BAB 5

Horror & Thriller Completed 659

Izz Shazzy segera meninggalkan kawasan itu. Bau mayat terbakar begitu meloyakan. Walaupun sudah biasa menyaksikan kekejaman manusia, setiap satu insiden itu mencatat perasaan yang berbeza-beza. Pada hari itu, hari raya pertama, Izz Shazzy diserang pelbagai perasaan. Bagaimana seorang wanita boleh melakukan kekejaman ini sendirian? Betapa tergamaknya dia mencabut nyawa keluarganya sendiri. Lebih sadis lagi, kejadian dilakukan pada hari pertama bulan Syawal. Apakah motif suspek yang bernama Iklimah Sidin itu? Suatu hari di hari raya...

Izz Shazzy menarik kerusi di hadapan meja. Di sebelah sana, Iklimah Sidin sedang duduk dengan kepala tertunduk memandang ke bawah. Kedua-dua tangannya masih bergari. Pakaiannya sudah bertukar kepada seragam penjara. Baju yang tidak patut digayakan hari raya kedua.

“Boleh puan ceritakan apa yang berlaku semalam?” Izz Shazzy memulakan soal siasat. Petang semalam mereka cuba untuk mendapatkan keterangan suspek. Tetapi suspek pengsan beberapa minit selepas membuat pengakuan. Pemeriksaan doktor mendapati mangsa telah menelan ubat tidur. Mujur dosnya rendah. Suspek terpaksa direhatkan semalaman. Dan pagi itu, Izz Shazzy akan berusaha untuk mendapatkan penjelasan kejadian ngeri pembunuhan lapan orang sekeluarga.

Sejak petang semalam, kisah ini telah mendapat liputan media secara besar-besaran. Kejadian ini dikatakan sebagai peristiwa paling kejam berlaku pada bulan Syawal. Tidak sepatutnya berlaku pada saat umat mahu meraikan kemenangan melawan hawa nafsu pada bulan Ramadan. Seolah-olahnya Iklimah telah melakukan killing spree bagi menyambut kepulangan sahabat bertanduk dan berekor tajam yang selama ini terkurung. Begitulah antara isi kandungan laporan media yang amat suka mensensasikan sesuatu berita tanpa memikirkan keluarga mangsa yang sedang bersedih atas kehilangan yang sangat mengejutkan ini.

“Semalam puan mengaku di hadapan kami yang kesemua pembunuhan tu puan yang lakukan. Dan puan lakukannya sendirian tanpa bantuan sesiapa. Betul?” Walaupun Iklimah sudah mengaku melakukan jenayah tersebut, sebab kejadian itu berlaku perlu juga direkodkan.

“Betul.” Iklimah menjawab sepatah. Kepalanya masih tunduk memandang ke bawah.

“Kenapa puan lakukannya?” Izz Shazzy terus ke soalan seterusnya. Agak mengejutkan kerana Iklimah langsung tidak menafikan perbuatannya. Adakah dia masih waras?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience