Bab 13

Romance Completed 78326

Gia terjaga dari lenanya bila terdengar kicauan burung. Jam di telefonnya ditilik. Sudah jam lapan pagi. Kalau ikutkan hatinya, mahu je dia sambung tidur kembali dengan cuaca yang damai dan sejuk tapi memandangkan perutnya sudah pun berkeriuk minta diisi makanan, dia gagahkan diri juga bangun dan menuju ke dapur.

Mukanya dicuci dengan air bersih namun ketukan di pintu rumahnya menarik perhatiannya. Paip sinki ditutup lalu dia mengatur langkah menuju ke pintu rumah.
Aiikkk? Gia tak kerja ke hari ni? Kerja tapi hari ni dia syif malam. Hmmm…ini mesti auntie Malini bawak makanan.
Tapi, sebaik saja pintu rumah dibuka, matanya disajikan dengan kehadiran Vitalika di hadapan pintu rumahnya. Gia agak terkejut bila Vitalika yang berada di hadapannya sekarang ini.

“Vi? What are you doing here? Vi datang dengan siapa ni?” Soalnya dengan nada risau. Mahunya aku tak risau bila tengok dengan muka sugul Vitalika dahtu bawak sekali dengan luggage. Dia nak duduk sini dengan aku
ke?

“Vi…akak tanya ni! Macam mana Vi boleh datang ke sini dahtu tahu akak duduk dekat mana? Jawab Vi! Kenapa bawak dengan luggage sekali?” Lagi bertambah resah Gia dibuatnya bila Vitalika menundukkan wajahnya dan tiba-tiba saja air mata mengalir dari tubir mata Vitalika.

Gia menarik adiknya masuk ke dalam rumah dan luggage diletakkan di penjuru rumah. Awal pagi dah sampai sini. Entah pukul berapa Vitalika bertolak dari rumah sebab perjalan dari rumah ke Pulau Bantayan ambil masa lebih kurang dalam tiga hingga empat jam untuk sampai.

“What happened, Vitalika? Answer me! Kenapa tiba-tiba menangis ni hah? Ada apa-apa yang jadi dekat mummy and daddy ke?” Vitalika masih lagi tak menjawab dan cuma menangis.

“Mummy…” Vitalika bersuara sedikit namun kembali tenggelam dengan esakkannya.

“Kenapa dengan mummy?” Gia mula resah. Ada apa-apa yang buruk ke terjadi dengan mummy?

“Mummy…mummy ha…halau Vi dari rumah…” sebaris ayat dari Vitalika membuatkan Gia terkejut besar. Vi kena kalau dari rumah tapi dah kenapa pulak?

“Kenapa pulak Vi kena halau dari rumah? Vi dah buat apa dalam rumah tu sampaikan mummy halau Vi? Hah? Tell me. Akak sedia nak dengar apa problem Vi,” dalam masa yang sama dia cuba memujuk Vitalika supaya berhenti menangis.

“Sebenarnya Vi…”

Flashback…

Dia menarik nafas panjang sebelum bertekad untuk melakukan plan yang sudah dirancangnya dengan Kristine dan Jericho. Kristine bermalam di dalam bilik Vitalika tanpa pengetahuan penghuni dalam rumah. Semuanya diatur smooth oleh Vitalika manakala Jericho pula akan mengambil bahagian pada esok harinya sebaik saja dia dihalau dari rumah.

Macam mana dia tahu dia bakal dihalau dari rumah? Dia dah kenal sangat dengan perangai mummynya yang satu itu. Sedangkan kakak kembarnya pun kena halau apatah lagi dia nanti. Mesti kena halau jugak!

Perlahan-lahan tangannya naik mengetuk pintu bilik Danial. Danial dan Madam Valona sudah pun dimaklumkan dengan khabar yang Gia akan pulang ke rumah tapi itu hanya khabar palsu yang direka oleh Vitalika. Sebaliknya dalang ganti adalah dirinya sendiri.
Sempat juga tengahari tadi dia yang berlakon jadi Gia sambil bawa beg baju yang diguna Gia. Beg bajunya dengan beg baju Gia sama saja sebab kedua-duanya dihadiahkan oleh tatay.

Takkanlah mummy langsung tak boleh nak kenal yang
mana satu Gia dan yang mana satu Vitalika? Macam mana mummy nak kenal kalau aku dah ubah diri aku sepenuhnya seperti Gia. Gaya rambut ikal mayang yang sama, gaya pemakaian yang sama seperti Gia memang langsung mummy tak syak. Lagipun mummy tak kisah bab tu. Apa yang mummy kisah janji Gia balik ke rumah. Nak buat spot-check apa betul itu Gia? Huh! Mummy tak ada masa langsung!

Tak masuk akal? Ya, bunyinya memang langsung tak masuk akal tapi itulah kenyataannya bila korang betul-betul kenal siapa Madam Valona yang sebenarnya. Seorang yang pentingkan diri dan tak kisahkan perasaan orang lain!

Jika ditanya kenapa dia sanggup korbankan dirinya dalam rancangan bodoh ini…jawapannya ialah dia buat demi kakak kembarnya, Gia. Dia tak sanggup lagi tengok Gia terima kesakitan yang dilakukan oleh mummy dan Danial. Cukuplah setakat ini saja. Yang sebetulnya aku pun dah tak boleh nak stay dekat sini tengok kepuraan mummy yang makin lama makin ketara pada pandangan matanya.

Jadi, dia buat keputusan bodoh ini supaya dia dihalau keluar dari rumah ini dan dapatlah dia duduk dengan Gia. Dia akui yang bila Gia keluar dari rumah, rumah terasa sunyi sepi. Tak tahulah kenapa. Mungkin hidupnya dah terbiasa adanya Gia walaupun dulu dia membenci kakak kembarnya sendiri atas alasan yang tak munasabah.
Tambahan pula mereka adalah kembar dan mungkin naluri yang Gia rasa dia dapat rasa juga. Mungkin Gia turut kesunyian di sana.

Pintu bilik Danial dibuka dari dalam. Danial memandang dirinya dengan pandangan tak berkedip bila melihat Vitalika yang disangkakan Gia hanya mengenakan baju tidur satin warna merah bertali halus pada tubuhnya. Serta-merta keinginannya mula melonjak. Danial tak menyangka yang Gia akan datang serah diri kepadanya dengan sesenang ini.

“Finally, you come to me,” Danial menarik Vitalika masuk ke dalam biliknya. Tak sabar rasanya dia ingin merasa tubuh Gia a.k.a. Vitalika.

Vitalika cuma tersenyum kelat. Dia terima saja apa yang akan berlaku selepas ini. Biarlah dirinya yang sengsara berbanding Gia sebab dia dah tak sanggup tengok kakak kembarnya menderita lagi disebabkan perbuatan mummy dan Danial. Cukuplah setakat itu sahaja penderitaannya.

“Kejap, macam mana aku nak tahu yang kau ni Vitalika atau Gia? Hmmm?” Tiba-tiba saja Danial bersuara ragu sedemikian. Danial syakkan sesuatu ke?

Vitalika menggayutkan tangannya ke tengkuk Danial lalu tersenyum manis. “Kenapa pulak tak percaya? Bukan abang sendiri ke yang nak Gia balik ke rumah ni? Hmmm? Kenapa sekarang tak percaya pulak?”

“Sebab Gia yang aku kenal tak serahkan dirinya semudah ini.”

“People can change. Selama ni abang nak sangat kan? Abang nak Gia jadi mistress abang kan? So, now here I am serving you. Kenapa pulak tak suka? Abang jangan risau. Semua orang dah tidur dan Vitalika takkan buat seberani ini. Abang sendiri kan tahu perangai Vitalika macam mana? Dia mana berani nak melawan cakap mummy ataupun buat benda yang boleh buatkan mummy marah dia. Selalunya Gia je yang kena. Abang tahukan yang Vitalika dengan Gia langsung tak ngam? Kalau dia buat semua ni tak pasal-pasal dia kena halau dari rumah macam Gia. Dahtu takkanlah dia nak duduk dengan Gia pulak kan? Mesti dia rasa rimas nanti!”

Entah di mana keberanian Vitalika dapat sekarang untuk menggoda Danial dengan suara lunak lembutnya. Dan…Danial pun terpedaya dengan apa yang dikatakan Vitalika. Akhirnya Danial menolak Vitalika ke atas katilnya. Pada usia yang masih 12 tahun dan mentah, Vitalika dilayan seperti seorang pelacur di club yang selalu Danial berkunjung. Air mata Vitalika perlahan mengalir keluar dari tubir mata.

Keesokan paginya, ketika Vitalika keluar dari kamar Danial, dirinya disapa oleh Madam Valona membuatkan Vitalika terus berasa gerun. Nampaknya mummy dah mula syakkan something.

“Vi buat apa dalam bilik Danial?” Aikkk? Macam mana pulak Madam Valona boleh kenal mana satu Vitalika dan Gia? Salah satunya sebab tanda lahir Vitalika terletak pada bahu manakala tanda lahir Gia pula berada pada bahagian belakang badan berdekatan dengan pinggang.

“Emmm…”

“Mana Gia?” Madam Valona jenguk sedikit ke dalam bilik Danial. Tak ada sesiapa kecuali Vitalika yang baru sahaja keluar dari bilik Danial dengan keadaan serabai dan mata yang sembab.

“She’s not here.”

“Dia pergi mana pulak? But wait…kenapa Vi nampak serabut sangat ni hah? Dan kenapa…” mata Madam Valona terarah kepada tanda-tanda merah yang berada di sekitar leher dan dada Vitalika.

“Vitalika! Jangan cakap dekat mummy yang Vi…” dia tak percaya dengan apa yang dia nampak! Tak mungkin Vitalika yang tidur dengan Danial semalam?

“Yes…memang Vi!” Jawabnya dengan nada lemah.
Walaupun dia agak gerun dengan mummy sekarang tapi dia dah tak kisah. Apa yang dia tahu dia dah tak tahan duduk sini di bawah naungan mummy yang hanya selfish!

“Vitalika!!! Kenapa Vi buat semua ni hah?! Why?! Mana Gia hah?! Mana Gia?!” Madam Valona dah serupa orang hilang arah bila dapat tahu Vitalika yang tidur dengan Danial dan bukannya Gia.

Maknanya kepulangan Gia semalam hanya lakonan yang dilakonkan oleh Vitalika? Hah! Baru nak sedar ke Madam Valona?

“Apa bezanya kalau dengan kak Gia hmmm? Dia tetap kembar Vi dan kakak kepada Vi! Kenapa mummy selfish sangat hah sampaikan nak korbankan kak Gia dalam segala benda?! Why mummy?! Why?!”

“Sebab aku bencikan dia! Dia punca kematian suami aku!”

“Shut it up mummy! No one yang bersalah dalam kes kematian tatay! Mummy tu je yang pentingkan diri dan suka salahkan orang dan anggap diri mummy je yang betul! Vi penatlah mummy dengan semua lakonan fake mummy!”

Panggg! Satu tamparan kuat hinggap pada pipi Vitalika dan inilah kali pertama mummy memukulnya. Akhirnya…mummy naik tangan jugak kepadanya.

“Apa yang bising-bising ni?” Danial yang masih lagi mamai berdiri di hadapan pintu memandang dua beranak yang tengah bertengkar.

“Yang kau ni pun satu! Takkan tak boleh nak bezakan Vitalika dengan Gia hah?! Sedap-sedap je kau bantal Vitalika! Jahanam hidup anak aku sebabkan kau!” kali ini marahnya dihamburkan pula kepada Danial.

“Huh? What are you talking about?”

“Orang yang kau tidur semalam tu bukannya Gia tapi Vitalika! Kau ni kalau dah bernafsu memang rembat tak kena time dah ke hah?!”

Apa bezanya kalau kau serahkan Gia ke tangan Danial, Madam Valona? Tetap jugak hidup anak kau rosak sama seperti Vitalika!

“What?! Tapi semalam Gia yang…”

“Dah konfemlah kau kena tipu dengan dia ni sebab dia nak selamatkan kakak dia! Kau ni dalam bijak kau pun terselit jugak bodoh!” Madam Valona menghamburkan kemarahannya sepuas hatinya.

“Tapi, kalau ini Vitalika, yang dalam bilik Vi semalam siapa pulak?” Madam Valona terfikirkan hal yang satu itu.
Selepas dia nampak Vitalika yang kononnya Gia itu masuk ke dalam bilik, sempat dia jenguk ke dalam bilik Vitalika dan disangkakan manusia yang sedang tidur itu adalah Vitalika.

Madam Valona segera menuju ke bilik Vitalika dan alangkah terkejutnya bila mendapati gerangannya adalah Kristine.

“Kristine?!”

“Yes auntie…” Kristine menjawab dengan selamba. Dia pun tahu rancangan jahat yang diatur oleh Madam Valona dan Danial untuk musnahkan hidup Gia.
Kadang-kadang dia terfikir macam manalah Madam Valona tergamak nak hancurkan hidup anak sendiri? Langsung tak ada rasa kasihan di dalam hatinya untuk Gia?

Disebabkan terlampau geram, dia menghalau Vitalika keluar dari rumah. Lagi mudah kerjanya menghalau bila suaminya dan Eric tiada di rumah kerana perlu pergi ke Manilla atas urusan kerja. Di atas bantuan keluarga Jericho, mereka menghantar Vitalika ke jeti untuk ke Pulau Bantayan.

End of flashback…

Gia terbangun dari duduknya bila dengar cerita dari mulut adik kembarnya sendiri.

“Vi buat apa ni hah? Kenapa Vi serah diri dekat setan tu hah?! Why Vi?! Kenapa Vi buat semua ni semata-mata untuk akak hah?!” hampir meroyan dia dibuatnya bila hidup adiknya sudah musnah disebabkan oleh perbuatan Danial sahaja.

“Vi sedar tak apa yang Vi buat ni akan menjejaskan masa depan Vi!” Terus lemah semangat dia dibuatnya bila keadaan dah jadi huru-hara begini. Dengan keadaan Vitalika yang sudahpun…

“Vi, tolong janji dengan akak! Jangan pernah buat macam ni lagi ok? Akak tak suka tengok kembar akak jadi macam ni disebabkan akak! Akak ingatkan plan Vi hanya nak prank Danial tapi sampai macam ni sekali Vi buat, akak rasa bersalah dengan Vi!”

“No…akak tak payah rasa bersalah dengan Vi. Apa yang Vi buat ni Vi dah habis fikir masak-masak. Vi tak sanggup lagi tengok akak jadi mangsa kepada mummy dan Danial. Cukuplah akak dah menderita sebelum ini. Apa? Akak ingat selama ni Vi diam maksudnya Vi tak peduli pasal akak? Macam tu?”

Gia mengeluh seketika sebelum kembali memandang adiknya yang masih lagi lesu di atas lantai rumah dengan air matanya. Matanya terpandangkan ke arah tanda-tanda merah di sekitar leher Vitalika.

“Merah-merah dekat leher ni Danial ke yang buat?” tanyanya sambil tangannya lincah membelek leher Vitalika.

“Hmmm…”

“Vi janji dengan akak satu benda boleh? Kalau lepas ni apa yang Vi nak buat sekalipun berkaitan dengan akak, tolonglah jujur dengan akak. Jangan nak berahsia macam ni. Mati-matian akak fikir Vi cuma nak kenakan Danial tapi lain sebaliknya. Lagi satu, daddy dengan abang Eric tahu apa yang jadi ni?”

“Tak tahu…daddy dengan abang Eric pergi ke Manilla ada urusan kerja.”

“Ohhh…”

Cuma satu saja yang dia terfikir, macam manalah dengan masa depan Vi nanti bila dah diguna pakai oleh Danial? Masih ada ke lelaki yang sanggup menerimanya suatu hari nanti? Kenapa tak pergi buat report polis kes ni? Memang sah mummy orang pertama yang datang dan akan ugut macam-macam. Entahlah…kalau fikirkan pasal mummy, pening kepala dibuatnya!

“Macam nilah…Vi stay dekat sini dengan akak. Akak kerja dekat Anika Resort tak jauh pun dari sini. Nanti malam akak kerja dekat resort tu. Vi stay je dekat rumah.”

“Errr…kalau Vi kerja sekali boleh?”

“Tak payah. Vi stay je dekat rumah biar akak sorang je yang kerja. Akak akan kerja keras untuk sara kehidupan Vi dan akak akan pastikan Vi sambung belajar dekat university nanti. Nanti akak akan uruskan semua persekolahan Vi dengan bantuan auntie Malini.”

“Mana akak nak dapat duit nak biaya sekolah Vi?”

“Haritu abang Eric ada datang dan dia bagi duit sikit dekat akak. Akak yakin duit yang dia bagi tu mampu tampung biaya persekolahan Vi.”

“Abang Eric ada datang sini?”

“Emmm…itu pun sebab Vi bagitahu dia kan pasal mummy tu?” Vitalika tersengih seketika.

“Vi lapar tak? Akak nak masakkan sarapan ni.”

“Akak nak masak apa?”

“Masak sup cendawan je. Tak mewah pun. Biasalah…sekarang ni hidup susah. Tak macam di rumah daddy.”

“Akak perli Vi ke?” Entah kenapa dia rasa seolah-olah kakak kembarnya tengah memerlinya sekarang ini.

“Taklah. Akak cakap je. Manalah tahu Vi tak makan makanan macam ni? So, akak ingatkan siap-siap.”

Vitalika mendiamkan diri. Dia tahu dalam masa yang sama Gia cuba memerlinya sebab dulu Lola pernah masak sup cendawan dan dia sendiri cakap sup cendawan tu tak sedap walhal Lola masak sedap je pada deria rasa semua orang. Maklumlah waktu itu kan dia agak demand sikit dengan jenis makanan. Jadi Vi! Kau kena ingat kedudukan kau sekarang ni berada di mana. Kau bukannya lagi berada di rumah daddy tapi kau menumpang duduk sekali dengan Gia. Ingat! Jangan nak demand makanan lagi lepas ini! Hadam betul-betul! Jangan susahkan kakak kembar kau lagi! Dah cukup bagus dia nak bela kau jugak dalam rumah kecil ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience