Rashid ni umur dah senja tapi muka awet muda, katanya dia kuat makan ulam dan jaga penampilan. Bila dia bercakap romantik dan lebih banyak tersenyum. Rashid isterinya sedang koma, dijaga oleh pembantu rumahnya. Rashid mendatangi Ziana bukan untuk membuat Seks. Dia hendak cari teman berbual. Rashid orangnya baik. Sedikit pun tak pandang hina pada Ziana. Ziana mula segan dengan Rashid. Mereka berbual di luar, kerana Rashid kata tak manis kalau mereka berdua di dalam bilik. Ziana hanya menurutinya. Mereka ditemani oleh pemandu Rashid, Pak Man. Mereka jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Tiba sahaja di restoran mereka memesan makanan, sementara menunggu hidangan sampai. Rashid pun mengajukan soalan pada Ziana. “Orang tua kamu masih ada?”. Ziana terdiam. Kemudian dia menjawab “Hanya tinggal ibu sahaja di kampung , ayah pula dah lama tinggalkan kami sejak saya masih kecil”.
BERSAMBUNG
Share this novel