BAB 1

Romance Completed 164599

“Come on,guys! Don’t give up!”

Dia bertepuk memberi semangat pada ahli kumpulannya. Matanya kembali terarah skrin besar yang terpapar di atas yang menujukkan jurang skor yang agak besar di situ. Servis bertukar untuk kesekian kalinya tatkala pasukannya memberikan mata kepada pihak lawan. Blocking pihak lawan terlalu sukar untuk dilepasi kerana kekuatan dan ketinggian yang mereka miliki.

Keluhan berat rakan disebelah kanan buat kepala Mya laju berpaling.

“Jangan mengeluh. You know I hate it”

“Kita dah ketinggalan 7 mata dan dia orang lagi 3 mata nak match point. Kita tak mampu nak kejar.”Suara disebelah kirinya juga buat dia menggeleng laju. Mata kembali kea rah pihak lawan yang mahu memulakan servis.

“Selagi dia orang belum sampai ke mata akhir, jangan give up. Never!!”Teriaknya sekali lagi cuba memberi semangat kepada rakan sepasukan yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk menyerah apatah lagi mereka awalnya sudah mendahului dua set namun pihak lawan menunjukkan kebangkitan yang menakjubkan pada set ketiga.

Lebih – lebih lagi bila membawa masuk spiker dan blocker yang terkenal dengan kemahiran yang tinggi. Malah, juga merupakan musuhnya. Dian.

“Musim ni milik Pink Panther, babe. You should just give up”

Bibir Mya mengherot senyuman sinis. Galak matanya bersabung dengan musuhnya yang terpisah di sebalik jaring.

“Keep dreaming then. Anyway, I;m not your babe. I’ am…your…enemy.”

Preett!

Mya focus. Sempat dia memberikan isyarat mata Alia disebelahnya dan juga kepada ahli pasukan yang lain. Now or never!

Servis baling atas yang diberi oleh Pink Panther cukup padu seperti sebelum ini yang Berjaya membuatkan mereka memiliki mata namun Mya sudah menganalisa sedari mereka ketinggalan tadi dimana pukulan itu akan berakhir.

Kali ini Syafa sudah bersedia. Tangkas dia menyangga dengan kedua belah tangan. Bola kemudian sempat diapungkan oleh Ayu kepada Alia yang sudah melonjakkan badannya untuk melakukan rejaman dimana kedua blocker pihak lawan sudah bersedia untuk melakukan hadangan.

Namun tiada siapa dapat menyangka bila Alia tidak melakuka rejaman sebaliknya Mya dari arah belakang mara, melompat tinggi dan terus melakukan rejaman yang cukup padu kea rah gelanggang yang kosong. Mata berpihak kepada Queen Warrior.

“Good job,guys. Come on!”


Perubahan taktik yang digunakan berjaya membuatkan Queen Warrior menyamakan kedudukan kepada 22-22. Pink Panther pula seolah-olah hilang punca dengan kebangkitan yang ditunjukkan oleh Queen Warrior.

“Kau Nampak penat. Tak nak tukar? Mungkin ada player yang lebih bagus dari kau!”Mya menyindir sambil kenyit mata. Galak dia ketawa saat melihat wajah Dian berubah merah.

“Mya,stop it.”Alia menyinggul bahu rakannya itu.

Permainan diteruskan kerana dalam keadaan genting seperti ini, kedua pasukan akan cuba melakukan sebarang provokasi untuk menjentik mental masing-masing.

Wisel dibunyikan saat Queen Warrior mendahului dengan 24 mata. Hanya satu mata saja lagi mereka mahu menjuarai liga bola tampar peringkat universiti. Syafa memegang tangan kirinya yang kelihatan merah. Dahinya berkerut menahan kesakitan yang bukan sedikit. Mya dan rakan pasukan yang sedang bersorak sambil berpelukan terus menghampiri Syafa yang sedang membongkok sambil memegang tangannya.

“Tangan aku…”

“Coach Wan dah bagi isyarat suruh tukar. Illy akan subs…”

“Hold on. We can’t lose you,Syafa in this game.”

“No 8,out!”Coach Wan sudah menjerit memberi arahan.

“Dia kena keluar Mya. Kau tak nampak tangan dia dah bengkak tu? Retak atau patah kita mana tahu!”

“Kita dah nak menang,okay. Takkan korang tak nampak? Kau sendiri tahu last time Illy subs, apa yang jadi pada game kita??!”getus Mya masih berdegil.

Mereka yang lain sudah kusut. Apatah lagi dnegan jeritan Coach Wan dan juga pengadil yang sudah menujukkn isyarat jam tangan.
Syafa diam. Dia sendiri keliru dengan keputusan yang dmahukan oleh jurulatih dan juga kaptennya.

Satu suara menyampuk sambil menarik tubuh Syafa. “Dah Syafa kau subs dengan Illy. Lagipun ini arahan daripada Coach Wan sendiri, so just follow”

Mya menahan. “Dia keluar, kita akan kalah.”

“Ni arahan Coach…bukan kau!”

“Aku kapten…Coach akan dengar cakap aku…”

Mya menjeling sedas sebelum berlari kea rah Coach Wan yang sudah bercekak pinggang. Mereka yang lain sudah mendengus kerana masa dihentikan namun mujur juga kerana ada kecederaan yang dialami mmbuatkan masa ditambah. Ahli pasukan Queen Warrior sudah mengeluh dan juga kerisauan bila Syafa diberikan rawatan sebaik saja Mya ‘bertekak’ dengan Coach Wan dan sama seperti sebelum ini…Coach Wan pasti akan kalah!

“Kalau apa-apa jadi….”

“Thanks to me later”Terus Mya menyampuk dan bergerak ke posisi. Malas dia mahu bertekak dengan manusia yang sering melanggar arahannya.

Mya sempat memberikan isyarat mata ke arah Syafa yang sudah berbalut ibu jarinya. Dia mengangguk faham.

Servis dimulakan. Pukulan atas kepala yang padu daripada pemain Queen Warrior mampu dicapai oleh Pink Panther. Libero mereka agak tangkas menyangga dan diumpan sebelum Dian melompat tinggi. Kesemua ahli Queen Warrior fikir Dian mahu melakukan spike namun Dian Cuma melakukan drop ball kea rah bahagian yang kosong.

Namun Syafa berlari dan melemparkan badan sambil menyangga dengan tangan kanannya. Situasi kelam kabut sebelum Alia dapat menyangga bola kea rah Mya yang sudah bersedia untuk melompat dan melakukan rejaman yang cukup padu dan laju kea rah Kawasan yang kosong dan….

“Queen Warrior….match point!!!”

Para penyokong dan ahli pasukan Queen Warrior saling bersorak dan berpelukan. Mya sempat menggoyangkan pinggul dan memberikan flying kiss ke arah Dian sebelum kembali menyertai rakannya.


“Tahniah, Joe!”

“Gedik!”

Hampir tersedak ketiga-tiga pemuda tersebut. Botol air mineral yang dihulur langsung tidak bersambut. Pingat emas yang tergantung dileher itu turut ditanggalkan. Tak seperti wajah berseri yang lain saat digelarkan sebagai juara.

“Kau ni orang lain dapat emas tunjuk muka gembira tu. Tu haa macam teammate kau tu. Semua gigit pingat sampai gigi nak tercabut. Yang kau ni tayang muka macam lembu
tercabut ekor kenapa?”

“Eddy…”Tengku Iskandar menepuk bahu Eddy yang suka benar menyimbah asid ke dalam api yang sedang marak.

“Aku bukan lembu okay!”

“Bukan lembu..maksud aku ‘COW’”Sambung Eddy sambil ketawa mengekek. Sempat dia berhigh five dengan Faizal yang turut tumpang sekaki.

Iskandar menggeleng “Jom celebrate…nak? Lagipun aku ajak budak-budak aku sekali ni, buat bbq. Pertama kali kampus kita jadi juara keseluruhan edisi kali ni.”

“Okay jugak. Joe, macam mana? Lagipun kau bawak lah sekali team bola tampar kau. Nak jugak aku kenal”

Joe mengerling dengan usikan nakal Eddy. Eddy memang begitu. Terkenal denga sikapnya yang suka mengayat sana sini. Entah dah berapa banyak perempuan kena tipu pun dia dah tak sanggup nak catat rekod.

“Lah…jangan cakap dengan aku,kau cemburu? Come on lah, kau kan tak ada perasaan! Lagipun…adoi! Sakitlah gila!”Berkerut dahinya mengusap lengannya yang terdedah kerana dia cuma memakai sleeves sahaja.

“Serves you right. Dah aku nak pergi dengar ucapan penghargaan kaptenku yang gedik tu. Pergi dulu!”

Lama Eddy memandang langkah malas Joe yang menyertai ahli pasukannya.

“Kapten gedik? Sejak bila Joe benci gila dengan kapten dia? Aku tak tahu pun?”

Tengku Iskandar dan Faizal menggeleng. “Tu lah kau. Hal kawan baik sendiri tak nak ambil tahu. Sibuk sangat flirting sana sini!”

“It’s for fun, bro. Tak serius,okay. Bagitahu aku lah A to Z. Apa yang kapten gedik tu dah buat dekat Joe sampai dia berangin macam tu sekali? Lagipun korang sendiri tahukan aku tak sempat tengok game dia tadi.”

Dan Faizal serta Tengku Iskandar menjadi penyampai berita tak bergaji memberi laporan terperinci kepada Eddy. Tak ada satu pun yang tinggal. Eddy yang mendengar sudah panas telinga.

“So, kapten sebelum tu..step down sebab dimalukan oleh kapten gedik yang sekarang ni? Bukan sepatutnya Joe ke yang ganti? Lagipun dia dah lama kot main untuk Queen Warrior sampai Coach Wan sendiri berkenan dekat dia. I mean, dari cara Joe main lah. Kalau bab lain, tak mungkin…”Sempat Eddy mengutuk kawan baiknya dari kecil itu,Faizal gelak sakan. Cuma Iskandar sahaja yang menggeleng sebelum matanya kembali terpaku kea rah sesuatu.
“Kau tengok siapa, Is?”
“Kapten baru kita…”
Dan serentak itu Eddy menoleh ke belakang

nya. Terus senyumannya hilang. Terpaku dan….terpukau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience