Chapter 22

Family Completed 22837

Bab 22

“Ingat, Jiya. Couple bagai tu tak boleh dan benda tu bukannya cinta. You just haven’t controlled your temptations yet. Nak ke dia terima Jiya kalau Jiya tak ada telinga sebelah? Nak ke dia terima Jiya kalau Jiya lumpuh? Jiya masih muda.”

Aku terlongo. Along merapu apa ni? Asal boleh masuk bab cinta pulak?

“Jangan dekati maksiat, Jiya.”

Blur.

Nampak macam aku dengan pak cik tu dating ke? Kalau aku nak dating pun, aku takkan dating dengan lelaki tua macam tu. Aku hanya mendengar ceritanya sebab dia tak tahu nak ceritakan kepada sesiapa. Itu saja. Bukannya bercinta bagai. I’m too young to fall in love, y’know. Tak pernah terniat pun nak bercinta. Pak cik tu pun tak pernah cakap apa-apa pasal cinta.

Along ni dah salah faham.

“Jaga diri. Jangan mudah serahkan hati dekat orang. Along tak nak Jiya buat benda bukan-bukan. Tak cukup ke dengan kasih sayang yang abah, mama, Along, Lut dengan Daniel bagi? Kenapa nak kena tagih kasih sayang seorang lelaki yang tak dikenali?” soal Along lagi.

Tak pernah sekalipun aku tagih kasih sayang pak cik tu. Pak cik tu just tagih kasih sayang mak dia saja. Kasih sayang aku tak pernah dia tagih dan aku lagilah tak pernah tagih kasih sayang dia.

“Even if you love him, you don’t have to tell him.”

But I don’t love him. Pfftt…

“Stop meeting him.” Suara Along naik seoktaf.

Kepala kugelengkan. Mata Along terus terbuntang.

I need to meet him. I wanna help him. Dia tak boleh attempt suicide lagi. Dia kena tahu betapa berharganya kehidupan dia. Aku tak nak dia sia-siakan hidup dia. Cukuplah dia bunuh diri selama ni. Cukuplah dia sesal dengan hidup dia. Sudah tiba masanya dia mulakan hidup baru. He deserves a chance. He deserves to be a new person.

Aku kesiankan dia.

“Kenapa tak boleh pulak?”

Senyap.

Malas nak terang. Nanti lagi panjang cerita. Along akan tanya macam-macam. Aku tahu Along buat semua ni sebab dia sayang akan aku tapi dia dah salah faham.

Nafas aku tarik dalam-dalam dan aku buat isyarat yang aku dan pak cik tu bukannya bercinta. Rahang bawah Along jatuh dan dia garu dahi. Pening kepala agaknya. Aku senyum. Along perlukan masa untuk faham semua ni.

“Dia tu siapa?”

Aku tulis perkataan kawan di udara.

“Kawan Jiya?”

Nod.

“How old is he?”

Aku tunjuk nombor dua dan nombor lapan.

“28?” aju Along dan aku senyum.

Dia kaget. Tak sangka yang lelaki tu dah tua.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Najya akan mendengar nasihat Along atau masih mahu berkawan dengan lelaki itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience