Rate

Bab 1

Romance Series 2859

"Mama!!!!" Jeritan nyaring dari katil no 8. Sekujur tubuh kecil terpaksa diikat kerana dia sering merancau dan bertindak agresif. Begitulah setiap malam, setiap kali matanya terlelap lenanya diganggu mimpi ngeri.

********

Kini 15 tahun berlalu. Melati telah meninggalkan Rumah Sinar Harapan yang menjadi tempat tinggalnya selama ini. Dia perlu pergi supaya tidak membebankan ayah dan ibu. Adik-adik semakin bertambah. Dana pula makin berkurangan. Kalau dia pergi sekurang-kurangnya kos untuknya boleh diagihkan untuk adik-adik yang lain. Ayah dan Ibu cuba menghalang tetapi Melati nekad dengan keputusannya.

"Arrrrghh... Kenapa langsung tak ada kerja untuk aku. Asyik nak yang ada pengalaman aje. Kalau macam ni sampai bila-bila aku tak dapat pengalaman". Bebel Melati

Tanpa Melati sedari bebelannya semasa minum dekat kedai mamak tadi diperhatikan. "Errr.. Maaf ya nak. Anak ni tengah cari kerja ke?. Masa minum dekat kedai mamak tadi makcik terdengar anak marah-marah tak ada yang nak ambil anak bekerja".

Melati agak terkejut dengan teguran wanita separuh abad yang tiba-tiba muncul di hadapannya. Laju kepalanya mengangguk. "Ya makcik, saya memang tengah mencari kerja". Tutur Melati.

"Anak pergi ke alamat ni. Banyak jawatan kosong ditawarkan. Dari cleaner sampai la executive nak".
Sambil makcik itu menghulurkan sekeping kertas kepada Melati.

"Sesi temuduga berakhir hari ni sebelum pukul 4 petang. Baik anak gerak sekarang". Pesan makcik itu sebelum laju memanjat tangga bas. Melati tak sempat hendak berterima kasih.

"Macam mana aku nak ke sana ni?. Sekarang ni dah pukul 2.30". Bebel Melati sendiri sebelum membuat keputusan untuk bertanya seorang lelaki berpakaian kemas.

"Assalamualaikum awak. Boleh tanya sikit?. Macam mana nak ke alamat ni?". Tanya Melati sambil menunjukkan kertas yang diberi makcik tadi.

Lelaki itu mengangkat muka memandang Melati dan kemudian mengambil kertas di tangan Melati. "Oh.. Sini. I pun nak pergi interview jugak. Boleh pergi sama-sama. Kita kongsi naik teksi. Boleh?. Ramah lelaki itu.

"Bagus la macam tu. Saya memang tak biasa dengan tempat ni. Saya Melati. Awak?". Melati tersenyum manis.

"Just call me fifi ye?"

Berkerut dahi melati mendengarnya. Kemudiannya hanya mengangguk perlahan.

"Melati!!! Cepat la. Ada teksi tu". Panggil Fifi apa bila melihat Melati termenung jauh.

Teksi bergerak laju membelah kesesakan lalu lintas. "Pakcik hantar kami ke alamat ni ya". Kertas itu berpindah tangan kepada pemandu teksi pula.

"You asal mana Melati?". Soal Fifi memecahkan kesunyian apabila melihat Melati sedikit kekok dan kaku.

"Saya dari Rumah Sinar Harapan". Jawab Melati ringkas. Dia segan nak beramah mesra dengan Fifi.

"You minta jawatan apa Melati?. I mohon jawatan senior executive, kalau dapat junior pun ok jugak". Fifi cuba berlawak lagi.

"Saya tak tahu fifi. Sebab saya ada spm sahaja. Cleaner pun tak apa. Janji kerja halal". Jawab Melati ringkas.

"You ni cantik la. Boleh jadi jadi model muslimah". Lantas pipi Melati diusap lembut.

Melati yang terkejut segera melarikan wajahnya. Merenung tajam ke arah Fifi.

"Wow!!!.. Garangnya. Jangan ambil hati la dengan I. You bukan taste I pun". Fifi senyum melirik sambil mengeluarkan lip gloss. Disapu ke mulutnya. Melati melihat pelik.

"Melati! Pandang sini. I make up sikit muka you ni. Baru nampak berseri-seri you yang natural beauty ni".

Pada mulanya Melati hendak menghalang, namun merelakan jua.

?????

Melati gugup dan gemetar melihat suasana sekelilingnya. Semua berpakaian cantik-cantik dan seksi. Dia hanya berbaju kurung dari kain cotton berbunga kuning kecil-kecil. Itupun bukannya dibeli sendiri. Hanya sedekah yang diterimanya sempena Aidilfitri. Dah dua tahun pun. Namun Melati tidak sedikit malu untuk memakainya malah dia bangga.

"Melati Abdullah. Awak boleh ikut saya". Panggil seorang wanita tinggi lampai memakai baju kurung dan bertudung sepertinya.

Cepat-cepat Melati bangun dan terus mengekori wanita itu. Tiga calon temuduga yang duduk dihadapannya memandang sinis. Melati sedikit keliru kerana dia baru sahaja sampai tetapi dia yang dipanggil lebih awal.

"Kenapa tak isi bahagian jawatan yang dipohon". Soal pemilik suara yang membelakanginya.

"Errr... Saya tak tahu". Jawab melati perlahan. Dia betul-betul gemetar sekarang ni.

"Tak tahu nak kerja macam mana". Tegas pemilik suara itu lagi. Melati hanya memandang lantai.

"Duduk!!!". Tinggi sedikit suara Ammar menyebabkan Melati melepaskan fail yang ada di tangannya. Namun dia bertindak pantas. Fail dicapai dan terus menarik kerusi untuk duduk.

Ammar tersenyum sumbing melihat Melati kelam kabut. Dia sebenarnya tidak tahu apa tujuannya dia memilih gadis di depannya. Padahal syarikat dia perlukan seorang setiausaha. Melati langsung tidak layak dengan kelulusannya setakat spm sahaja.

"Well... Apa kerja yang boleh aku bagi dekat kau ya?". Sambil mengurut perlahan dagunya. "Kau pandai masak dan mengemas rumah?" Soal Ammar.

"Boleh En. Ammar". Jawab Melati perlahan. Keliru dengan pertanyaan itu. Ofis ni memerlukan tukang masak ke? Melati bersoal jawab di dalam hatinya.

"Ok. Awak diterima bekerja. Gaji permulaan RM1200. Makan dan tempat tinggal disediakan". Awak setuju tak? Terang Ammar lagi.

Melati berfikir seketika. Kemudiannya dia terus menerima kerana tawaran itu sangat diperlukan. Gaji, makan dan tempat tinggal.

"Ok. Awak tunggu kat luar. Aku nak sambung interview yang lain". Arah Ammar lagi.

"Baiklah En. Ammar. Terima kasih. Melati terus berlalu keluar.

"Macam mana?. Dapat tak?". Soal Fifi. Tidak sabar. Melati hanya mengangguk sambil tersenyum.

Fifi menempuk tangannya lembut. Nak memeluk Melati tetapi segera dihalang empunya badan.

"Hafizi Hamid ikut saya. Yang lain boleh balik kecuali Melati Abdullah. Temuduga tamat di sini. Fifi memberi isyarat tangan supaya Melati menunggunya.

Setelah bosan menunggu Melati mengambil majalah di meja. Dibeleknya sepintas lalu. Apa kerja aku sebenarnya ni?. Melati berfikir sejenak.

"Ok Melati. Jom kita balik. Aku nak tunjuk tempat kerja kau". Ajak Ammar.

"Baiklah. Bagi masa saya jumpa kawan saya tu kejap ya En. Ammar". Pinta Melati

"Cepat sikit. Aku tak ada masa nak tunggu kau". Ammar sedikit tegang. Jelas kelihatan di wajahnya.

Melati hanya mengangguk dan terus ke arah Fifi yang menunggunya sedari tadi. "Weh!. Kenapa you kena ikut bos pulak". Soal Fifi yang keliru. Melati hanya mengangkat kedua bahunya tanda dia jugak tidak tahu.

"Melati!!! Now!!!". Jerit Ammar.

"En. Ammar dah panggil. Aku gerak dulu ya". Mohon Melati. Segera ingin berlalu.

"Jap!! Bagi nombor telefon kau". Minta fifi lagi.
"Saya tak ada telefon". Jawab Melati jujur.

"Nah ambil no I ya. Ada apa nanti terus call I tau". Ujar Fifi lagi.

Melati mengambil kad yang dihulurkan oleh Fifi. Diselitkan dalam fail yang dipegangnya.

Fifi hanya memandang Melati berlalu pergi. Kotak fikirannya tidak dapat menangkap tujuan Melati di bawa pulang oleh En. Ammar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience