BAB 11 – MASANYA TIBA

Mystery & Detective Completed 8363

Keesokan harinya, di Sekolah Menengah Utara, semasa rehat tengahari.
Han, Rin, Shira, Herien dan Harry berjumpa di bilik seni, seperti yang
dijanjikan. Tetapi cuaca sedikit berubah, keadaan sekolah menjadi basah
kerana hujan, dan semua pelajar sekolah sudah pulang kecuali kelas 4 Biruni
sahaja yang ada dan masih meneruskan pembelajaran hingga petang nanti.

"Baiklah, semua sudah ada disini, mari kita pergi" kata Shira.
Mereka semua bergerak menuju ke bangunan ketiga sekolah dan turun ke
bawah tanah. Mereka akhirnya sampai di lorong yang membawa malapetaka
dan berdiri di hadapan papan tanda 'Dilarang Masuk' yang menghalang
jalan masuk untuk ke lorong itu.
"Baiklah kita dah sampai di lorong malapetaka itu" kata Herien.
"Siapa yang nak masuk dulu?" tanya Han.
"Kamulah, Shira" arah Harry.
"Kenapa saya?!" marah Shira.
"Kamulah yang beria-ria nak masuk ke lorong ni" kata Herien.
"Itu, betul. Tapi bila dah sampai di depan ni, rasa takut pula" kata Shira.
"Apa la kau ni" kata Han.
"Biar saya yang masuk" kata Rin.
Rin melangkah papan tanda tadi dan masuk dengan selamat.
"Tengok, tidak ada apa yang berlaku" kata Rin yang selamat.
Han melangkah masuk diikuti dengan Shira, Herien, dan Harry.
Mereka akhirnya berjaya masuk ke lorong tersebut.
"Gelapnya" kata Shira.
"Jangan risau saya ada bawa lampu suluh" kata Herien sambil menguarkan
lampu suluhnya dari poket.
Herien menyuluh lampu suluhnya ke lorong yang gelap itu dan didapati
terdapat darah yang masih cair. Mereka semua terkejut.
"Darah apa tu?" tanya Shira yang takut.
"Pedulikan darah tu. Bagi saya lampu suluh tu" kata Rin sambil mengambil
lampu suluh dari tangan Herien.
"Mari kita teruskan" kata Rin lagi dan meneruskan perjalanan melalui
lorong yang gelap itu dan diikuti dengan yang lain.
Lorong itu sangat panjang dan tidak tahu di mana penghujung.
"Kita sebenarnya nak ke mana ni?" tanya Han.
"Kita akan cari hujung lorong ini" kata Rin.

2 minit kemudian, perjalanan mereka terhenti apabila terjumpa dengan
seorang budak kecil yang berdiri di jalan mereka. Mereka semua terkejut
takut. Shira menjerit ketakutan. Tiba-tiba budak tadi menjerit dengan
amat kuat sehingga didengari oleh pelajar kelas 4 Biruni. Semua lampu sekolah
tersebut terpadam dengan sendiri dan pintu-pintu keluar dari sekolah itu
terkunci dengan sendiri, bagaikan ada sesuatu yang halimunan mengunci
pintu itu. Keadaan sekolah menjadi gelap kerana tiada cahaya daripada
lampu dan keadaan di luar pula gelap kerana hujan. Han, Rin, Shira,
Herien dan Harry menutup telinga mereka kerana jeritan itu sangat kuat.
Lampu yang dipegang oleh Rin terjatuh di lantai lorong itu. Mereka semua
pengsan kerana jeritan yang amat kuat itu dan jeritan itu terhenti dan
budak tadi hilang.

Cikgu John yang berada di dalam perpustakaan terkejut dengan jeritan
tadi dan cuba mencari lampu suluh di dalam laci mejanya.
"Jumpa pun" kata cikgu John seorang diri.
Apabila cikgu John menyuluh lampu suluh tersebut, dia ternampak Han
berada di hadapannya.
"Han? Sejak bila kamu masuk?" tanya cikgu John sebelum di pukul dengan
kuat di atas kepala lalu jatuh tidak sedarkan diri.

Keadaan kelas 4 Biruni menjadi kelam-kabut dengan ketiadaan cahaya serta
bunyi jeritan yang kuat tersebut. Beberapa orang pelajar menggunakan
cahaya daripada telefon bimbit mereka untuk keluar dari sekolah. Pada
masa yang sama, Mary dan Reiko mencari telefon bimbit mereka yang jatuh
akibat perlanggaran. Reiko berjaya mendapatkan telefon bimbitnya tetapi
dia dipancung di depan Mary. Mary menjerit ketakutan. Ramai pelajar lari
keluar untuk menyelamatkan diri, tetapi keadaan di situ sangat gelap
bagaikan malam tanpa lampu. Seorang pelajar lelaki dari kelas 4 Biruni,
akhirnya berjaya menjumpai pintu keluar tetapi dia ditikam dari belakang
dan orang yang berada di luar langsung tidak nampak dia ditikam,
bagaikan tiada apa yang berlaku.

************
Selepas 3 jam Han dan Rin pengsan, akhirnya mereka berdua sedarkan diri.
Sedar sahaja dari pengsan, Han dan Rin berada di suatu tempat yang
lain, sebuah bilik yang luas yang mengandungi rak dan kotak dan bukan
lagi di lorong itu.
"Di mana kita ni?" tanya Han.
Han dan Rin bangun dan cuba mencari jalan keluar, apabila terjumpa suatu
pintu, Han cuba untuk membuka tetapi pintu tersebut keluar darah. Han
terkejut.
"Rasanya tiada jalan keluar" kata Han.
Pada masa yang sama, ada seseorang yang muncul di hadapan Han dan Rin,
ianya ialah seorang remaja lelaki. Han dan Rin terkejut kerana mereka
berdua mengenali orang itu.
"Bu.. Bukankah kamu David Rin?" terkejut Han.

************
Di tempat yang lain, pada masa yang sama, Shira dan Harry tersedar dari
pengsannya.
"Di mana kita ni?" tanya Harry.
"Saya rasa, saya kenal tempat ni" kata Shira.
Tempat itu dikelilingi oleh banyak pokok dan dibelakang mereka terdapat
lorong yang berbeza dengan lorong yang mereka lalui tadi.
"Kamu kenal tempat ni?" tanya Harry.
"Ya"
"Jadi tempat apa ni?" tanya Harry.

************
Pada masa yang sama, Herien masih lagi di lorong itu. Herien mengambil
lampu suluh yang terjatuh dari tangan Rin tiga jam yang lalu.
"Di mana semua orang pergi? Saya seorang saja ke yang masih disini? Hey,
kamu semua?!! Kamu berada di mana?!!" panggil Herien yang keseorangan.
Herien yang keseorangan itu segera berlari untuk berpatah balik tetapi
ada seseorang yang berlumuran dengan darah muncul hadapannya. Herien
terkejut dan berlari ke arah yang berlawanan tetapi orang tadi
mengejarnya dengan pisau yang tajam. Herien meneruskan lariannya
sehinggalah muncul seorang budak perempuan di hadapannya dan menyuruh
Herien mengikutnya. Herien tiada pilihan lain dan mengikut budak itu dan
masuk ke bilik yang bersebelahan mereka dan mengunci. Dalam keadaan
letih, takut serta bingung menguasai Herien, dia berterima kasih kepada
budak tersebut.
"Tidak ada apa lagi yang perlu kamu takutkan" kata budak itu.
"Siapa nama kamu?" tanya Herien.
"Nama saya Damia"
"Damia?"
"Ya. Nama abang pula?"
"Nama abang, Herien. Kenapa kamu selamatkan abang?" tanya Herien yang
bingung.
"Sebenarnya, saya tengah cari abang saya"
"Ohh.. Siapa abang kamu?"

************
Setelah tiga jam tiada elektrik dan dua orang pelajar mati dibunuh,
semua pelajar terpisah dalam kegelapan. Ada yang berseorangan, ada yang
berdua dan ada yang bertiga. Mereka semua mencari jalan keluar, tetapi
tidak dijumpai jalan untuk keluar. Mereka seperti berpusing-pusing di
tempat yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience