"Farid Husin bin Dato sri Hassan kamarudin, anak yang kelima dari lima adik beradik, kelulusan ijazah.. ijazah hmm.. macam mana nak sebut"
Bisik Fazura agak sukar baginya menyebut perkataan English bila membaca profile Farid Husin di skrin Telefon pintarnya, sebelum mengalih pandangan melihat kotak coklat di atas lantai masih belum di buka dan beberapa keping voucher Aeon di atas tilam
"Sekurang-kurangnya lepas dia malukan aku, ada juga balasan dia bagi balik kat aku"
Bisiknya lagi dengan wajah lelah
"Alhamdulilah rezeki di pemalukan, nanti aku boleh belikan mak ngan adik pakaian,"
Fazura tersenyum kemudiannya mengambil ke semua Voucher di atas tilam di selitkan di bawah bantal lalu melabuhkan kepalanya di atas bantal tersebut
Fazura merenung siling bilik sambil berbaring beralaskan tilam nipis di lantai, hatinya tertanya-tanya jika ada wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki seperti Farid Husin bahkan fikirannya cuba membayangkan bagaimana wanita itu akan melalui hidup-hidup seharian dengan lelaki yang tidak segan silu mengeluarkan kata-kata biadap pada wanita tanpa ada perasaan bersalah
"Mungkin dia hanya cakap macam tu pada aku je, sebab aku nie cuma cleaner"
bisik Fazura bila mengingat Farid Husin menyebut dirinya stupid dan lahabau
Keesokan harinya
Farid Husin bersiul-siul di hadapan cermin sambil merapikan rambutnya sebelum mengambil blazer hitam tergantung di dinding almari, selepas mengenakan blazer tanpa dasi dia lantas menapak keluar dari bilik
"Selamat pagi ayah, mak"
Ucap Farid Husin sebelum duduk di kerusi meja makan untuk berserapan dengan ayah dan ibunya
Dato sri Hassan kamarudin sekadar mengangguk dengan ucapan anak bongsunya manakala Datin sri Sahara pula kelihatan merenung wajah anak bongsunya itu
"Kenapa Farid tak pakai tali leher?,"
Tanya Datin sri Sahara sambil mengisi hidangan nasi goreng di atas pinggan
"Panaslah mak, nanti asyik nak longgarkan je kat leher nie, rimas, elok macam nie je, barulah seksi"
Jawab Farid Husin, mengeyit mata pada ibunya sambil tangan kanannya mengambil pinggan berisi hidangan nasi goreng dari ibunya
"Seksi?,"
Ucap Dato Hassan kamarudin tersengih tipis
"Seksi lagi mulut kau tu Farid,"
Farid Husin tersengih lantas memandang ayahnya
"Ayah perli ke?,"
Dato sri Hassan kamarudin tidak menjawab hanya memandang Farid Husin sambil otaknya ligat memikirkan bagaimana harus memberitahu anak bongsunya tentang rakaman yang telah tersebar di kalangan staf-staf syarikatnya membabitkan kelakuan anak bongsunya itu
"Mana alang mak?,"
Tanya Farid Husin dengan anak mata melirik-lirik ruangan itu
"entahlah Farid, dari semalam Alang tu tak balik"
Jawab Datin sri Sahara mengerut wajahnya yang masih terlihat cantik walaupun usia hampir mencecah 60 tahun
"Bezinalah tu kat luar,"
"Hiss kau nie Farid, mulut..,"
Datin Sri Sahara mengeleng kepala memandang wajah anak bongsunya kemudian mengalih pandangan ke arah suaminya hanya diam menikmati nasi goreng tanpa mempedulikan ucapan tadi
Farid Husin memandang wajah ibunya
"Habis tu, dia buat apa lagi kat luar sana mak, tak akanlah alang tu berkerja semalaman"
"Tak usahlah cakap yang bukan-bukan, itukan abang kau Farid"
"Farid cakap jujur je mak, jangan esok, ting tong, buka-buka je pintu terpacak pompuan sarat mengandung, bayangkanlah kalau asyik ting tong, ting tong je, bertambahlah cucu-cucu mak nanti"
Kata Farid Husin tersengih-sengih
"Kau nie Farid.."
Dato sri Sahara mengeleng kepala hanya pasrah mendengar kata-kata anak bongsunya itu
"Mak kena kahwinkan je cepat-cepat si alang tu mak, mana tahu perangai dia boleh berubah"
Kata Farid Husin memandang ibunya
Kata-kata Farid Husin itu membuatkan anak mata ayahnya menjeling padanya
"Kahwin ye?,"
bisik Dato sri Hassan kamarudin dengan bibir tersengih tipis masih menjeling anak bongsunya
Selepas berserapan pagi bersama ayah dan ibunya, Farid Husin duduk seketika di dalam kereta membiarkan enjin keretanya hidup, jari jemarinya kelihatan ligat menaip di skrin telefon pintarnya membalas Whatsapp pada rakan-rakannya setelah itu dia membuka mesej dari abang sulungnya wajahnya berubah tiba2 bila melihat sebuah rakaman seorang lelaki sedang memegang kepala seorang wanita, Bibir Farid Husin terlihat tersengih-sengih menonton rakaman itu
Beberapa detik kemudian kereta BMW berwarna merah di pandu Farid Husin bergerak melewati pagar rumah banglo lalu menyusur laju di atas jalan raya
Matahari yang bangkit tidak terlihat di langit terlindung di balik awan gelap sehingga hampir mustahil untuk tahu sama ada pagi akan hujan atau cerah dengan sinarnya,
Farid Husin bersiul-siul di dalam kereta wajahnya telihat tenang walaupun keadaan jalan raya ketika itu sudah mulai sesak dengan pelbagai jenis kenderaan yang ingin memasuki ke dalam pusat bandar kuala lumpur,
"He's nervous, but on the surface he looks calm and ready
To drop bombs, but he keeps on forgettin'
What he wrote down, the whole crowd goes so loud"
Kedengaran kuat bunyi ringtone dari Telefon pintar di dalam kereta, Farid Husin mengeling anak matanya pada tablet kereta tertera nama pemanggil
Farid Husin tersengih kemudian memasukkan earphones di telinganya sebelum menjawab panggilan itu
"Selamat pagi farid"
"Yo Hamdan selamat pagi"
"Department nie dah kosong, tinggal aku sorang je nie?,"
"Good job, fat boy.."
Farid Husin tersengih-sengih
"Hey kau nie, sempat lagi, habis tu kau dah call ke diaorang semua?,"
"Aku dah whatsapp diorang dah, terpulanglah kalau diaorang nak terima atau tak, kalau tak, kita offer jela kat orang luar"
pemanggil itu diam seketika di talian
"Weii.. kau dah tengok ke rakaman kau tu, kecoh siot.."
Farid Husin tergelak
"Barulah namanya anak Dato"
"Gila lah kau Farid, selamba kau je buat macam tu"
"Ah dahla... nanti jangan lupa jemput aku kat bawah"
"Okay.. okay beres Bos"
Setelah hampir 30 Minit berlalu sebuah kereta BMW jenis M4 Competition Coupé berwarna merah memarkirkan kereta di tempat khas di di luar lobi bangunan Teguh holding
Pengawal bangunan yang menjaga pintu lobi segera manapak menghampiri kereta yang tidak di kenali memarkirkan kereta di tempat khas
Farid Husin lantas keluar dari kereta, kelihatan segak dan tampan mengenakan blazer dan kemeja putih tanpa dasi berjalan dengan lagak bersahajanya sambil melihat pengawal bangunan berdiri di sebelah keretanya sambil menuduk kepala
"Selamat pagi encik Farid"
Ucap pengawal bangunan itu dengan wajah serba salah, tak menjadi menegur bila melihat pemandu kereta itu adalah farid Husin
"Yo selamat pagi"
Balas Farid Husin sambil berjalan ke arah pintu lobi sambil di ekori pengawal bangunan tadi
"Nanti kalau kakak aku bising, kau cakap je aku yang parking kat situ, kalau dia tak puas hati suruh je dia jumpa aku"
Kata Farid Husin pada pengawal bangunan, dia malah tahu jika tempat parking itu adalah khas untuk kereta kakak keduanya
"Baik.. baik encik Farid"
Namun di saat Farid Husin sedang menghampiri pintu Lobi suasana di luar lobi itu berubah hening apabila staf-staf Teguh holding yang sedang berjalan ke arah pintu lobi secara tiba-tiba menghentikan langkah setelah melihat kelibat lelaki bersuit hitam yang sangat di kenali mereka sedang berjalan masuk ke dalam bangunan
"Selamat pagi encik Farid"
Ucap dua orang wanita hampir serentak berdiri di balik kaunter sambil tersenyum lebar bila melihat Farid Husin masuk ke dalam lobi
Fazura yang asyik menyiram pokok bunga lantas menoleh bila mendengar nama yang di sebut penjaga kaunter tadi, anak matanya terpaku bila melihat seorang lelaki segak dan tampan bersuit hitam berjalan menghampiri kaunter lobi,
"Kacaknya"
Bisik Fazura
"Selamat pagi"
Balas Farid Husin terus berjalan ke arah penghadang laluan tanpa memandang ke arah kaunter
"Weii.. dia tak tengok pun kita"
Kata salah seorang penjaga kaunter masih memerhati ke arah Farid Husin
"Ah.. biar jelah, janji dia ada bagi kita Voucher Aeon"
Balas rakannya kemudian kedua-duanya saling berpandangan lalu tersenyum riang
Suasana di dalam lobi kelihatan sangat tegang bila staf-staf Teguh holding sekadar berdiri di tepi penghadang laluan menunggu farid Husin melewati penghadang laluan itu duluan
"Hey Farid!,"
Jerit seorang wanita tiba-tiba kelihatan menapak laju ke arah penghadang laluan
Farid Husin lantas menoleh memandang ke arah wanita itu dengan wajah tenang
"Parking tu, kak ngah punyalah.. mana boleh farid ambik sesuka hati"
Kata Fazilah dengan raut wajah berang
"Kak ngah pergi jelah parking kat bawah, bukan jauh pun"
Jawab Farid Husin bersahaja sebelum menoleh pandangannya ke arah lelaki gemuk sedang berdiri di balik penghadang laluan
Fazilah seakan mati kata-kata bila melihat wajah-wajah staf di ruangan lobi sedang memandang ke arahnya, lantas menghentakkan kasut ke lantai sebelum meninggalkan ruangan lobi
Di saat yang sama Fazura kelihatan berdiri di tepi tiang lobi diam-diam memerhati ke arah Farid Husin namun di saat itu Farid Husin kelihatan mengalih pandangan memandang ke arahnya membuatkan jantungnya berdengup laju
Share this novel