BAB 10

Fantasy Completed 4006

“Tok, mereka sudah melampau. Mereka sudah berani menghina kawanan kita.” Ujar Hahi dengan perasaan marah.

“Benar kata kamu. Mereka sudah melampau. Sudah sampai masanya kita bertindak!” Kata Tok Janggut dengan penuh semangat.

“Apa yang Tok nak buat?” Soal Koku pula.

“Kita kena ajar mereka supaya mereka sedar diri. Mereka semua sudah tak boleh diberi muka lagi. Kita beri betis mereka mahu peha. Kita beri bunga mereka balas dengan tahi. Ya, kita kena ajar mereka.” Jawab Tok Janggut.

“Hahi, aku nak kamu jadi utusan aku kepada kawanan kerbau. Tanya mereka adakah mereka sanggup untuk berjuang bersama sama dengan kita demi mempertahankan maruah kawanan kita bersama? Aku nak kamu pergi sekarang.” Tok Janggut memberi arahan.

“Baiklah.” Kata Hahi dan segera pergi meninggalkan kandang kambing lalu menuju ke kandang kerbau sebagai utusan Tok Janggut.

Satu jam kemudian Hahi pulang bertemu dengan Tok Janggut. Semua ahli dalam kawanan kambing itu begitu teruja untuk mendengar perkhabaran dari Hahi.

“Macam mana Hahi? Apa mereka kata?” Soal Koku yang sudah tidak sabar sabar itu.

“Berita buruk tok. Kawanan kerbau tidak mahu masuk campur dalam urusan kita. Mereka tidak mahu mengambil risiko.” Jawab Hahi.

“Tak apalah kalau itu sudah keputusan mereka. Kita berjuang sahaja bersendirian. Koku, kumpulan semua kambing jantan yang gagah gagah sekarang. Perjuangan kita dalam mempertahankan maruah sudah sampai masanya. Kita sudah tidak boleh lagi membiarkan orang lain pijak maruah kita. Kita jangan biarkan orang lain rampas hak kita.” Kata Tok Janggut dengan penuh bersemangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience