Chapter 8: Never Give Up!

Action Completed 789

"Arggh"

"Kenapa ni,Light?"
"Sudah tak larat?Ayuhlah,kita sudah lama tidak bertarung pedang"
"Lagipun awak pernah sepasukan dengan Sol kan.Pasti dia ajar awak pergerakan yang sangat hebat"

"Hah,hah"
"Ya betul tu.Dia ajar saya benda yang sangat hebat"
"Benda itu ialah rendah diri dan sifat suka membantu orang"

Kemudian,abang Light ditendang oleh Tuan Taiyou.Senior Anima pula masih tidak menyedarkan diri.

"Itu sahaja yang dia ajar awak?Patutlah lemah"

"Ambil ni!" Abang Light bangun dengan pantas dan melibaskan pedang ke arah Tuan Taiyou.Dengan jarak satu sentimeter sahaja lagi untuk pedang itu terkena pada Tuan Taiyou namun,dia masih boleh mengelak.Memang tidak peliklah kenapa dia dipilih menjadi ketua SOLUTION.

"Ada kata-kata terakhir,Light?" Tuan Taiyou mencekik tengkuk abang Light dengan sangat kuat.

"Erghh,hehe"

"Hmm,kenapa awak ketaw-arggghhh"

"Hahaha,dah tahu kan kenapa"
"Awak ni memang lambat,Shirou"

Tangan yang mencekik abang Light itu telah dipotong tanpa rasa gentar dengan sekelip mata sahaja.Ketika itu,saya tiba di tempat persembunyian Tuan Taiyou tepat pada masa.

"TAK GUNA AWAK,SHIROU!!!"
"Macam mana awak boleh jumpa jalan ke sini"

"Hehe,abang Light sempat menghantar lokasinya melalui jam tangan elektroniknya"
"Dan saya bernasib baik kerana berjumpa dengan lelaki ini.Dia telah menunjukkan jalan pintas untuk sampai ke sini"

"Awak!!!Berani awak lepaskan diri!!"

"Apa salahnya saya lepaskan diri"
"Saya memang tidak mahu menolong awak lagi"
"Awak tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa ke atas semua roh Magis di sini" ayah Kitai telah menggunakan roh Magis dan mengarahkan mengelilingi tuan Taiyou.

"Heh,Hahahahahahaha"
"Awak ingat saya ni bodoh ke?"
"Saya selangkah lebih maju dari awak"

Tangan tuan Taiyou yang dipotong itu tumbuh semula.Kemudian,roh-roh Magis itu beralih dan mengelilingi kami pula.Nampaknya,tuan Taiyou telah menguasai mereka semua.Kuasanya lebih kuat dari ayah Kitai.

"Serang mereka!!!"

Roh-roh Magis itu menyerang saya,abang Light dan ayah Kitai.Kami berusaha menghapuskan satu persatu.Namun,seperti awak tadi,mereka tidak berhenti kembali ke bentuk asal dan lansung tidak kekurangan tenaga.Ah,kalaulah kami ni lebih ramai!

"BANGUNLAH,ANIMA!!!!!"
"Berapa lama lagi awak nak baring di situ"

Saya dapat melihat pergerakan tetapi dia masih lagi tidak bergerak.Ah, nampaknya saya perlu beri lebih lagi tolakan pada dia!

"Graggghh"
"Anima jika awak tidak bangun,saya akan ceritakan semua rahsia awak pada mereka"
"Jadi bangunlah,Anima!!"

Masih tidak berjaya?Lupakan sahajalah.

Swishhh

"Arggghhh" ketika saya memanggil senior Anima,satu roh magis telah menyerang saya.Kemudian,satu lagi menyerang saya.Dan satu lagi dan satu lagi.Mereka tidak berhenti manakala saya tidak sempat untuk menahan serangan mereka.Ah,mungkinkah saya tidak dapat selamatkan adik saya?

Swooshh

Eh,tiba-tiba sahaja roh Magis di hadapan saya hilang.Ketika baru saya sedar.Dia sudah kembali.Anima akhirnya kembali. "Awak ni memang banyak cakap betul,ShiShi"

"Awak ni pula terlampau senyap"
"Saya ingatkan awak sudah mati"

"Heh,mana mungkin saya mati di sini"

Kami berempat bertarung bersama dan menghapuskan sebanyak mungkin roh magis yang boleh.Namun,seperti biasa mereka masih tidak henti muncul semula.Tuan Taiyou pula ketawa melihat kami yang telah diserang tanpa henti.

"ShiShi,Light,awak berdua tiada apa-apa rancangankah?"

"Maaflah,Anima tapi sejak saya berada di sini,saya tiada masa nak fikirkan apa-apa rancangan lain" jawab abang Light dengan nada yang kecewa.

"Hehe,awak berdua tunggu sahaja" jawab saya.

"Eh, apa yang maksudkan,Shirou?" tanya abang Light.

"Tunggu sahaja"
"Saya rasa kita cuma perlu bertahan lima minit lagi"

"Baiklah,kalau awak cakap macam tu,ShiShi"

Kami menggunakan segala tenaga yang kami ada dan menunggu kejutan yang saya sediakan.

1 minit. Swoosshhh

2 minit. Baaanggg

3 minit. Swishhh

4 minit. Graggghhh

Sedikit sahaja lagi.

5 minit.

"ShiShi,sudah lima minit"
"Tiada apa-apa yang berlaku pun"

"Tunggulah"
"Lima minit tu bukannya lima minit tepat"

"Hah,teruskan berbual kamu semua"
"Habiskan masa terakhir kamu bersama dan berbual"
"Sekarang,habiskan mereka"

"Soul Sealer"

Tiba-tiba,semua roh magis itu tidak bergerak.Mereka seperti robot yang dimatikan atau peralatan elektronik yang kehabisan bateri dan pelakunya semestinya bukan saya!Orangnya ialah .....

"Shiden,apa yang awak buat di sini"

"Buat apa lagi,melawat kawan lama sayalah"

Orang itu ialah encik Shiden.Dia merupakan bekas ahli SOLUTION,ejen keempat dan juga antara seorang orang yang menubuhkan organisasi ini bersama tuan Taiyou dan abang Anima,Sol.Dia telah bersara beberapa tahun lepas apabila Generasi ke-3 ditubuhkan.Saya diminta ayah Kitai untuk meminta bantuan dari encik Shiden kerana dia satu-satunya ahli SOLUTION yang paling boleh dipercayai tanpa ragu-ragu.Sebabnya saya tak tahu kenapa.Tetapi yang pasti kami sudah selamat di sini

"Haha,Shiden,awak ni sudah bersara pun masih boleh tahan kuat juga,ya"

"Awak pun apa kurangnya,Tai" encik Shiden membalas kata-kata tuan Taiyou dengan senyuman yang cukup ikhlas.

"Jadi apa yang awak buat ni,Tai"
"Masih belum habis dengan hasrat awak untuk menguasai dunia tu" encik Shiden bercakap seperti menyindir tuan Taiyou.

"Heh,lebih bagus dari kaki perempuan yang hanya mahukan wanita macam awak ni"

"Ah,malulah saya awak cakap macam tu"
"....."

"...."

Mereka berdua terdiam sementara.Baru sekejap tadi mereka berbual seperti tiada apa-apa yang berlaku.Tiba-tiba!!

Kling

Duuushh

Crackk

Mereka bertarung dengan sangat pantas.Buat pertama kali,kami dapat melihat kebolehan penuh tuan Taiyou.Bukan sahaja saya,senior Anima juga terkejut melihatnya tetapi nampaknya abang Light sudah pernah melihat perlawanan seperti ini.Lagipun dia dari generasi yang sama dengan mereka berdua.

"Kenapa,Tai"
"Kita cipta SOLUTION untuk menolong orang ramai tapi kenapa awak perlu terpesong"

"Haha,awak semua sahaja fikir macam tu"
"Dari dulu lagi saya sudah merancang ini semua cuma saya tunggu masa yang terbaik sahaja tetapi budak-budak tak guna ni pula menyibuk"

"Memanglah mereka menyibuk, perbuatan awak ni salah"
"Hentikannya sekarang,Tai!"

"DIAMLAH!"

Semakin hangat perlawanan ini,mereka tidak henti berbalas serangan.Jika tuan Taiyou mendapat peluang menyerang,encik Shiden pun dapat.Mereka seperti dapat membaca pergerakan musuh dengan sekelip mata.

"Bangunlah,semua roh magisku"
"Serang lelaki tak guna ini"

"Argh,Sword Enhancement:Stage 5" encik Shiden melakukan sesuatu seperti magis pada pedangnya.

"Wow,Anima awak nampak tak tu" kata saya sambil menarik bahu senior Anima.

"Saya nampaklah,janganlah kacau"

Mereka bertarung seperti tidak tahu erti lelah.

"Kembalilah pada jalan yang asal,Tai"
"Ramai yang masih menerima awak"

"A-ah, be-betulkah" tuan Taiyou terhenti sebentar.Dengan perlahan dia mendekati encik Shiden.

"Ya,betul tu"
"Jadi kembalilah"
"Saya tidak mahu membunuh awak"

"Kalau macam tu"

Stabb

"Awak ni mudah sangatlah,Shiden"
"Inilah pengakhiran awak"

"Ye,betul tu"
"Pengakhiran kita berdua"

Booom Booshh

Dinding mula bergegar dan bunyi ketukan kedengaran.

"Kamu semua lari dari sini"
"Saya sudah letupkan tempat ini"

"Tapi abang Shiden macam mana"

"Haha,saya ada hal lain yang perlu diuruskan dulu"

"Tapi"

"Jangan risau,kali ini ia tidak akan sama seperti Sol jadi tidak perlu risau,Anima"
"Kamu ada rakan-rakan disekeliling kamu sekarang"
"Hargailah mereka dan saya yakin kehidupan kamu akan kembali dipenuhi warna"

"Anima,ayuh kita perlu sekarang" saya menarik tangan senior Anima dan keluar mengikuti jalan yang dilalui oleh abang Light sebelum ini.Ketika berlari,senior Anima kerap kali berpusing dan melihat ke belakang.Dia pasti risau akan encik Shiden tapi kami tiada pilihan lain sekarang.

Crack crash

"Tidak mengapakah awak di sini,Shiden"

"Haha,dah nak mati pun masih ada tenaga nak bercakap"

"Hehe,awak ingatkan saya tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku"
"Saya telah sediakan jalan keluar kecemasan untuk masa macam ini"

Bang

Tepat di kepala,encik Shiden menembak tuan Taiyou.

"Saya ingatkan jika saya berada di sini,awak akan berfikir untuk berubah sedikit tetapi nampaknya ia tidaklah senang begitu"
"Hah,saya tidak mahu mati di sini"
"Baik saya tengok cara untuk keluar"

Kami berempat berlari dengan sangat cepat dan berdepan dengan ahli SOLUTION yang lain.Awalnya,kami ingatkan mereka mahu menyerang kami tetapi mereka ialah ahli yang disediakan oleh encik Shiden.Berdasarkan maklumat dari salah seorang dari mereka,encik Shiden mengarahkan mereka untuk membawa penduduk berdekatan untuk melarikan diri ke tempat perlindungan.Akhirnya,letupan itu berakhir dan tempat persembunyian itu telah hancur.

Penduduk yang terkorban: 0
Ahli SOLUTION yang terkorban: 1 (nama mangsa: Taiyou)

Encik Shiden berjaya mencari jalan keluar dan selamatkan dirinya.Selepas itu,saya menerima panggilan dari ayah saya dan dia mengatakan bahawa yang adik saya sudah sedarkan diri.Saya cuba menahan air mata gembira saya dan dengan itu,hari biasa kami pun akhirnya kembali.

Itulah pengembaraan hidup dan mati yang saya tidak akan pernah lupakan hingga bila-bila.Saya sangat bersyukur untuk menjadi ahli SOLUTION!

Dengan ini, berakhirlah kisah Death Wish.Terima kasih bagi mereka yang sanggup membaca cerita syok sendiri ini.Segala yang berlaku dalam cerita ini cumalah sekadar fiksyen yang direka dalam kepala saya.Bagi yang kekal membaca dari awal hingga sekarang,saya memang tersangatlah berterima kasih.Saya sedar dan mungkin tidak sedar tentang kesalahan tatabahasa dalam novel ini tapi itulah manusia.Saya cumalah newbie dalam dunia penulisan novel ini dan saya cuma menulis novel untuk masa lapang sahaja.Selain itu,saya juga masih belum terbiasa dengan cara penulisan novel yang boleh menarik minat orang ramai.Oleh itu,saya berharap para pembaca tidaklah terlampau fokus pada tatabahasa.Lagipun,kalau saya tunjuk novel dekat cikgu BM sekolah pasti dah kena tulis balik ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience