15

Romance Series 93217

Perjalanan selama 19 jam 15 minit ini ternyata sungguh meletihkan. Apatah lagi ianya merupakan pengalaman pertama buat Aayra menempuhi detik - detik seperti itu. Selama hidupnya, dia tidak pernah menaiki kapal terbang dalam tempoh yang lama seperti itu dan ternyata ianya sangat mengujakan walaupun pada dasarnya ianya sangat meletihkan. Sepanjang perjalanan tadi, dia hanya tidur tanpa mempedulikan suaminya di sisi. Mujurlah mereka menaiki penerbangan kelas pertama. Jadi layanan yang diberikan oleh para petugas penerbangan sudah pastilah layanan yang paling terbaik. Sedikit sebanyak ianya sudah mampu membuatkan Aayra berasa selesa sepanjang perjalanan.

Setiba mereka di Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport, mereka langsung disapa oleh seorang pemandu pelancong yang berdiri tidak jauh dari pagar balai ketibaan. Di tangannya terdapat sepanduk kecil yang tertera nama Harraz dan Aayra di situ. Senyuman terukir di bibirnya lalu dia memperkenalkan dirinya sebagai Steve. Steve telah diamanahkan untuk membantu mereka berdua sepanjang tempoh berada di Mauritius ini. Dari gaya lelaki itu, jelas kelihatan orangnya sangat peramah dan periang. Hal ini sedikit sebanyak agak membantu dan melegakan hati Harraz dan Aayra. Pasti mereka berdua tidak akan menghadapi masalah untuk meminta bantuan darinya apatah lagi orangnya juga begitu fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, Steve tidak henti - henti berbicara mengenai keindahan dan keunikan yang dimiliki oleh negaranya. Dari penceritaannya, tahulah Aayra bahawa Steve memang merupakan anak jati negara itu. Jadi tidak hairanlah mengapa lelaki itu begitu banyak info yang diketahuinya berkaitan Mauritius. Dari jauh Aayra sudah dapat melihat sayup - sayup pemandangan hotel St Regis Mauritius Resort. Dari pembacaan Aayra, hotel St Regis Mauritius Resort itu terletak betul - betul di hadapan sebuah pantai. Pemandangan Lautan Hindi dan Gunung Le Mourne Brabant adalah tarikan utama hotel berkenaan.

Selesai proses pendaftaran penginapan, Harraz dan Aayra masing - masing dibawa menuju ke bilik mereka yang terletak betul - betul berhadapan sebuah pantai. Dari apa yang Aayra ketahui, Harraz telah pun menempah sebuah bilik grand suite yang menjanjikan sebuah pemandangan yang sangat menarik dan memukau matanya dan ternyata Harraz memang tidak menipu. Hampir melopong mulut dan pandangan Aayra sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam bilik berkenaan. Keluasan bilik hotel itu umpama luas sebuah ruang tamu baginya. Malah lebih mengujakan lagi apabila katil mereka betul - betul menghadap pemandangan laut. Aayra bagaikan terpukau. Tubuhnya mengeras di situ. Belum pernah dia merasai pengalaman menginap di hotel mewah seperti itu dan sudah pasti pengalaman ini sangat mengujakan buat Aayra. Sungguh tak tercapai dek akalnya akan menikmati semua ini lalu sepantas kilat pinggang Harraz dirangkul dari belakang.

“Kenapa abang buat semua ni untuk sayang?" Soal Aayra dengan rasa tidak percaya.

Harraz tersenyum lalu pelukan isterinya dilonggarkan. Dia menarik tubuh Aayra menghadapnya. Tangan isterinya digenggam erat lalu dibawa ke bibirnya. Tangan itu dicium dengan penuh rasa cinta.

“Because I love you and I want to see you happy and comfortable while we're here." Balas Harraz lembut.

Anak mata mereka bertembung antara satu sama lain. Jelas terpancar kebahagiaan di wajah masing - masing. Aayra benar - benar terharu. Dia tidak menyangka bahawa dia akan memperoleh layanan yang teristimewa seperti itu.

“Thank you, abang. Thank you so much. Sayang tak tahu macam mana nak balas budi baik abang. Abang buat sayang rasa seperti insan yang paling bahagia di dunia ni. Sayang..."

“Because you are an angel in my heart and you deserve to be happy." Balas Harraz laju sebelum Aayra sempat menghabiskan kata - katanya.

“But it's to much abang. Sayang takut sayang tak mampu menjadi isteri yang terbaik seperti yang abang harapkan." Balas Aayra gusar.

“Sayang, kenapa cakap macam tu? Bagi abang, sayang dah cukup sempurna dah di mata abang. Untuk apa lagi abang nak mengharapkan sesuatu yang lebih dari sayang andai apa yang sayang berikan selama ini dah cukup terbaik untuk abang. Lagipun kalau bukan dengan sayang, dengan siapa lagi abang nak kongsikan semua ni? Betul tak?" Ujar Harraz lembut.

Aayra tidak menjawab sebaliknya bibirnya hanya mengukirkan senyuman manis buat suaminya. Jauh di sudut hatinya dia benar - benar terharu dan bersyukur dengan apa yang diperolehinya. Doanya biarlah ikatan perkahwinan ini mampu berkekalan hingga ke akhir usianya.

****************************************

Seusai membersihkan diri dan menunaikan fardhu solat, Aayra dan Harraz masing - masing menuju ke restoran hotel untuk mengisi perut. Sejak dari pagi lagi mereka berdua belum menjamah sebarang makanan. Hanya berbekalkan buah di dalam kapal terbang semalam, mereka menahan lapar sehingga kini. Salah mereka juga kerana tidak menjamah sebarang makanan berat yang disediakan di dalam kapal tersebut. Masing - masing menolak saat dihidangkan menu tersebut dengan alasan mereka hanya ingin berehat dan masih terasa kekenyangan saat itu.

Untuk hari ini, Aayra dan Harraz tidak bercadang untuk melakukan sebarang aktiviti memandangkan masing - masing masih terasa keletihan akibat perjalanan yang panjang semalam. Jadi kedua - duanya hanya mengambil keputusan untuk berehat di bilik mereka sahaja. Bagi Aayra dan Harraz, masih banyak masa untuk mereka lawati bumi Mauritius memandangkan tempoh percutian mereka ke sini agak panjang.

Memandangkan Mauritius ini merupakan negara yang majoritinya dipenuhi dengan kaum India, jadi tidak hairanlah mengapa kebanyakkan menu yang disediakan di sini semuanya berasaskan makanan India. Namun masih juga ada masakan yang berasaskan western and asian. Jadi ianya bukanlah suatu perkara yang sukar buat Aayra dan Harraz.

“Sayang.. " Panggil Harraz sebaik sahaja mereka selesai menjamu selera. Saat itu mereka berdua beriringan menuju ke tepi pantai yang berdekatan hotel penginapan mereka.

“Ya abang." Aayra langsung menoleh ke arah suaminya. Genggaman jari - jemari mereka semakin kuat bertaut.

“Boleh abang tanya sesuatu?" Soal Harraz.

Aayra mengangguk perlahan sebagai isyarat membenarkan Harraz mengajukan soalan kepadanya.

“Kenapa di dalam banyak - banyak tempat yang ada, sayang pilih Mauritius eh?" Soal Harraz penuh tanda tanya.

Aayra tersenyum. Dia seperti sudah dapat mengagak akan soalan itu. Sejujurnya dia sendiri tidak pasti akan jawapan yang sebenar. Namun apa yang boleh dikatakannya, Mauritius adalah suatu negara yang sangat tenang dan romantis. Keindahan alam flora dan fauna yang menutupi negara ini sedikit sebanyak telah membuatkan jiwanya terbuai - buai sebaik menjejakkan kaki ke sini. Apatah lagi dia merupakan seorang yang sangat cintakan keindahan alam flora dan fauna.

“Sebab ianya sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam flora dan fauna." Ringkas dan padat jawapan yang diberikan Aayra.

Harraz tersenyum. Faham benar dia dengan sikap isterinya yang satu itu. Aayra memang seorang yang begitu menyintai alam sekitar. Walaupun ianya kelihatan sedikit pelik, namun pada hakikatnya Harraz turut bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Aayra sebelum ini. Dengan keindahan alam inilah yang sebenarnya mampu membuatkan akal fikiran kita berasa tenang dan selamat. Malah dengan fikiran yang tenang, kita juga bisa melakukan sesuatu perkara dengan lebih optimis. Jadi hal ini sedikit sebanyak mampu membuatkan kita berasa lebih bersemangat untuk meraih sesebuah kejayaan.

"Sekarang abang dah faham kenapa sayang abang ni sentiasa bersikap optimis dalam apa jua keadaan pun. Untung abang dapat isteri yang berfikiran positif macam ni. I love you, sayang." Ucap Harraz sambil menarik bahu Aayra ke dalam dakapannya.
"I love you more, abang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience