Bab 43

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
Takbir raya berkumandang. Raya pertama Aidilfitri sudah pun tiba. Aku memakai baju kurung yang dibawa oleh Eca dan Hannah daripada rumah aku. Gigih Eca dan Hannah pergi rumah aku, Dini dan Alyn untuk ambil baju kurung buat dipakai pada hari ini. Yukata? Aku sudah dipesan untuk pakai esok.
Aku, Dini, Alyn, Hannah dan Eca pergi ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat sunat hari raya.
Setelah selesai, kami beramah mesra dengan jemaah di masjid itu. Ada lah kami terjumpa dengan orang Melayu yang menetap di situ.
Sambil sedang bersalaman, aku terpandang ke arah seorang jejaka.
"Weh, korang, cuba tengok dia tu." Kataku mencuit seorang demi seorang kawan-kawanku.
"Eh, kenapa aku tengok dia macam..." Dini tidak menghabiskan ayatnya.
"Kan?" Soalku. Mereka semua mengangguk faham dengan apa yang aku dan Dini cuba sampaikan.
"Eh, tapi, tak mungkinlah dia. Dia buat apa pula di sini? Solat? Sejak bila?" Soal Alyn. Kami semua mengangkat bahu lalu kembali bersalaman dengan jemaah masjid.
Kami berjalan pulang bersama-sama.
Setibanya di rumah, baru sahaja aku mahu menyimpan telekung dan merehatkan badan, pintu rumah itu diketuk.
"Chotto matte." Aku menyahut ketukan itu.
Aku membuka pintu lalu mendapati Ryoga dan Abang Koichi.
"Ah, Ryoga-san. Eh, abang." Terujalah aku dapat jumpa abang di pagi raya ni.
Ryoga melangkah masuk, "Koichi, come in." Ajak Ryoga.
"Awak dari mana?" Soalku ingin tahu.
"Meeting." Jawabnya ringkas tersenyum manis memandangku.
"Ohh." Balasku ringkas. Tapi, dia nampak terlalu penat dari biasa. Dia duduk di sofa.
"Assalamualaikum!" Jerit seseorang dari luar pintu rumah.
Aku menuju ke pintu rumah itu semula. Aku membukanya.
"Eh, auntie?" Aku pelik. Puan Sri hanya tersenyum.
"Ajaklah mereka masuk." Kata Ryoga lalu berdiri. Okey, aku pelik dengan perangai dia.
"Tapi.. macam mana..?" Gugup untuk menghabiskan pertanyaanku.
"Tak perlu nak pelik. Hari ni kan hari raya. Memang adat saling kunjung-mengunjungi kan?" Ujar Ryoga. Aku mengangguk.
"Auntie, Uncle, Mira, masuklah." Ajakku.
Mereka melangkah masuk. Di saat Mira yang melangkah masuk, aku menahan Mira.
"Abang mana?" Soalku.
"He's stubborn." Bisik Mira. Aku mengangguk tanda faham.
Kami makan, bersembang sambil beramah mesra bersama-sama. Tahu sahajalah apa yang dibuat oleh kita semua pada Hari Raya Puasa yang pertama.
*******
__14 Mei__
(Ryoga POV)
Sakinah keluar. Kemana entah, aku pun tidak tahu. Mungkin ke Ueno Park. Dia masih tidak tahu bahawa aku sudah ingat segala-galanya.
Aku teringat sewaktu aku berjumpa dengan Syafiq dan Firdaus petang semalam.
'Kau cuma kena ingat itu je. Kau cakap je dengan Sakinah tu. Tak payah nak kesian ke apa.' Kata Syafiq. Firdaus hanya mengangguk bersetuju dengan kata-kata Syafiq.
Sedang aku berfikir, satu baju bergantung hinggap di hadapan muka aku. Aku memandang ke arah gerangan yang menghulurkan baju itu. Alyn dan Kai? Sekejap, bila Kai masuk rumah aku ni? Kenapa aku boleh tak perasan?
"Nah." Ujar Alyn.
"Apa ni?" Soalku pelik.
"Baju raya." Jawab Alyn.
Aku semakin pelik. Baju raya? Apa tu? Dengan perlahan tanganku mencapai penyangkut baju itu. Baju itu berwarna ungu.
"Baju apa ni?" Soalku membelek baju itu. Baju itu berkolar tapi bukan kemeja.
"Meh, aku terangkan pada kau. Apalah kau ni, cari isteri orang Melayu, baju Melayu pun tak tahu apa benda." Ujarnya meminta baju itu daripada aku semula. Tentang Malaysia yang aku tahu makanan sahajalah yang banyak. Memang aku tahu hari ini hari raya kedua, dan semalam hari raya pertama, tapi, tak ada siapa pula beritahu aku tentang 'baju raya'.
Dia menerangkan pada aku satu per satu. Dia berdiri.
"Ini, namanya sepasang baju Melayu. Baju tradisional orang Melayu bagi lelaki." Kata Alyn.
"Ini bajunya, ini pula seluarnya. Dan ni, songkok ni, kau pakai di kepala. Macam ni." Alyn memakaikan aku benda yang bernama songkok itu.
"Wah, muatlah dengan kepala kau." Kata Alyn.
"Koichi, Takuya, Yuki, Yusuke, Takashi and I have get one." Kata Kai sambil menunjuk bajunya yang sedang dipakai. Alyn hanya mengangguk.
"Hari ni, korang bertujuh kena pakai baju ni." Kata Alyn.
"Kau pergilah cuba." Suruh Alyn.
"Cuba? Cuba pakai ni?" Soalku.
"Yalah, cepat. Aku nak tengok okey ke tak. Butang baju tu pun Sakinah dah siap pasangkan. Kau tinggal butang je." Balasnya.
Aku pun akur sahajalah. Aku pergi menukar baju. Terdapat satu kain lagi yang bersangkut pada penyangkut baju itu. Aku tak tahu kain apa, tapi kain itu bercorak sedangkan baju itu tiada corak. Kosong dan hanya berwarna ungu sahaja.
Aku keluar setelah siap menukar baju.
"Ni kain apa?" Soalku.
"Ha, ni, lupa nak beritahu. Ni namanya kain samping. Dipakai sekali dengan baju tu." Jawabnya.
"Maksud kau? Macam mana nak pakai?" Soalku lagi. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana.
"Kau pakai kain tu macam kau pakai seluar. Letak kain tu pada atas sikit paras perut kau dan lipatkannya sehingga paras lebih kurang perut kau. Baju kau dalam kain tu. Kain samping tu adalah lapisan yang paling luar." Kata Alyn. Aku buat sahaja sebagaimana yang dia suruh tapi, bab lipat tu aku tak faham.
"Macam ni?" Soalku.
"Ha, macam tu. Bagus kau. Pegang dulu kainnya." Jawab Alyn.
"Lepas tu?" Soalku lagi. Takkan nak dibiarkan pegang sebegini rupa sahaja.
"Kai-kun, help him." Kata Alyn.
Kai menolong aku melipat kain samping itu. Wah, Kai. Jadi orang Melayu kau sekarang, ya?
"Hm, is it correct?" Soal Kai kepada Alyn.
"Hm, sort of. But, it's still nice." Puji Alyn tersenyum.
"Aku takut untuk beritahu dia perkara ni. Aku harap dia akan terima." Kataku dalam keadaan yang agak gelisah.
"Kau pun akan terima kan, Alyn?" Soalku. Alyn hanya mengangguk.
(Sakinah POV)
Hari ini, selaku hari jadi aku, aku memakai yukata ungu yang Ryoga beri padaku. Sebelum aku ke sini tadi habis aku dimekap oleh kawan-kawan aku. Entah apalah mereka nak buat.
Aku pergi ke Ueno Park. Buat kali terakhir mungkin. Ueno Park. Tempat yang tak asing lagi bagi aku. Tempat di mana aku dan Ryoga melepak bersama, dan mencipta kenangan manis di sini. Aku duduk di kerusi biasa itu lalu memandang ke arah pemandangan yang cantik di hadapan aku itu.
"Haih, Ueno Park. Tak lama lagi aku dah nak balik Malaysia. Tak dapatlah aku nak ke sini lagi." Ujarku sendiri.
'Cakap sahajalah kau rindukan dia yang dulu.' Hatiku berkata-kata.
"Ya! Memang! Memang aku rindu dia. Aku rindu dia sangat-sangat! Apa hal? Jealous?" Jawabku kemarahan pada kata-kata hati aku sendiri. Ibarat aku bercakap dengan orang lain.
"Memang aku rindu dia. Aku rindu dia yang suka melayan perangai aku. Aku rindu dia yang suka melawak dengan aku. Aku rindu dia yang suka cari gaduh dan pujuk aku semula. Aku rindu! Aku rindu dia yang dulu." Ujarku.
Aku hanya mampu marah dan berleter, tak mampu nak menangis. Sudahlah, aku dah terlalu penat. Walaupun, sekarang dia dah baik dengan aku, tapi itu bukan Ryoga aku. Ryoga aku lain. Itu 'Ryoga-san', bukan 'Ryoga-kun'.
"Lama ke tunggu?" Soal seseorang. Aku pelik lalu menoleh.
"Ryoga...san? How you can know I'm here?" Soalku pelik, teramatlah pelik. Tak mungkin Alyn beritahu dia sebab Alyn pun tak tahu aku nak ke mana.
Dia yang berdiri di belakang kerusi itu diam sambil tersenyum. Tidak menjawab soalan aku. Aku mengalihkan pandangan aku daripada muka dia ke arah baju yang sedang dia pakai. Eh, baju ni bukan baju yang aku baru gosok pagi tadi ke?
"Baju ni... siapa bagi?" Soalku.
"Alyn. But, she said that you bought it for me. Betul ke?" Soalnya mendapatkan kepastian.
"Ha, haah... saya yang belikan untuk awak. Sebagai... hadiah hari raya ni." Balasku memandang ke arah pemandangan tasik di hadapan aku. Dia pergi ke hadapan aku lalu mahu duduk di sebelahku.
Aku menahan dia, "Ehh, chotto matte. (Eh, sekejap.) Jangan duduk lagi." Ujarku.
"Kenapa?" Soalnya pelik. Aku berdiri berhadapan dengannya.
"Awak pakai baju ni belum cukup perfect bagi saya." Balasku. Aku membuka songkoknya sebab dia pakai songkok tapi rambut depan terkeluar. Aku memakaikan semula songkoknya itu dengan betul.
"Dah?" Soalnya. Aku memandang dia ke atas hingga ke bawah. Kemudian, aku tertawa kecil.
"Aii, sukanya. Kenapa?" Soalnya lagi.
"Bila awak kahwin? Tak jemput saya pun." Soalku bergurau lalu ketawa.
Mukanya terkejut yang amat, "Ha? Kenapa awak cakap macam tu? Mana ada saya dah kahwin." Balasnya pelik.
"Haa, samping ni, kalau nak pakai ada caranya." Ujarku menunjuk ke arah sampingnya.
"Bawah lutut maknanya lelaki itu dah berkahwin. Kalau atas lutut maknanya dia masih bujang, single." Tambahku memandang sampingnya.
Setelah aku berkata begitu, dia terus melihat ke arah sampingnya yang berada di paras bawah lutut. Dia cepat-cepat melipat lagi kain sampingnya itu.
Aku duduk di kerusi setelah mendapati sepasang baju Melayu yang dipakainya itu sudah cukup sempurna.
Dia duduk di sebelah aku sambil melipat lengan bajunya. Lah, kelemahan aku ni kalau dia lipat lengan baju.
"Sebenarnya, ini bukan hadiah hari raya, kan?" Soalnya tiba-tiba.
"Ha?" Aku memandang dia dengan muka yang pelik.
"Sebenarnya, awak nak saya pakai baju warna yang sepadan dengan awak hari ni, kan?" Ujarnya lagi. Eh, mana pula dia tahu ni?
"Kenapa pula saya nak awak pakai baju warna sepadan dengan saya?" Soalku kembali cuba menutupi niat sebenarku. Haha! Warna ungu kedua-dua baju kami memang sama, sebiji, sepadan. Aku memang suruh Eca beli ikut bulat-bulat warna yukata aku yang dia belikan ni.
"Sebab... happy birthday, my naughty girl." Ujarnya sambil menghulurkan secawan aiskrim coklat special.
Riak wajahku pada mulanya gembira, tapi lama-kelamaan menjadi pelik.
"Awak tahu hari ni hari jadi saya?" Soalku pelik. Dahlah dia panggil aku 'my naughty girl' tadi. Panggilan itu, hanya 'Ryoga-kun' sahaja yang panggil.
"Eh, mestilah saya ingat. Tak mungkin saya lupa." Jawabnya. Aku terkejut. Dia ingat? Dia INGAT?!
Mulutku menganga dengan luasnya. Aku amat terkejut. Aku menekup mulutku. Aku cuba untuk menenangkan diri aku.
"A-Awak ingat saya? Awak dah ingat saya?! Awak betul-betul ingat saya?! Awak ke ni, Ryoga-kun?" Soalku bertubi-tubi.
Dia hanya tersenyum, "Saya mana boleh lupakan awak. Walau apa pun yang terjadi, saya takkan lupakan awak dan janji saya pada awak." Katanya memandangku. Aku menundukkan kepalaku. Setunduk yang aku boleh.
"Hei, kenapa ni? Janganlah menangis." Dia memujukku. Aku masih menangis.
"Tak nak. Saya nak menangis juga!" Bantahku.
"Sebab awak jahat. Awak dah langgar janji awak pada saya untuk beberapa minggu ni. Awak jahat. Saya tak nak kawan awak. Awak tinggalkan saya seorang di sini selama hampir sebulan. Awak susahkan diri awak sendiri. Awak sanggup dilanggar kereta untuk selamatkan saya. Awak sanggup koma, terlantar di hospital daripada awak tengok saya yang jadi macam tu. Bila awak dah kembali, baru sahaja saya nak gembira, tapi saya tersedar yang awak bukanlah Ryoga yang dulu. Awak Ryoga Funatsu yang jahat! Awak bukan Ryoga Funatsu yang baik yang saya kenal." Ujarku panjang sambil air mataku masih tidak berhenti mengalir deras. Masih tidak mengangkat muka. Hah, panjang aku membebel. Aku kalau bab begini, memang mulut aku ni enggan berhenti.
Dia mengambil tisu dari dalam poket bajunya.
"Hei, dah, berhenti nangis. Kan saya ada kat sini dengan awak." Pujuknya sambil mengelap air mataku.
"Tak nak! Awak tipu. Saya benci awak." Aku memeluk tubuh sambil memandang ke arah lain. Aku mengesat air mataku sendiri menggunakan tangan sahaja.
"Ya ke benci saya ni?" Soalnya.
"Ya! Kenapa? Tak percaya?" Balasku.
"Ah!" Tiba-tiba sahaja dia mengerang kesakitan. Aku terus menoleh ke arah dia.
"Ry-Ryoga-kun? Awak okey tak ni? Kenapa ni? Awak jangan buat saya risau." Soalku merisaukan dia. Dia memegang kepalanya. Tak sempat dia menjawab soalanku dia pengsan di kerusi itu. Aku panik.
"Awak! Awak bangunlah. Saya takut. Wake up! Saya sayang awak, Ryoga-kun. Don't leave me alone again." Aku cuba mengejut dia.
Tiba-tiba sahaja dia mencelikkan matanya. Dia memandang aku dan dengan perlahan dia mengukir senyuman manis.
"Finally, you admit that you love me. I didn't expect that you still love me." Ujarnya.
Kerana teramat lega, air mataku kembali deras, "Memang saya sayangkan awak dari dulu lagi and of course I still love you! What are you thinking?! I thought I will lose you for the second time! Tak baik, tahu tak?! Baka! (Idiot!)" Aku memarahi dia lalu memukul dia menggunakan beg aku. Aku marah sangat pada dia sehingga tiga bahasa keluar dari mulut aku. Ha, rasakan!
"Ite, (Aduh,) sakitlah. Kalau saya tak buat macam tu, entah sampai bila saya nak kena tunggu awak mengaku." Ujarnya sambil mengusap bahagian lengannya yang aku pukul. Kami mendiam.
"Tapi, semua yang awak akui tadi... haih, I'm sorry to say this. I have something to tell you." Katanya.
"What is it? Don't make me scared." Balasku.
"I like Alyn." Katanya. Aku terkejut. Alyn?!
"Alyn? What do you mean?" Soalku.
"I like Alyn. Saya suka pada Alyn." Katanya lagi.
"Perempuan yang awak suka yang awak nak beritahu saya itu ialah A..lyn?" Soalku.
"Tabun. (Mungkin.)" Jawabnya selamba. Aku tak sangka, orang yang aku suka dan aku sayang selama ni menipu aku. Dia menipu aku. Selama beberapa bulan aku bersama dia, macam ni dia buat aku?
"Erm, sa-saya nak balik. Saya hanya boleh berdoa untuk kebahagiaan kawan baik saya seorang itu." Ujarku menahan tangisanku. Aku memakai beg aku lalu berdiri.
Baru sahaja selangkah aku berjalan, aku sudah terjatuh.
"Sakina-chan!" Dengan panik dia terus turun daripada kerusi.
"Hey, are you okay?" Soalnya. Eh, eh, sedapnya dia tanya begitu.
"No, I'm not!" Jawabku.
"Pergilah sana! Buat apa risaukan saya kat sini?!" Marahku.
"Sini, saya tengok kaki awak." Katanya.
"Tak payah! Kaki saya kebas je." Balasku kemarahan sambil melunjurkan kakiku.
Dia membuka kedua-dua belah kasutku.
"Tak payahlah. Saya nak balik." Ujarku cuba untuk bangun.
"Tak boleh." Balasnya.
"Saya nak balik juga." Aku berkeras.
"Okey tapi, duduk dulu. Nak balik macam mana dengan kaki macam ni." Katanya. Aku masih marah terhadap dia. Aku naik ke atas kerusi.
Dia mahu memakaikan kasutku semula.
"Tak payah, saya buat sendiri. Saya boleh buat sendiri." Ujarku mahu mencapai kasut itu lalu menunduk untuk memakai kasut.
Belum sempat aku mahu mengambil kasut itu daripada dia, dia membaling kedua-dua belah kasut aku itu jauh daripada kerusi itu. Aku terkejut. Aku memandang dia.
"Ryoga-kun! I want to go home. I don't want to stay here! Please, tell me what did you do to me is just a nightmare. Mimpi terburuk dalam hidup saya. Kenapa awak sanggup buat semua ni kat saya? Awak sanggup nak tengok saya menderita macam ni? Let me go, biarlah saya pergi, saya nak balik." Ujarku panjang sambil teresak-esak. Aku mengangkat kakiku ke atas kerusi lalu memeluk kakiku. Aku menangis. Menangis sepuas-puasnya.
"Saya sayang kat awak, saya cintakan awak. Itu yang awak nak dengar sangat, kan? Dari dulu lagi awak nak sangat dengar saya cakap macam tu. Dari dulu lagi awak asyik suruh saya cakap macam tu. Tapi, awak dengar pun, apa awak kisah? Kalau dulu saya berterus-terang macam tu pun, mungkin hati saya hanya akan patah sahaja. Saya bukan sesiapa. Memang tak patut awak kawan dengan saya." Ujarku lagi sedang mukaku masih ditutup. Tapi, aku tahu dia dengar.
Aku memakai begku lalu berdiri. Aku pergi ke tepi kerusi. Dahlah tak berkasut. Okey, itu lawak. Kasut aku, dia baling jauh sangat. Ada stokin. Jadilah daripada berkaki ayam.
"Kaerimasu. (Saya nak balik.)" Ujarku tanpa menoleh ke arah dia. Disebabkan aku nak sangat balik rumah, ini bahasa ketiga yang aku cakap untuk beritahu dia aku nak balik rumah.
"Wait, kenapa awak cepat sangat nak balik Malaysia? Tak suka duduk sini?" Soalnya.
"Mana ada cepat, saya memang nak balik Malaysialah malam ni. Kan saya dah cakap, tak ada keperluan untuk saya duduk sini lama-lama. Lebih baik saya teruskan hidup saya kat sana." Jawabku tegas.
"Is it? Alyn doesn't tell me anything." Balasnya sambil aku terdengar dia seperti membuat sesuatu. Dia ni membuat provokasi terhadap aku ke apa?
"I don't know. Ask her. Don't ask me. I've told you about that." Jawabku dengan nada marah. Perlu ke Alyn beritahu semuanya pada kau?
"She should tell me. I like her." Balasnya lagi. Dia tambah lagi api kemarahan aku. Ah, malas nak berkelahi. Kami mendiamkan diri lagi. Aku masih berdiri di tepi kerusi sambil tidak menoleh ke arahnya.
"Awak sanggup nak tinggalkan saya seorang diri kat sini?" Soalnya memecah kesunyian.
"Yes! Awak bukan sayang saya pun. Dan awak suka pada Alyn, kenapa perlu tanya soalan itu pada saya?" Ujarku lagi sambil air mataku mengalir deras.
"Do you want to know something?" Soalnya lembut.
Aku hanya mendiam.
"Do you want to know how much I love you?" Soalnya lagi. Masih berlembut dengan aku.
"I don't believe you anymore. Saya nak balik. You don't love me." Jawabku berkeras.
"Who said that I don't love you?" Soalnya. Apa dia tanya ni?! Dia ni membangkitkan kemarahan aku betullah. Berputar belit.
"Awak tak pernah kata yang awak sayangkan saya! You love Alyn! Apa yang awak ta-..." Aku nak marah tapi tak jadi. Kata-kataku terhenti setelah aku menoleh ke arahnya. Aku terkejut.
"...nya..ni..?" Aku menghabiskan ayatku dengan nada yang perlahan.
Aku terkejut lagi. Terjatuh beg aku menyembah bumi. Dia ni, memang nak jantung aku berhenti di sini, ya? Dari tadi hanya terkejutkan aku sahaja.
Sebaik sahaja aku menoleh, beberapa bar coklat kegemaranku sudah tersusun menjadi bentuk hati. Aku perlahan-lahan melangkah ke belakang kerana terlalu terkejut. Dia berdiri di tengah-tengah bentuk hati yang mempunyai jarak sedikit jauh dari tempat aku berdiri.
Aku memang terpaku di situ. Dia tertawa kecil memandang aku yang tak mampu bergerak ke depan. Ada satu laluan yang membawa terus aku pergi ke arah dia. Aku dengar bunyi-bunyi plastik tadi aku ingatkan dia tengah buat apa, rupanya tengah menyusun coklat ni.
"Walk." Pintanya lembut. Fikir aku cair lah dia buat suara macam tu?
Okey, aku mengaku, aku cair. Aku jalan mendekati dia dan aku berhenti sebaik sahaja aku tiba di hadapannya. Entah kenapa hati ini ikutkan sahaja apa yang dia suruh.
"Aishiteru yo. Zutto kimi dake yo. (Hanya awak selama-lamanya.)" Ujarnya.
"A-Apa ni? Saya tak faham." Soalku menggeleng kepala.
"Awak sendiri tahu apa maksud yang saya katakan tu, kan?" Ujarnya.
Aku menelan air liur yang agak kelat, "Saya tahu tapi, semua yang awak kata tadi...?" Soalku pelik.
Dia tertawa memandang aku, "Alyn itu, Kai yang punya. Matilah saya kalau saya ambil Alyn itu daripada Kai. Dan awak, saya yang punya. Tak ada siapa pun boleh ambil awak daripada saya. All that I said earlier, it's just a nightmare, sayang." Ujarnya mengesat air mataku.
"Sayang?! Eii, tak ada kerja ke panggil orang sayang?" Balasku mengetap bibir. Muka aku masih masam. Aku masih marahkan dia. Okey, sejujurnya hati aku berbunga-bunga dipanggil sayang tapi, agak-agaklah. Pandanglah kiri kanan dulu.
"Apa? Salah ke?" Soalnya.
"Ya, sebab awak bukan suami saya. Suami saya je yang boleh panggil saya macam tu." Balasku lalu memandang ke arah lain.
"I am your future husband. Alah, saya tahu, sebenarnya awak suka kan saya panggil awak macam tu?" Usiknya memandangku. Aku menggeleng laju.
"After this, I want you to sleep on my shoulder secara halal, I want we spend more time together and I want to bring you to the cinema. It will be just two of us." Ujarnya. Aku faham maksud dia.
"Tapi, sampai hati awak tipu saya macam tu. Saya takut tahu tak? Saya takut kalau awak tinggalkan saya." Ujarku perlahan sambil menunduk.
"Okay, I'm sorry, okay? But, I just want you to know that I love you so much." Balasnya lembut.
"Betul? Tak tipu?" Soalku.
"Betul, saya tak tipu." Jawabnya.
"Prove it." Ujarku spontan. Aku tak tahu kenapa itu yang keluar dari mulut aku.
Dia melutut di hadapan aku dengan berhati-hati sambil menghulurkan sebuah kotak cincin berbaldu ungu yang terbuka.
"Wan Sakinah, kekkon shite kure? (Wan Sakinah, will you marry me?)" Ujarnya. Aku berfikir dahulu atau erti kata lain aku terkejut lagi sebenarnya. Tak sangka dia akan buat begitu.
Sedang aku berfikir memandang dia, aku terdengar ramai orang berbisik-bisik.
Aku memandang ke belakang, ke arah jalan yang orang ramai lalu-lalang. Terbuntang luas mata aku. Terlalu ramai orang berhenti dan terlalu banyak mata yang memandang ke arah kami berdua.
Aku menoleh ke arah dia semula.
"It's embarrassing me." Bisikku perlahan.
"Biar, biarkan." Balasnya.
"Sedarlah yang awak tu selebriti. Nanti awak hanya akan timbulkan kontroversi." Ujarku. Dahlah tak pakai mask.
"Saya tak kisah. Untuk awak saya sanggup buat apa sahaja. Awak dah terlalu menderita semasa saya hilang ingatan tentang awak." Katanya. Aku mendiam apabila mendengar kata-katanya.
"Jawapan awak?" Soalnya.
"Sa-saya.." Tidak sempat aku mahu menjawab seseorang memanggil namaku.
"Sakinah!" Panggilnya. Aku menoleh.
"Adib?" Aku pelik. Macam mana pula dia ini boleh ada di sini?
Ryoga berdiri, "Awak ajak dia ke sini ke?" Soal Ryoga memandangku.
"Tak, tak mungkin. Saya tak tahu macam mana dia boleh ada kat sini." Balasku agak panik. Aku takut sangat dia salah faham buat kali kedua.
"Aku datang sini sebab aku nak pujuk dia yang sedang bersedih sebab kau." Jerit Adib. Aku terkejut.
"Are you cheating behind me again?" Soalnya menunduk memandang aku. Tahu aku pendek, tak payah tunduk beria.
"Tak, saya tak pernah dan tak akan buat macam tu pada awak. Please, believe me this time." Ujarku merayu sambil menggeleng-geleng kepala memandang dia. Belum sempat Ryoga mahu membalas, Adib mencelah.
"Sakinah! I'm begging you, don't accept him. Don't marry him! Saya cintakan awak. Saya sayangkan awak dengan sepenuh hati saya." Kata Adib berjalan selangkah.
"But, I don't love you, I love him." Ujarku jujur. Ryoga hanya tersenyum.
"I love you so much, Sakinah. How dare you treat me like this?" Dia terduduk di tanah itu. Di hadapan khalayak ramai.
"If that so, if I can't have you to be mine, no one can't have you." Katanya dengan muka yang bengis.
Dia mengeluarkan pisau yang aku lihat amat tajam. Aku terkejut.
"Adib, what do you think you want to do?" Soalku ketakutan.
"I will kill you. So, anyone can't have you, sayang." Ujarnya. Aku terkejut. Er, 'sayang' yang ini aku seram.
"Apa sayang? Siapa sayang?" Soal Ryoga kemarahan. Dia pergi ke hadapan aku untuk melindungi aku.
"Stay back." Kata Ryoga. Aku ke belakang.
"Jangan kacau rancangan aku!" Marah Adib. Dia terus berlari menuju ke arah Ryoga.
Belum sempat Ryoga nak mengelak, pisau yang berada di tangan Adib itu tersasar ke bahagian perut Ryoga.
"Ahh!" Ryoga mengerang kesakitan. Aku terkejut. Semua orang di situ juga terkejut lalu menjerit. Tapi, tiada siapa buat sebarang tindakan.
"Ryoga-kun!" Jeritku. Adib masih di situ. Sukahati dialah dia nak bunuh aku juga ke apa.
Aku menangis lagi, "Ryoga-kun. Don't leave me alone."
"I'm sorry, but I think, this time I can't." Katanya perlahan menahan sakit.
"Don't say that! I don't want to stay alone. I can't live without you." Ujarku. Aku dah terlalu trauma dengan kejadian kemalangan dulu.
"Aishiteru." Katanya lalu dia menutup mata. Pisau itu masih di perutnya.
"Sakinah." Panggil Adib perlahan.
"Awak nak apa?! Puas hati awak sekarang, kan?! Tak puas lagi?! Nak tikam saya pula?!" Soalku bertalu-talu.
"Kau tengok, kau punya pasallah ni. Tak pasal-pasal aku pula yang dimarahi." Ujar Adib memarahi seseorang tapi bukan aku.
Aku pelik, kenapa tak ganas pula laki ni?
"Apa berlaku ni?" Soalku.
"It's just a..prank." Ujar Adib perlahan.
"It's a what?! PRANK?!" Aku terkejut. Penipuan semata-mata?! Aku ditipu hidup-hidup. Sudahlah aku panik, nak bawa Ryoga ke hospital pun dah tak tahu macam mana caranya.
"Saya takut tahu tak?!" Marahku menggenggam penumbuk dan menghalakan pada Adib.
Dia menahan, "Eh, jangan marah saya. Your friends' plan. Not me." Ujarnya. Kawan? Kawan mana pula?
"Happy birthday to you~" Tiba-tiba sahaja Ryoga mula menyanyikan lagu. Kenapa bangun?! Mati hidup balik ke?!
Dia duduk. Semua orang di situ sekali menyanyikan lagu itu. Termasuk orang ramai yang asyik memandang kami dari tadi. Kemudian, keluarlah kawan-kawan aku, abang aku seorang itu, dan lagi lima orang ahli Choutokkyuu. Ada yang memegang belon, ada yang memegang kotak hadiah.
Aku menoleh ke arah Ryoga yang sudah duduk di tanah itu. Aku mengambil pisau di atas perutnya. Pisau tipu sahaja?! Dia menghulurkan kotak cincin tadi.
"Your answer?" Ujarnya tersenyum memandang aku.
Kali ini air mataku tidak dapat berhenti. Perasaan aku sangat takut untuk kehilangan dia tadi masih belum hilang. Fikir senang ke perasaan takut itu nak hilang begitu sahaja?
"Ryoga Funatsu! Awak jahat! Jahat! Jahat! Saya benci awak!" Ujarku kemarahan. Aku menangis di situ. Tak kisahlah orang pandang ke apa.
Dia hanya ketawa. Ketawa?! Apakah?! Dia ketawa sedang aku masih menangis. Tapi, semua orang di situ ketawa juga.
Aku mengangkat muka lalu mencari abangku, "Abang, tengoklah dia ni buat orang! Marahlah dia! Buat sakit hati betullah!" Aku mengadu dengan nada marah sambil menunjuk-nunjuk ke arah Ryoga yang masih belum berhenti ketawa. Siapa yang faham, hanya ketawa.
Abang Koichi menganjak ke depan. Dia menuju ke arah kami.
Dia menarik telinga Ryoga, "Kau buat adik aku, ya? Memang nak kena kau ni. Dahlah prank tak ajak."
Ehh, aku minta tolong untuk marah Ryoga yang dah kenakan aku, dia kata dia mahu ikut sama kenakan aku pula.
"Ahh, ite te. (Ahh, sakit, sakit.)" Kata Ryoga kesakitan. Semua orang masih ketawa.
"Padan muka kau." Kata abang melepaskan telinga Ryoga.
Aku memandang mereka berdua lalu dengan perlahan aku mengukir senyuman melihat telatah mereka.
Ryoga memandang aku, "Ha, kan comel senyum tu."
Muka aku terus berubah menjadi masam semula.
"Awak nak tahu siapa dalang plan semua ni?" Soalnya.
"Siapa? Mesti awak, kan?" Aku memandang dia tajam.
"Saya? Saya tak adalah nak fikir sejahat ni nak buat awak. Saya tak sanggup nak buat awak sampai macam ni." Katanya.
"Habis tu, siapa?" Soalku.
"Amboi, orang dah tolong, dia kata kita jahat pula, Daus." Kata Syafiq. Aku menoleh. Aku melihat dia dan Firdaus berada di dalam kelompok itu.
"Korang yang plan prank ni?" Soalku terkejut.
"Haha, lama dah kitorang nak buat kat kau macam ni! Hahaha!" Mereka berdua ketawa.
"Awak, nak minta sesuatu boleh?" Aku memandang Ryoga dan meminta dengan lembut.
"Ha? Apa dia?" Soalnya tersenyum. Jangan fikir aku dah tak marah.
"Nak pinjam kasut." Pintaku.
"Ha? Nak buat apa?" Soalnya sambil membuka kedua kasutnya. Aku tidak menjawab. Dia menghulurkan kasutnya padaku.
Kedua-dua belah kasut itu terbang melayang ke arah Syafiq dan Firdaus.
"Aduh!" Mereka mengaduh kesakitan.
"Ha! Aku dah lama tak campak kasut pada kau, Syafiq. Last bila? Form 3, kan?" Ujarku. Mereka berdua ketawa. Syafiq memang biasa dah kena campak kasut dengan aku. Firdaus pula ini pertama kali.
Aku kembali memasamkan muka. Aku menongkat daguku pada lutut.
"Awak nak tahu siapa yang ramai-ramai ni?" Soalnya menunjuk ke arah orang ramai.
"Siapa?" Soalku pula.
"Semua ni peminat Choutokkyuu. Mereka semua datang sebab saya yang suruh." Balasnya menjongketkan keningnya.
"Kenapa pula awak suruh? Buat malu sahaja." Ujarku masih mengekalkan nada marah.
"Biarlah, saya nak mereka ni tahu yang awak bakal isteri saya. Dan saya juga nak mereka tahu yang isteri saya ni garang. Jadi, tak ada siapa yang berani ambil saya dari awak." Ujarnya.
"Ehh, bakal eh. BAKAL. Bakal tu kena ada. Kalau tidak lain maksudnya. Bakal isteri." Balasku.
"Oh, ha, bagus, itu dah menjawab soalan saya tadi." Ujar nyanyi. The
"Eh, saya belum jawab lagi." Balasku lagi.
"Kenapa? Kalau jawapannya bukan ya, takkan awak nak jawab tidak?" Soalnya.
"Saya..saya tak boleh kahwin dengan awak." Kataku. Dia terkejut.
"Kenapa? You don't love me?" Soalnya memandang aku.
"No, not about that, but, your religion...." Ujarku menunduk.
"Hei, bangun, pandang saya." Katanya. Aku berdiri. Aku dengar bunyi-bunyian di belakang yang ketawa, menahan ketawa dan juga bunyian mengusik. Aku biarkan sahaja. Nanti elok-elok nak beremosi aku tergelak pula.
Aku memandang dia. Dia memandng tepat ke dalam anak mataku.
"So, why? A muslim's girl can't marry a muslim's guy?" Soalnya. Aku terkejut. Tolonglah, aku penatlah asyik nak terkejut sahaja. Cuba lah bagi berita satu-satu. Hari ini, bagilah tahu yang kau dah ingat. Esok, bagilah tahu pula yang kau dah Islam. Lusa, barulah cakap nak kahwin dengan aku. Tak adalah macam beruk sangat aku terkejut.
Aku tak mampu nak berkata-kata. Aku nak tanya sejak bila pun dah tak mampu nak buka mulut.
"Since I know you very well." Katanya tiba-tiba. Ya! Pak Nujum aku sudah kembali.
"Awak tak perasan ya saya puasa seminggu ni?" Soalnya. Aku hanya menggeleng.
"Maknanya, awak dah ingat dari minggu lepas?" Soalku terkejut. Dia hanya mengangguk. Ish, dia rahsiakan daripada aku segala itu?
"I have to know your answer right now." Katanya masih menghulurkan kotak cincin itu pada aku.
Telefonku berbunyi menandakan seseorang memanggil aku.
"Kejap." Aku mengambil telefon itu di dalam beg.
"Helo, ma."
"Helo, Aby. I'm absolutely sure that you have the answer that I want now." Kata mama.
"Ma, I can't accept him." Kataku sambil memandang ke arah cincin di hadapan mataku itu.
"Ha? Why?" Soal mama agak terkejut.
"I love someone else." Ujarku perlahan.
"Ha?! Siapa? Don't you love Ryoga Funatsu?" Soal mama. Krik krik, krik krik. Keadaan menjadi senyap seketika. Seketika aku dan mama buntu berdua.
"Ha? Apa?" Aku agak terkejut. Apa lagi yang berlaku ni? Aku menjauhkan diri dari Ryoga dan semua orang.
"Ryoga Funatsu. Your beloved Ryoga Funatsu." Kata mama lagi.
"Wait, wait, wait, I don't understand." Ujarku.
"Obaa-san ada kat sini. Bukannya holiday ke mana-mana pun. Dia datang Malaysia untuk meminang Abylah." Terang mama.
"What?!" Aku terduduk di situ lalu ketawa sendiri. Semua orang pelik melihatku. Aku ketawa dan ketawa sehingga aku menangis. Kali ni, aku betul-betul tak tahu nak gembira ke menangis.
"You must be kidding me." Kataku.
"I'm not kidding. It's true." Balas mama. Aku ketawa lagi.
"I want your answer." Kata mama.
Aku tersenyum lebar, "Okay, okay. Yes, I accept him." Kataku.
"Yes! Okay, bye! Malam ni, balik cepat tau dengan Ryoga." Kata mama.
"Okay, ma. See you later. Assalamualaikum." Ujarku.
"Waalaikumussalam." Aku menyentuh simbol merah menandakan untuk mematikan talian sejurus mama habis menjawab salamku itu. Aku menoleh ke arah mereka semua. Aku memandang ke arah Ryoga lalu menuju ke arahnya.
"Okay, your game is over now, Ryoga Funatsu. Saya dah tahu semuanya." Ujarku.
"About oka-san, right? It's their plan too." Kata Ryoga menunjuk ke arah Syafiq dan Firdaus. Mereka berdua menjongketkan kening beberapa kali ke arahku.
"Eii, nasib baiklah, prank dan plan korang ni, happy ending." Kataku lalu tertawa.
"Well, ini Syafiq lah." Kata Syafiq membangga.
"Eh, bukan kau je. Aku juga." Kata Firdaus pula.
"So? I've waited too long for your answer, baby." Keluhnya.
"Cakap je lah ya. Lambat lah kau ni." Kata Syafiq.
"Ya, ya, okey. Bagilah aku feel kejap. Alah, kau ni." Ujarku. Mereka ketawa.
"Saya terima." Kataku. Nak tunggu aku terima tu, lama betul. Macam-macam betul jadinya hari ini. Haha.
"Yes! Wohoo!" Dia menari kegirangan.
Aku ketawa, "Hei, malulah orang tengok. Awak ni menari macam budak kecil dapat gula-gula pula." Kataku lalu ketawa.
Dia berhenti lalu turut ketawa memandangku.
"Okay, we have one more suprise for you. Tengok ni." Katanya.
Dia menepuk tangannya dua kali, "Flower crown!" Panggilnya dengan nada yang gembira.
Semua orang membuka laluan. Aku menunggu siapa yang akan muncul di laluan itu.
Seorang budak perempuan yang comel memakai gaun ungu tersenyum manis muncul bersama abangnya yang memakai tuksedo ungu. Abangnya membawa satu flower crown yang bunganya berwarna ungu. Mungkin itu flower crown yang diseru oleh Ryoga tadi.
"Quieshah! Iesh!" Jeritku teruja.
Mereka berdua datang ke arah kami berdua.
"Okey, ini siapa punya kerja pula ni?" Soalku.
"Cadangan diorang, plan kitorang." Kata Alyn menunjuk ke arah Syafiq dan Firdaus dan kitorang itu merujuk kepada dia, Dini, Hannah dan Eca.
"Cincin." Pinta Quieshah daripada Ryoga. Ryoga memberi cincin itu pada Quieshah.
"Hand." Pinta Quieshah daripadaku pula. Aku memberi tanganku padanya. Dia memakaikan cincin itu pada jari manisku.
"Terima kasih." Ucapku. Dia tersenyum lebar sambil menayangkan giginya yang tak seberapa.
"Abang Ryoga, nah." Iesh memberi flower crown itu pada Ryoga.
"Terima kasih." Ucap Ryoga.
Ryoga mengambil flower crown itu dan memakaikannya padaku.
"You look cute." Katanya. Aku ketawa.
"Thank you." Ucapku tersenyum.
"Ha, dah, dah. Kita ada jamuan lagi ni. Let's go to the restaurant! Minna-san, ikimasho yo! (Jom, semua!)" Kata Kak Syera.
Semua menyahut, "Hai'!"
Semua mengekori Kak Syera menuju ke restoran. Baru sahaja aku melangkah mahu mengekori mereka. Aku ditahan.
"Sekejap, saya nak cakap dengan awak." Katanya tiba-tiba. Aku menoleh.
"Duduk dulu." Katanya. Aku akur. Aku duduk.
"Tadi tu, semuanya plan mereka. Plan saya dengan mereka. Surprise yang saya dan mereka rancang bersama untuk awak." Katanya. Dia mengutip kasutnya yang aku baling tadi. Hehe. Dan juga kasutku yang dia baling tadi. Eh, haahlah, aku nak ikut mereka, tapi tak pakai kasut. Hahaha!
"Now, it's just two of us. Saya ada hadiah untuk awak." Katanya.
"Ha? Hadiah apa lagi? Semua ni dah lebih daripada cukup untuk saya terima sebagai hadiah." Soalku.
Dia mengeluarkan sebuah kotak.
"Izinkan saya nak buat sesuatu." Katanya.
"Apa dia?" Soalku tertanya-tanya.
Dia membuka kotak itu. Kasut bertumit tinggi yang tidak terlalu tinggi.
"Untuk saya?" Soalku.
"Siapa lagi yang saya ada selain awak?" Soalnya. Eleh, sweet sangatlah tu?
Dia memakaikan aku kasut itu.
"Wah, it's fit me perfectly. Arigatou." Kataku tersenyum.
"Kochira koso arigatou. (Terima kasih juga.)" Dia juga tersenyum.
"Comellah awak pakai baju Melayu dan songkok macam ni." Ujarku.
"Hehe, kalau awak nak tahu, saya biar rambut hitam ni sebab awak suka rambut saya warna hitam." Katanya.
"So sweet." Ujarku.
"Awak pun comel pakai yukata ni. Bagusnya, naughty girl saya ni, sebab ingat pesan saya." Ujarnya tersenyum.
"Mochiron. (Of course.)" Balasku turut tersenyum. Bahagianya rasa.
"Okay, now, let's go to the restaurant!" Ajaknya.
"Jom." Sahutku. Kami menuju ke restoran suami Kak Syera.
Setibanya kami di sana, mereka semua sudah mula makan. Restoran itu dihiasi untuk menyambut hari jadi aku. Macam-macam jenis belon ada. Belon berbentuk hati. Belon berwarna bermacam jenis ungu. Belon bernombor 18 dan belon huruf yang tertulis 'Happy Birthday Wan Sakinah' turut berwarna ungu. Okey, aku dah cukup terharu.
Aku pergi ke arah kawan-kawanku yang makan di satu meja.
"Eh, mana Eca?" Soalku.
"Kau rasa?" Soal Alyn pula.
Aku memandang ke arah meja yang Choutokkyuu duduk iaitu di belakang meja kami.
"Okey, Yuki tak ada. Faham." Ujarku mengangguk. Pasti Yuki membawa Eca main roller coaster seperti yang dijanjikan. Kami ketawa bersama. Sekarang, satu je aku nak cakap. Aku bersyukur di atas segala-galanya. Aku tersenyum sendiri.
__Tamat__

Okey, di kesempatan ini, Miss Sakura nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi membaca dan menunggu sehingga pengakhiran cerita ini. Miss Sakura harap sangat korang seronok bila baca cerita ni. Jaa, mata ne! P/s: Ada ke yang nak tahu apa jadi seterusnya pada mereka semua lagi lagi Ryoga dan Sakinah? A sequel maybe? ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience