1: Oh tidak!

Drama Series 2313

Wangian jenama Boss itu disembur sedikit, lalu tuxedo hitam rekaan khas dari jenama yang sama dikemaskan buat kali terakhir. Setelah yakin dengan penampilan malam ini, Jean senyum sendiri di hadapan cermin.

Malam ini dia bakal menghadiri acara 'GQ Men of The Year'. Harus tampak segak dan kemas. Biar tak tercalon pun, asal bergaya.

"Eliya!" jerit Jean tatkala melangkah keluar dari biliknya.

Reaksi Eliya yang sedikit terkejut tak dihiraukan. Badan dipusing sambil membuat aksi tembak-menembak seperti dalam filem.

"How do i look? Macam James Bond tak?" tanya Jean lagi. Senyuman 'killer' ditayang kepada manager merangkap pembantu peribadinya itu.

"Perfect, Jean. Like always. Dah, jom! Lewat nanti!"

Eliya seperti biasa, perlu mengingatkan Jean tentang bermacam hal. Segala pergerakan dan aturcara majlis malam itu diterangkan kepada Jean. Agar bosnya itu tidak 'tersasar'. Bukan boleh percaya sangat si Jean ni.

"Kalau takda pape, kita dah boleh gerak sekarang. Driver pun dah sampai." Eliya membetulkan sedikit kot dipakai Jean.

"Can i drink though, tonight? Boleh laa! Pleaseeee!" Jean tayang muka comel, dan selalunya Eliya mesti mengalah.

"Yeah, but not too much please."

"I won't. Lagipun cuti tiga hari kan? I'll be good." balas Jean sambil membayangkan afterparty yang pasti meriah dengan persembahan dan... Alcohol.

"Suits yourself, let's go!"

.

Usai sahaja acara malam itu, Jean sudah tidak dapat berjalan dengan betul. Terpaksa lagi Eliya mengangkut dia pulang sebelum Jean 'terpesong' lebih jauh.

"Kan i dah cakap, you ni degil lah!" bebel Eliya sambil dia dan seorang pemandu teksi memapah Jean yang hampir terkulai.

Segala nasihat Eliya lewat petang tadi sudah dia lupakan tatkala berjumpa dengan bekas kekasihnya, Carolina di acara yang dihadiri. Lagi frust bila Carolina datang bersama teman lelaki barunya. Jean rasa dia kalah teruk.

"You've seen her? Oh my god! Dia ingat dia lawa sangat ke?!" balas Jean separuh sedar.

"Tapi memang lawa pun..." Jean senyum tawar.

"Thank you, sir. I'll take him." Eliya ucapkan kepada pemandu tadi sambil bersusah payah membuka kunci apartment Jean.

"Dia ingat dia boleh buat i jealous? No way, man! Ni Jean lah!" Jean masih terkumat-kamit sendiri.

"You jealous, sebab tu sampai mabuk-mabuk macam ni!"

Eliya merebahkan Jean di atas katil lelaki itu. Bukan main berat lagi mamat tu! Dua kali berat bila dia mabuk-mabuk.

"I thought you said you moved on. Come on, Jean."

"Doesn't mean i can see her, with another man! Fuuuuuuccckkkk!" jeritan Jean memenuhi ruang.

"Prove her that you moved on then. Cari girlfriend baru. Buat dia jealous jugak, apa masalahnya." cadang Eliya buat kesekian kalinya.

Bukan tak ada yang mahukan Jean, beratur perempuan sanggup menunggunya. Tetapi Jean yang jual mahal. Sebab dia masih sahaja teringatkan kisah cinta lama dengan si gadis Itali, Carolina itu.

"Girls are crazy over you, Jean! Tinggal pilih je! You yang tak nak. See, you didn't even listening!"

Membiarkan Eliya bercakap sendiri, Jean buat-buat tutup telinga. Mulalah dia nak menguap. Lalu dia menolak perlahan Eliya ke muka pintu.

"Yes, makcik. Thank you for tonight. See you later."

"Ugh! You ni memang kan!" Eliya membiarkan dia didorong hingga ke depan.

"I mengantuk lah! You balik dulu, okey? Bye Eliya!"

Jean sempat  melayangkan flying kiss ke arah Eliya. Pintu ditutup, lalu dia bersandar di situ. Perlahan-lahan tubuh menyorot ke bawah. Akhirnya dia rasakan matanya makin memberat.

.

"Uwekk..."
"Uwekk..."
. .
"Uweekkkk...!"
"Uweekkk.....!!!"

Bunyi tangisan bayi menganggu lena Jean. Jean panggung kepala, makin dia ingin mengendahkan bunyi itu makin kuat pula dia dengar.

"Baby sapa pulak ni...." rungutnya sambil mencapai telefon di sisi katil.

"Baru pukul 6 la... Damn..."

"Uweeekkk!" bunyi bayi menangis itu sekali lagi menerjah telinga Jean.

Jean bangun dengan malas, langkah di atur ke pintu utama kerana bunyinya datang dari situ. Setahunya di aras ini tidak ada jiran-jiran yang punya anak kecil. Makin dia mendekat, makin tak sedap rasa hati.

Pintu dibuka, Jean disajikan dengan pandangan yang mengejutkan. Seorang bayi kecil di dalam selimut sedang mengongoi tanpa henti. Betul-betul depan pintunya.

"Holy shit!" Jean termencarut perlahan.

Jean melangkah ke luar sedikit. Dipandangnya kiri dan kanan. Tiada kelibat sesiapa. Macam mana pula boleh ada bayi di hadapan rumahnya. Siapa yang tinggalkan?

"Siapa punya baby pulak ni, aduh!"

Tangisan bayi yang masih bersisa itu membuatkan Jean cuba untuk mengangkatnya.  "Shh... It's okay..."

Beberapa saat setelah di dalam pangkuan Jean, tangisan bayi itu beransur hilang.

Jean pandang wajah bayi yang putih bersih itu. Matanya biru, kulitnya mulus tanpa cacat cela. Tiba-tiba dia terfikir sendiri. 'Takkanlah anak aku? Mengarut!'

Tak boleh jadi ni! Hatinya resah. Jean berjalan sepanjang koridor apartmen sambil memangku bayi itu.

"Hello? Hello? Is anybody out here?"

Kedua belah sayap koridor dilewati, tiada seorang pun yang kelihatan. Lagi pun waktu masih awal. Makcik cleaner yang selalu lalu lalang juga tiada memandangkan hari ini hari cuti.

Jean mati akal. Dahi mula berpeluh. Sedang dia menepuk bayi itu lembut, Jean terpandang sekeping kertas kecil yang terselit di celah topi yang dipakai bayi itu.

Ada sebaris nota yang tertulis. Jean mengambilnya dan membaca penuh teliti.

"Please take care of him."

Hanya sepotong ayat itu, dengan tulisan agak comot.

Oh tidak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience