Bab 3

Romance Completed 78880

Pintu bilik aku di ketuk bertalu-talu. Nama aku juga di seru dari arah luar pintu bilik ini. Dah macam nak roboh dah pintu bilik ini. Aku pelik! Pandang jam kecil di atas meja. Awal lagi, tak kan paklong Asri dah balik kerja. Selalunya malam baru nampak muka. Bukan malam, tapi tengah malam!. Ni baru je pukul 1 tengahari. Takkan dia balik nak makan kot? Dalam rumah ni bukan ada apa makanan pun. Dia sendiri pun tahu rasanya.

Aku buka sikit pintu bagi menampakkan wajah aku. Tudung di kepala aku tak pernah tanggalkan di hadapan paklong Asri. Dia bukan mahram aku pun!

“Ishh! Kau ni kan…. Lambat sangat buka pintu! Kau buat apa? Tengahari buta kau membuta lagi ye? Apa nak jadi dengan kau ni hah!”

Paklong Asri menyindir aku dengan senyum senget di wajahnya. Tapi aku rasa sindiran itu macam sesuai untuk dia je! Dia yang selalu membuta sampai tengahari buta!

“Tak paklong… Aira tengah lipat kain baju baru angkat dari ampaian.”

Aku luaskan sikit pintu agar dia nampak longgokan kain baju di lantai itu.

Nampak paklong Asri angguk.

“Kau siap!”

Hanya itu yang paklong Asri katakan dan terus memusingkan tubuhnya untuk pergi.

“Hah? Siap? Pergi mana?”

Laju mulut aku bertanya membuatkan langkah paklong Asri terhenti dan berpusing semula ke arah aku.
“Aku nak bawa kau pergi pekan. Kalau boleh pakai baju kurung. Aku ada nak beli barang sikit kejap lagi.”

Kata paklong Asri dengan nada biasa. Ada sengihan di hujung bibirnya.

Hmm…Lain macam je ni? Betul ke nak beli barang ni? Kenapa aku perlu pakai baju kurung pula?

Aku masih berdiri di muka celahan pintu itu.

“Yang kau tercegat lagi kat situ dah kenapa? Siap cepat! Aku dah pesan kereta, kejap lagi sampai la tu…”

Terus saja paklong Asri melangkah ke arah biliknya.

Aku tanpa melengahkan masa terus saja menukarkan pakaian aku seperti apa yang paklong Asri suruh tadi. Kalau tak ikut nanti, takut mengamuk pula orang tua tu!

Aku melangkah keluar dan paklong Asri sudah tegak berdiri di muka pintu baru nak melangkah turun anak tangga.

“Lambat betul la kau ni! Dah kunci pintu ni. Eh! Kejap, kau bawa IC kau tak?” Tanya paklong Asri.

Aku hanya angguk dan segera mengunci pintu apabila aku nampak paklong Asri sudah pun masuk ke dalam kereta yang sedang menunggu di depan rumah.

Perjalanan ke pekan memakan masa hampir satu jam. Bagi aku memang sangat jauh. Aku tak tahu pula kalau orang di sini rasakan dekat. Sepanjang perjalanan, aku tak lepas memerhati kawasan-kawasan yang di lalui sehingga kereta ini sudah memasuki kawasan pekan.

Tapi kereta ini tak berhenti pun di mana-mana kedai runcit atau kedai-kedai lain. Aku hanya diam dan perhatikan saja. Risau kalau aku bertanya, melenting pula paklong Asri tu nanti. Aku tidak mahu rosakkan angin dia yang aku rasa baik ketika ini. Rancak je dia bersembang dengan pemandu kereta ini.

Aku tegakkan tubuh aku yang tadi bersandar di kerusi apabila kereta ini memasuki kawasan bangunan yang tertulis di hadapan ‘Pejabat Agama’. Mata melilau sekeliling.

Apa paklong nak buat kat pejabat agama ni? Dia nak bercerai dengan maklong Bibah ke? Kalau nak bercerai pun kenapa bawa aku ke sini?

Oh! Mungkin nak aku jadi saksi gamaknya!

Haish! Bertengkar sampai beoleh bercerai!

Paklong Ari berkalih ke arah aku yang duduk di belakang ini setelah kereta berhenti di kawasan parking.

“Dah sampai! Jom turun!”

“Err… Aira kena ikut sekali ke paklong?”

Aku tanya soal yang tak berapa nak cerdik tu.

“Aku ajak kau turun kan? Kau pekak ke apa?”

Nada paklong Asri meninggi. Sekilas dia memandang pemandu yang duduk di sebelah itu. Aku pula dah malu apabila di marahi di depan orang lain. Aku turun dari kereta dan sempat lagi aku dengar paklong Asri bercakap dengan pemandu tadi.

“Man! Kau tunggu aku kat sini. Selesai je kat dalam nanti aku keluar la!” Pesan paklong Asri kepada pemandu kereta ini.

Pemandu tadi hanya mengangguk.

KAKI aku melangkah mengikut langkah panjang paklong Asri. Tak secepat paklong Asri yang sudah jauh ke depan meninggalkan aku di belakang. Luas mana aku buka langkah aku, masih tak dapat menyamai langkah paklong Asri.

Aku nampak paklong berjabat tangan dengan tiga orang lelaki yang sedang duduk di kerusi menunggu. Dalam tiga orang lelaki tadi, hanya seorang lelaki yang masih muda. Dua lagi nampak macam seumuran dengan paklong Asri saja.

Pemuda tadi sekilas memandang ke arah aku yang menapak dengan lambat ke sisi paklong Asri. Langsung tiada senyuman pada wajah pemuda itu. Manakala dua orang lagi turut memandang ke arah aku sambil melemparkan senyuman kepada aku. Bibir aku spontan mengoyak senyuman entahkan ikhlas ataupun tidak senyuman aku ni.

Mata aku sering terpesong ke arah pemuda yang duduk di antara paklong Asri dan dua orang lai lelaki itu. Aku tak dengar langsung suara dari pemuda itu. Padahal aku duduk hanya berselang tiga kerusi dari paklong Asri. Mustahil aku tak dengar kalau dia bercakap sesuatu? Kan? Atau dia bisu? Ishhh… Tak mungkin la kan? Orang segak dan tampan ni macam ni bisu? Tapi tak hairanlah, sebab semua tu anugerah dari Allah. Siapa kita untuk menidakkan takdir Allah kepada kita? Kita hanya manusia biasa! Sama macam aku juga!

Mata aku memerhati ruang pejabat agama ini. Macam-macam kerenah yang ada. Ada yang keluar dengan mata merah menangis, ada yang keluar dengan masam mencuka.

Aku rasa aku di perhati, aku terus berkalih ke arah pemuda itu. Tak sangka mata aku dan dia bertaut. Seketika. Debaran di dada juga mula menggila. Aku tak berani nak menatap wajahnya lama-lama lalu aku alihkan pandangan aku ke arah lain. Melilau tak tentu hala anak mata aku. Sambil aku cuba usir desiran yang baru muncul ini. Aku menarik nafas beberapa kali cuba untuk menenangkan detak jantung yang laju tadi. Berjaya!

Mata aku mencari kelibat maklong Bibah. Mesti dia akan hadir ke sini juga kan? Tapi hampir setengah jam aku duduk di sini, maklong Bibah masih tak munculkan diri. Mungkin kerana itu membuatkan urusan belum di mulakan lagi.

Seketika kemudian ada seorang pekerja menyeru nama yang ada dalam senarai di tangannya. Nama kau juga turut terselit di situ. Aku hanya mengikut langkah mereka semua masuk ke dalam satu bilik. Hanya aku seorang perempuan di sini.

Di meja itu ada seorang lelaki yang sudah berumur pada perkiraan aku, memakai songkok di kepala dan kemas berpakaian. Mungkin salah seorang pekerja di sini. Mana mungkin dia akan duduk kerusi itu kalau bukan pekerja di sini.

Aku kerling nama yang tertera di atas meja itu.

‘Ustaz Malik’

Aku di suruh duduk di kerusi berhadapan dengan Ustaz tadi. Manakala pemuda itu juga duduk di kerusi sebelah aku.

Kenapa tiba-tiba aku rasa sesuatu?

Semoga terhibur semua... Kalau ada nak komen, sila tinggalkan komen... MP sentiasa menerima segala teguran...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience