BAB 5

Humor Series 32768

“Tapi, itu dulu. Masa anak orang kaya baru menjadi menantu orang susah. Ya tak, mak?,”

Ibu mertuaku tersenyum. Aku tersenyum malu.

“Sekarang mama Kak Long ni, dah jadi menantu kesayangan opah. Maklumlah semuab enda dia dah expert,”

“Abang ni, mengarutlah,”aku bersuara sambil mencubit lengan suamiku.

“Dulu pun, mak sayang. Bukan tak sayang,”ibu mertuanya menyampuk dari ruang tamu. Aku tersenyum sambil mengangkat kening, membuat suamiku mencebik.

“Cepat datang sini semua. Mak ada sesuatu untuk kamu semua,”

“Apa dia mak?,”adik iparku sudah berlari ke ruang tamu. Seiring dengan anakku. Adunan kuih aku tinggalkan seketika sambil bergerak ke ruang tamu bersama suamiku.

“Mak ada hadiah untuk kamu semua,”

“Hadiah? Hadiah apa pula?,”

“Yalah. Takkan anak-anak mak saja yang nak kena bagi mak hadiah kan? Mak pun ada juga,”

Aku tersenyum sambil melihat ibu mertuaku mengeluarkan beberapa bungkusan dari dalam almari.

“Hadiah untuk raya nanti,”sambungnya lagi.

Aku memandang wajah tua itu. senang menatap wajah itu. Tahun ini, merupakan Aidilfitri kelapan aku sambut di rumah ini. Bermakna sudah lapan tahun juga aku menjadi menantu di rumah ini. Daripada tidak tahu apa-apa, aku berbangga. Aku berbangga kerana hari ini, aku sudah menjadi seorang suri rumah tangga yang serba boleh. Semuanya kerana ibu mertuaku yang tersayang ini.

“Ini untuk kamu Iesha,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience