Imbas Kembali...
Puan Kartini duduk di ruang menunggu yang disediakan di dalam Cafe tersebut. Penampilan dirinya sangat berbeza dari sebelumnya di mana dia menggunakan tudung pada hari itu. Kaki kanan di angkat menindih sebelah kaki kirinya. Gaya seperti seorang yang berpangkat tinggi dan mementingkan etika ketika duduk. Di sebalik kaca mata hitamnya, dia memandang para pelanggan yang sentiasa keluar dan masuk di Cafe tersebut.
Terkadang dia menguntumkan senyuman apabila beberapa orang tidak sengaja memandangnya dan tersenyum. Entah berapa lama dia harus menunggu kedatangan pemilik Cafe itu. Rasanya, sudah hampir sejam dia duduk berdiri di tempat yang sama. Dari luar nampak terlihat tenang dirinya. Jauh di sanubari seperti sedang berpesta, meronta-ronta tidak sabar menanti reaksi seorang Haiqal Jason.
Hari ini dia bakal menceritakan perangai wanita yang berstatus janda itu, Putri Hanis. Skrip yang dicipta telah di hafal sebaik mungkin. Ini dilakukan sebagai pembalasan kerana Hanis telah membuat menantunya, Ria Neldia murung dan tiada nafsu makan. Tengoklah nasib engkau Hanis!
“Puan... tuan saya dah sampai. Puan boleh masuk sekarang. Sekali lagi, minta maaf dan terima kasih sebab sabar menunggu.” Ujar seorang wanita bersama senyuman manis dibibir. Tanpa berlengah lagi, Puan Kartini bergegas memasuki bilik yang ditunjukkan oleh wanita muda tadi.
“Jemput duduk, puan...” Pelawa Haiqal Jason dengan mesra.
Puan Kartini tersenyum lalu melabuhkan punggung di kerusi kosong. Di balik kaca mata hitam yang diguna, dia membalas pandangan lelaki muda itu. Walaupun ruang tersebut agak gelap, kaca mata hitamnya tetap di guna dan tidak akan dilepaskan.
“Puan jumpa saya ni atas urusan apa ya? Puan nak complain sesuatu berkenaan service di Cafe saya?” Jason memulakan bicara dengan mengajukan pertanyaan. Dia memberi segala tumpuan kepada wanita di hadapannya. Kebiasaan, orang yang tiba-tiba datang berjumpa dengan dirinya secara langsung pasti ingin memberi aduan berkenaan Cafenya.
“Ini tiada kaitan dengan cafe kamu. Saya datang ni ada tujuan lain. Ada perkara penting yang perlu kamu tahu,” Puan Kartini membuka suara. Tenang saja dirinya bagaikan tasik tanpa ombak.
Dahi Jason mula berkerut. Sangkaan dirinya telah meleset jauh. Fikirannya telah diterpa beribu soalan. “Perkara penting? Perkara tentang apa ya, puan?” Tumpuan semakin difokuskan. Tidak mahu ketinggalan senafas pun.
“Saya nak tanya dahulu, pekerja kamu ada bernama Putri Hanis, bukan?”
“Yes, tapi dia cuti sementara waktu...”
“Kamu kenal dengan dia berapa tahun?” soal puan Kartini lagi.
“Tak sampai setahun lagi, puan. Kenapa, puan? Dia ada buat perkara tak elok ke? Puan boleh bagitahu saya. Nanti saya tegur perangai dia...”
“Perangai dia memang tak elok pun. Dari dulu lagi. Oh, terlupa. Saya ni bekas ibu mentua dia,” Puan Kartini mula bermain dengan adegannya.
Jason sedikit terkejut mendengar perkataan 'ibu mentua' sebentar tadi. “Hanis pernah berkahwin?” hanya itu yang ditanya. Sepanjang dia mengenali wanita bernama Putri Hanis itu, baru kali ini dia mengetahui bahawa wanita tersebut pernah berkahwin. Mana taknya, resume yang dihantar padanya hari itu jelas terpapar bahawa status perkahwinan masih 'bujang'. Kenapa dia perlu sorok?
Rasa kecewa tiba-tiba muncul melanda diri seorang Haiqal Jason saat itu. Dirinya bagai dihempas ombak yang kuat. Dia cuba untuk melawan namun perasaan gagal untuk bertahan. Kecewa yang teramat sangat. Kenapa perlu kecewa? Kau suka dia?
“Ooo... kamu tak tahu dia pernah berkahwin? Dia tak pernah cerita? Lupa pula, kalau nak cari perhatian lelaki kaya memanglah kena sorok status tu. Baik kamu pecat si Hanis tu. Saya takut kalau kamu jadi korban selanjutnya...” balas Puan Kartini panjang lebar.
“Cari perhatian? Korban selanjutnya? Apa yang puan cuba sampaikan?” semakin keliru otak Jason waktu itu.
“Ya... sebenarnya perempuan tu cuba menarik perhatian kamu. Hanis bukanlah orang baik. Sifat yang dia tunjukkan untuk mengaburi mata kamu saja. Dulu, anak saya jadi korban tahu?” Sungguh-sungguh dia menceritakan agar lelaki itu percaya.
“Anak saya tu sudah berkahwin. Tapi... beberapa bulan selepas itu, Hanis muncul sebagai orang ketiga dalam hubungan itu. Dialah punca rumah tangga anak saya hampir roboh...” Tambahnya lagi. Seketika dia berhenti untuk menarik nafas sebelum melanjutkan ceritanya.
“Itulah sebabnya saya kata dia bukan perempuan baik. Dia berjaya goda anak saya dan mereka berkahwin tanpa pengetahuan saya. Selang beberapa hari, mereka datang ke rumah minta restu serta memohon maaf. Saya dan isteri pertama dia hanya redha...”
“Tapi, perkahwinan Hanis bersama anak saya tidak kekal lama. Perempuan tu cuba membunuh madunya sendiri. Sifat buruknya itu anak saya sendiri yang nampak dan disitu juga dia dijatuhkan talak,” panjang lebar ia cuba menjelaskan perkara itu kepada Jason.
Terdiam seribu bahasa lelaki itu mendengar cerita Puan Kartini. Reaksi wajahnya dapat menjelaskan segala-galanya. Rasa kecewa tadi sirna setelah munculnya rasa benci kepada wanita bernama Hanis itu. Wanita tersebut sangat melampau. Disebalik kesempurnaan yang dia lihat pada diri wanita itu, rupanya terkandung racun yang mencacatkan.
“Saya tak paksa untuk kamu percaya atau pun tidak. Saya cuma nak pesan, jauhkanlah diri daripada dia. Takutnya dia cuma gunakan kamu untuk kepentingan diri sendiri,” tambah puan Kartini lagi. Disebalik wajahnya yang tenang, dia sudah bersorak gembira kerana berjaya membuat lelaki muda di hadapannya itu terbawa emosi.
“Puan dah report polis pasal masalah tu?” soal Jason.
“Tak sampai hati sebab dia merayu sampai sanggup menunggu diluar rumah. Lagipula, isteri anak saya tu sudah maafkan Hanis,”
“Kenapa puan beria nak bagitahu semua ni dekat saya? Sedangkan, kita tidak kenal antara satu sama lain...” Kata-kata itu membuatkan Puan Kartini sedikit tersentak. Mujurlah otaknya cepat berfungsi pada masa yang agak tegang itu.
“Saya selalu ternampak kamu berdua jalan bersama. Saya cuma kasihankan kamu. Cukuplah anak saya aje yang jadi korban... Setakat itu sajalah yang saya sampaikan. Saya minta diri dulu, hati-hati ya anak mudah...” sempat dirinya meninggalkan pesan sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut. Apa yang dirancang berjalan dengan lancar saat itu. Jangan sebut Kartini kalau tak pandai memutar belit kenyataan!
End imbas kembali....
“Ibu cakap macam tu dengan Jason?!” Terperanjat Aidil saat Puan Kartini menceritakan perkara kepadanya. Ya, dia memang tidak menyukai Hanis, tetapi tidak pernah terlintas di fikiran untuk memburukkan wanita itu. Yang lalu biarlah berlalu. Baginya, Hanis juga perlukan kehidupan yang bahagia.
“Kenapa, ibu? Jelas-jelas dia tidak mengganggu pun keluarga kita... Ibu pernah nampak dia datang tunjuk batang hidung dekat rumah ni? Tak ada kan?” tambahnya lagi. Tidak senang hati saat itu. Dirinya seperti di hambat rasa bersalah yang amat besar meskipun bukan dia tidak berbuat apa-apa.
“Kamu cemaskan pasal dia kenapa? Ibu buat semua ni untuk hubungan kamu dengan Neldia. Ibu nak tengok rumah tangga korang tu bahagia seperti selalu. Ibu tengok isteri kamu murung aje, tu semua sebab perempuan tak sedar diri tu!” tegas Puan Kartini mempertahankan pendiriannya.
Aidil mengeluh halus setelah nama isterinya disebut. Dia yakin Neldia telah mengadu yang bukan-bukan kepada Puan Kartini sehingga orang yang tidak bersalah turut terkena tempiasnya sekali. Entahlah, dia tidak faham kedua sifat wanita yang ada di dalam rumahnya itu.
“Ibu... tolong dengar kata-kata Aidil. Kita pergi minta maaf dengan Hanis ya? Berdosa buat semua ni, bu. Fitnah ni...” lembut nada lelaki itu memujuk wanita di sebelahnya.
“Eh? Kamu jangan mengada-ngada. Ibu tak akan minta maaf... Ingat, ibu buat semua ni untuk kamu berdua,”
“Tak ada guna kalau hidup bahagia di atas penderitaan orang lain, ibu. Hanis tak ada salah, sikit pun dia tak bersalah...”
“Stop it, Aidil. Tak habis-habis nak bela perempuan tu. Kalau isteri kamu dengar, tambah kecil hati dia nanti.” kata Puan Kartini malas hendak melayan anaknya.
“Apa-apa aje lah, ibu. Aidil nak keluar kejap dengan kawan. Terus call Aidil kalau ada apa-apa, tau.” pesan Aidil sebelum meninggalkan ibunya sendiri di ruang tamu. Malas sebenarnya dia hendak memikirkan masalah-masalah yang ada. Serabut kepala boleh gila nanti!
Tanpa di sedari, pada masa yang sama juga Neldia telah mendengar secara senyap perbualan antara kedua beranak itu tadi. Sangat mengejutkan dia apabila Aidil berusaha mempertahankan Putri Hanis sebentar tadi. Hatinya bagai di koyak-rabak. Entah apa yang hebat sangat dengan perempuan tu. Apa yang dia tahu, perempuan itu cuba merobohkan rumah tangga dirinya.
“Aku benci kau, Hanis!”
****
Tak tahu nak kata apa dgn puan Kartini ni sksksks. Happy reading everyone <3
Share this novel