36

Romance Completed 132660

Azizah menanggalkan tudung sarung yang dipakai Hana, lalu diganti dengan skaf kepala yang lebih selesa. Ada senyum kecil yang terbit di bibirnya apabila mengenangkan Hana bersungguh memakai tudung sekiranya Ammar datang menjenguk.

Selimut ditarik menutupi tubuh Hana yang sudah mengerekot ketiduran. Halim sudah bersiap ingin pulang ke rumah sebelum ke mari lagi besok.

"Dia takda cakap pasal laki dia ke hari ni?" tanya Halim.

"Takde pulak bang. Dari semalam lagi dah. Agaknya dia takut awak marah dia lagi.."

Halim melepas keluhan kecil. Serba salah pula dia meninggikan suara terhadap gadis itu tempoh hari.

"Saya kesian tengok dia bang..." Azizah mencuba nasib.

"Dia nak sangat jumpa budak tu... saya takut nanti tak sempat..." Azizah tidak mampu menyambung kata-kata.

Halim mengerti apa yang hendak disampaikan. Semalam juga Amirah ada memujuk dia supaya membenarkan Hazim melawat Hana.

"Benda dah jadi, kita dah tak boleh putar balik masa. Redha dia terletak pada suami dia, bang." Azizah mengelus bahu suaminya perlahan, tahu Halim mudah lembut hati sekiranya dipujuk.

"Saya tahu..."

"Saya faham, abang perlukan masa lagi. Tapi abang cuba la maafkan dia ya? Demi Hana bang, demi anak kita.. "

"Inshaallah.." Halim jawab sepatah.

"Saya balik dulu. Assalamualaikum."

"Hati-hati bang, waalaikumusalam." Azizah menghantar kepergian suaminya di muka pintu.

Besar harapannya agar Halim dapat memaafkan menantunya. Hazim bersungguh-sungguh merayu kepadanya siang tadi. Hatinya tidak sanggup melihat Hana dan Hazim dipisahkan.

.
.

Azizah duduk di kerusi bahagian pelawat sambil menunggu seseorang. Setelah mendapat keizinan Halim, hatinya tidak sabar-sabar untuk memberitahu berita gembira itu kepada Hazim.

Dari jauh kelihatan menantunya yang segak berkemeja dan bertali leher, berjalan agak pantas. Tiba sahaja di hadapan Azizah, Hazim ukir segaris senyum.

Tangan dihulur tanda hormat. Lega bila salamnya bersambut. Setakat ini hanya mama Hana yang sudi melayannya baik.

"Dari mana?" tanya Azizah.

"Dari office ma." Hazim tertoleh kiri kanan seperti mencari seseorang.

"Ayah tak ada. Malam ni baru dia datang. Mama dah minta izin dia."

Hazim sembunyi riak terkejut. Masih menunggu bicara seterusnya.

"Hazim pergilah masuk tengok Hana. Lama dia tunggu." ujar Azizah.

Wajah Hazim bertukar teruja. Tangan Azizah disalam sekali lagi.

"Terima kasih, mama!"

Azizah juga tersentuh melihat reaksi Hazim, "Pergilah."

Hazim menaggalkan tie, lengan kemeja disising hingga ke siku. Sudah dimaklumkan kepada Yusra bahawa dia hanya masuk ke pejabat sebentar hari ini. Selebihnya mahu menemani Hana di hospital.

Sebelum menolak daun pintu, nafas ditarik dalam.

Perlahan-lahan Hazim melangkah masuk. Sekujur tubuh yang dikenali sedang mengiring menghadap tingkap bilik.

Hana yang sedang ralit menatap langit dari bukaan tingkap. Hampir tidak mendengar bunyi pintu dibuka.

Makin Hazim mendekati Hana, makin terasa dia ingin menjerit. Katil wad dihampiri, Hazim memanggil nama Hana dengan payah.

"Ati.."

Hana tersedar dari lamunan. Dia dengar panggilan itu. Tidak ada orang lain yang memanggil dia dengan nama itu kecuali suaminya.

Hana berpaling, dan wajah pertama yang dilihat membuat dia menangis gembira.

"Abang..."

Hazim duduk di atas katil. Tubuh Hana diangkat berhati-hati sebelum dibawa ke dalam dakapan. Masing-masing diam, hanya bunyi esakan yang kedengaran.

"Baby... i'm sorry.." Hazim mencari wajah Hana, ciuman dilabuhkan ke dahi wanita itu. Lama.

"Abang tak tahu.... abang tak tahu, sayang... i'm sorry..." kedua belah tangan Hazim mengusap pipi cengkung Hana.

"It's okay... it's okay..." Hana menyapu air mata di wajah Hazim.

"You're going to be okay... You will.."

Makin laju air mata Hana mendengar apa yang dikatakan Hazim. Kepalanya digeleng perlahan.

"Stay with me.." Hazim kembali memeluk Hana. Dia juga kehilangan kata.

.
.

Hari itu pertama kali Hazim berada di sisi Hana untuk melihat sendiri rawatan kemoterapi yang dijalankan.

Sesekali perasaan seriau menyelit di dasar hati apabila melihat Hana disuntik dengan jarum agak besar.

Hazim mengelus jemari runcing Hana.

"Does it hurt?" bisik Hazim sambil melihat sebelah lagi tangan isterinya bersambung dengan wayar.

Hana yang mendengar mengukir senyum.

"Not anymore." Hana sudah kalih dengan kesakitan yang dialami.

"Abang tak kerja ke hari ni?" Hana baru perasan Hazim masih berkemeja kemas. Dari tadi lagi sebenarnya dia hendak bertanya.

"Abang nak teman Ati hari ni. Lagipun, i'm the boss, remember?" usik Hazim.

Hana tersenyum, hendak gelak lebih-lebih dia tidak berdaya.

"Abang... macam mana dengan Mona?"

Senyum yang masih tersisa di wajah Hazim perlahan-lahan pudar.

"Kenapa bang?" Hana menunggu jawapan dari Hazim.

"Abang dah ceraikan dia..."

Hana terkejut. Giliran dia pula terdiam.

"Sorry.."

"Abang yang patut minta maaf. Abang biarkan dia sakitkan Ati. Abang punca dia sakit hati dengan sayang."

"Ati dah maafkan abang. Mona pun sama."

"Abang tahu Ati seorang yang pemaaf, dan mudah lembut hati. Dan abang selalu ambil kesempatan atas kebaikan Ati, tanpa abang sedar. I know i don't deserve your kindness, but please.. Bagi abang peluang untuk jaga Ati.. Mungkin dengan cara ni, Allah ampunkan dosa abang terhadap isteri abang."

Hazim mengemaskan pegangannya pada tangan Hana. Lalu dikucup penuh kasih tangan itu.

Hana angguk dalam syukur. Sentiasa ada ruang dalam hatinya untuk Hazim. Tidak pernah terselit dendam pun terhadap lelaki itu.

Azizah sempat mengintai gelagat suami isteri itu dari luar bilik rawatan. Lega melihat Hana senyum kembali. Ternyata Hana benar-benar sayangkan Hazim. Belum pernah dia lihat Hana senyum begitu dengan mana-mana lelaki.

Dahi Hana dicium lagi. Kali ini pipi Hana juga jadi mangsa dia.

"Wangi dah." ujar Hazim.

Hana senyum malu. Memanglah wangi, dia baru selesai mandi. Itu pun setelah puas dipujuk Hazim.

"Ati... hujung minggu ni abang nak bawak umi abang datang sini. Dia nak sangat jumpa Ati." pesan Hazim.

"Umi? Umi tahu pasal kita?" Hana terkejut sebentar.

"Semua dah tahu pasal kita. Abang dah tak mahu berahsia. Selama ni, rahsia tu banyak melukakan hati sayang. Kalau boleh abang nak bagitahu satu dunia pasal kita. Biar semua orang berhenti salahkan Ati.... sakitkan Ati.." ada sebak pada suara Hazim.

"Maafkan abang ye, Hana."

Entah berapa kali sudah dia meminta maaf. Barangkali maaf itu tidak setimpal dengan apa yang sudah wanita itu lalui.

"Hana maafkan abang. Hana nak jumpa umi..."

Hazim angguk laju. Hari sudah beransur ingin malam. Dia perlu pulang kerana masa melawatnya sudah habis. Malam ini Halim dan Azizah yang bakal bermalam di sini.

"Abang balik dulu. Esok abang datang lagi. Sayang dengar cakap ayah dengan mama tau." bagaikan anak kecil, kepala Hana diusap-usap.

"Ok.."

"Bye.."

Hazim melambai ke arah Hana sebelum hilang di balik pintu. Keluar sahaja dari situ, dia bertembung dengan ibu dan bapa mertuanya.

Walaupun riak Halim tampak serius, Hazim memberanikan diri menghulur tangan untuk bersalam.

Lama Halim memandang atas bawah, lalu bahunya disentuh oleh si isteri.

"Bang.." tegur Azizah sambil menjuih ke arah Hazim.

Barulah Halim menyambut huluran tangan menantunya. "Saya balik dulu, ayah."

Halim tidak membalas, malah terus sahaja dia masuk ke dalam wad.

"Mama.."

"Maaflah, Hazim. Ayah tu dia perlukan masa lagi. Hazim balik la dulu, rehat." pesan Azizah.

"Saya faham. Saya balik dulu. Esok saya datang lagi."

"Hati-hati."

Hazim berlalu pergi, akhirnya menarik nafas lega. Selangkah demi selangkah. Pasti akan dia dapatkan Hana kembali, itu janjinya.

Hana ternanti-nantikan reaksi ayahnya. Halim masih diam sewaktu mengambil tempat di sebelah katil yang didudukinya.

"Dah makan ubat?" tanya Halim sepatah.

"Dah." Hana pantas mengiyakan. Halim juga membalas angguk.

Setelah beberapa saat berlalu, Hana capai tangan Halim di tepinya.

"Ayah..." lambat-lambat Halim menoleh.

"Terima kasih... sebab izinkan Hana jumpa Hazim." ujar Hana berhati-hati.

"Hmm..." Halim cuma berdehem.

"Ayah marahkan Hana ke? Hana minta maaf..." Hana bimbang melihat ayahnya diam dari tadi.

Takut agar Halim masih marah kerana kedegilannya kebelakangan ini. Takut Halim terasa hati dengannya.

Halim senyum pahit. Tangan Hana ditepuk lembut.

"Ayah faham... Hana ada suami... Hana dah jadi tanggungjawab suami Hana—" Halim cuba menahan tubir mata yang mulai basah.

"Ayah cuma tak percaya... yang anak ayah ni dah jadi milik orang—" sambungnya lagi.

"Ayah..." Hana merasakan mahu menangis.

"Ayah cuma nak lindungi Hana... Tak ada siapa pun yang boleh sakitkan Hana, selagi ayah hidup.. Ingat tu.." ada getar di suara Halim.

Hana menyeka setitis air mata yang mengalir di pipi Halim, tanpa sedar dia juga menangis. Insan kesayangannya itu diraih ke dalam pelukan.

"Hana tetap anak ayah... ayah lelaki nombor satu dalam hidup Hana.. Hana sayang ayah sampai bila-bila."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience