PROLOG

Romance Series 8819

Prolog

BIBIR dikemam. Terasa maruahnya benar-benar jatuh kerana merayu pada orang yang tak sudi. Mudah air matanya jatuh tatkala sedar bahawa dia bakal kehilangan Jawdan Raffiq.
Sejak lelaki itu menjadi suaminya, dia tahu dirinya bukan teristimewa buat Jawdan. Malah dia bersetuju dengan perkahwinan ini kerana cinta yang bertepuk sebelah tangan.
Jawdan tak tahu dengan rancangannya. Dan kini mimpi ngeri yang selama ini ditakuti akhirnya terjadi. Jawdan sudah bencikan dia.
Dan walaupun dia menjual nama anak yang dikandungkan olehnya, pasti Jawdan sama sekali tidak peduli.
Jawdan...
Hatinya merintih dalam diam. Dia penat. Dia penat hidup dalam kebimbangan.
Mungkin lelaki itu menyangka dia obsesi, namun perasaan yang dia ada, ikhlas dari hati.
Perut yang masih kempis disapu berkali-kali.
“Baby, patut ke mama pergi? Patut ke mama mengalah?” Suaranya bernada sendu.
Tiba-tiba pintu dikuak dari dalam. Dia mematungkan diri. Air mata yang masih mengalir tidak diseka. Lelaki itu masuk dengan memandang sekilas ke arahnya.
“You belum pergi lagi?”
Entah kenapa, hatinya remuk mendengar soalan Jawdan. Seolah-olah lelaki itu menantikan kepergiannya dari rumah ini.
“I betul-betul tak ada peluang lagi ke Jo?” soalnya memberanikan diri.
Jawdan melangkah tenang ke arah almari. Dia membuka pintu almari itu. Tangannya mencapai sehelai tuala bersih.
Tidak lama, dia berpaling menghadap wanita itu.
“I need a reason... why should I keep you here?”
Sinis.

Tanpa hati.
Tanpa perasaan.
Yang terbias dari seraut wajah maskulin itu, cuma dendam dan kebencian.
Sekali gus meranapkan sedikit kekuatan yang masih berbaki dalam diri Misya Khalida.

Follow ig @rinsyachasiani

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience