang kedepan. Wajah Lukas yang masig tunduk mencatat sesuatu pada bukunya ditatap.
“Lukas.. kenapa kau setuju nak bantu aku?”

Lukas angkat wajah, bola mata Daim tepat dipandang.
“Sebab jika aku berjaya lepaskan kau, aku akan dapat habuan yang paling besar dalam hidup aku.”

Kerongkong Daim terasa pahit menelan liur.
“Apa maksud kau Lukas?”
Jantungnya bergetar laju ingin mengetahui.

Lukas kembali membuka kacamatanya sebelum disimpan kedalam kotak. Buku catatan ditutup.
“Eva tak inform kau?”

“Straight to the point Lukas.”
Hati Daim dah membara.

“Aku sanggup membela kau sebab Eva dah janji untuk bercerai dengan kau lepas kau dibebaskan.”

“Kau cakap apa ni Lukas?!”
Tubuh Daim menolak kerusi plastik yang diduduknya sebelum membangunkan diri.

Pegawai yang membawa Daim mula menghampiri dan memegang bahu lelaki itu.

Lukas turut berdiri. Buku catatan dan kotak cermin mata dimasukan ke dalam beg galasnya.
“Bukan dari aku, tapi Eva sendiri dah janji”

“Eva takkan buat kalau kau tak paksa Lukas! Aku takkan ceraikan Eva”
Ton Suara Daim makin tinggi, badan cuba dilepaskan dari pegawai penjara itu.

“Terpulang... kalau kau masih nak hired aku untuk bela kau, kau kena terima kenyataan yang Eva akan bepisah dengan kau. Kalau kau taknak ceraikan dia, kau akhirnya akan disabitkan dibawah akta 302 kanun keseksaan yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh. Samada kau nak Eva jadi janda atau kau ceraikan dia supaya dia boleh bahagia dengan aku.”

“Sial! Aku takkan lepaskan Eva! Eva isteri aku! Eva milik aku seorang!”
Daim terus meronta memaksa 3 lagi pegawai penjara memegang dia sebelum diheret keluar bilik menuju ke sel.

Lukas menarik nafas panjang setelah susuk Daim hilang sepenuhnya.
Badan kembali didudukan sebelum bersandar di kerusi.
Betul ke apa yang sedang aku lakukan ini?

****
Setelah dua hari ditahan di wad, Eva kembali menjalani rutinya untuk melawat suami tercinta.
Sepanjang perjalanan, senyum tak lepas dari bibir Eva kerana hari ini dia akan memberitahu tentang kehamilannya pada Daim.

Eva teruja , dan Eva pasti Daim pun akan gembira mendengarnya.

Lawatan Eva kali ni ditemani oleh Farina. Wanita itu berkeras untuk menjenguk Daim walaupun Eva melarang kerana perut Farina sudah membesar membawa bayi berusia 7 bulan.

Farina sendiri tak mahu lepaskan peluang ni kerana Daim adalah salah seorang rakan baiknya sejak sekolah.

Seperti biasa, Eva akan menunggu di kerusi yang disediakan kat ruang menunggu, sementara menanti warden penjara membawa Daim keluar dari sel.

10 minit menunggu, susuk Daim keluar dan duduk disebalik cermin tebal.

Pantas Eva meluru dan duduk dihadapan suaminya. 2 hari tidak berjumpa, rasa rindu makin membuak.
Hari ni berita gembira aka dikhabarkan kepada Daim. Senyuman terus melebar saat gangang dicapai dan diletak ke telinga.

Farina turut teruja dan berdiri disebelah Eva.

“Im..”

“Eva.”
Pantas Daim memangkah ayat Eva.

Eva diam, wajahnya sedikit berkerut mendengar suara kasar Daim.

“Eva... aku nak kita berpisah.”

Hampir terlepas gangang yang dipegang oleh Eva saat Daim menyebut perkataan ‘berpisah’
“A..a..apa maksud kau Im”

“Dengar sini Eva, aku tak nak lagi kau hired lawyer atau kau tolong untuk lepaskan aku! Aku dah fed up dengan semua ni!. “

“Im..”
Airmata Eva gugur tanpa sedikit amaran pun. Terus lebat membasahi pipi.

“Eva! Dari dulu aku tak pernah cintakan kau. Apa yang berlaku antara kita di pulau tempoh hari adalah kesilapan besar pada aku. Aku mintak maaf! Antara kau dan aku tak sepatutnya bersama. Tolong jangan kau sibuk lagi hal aku!”

“Im....”

Farina yang kurang faham dengan percakapan suami isteri itu, hanya mampu menenangkan Eva.

“Next time kau datang bawak surat cerai sekali! Aku akan sign!”
Sehabisnya ayat Daim, ganggang diletak kuat sebelum tubuhnya dibangun.

“Im! Im!”
Eva masih melekatkan ganggang ditepi telinganya. Dia turut bangun. Cermin tebal dihadapan, ditampar berkali-kali. Nama suaminya terus diseru.
Namun Daim pantas berjalan masuk tanpa sedikit pun menoleh kearah.

“Im... anak kita...”
Perlahan tubuh Eva terduduk kembali saat ganggang masih terlekat ditelinga. Wajah Eva habis dibanjiri air mata.
Dia tak mengerti kenapa tiba-tiba Daim berubah sikap.

Farina mencapai gangang telefon dan diletakan ditempat asal sebelum mengelus lembut belakang Eva.

Makin berderai tangisan Eva tika Farina menyentuhnya, seolah-olah segala kekuatan yang ada dalam dirinya selamanya, lebur tanpa sempat dihalang.

Farina terus memujuk walaupun agak sukar, namun akhirnya Eva akur. Langkah diatur keluar dari penjara dengan perasaan yang bercampur baur.

Kata-kata Daim seakan pisau yang menusuk jantung tanpa halangan.

Air mata masih tak kering, walau Eva sudah berada didalam kereta milik Farina.
Rakannya memandu tenang, sambil sekali sekala menoleh kearah Eva.

Bibir Farina beku untuk bertanya soalan kerana dia tidak berapa faham apa sebenarnya yang berlaku pada kedua-dua rakan baiknya.

Yang Farina pasti, Eva ada menyebut Daim ingin berpisah dengannya.
Aisshh apa lagi la dugaan yang bakal dihadapi oleh member-member aku ni!

Setelah agak lama memandu, sekali lagi Farina menoleh kesebelah.
Tangisan Eva masih bebaki diselang sendu yang menghiba.
“Aku hantar kau balik ye Eva.”

Laju Eva geleng kepala.
“Kita dah janji nak jumpa Akilah. Kau bawa aku pergi kampus dia.”

“Eva kau tengah macam ni, boleh ke kau handle untuk bertemu dengan Akilah? Takpe kita balik dulu, aku akan call Akilah dan mintak untuk jumpa hari lain.”

Eva terus mengelengkan kepalanya. Air hingus ditarik kuat.
“Susah-susah kita pujuk Akilah untuk berjumpa, aku takut kalau kita tak jumpa dia hari ni mungkin takde peluang lagi nak jumpa dia.”

Farina turut membalas dengan anggukan.
Kelmarin sewaktu Farina melawat Eva di wad. Wanita itu meminta rakan baiknya untuk memujuk Akilah supaya dapat berjumpa dengan Eva.

Jika benar Zizie masih hidup, Eva pasti Akilah mengetahuinya.

Nasib Akilah setuju untuk berjumpa Eva seusai kuliahnya habis. Namun meminta pertemuan mereka dirahsiakan kepada sesiapa dan menyuruh Eva berjumpanya di cafe Universiti.

Eva akur. Dan setakat ni hanya Farina yang mengetahui perjumpaannya.

Setibanya di kampus Universiti, Eva mengelap wajahnya yang basah dek air mata. BB cushion yang berada di dalam tas tangan dikeluarkan sebelum menerkap kemuka.
Eva taknak sesiapa sedar yang dirinya sedang berduka.

Setelah pasti wajah yang bengkak ditutup rapat,
Cap 7 line diambil dan disauk kekepala. Sebelum menerkap kacamata hitam yang besar menutupi kedua matanya.

Kedua rakan itu turun dari kereta dan menuju ke Cafe.
Mujur waktu tu cafe tak ramai dengan perlajar, mungkin dah habis kelas. Jadi perlajar mengambil peluang untuk keluar dan berehat di bilik.

Sepuluh minit menunnggu, Akilah menghampiri lantas menghenyakan punggungnya berhadapan Farina dan Eva.

“Korang nak apa jumpa Kilah? Kilah takde masa. Kilah nak study. Esok exam.”

Tegas sekali suara Akilah membuatkan Eva menarik nafas panjang sebelum bersuara.
“Kak Eva mintak maaf kalau kedatangan Kak Eva menganggu masa Kilah. Kak Eva Cuma nak mintak tolong dari Akilah”

“Tolong apa?!”

Farina yang duduk disebelah Eva, menjeling sedikit kearah Akilah. Kurang ajar!

“Akilah tahu kan abang Im ditangkap sebab membunuh Zizie?”

“Tahu.. elok lah tu. Sepatutnya dari dulu dia rasa pembalasan atas apa yang dah dibuat olehnya selama ini.”

“Akilah.. kita orang datang nak settle kan elok-elok. Bukan nak suruh Kilah menyumpah abang Im macam tu!”
Farina turut meninggikan suara! Geram dengan sikap Akilah yang berhati batu itu.

Eva menepuk peha Farina menyuruh wanita itu bersabar.
“Kilah.. abang Im tak salah.. Akak kesini untuk cari bukti supaya dapat membebaskan abang Im. Abang Im teraniaya Kilah.. akak ada kat tempat kejadian. Akak berani bersumpah, Abang Im tak bunuh Zizie.”

“So Akak datang sini nak tuduh Kilah pulak yang bunuh Zizie?”

“Maybe.. sebab Kilah je yang rapat dengan Zizie dari rumah anak yatim lagi. Kilah nak kitaorang bocorkan rahsia kat mahkamah yang Kilah tahu kisah Zizie sejak kecil?”

Laju mata Akilah menoleh kearah Farina? Hidung dah kembang kempis menahan marah.

Eva yang melihat aksi Akilah sekali lagi menepuk peha Farina untuk menyedarkan rakanya itu.
“Kita datang kat sini nak bincang elok-elok bukan nak gaduh.. Rina please..”

Farina menoleh sejenak kearah Eva, sebelum membalas jelingan Akilah.

Sekali lagi Eva menghela nafas panjang sebelum kembali memandang Akilah.
“Tak pernah terlintas di fikiran akak untuk tuduh Kilah membunuh Zizie. Walau Kilah marah kan akak dan Abang Im sebab kematian abang Kilah dulu tapi jauh disudut hati akak, Kilah tetap Kilah yang dulu. Kilah adik Danish yang manja dan baik. Kilah takkan mudah terpengaruh dengan benda yang jahat kerana Danish mendidik Kilah dengan baik walaupun sekejap.”

Mata Eva terus pandang wajah surup gadis berumur 20 tahun dihadapannya itu. Rasa kasihan makin menjengah.
“Akak terpaksa ceritakan apa yang berlaku pada Abang Im dan Zizie sepuluh tahun dulu. Dan mintak maaf, akak terpaksa menyebut nama Kilah untuk menguatkan cerita akak. Jika akak tak jumpa Kilah hari ni, Lawyer akan tetap cari Kilah untuk bertanya lanjut. Tapi percaya lah akak langsung tak tuduh Kilah buat perkara macam tu. Akak tahu Kilah dendam dengan Abang Im, dalam masa yang sama Kilah masih sayangkan Abang Im kan. Sebab dulu-dulu abang Im pernah layan Kilah seperti adik kandungnya sendiri.”

Eva menyentuh lengan kiri Akilah yang berada diatas meja.
“Kesiankan Kak Eva Kilah.. Kak Eva kandungkan anak Abang Im. Jika abang Im digantung, dia takkan sempat nak tengok anak dia sendiri Kilah.”

Akilah meneguk liur dengan payah.
Wajah Eva terus ditatap tajam, walhal hatinya ingin menangis.

Tiba-tiba Akilah mendirikan tubuh sebelum memandang keluar tingkap cafe sebentar.
“Kilah ada hal, Kilah nak balik bilik”

Eva turut bangun. Lengan Akilah cuba dirampas, namun pantas wanita itu menariknya kembali.
Dia dah mati akal, tak tahu bagaimana mahu memujuk Akilah lagi.

Selangkah kaki dibuka oleh Akilah, nanum tidak semena tubuh wanita itu hampir tersungkur di lantai.

Eva sempat menyambut bahu Akilah menyebabkan jarak muka mereka sangat rapat.

“Kak Eva Zizie masih hidup. Dia ada sekitar ni”

Hah?!
Bisikan Akilah jelas menampar telinga Eva kerana jarak mereka terlalu dekat.
Mata ingin menoleh kekiri dan kanan namun cepat dihalang oleh Akilah.

“Akak jangan toleh, dia nampak kita. Akak balik cepat. Zizie bahaya. Dia boleh lakukan apa sahaja.”

“Ta.. ta..tapi..”

Bukk!
Akilah menolak Eva hingga wanita itu terduduk sebelum dia bangun dan membuka langkah panjang meninggalkan Eva yang masih dilantai.

Farina terus mencangkung mendapatkan Eva. Amarahnya kian naik.
“Kurang ajar punya budak!”

Tangannya perlahan cuba membangunkan Eva. Dan Setelah wanita itu bangun, Farina menyinsing lengan bajunya keatas.
“Kau tunggu sini Eva! Biar aku kerjakan budak tak guna tu!!”

Sebelum ni Farina hanya dengar cerita dari Daim tentang Akilah yang keras kepala taknak memaafkan lelaki itu.
Namun hari ni dia sendiri nampak. Akilah bukan sahaja keras kepala tapi kurang ajar!

Eva merampas lengan Farina mematikan langkah rakanya.
“Rina.. Kilah tak salah.. dia tolak aku bersebab.”

Farina menoleh pantas memandang rakanyanya. Kening hitamnya bercantum erat.

“Kilah bagitahu aku yang Zizie masih hidup dan dia ada kat sini tengah perhatikan kita.”

Hah?!
Mata dan mulut Farina membulat. Tubuhnya kaku.

“Aku rasa baik kita pergi dari sini.”
Tangan Eva merampas lengan farina sebelum menyeret laju wanita itu ke kereta.
Eva takut...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience