Rate

1 / STREET 203B

Action Series 3778

KELIHATAN satu bulatan bercahaya yang ditemani dengan ratusan bintang yang ada di atas langit pada waktu malam itu. Ia sedang menerangi sebuah bandar yang ada di bawah. Di suatu lorong yang gelap dan sunyi...

"Meowth!"

"Reowth!"

"Meowth!"

Kelihatan dua ekor kucing sedang bertengkar berhampiran dengan tong sampah berdekatan. Mereka bertengkar gara-gara untuk merebut ikan goreng yang ada di atas jalan berturap itu. Tiba-tiba, muncul dua pasang tubuh yang sedang berlari meluru masuk ke dalam lorong itu dan akhirnya membuatkan dua ekor kucing itu tadi serta merta lari antara satu sama lain dari tempat tersebut.

Bunyi detakan tapak kasut yang dikeluarkan oleh dua orang susuk tubuh tersebut membuatkan beberapa haiwan peliharaan yang ada di sekitar tempat itu terbangun dibuatnya.

"Tap!"

"Tap!"

"Tap!"

Susuk tubuh yang berada di hadapan itu ialah seorang lelaki berhoddie hitam yang sedang berlari daripada susuk tubuh bercoat hitam yang sedang mengejarnya dari belakang. Wajahnya berkerut kerisauan serta dahinya berpeluh. Terdapat sebuah beg bimbit berwarna hitam yang ada di tangan kirinya itu.

Wajah ditolehkan sedikit ke belakang sejenak sementara kaki masih lagi berlari. Kelihatan lelaki tersebut semakin mendekatinya. Dia semakin mengeluh. Pantas wajah dihadapkan ke hadapan semula sebelum lariannya dipantaskan lagi.

Tiba-tiba, anak matanya tertancap pada beberapa bungkusan sampah berwarna hitam yang tersusun elok dan bersandar pada permukaan dinding bata sebelah kiri yang ada di hadapannya.

Pantas sahaja tangan kanannya menangkap satu daripadanya sebelum dibaling ke belakang. Bungkusan sampah yang dibaling olehnya itu tadi terhempas tepat pada wajah lelaki yang ada di belakangnya itu. Lelaki bercoat hitam tersebut tumbang dibuatnya. Tubuhnya terhempas di atas jalan berturap itu.

Lelaki berhoddie itu tadi berlari pantas menjauhi daripada lelaki bercoat hitam tersebut sehinggalah bayangannya tidak lagi kelihatan pada penglihatan lelaki itu. Lelaki tersebut mendengus kasar. Celaka!

Penghujung lorong tersebut semakin jelas pada penglihatan lelaki berhoddie itu. Larian dipantaskan. Dia menghela nafas lega apabila mendapati beg bimbit tersebut masih ada pada tangan kirinya itu. Setelah dirinya keluar dari lorong tersebut, arah yang dituju seterusnya ialah pada sebuah kereta ferrari hitam yang setia menunggunya di tepi jalan itu.

••••••••

BEG bimbit itu masih lagi ditenung oleh lelaki berhoddie tersebut. Dalam posisi baring sambil memandang beg bimbit itu dari seat belakang kereta. Letih barangkali. Kedua-dua tangannya masih lagi memegang beg bimbit tersebut. Mata beralih pula ke arah susuk tubuh yang sedang larit memandu dari seat kiri yang ada dihadapannya.

"Bro! Rasa rasanya, isi dalam beg ni ada apa ya? Berat gile beg ni. Entah-entah ada emas kat dalam ni!" Soal lelaki berhoddie itu kepada susuk tubuh tersebut. Beg bimbit itu tadi didekatkan pada matanya sebelum diperiksa 360° dengan teliti. Cantik.

"Cer try bukak." Ujar susuk tubuh tersebut kepada lelaki berhoddie itu. Mata masih lagi fokus pada jalan yang ada di hadapan. Stereng dan pendal masih lagi dikawal olehnya.

Lelaki berhoddie itu cuba untuk membuka beg tersebut. Tetapi usahanya tidak berjaya. Setelah beg itu diperiksa lagi, terdapat sebuah alat penaip pin digital yang diletakkan pada sisi beg tersebut. Alat tersebut memerlukan 6 digit pin untuk dibuka. Dahi dikerut. Dia tidak perasan dengan alat tersebut. Ugh! Apa pula kali ni!

"Tak dapat bukaklah. Ada alat penaip pin digital dekat beg ni. Kacau betulah!" Ujar lelaki berhoddie itu.

"Kalau macamtu, cuba kau masukkan pin sembarang dekat alat tu. Mana tau berjaya?" Ujar susuk tubuh tersebut. Ideanya diterima.

Lelaki berhoddie tersebut mula menekan beberapa nombor yang ada pada pad tekan alat itu. Dia memasukkan 6 digit iaitu 000001 pada alat tersebut. Sebelum jari telunjuknya menekan butang simbol tick yang ada pada pad tekan alat itu, tiba-tiba...

"Bang!"

"Bang!"

"Bang!"

Mereka dikejutkan dengan bunyi das-das tembakan pistol yang datang dari luar.

Si pemandu kereta ferrari hitam itu segera mengalihkan pandangan ke arah cermin pandang-belakang yang terletak elok di atas siling kereta tersebut. Matanya meliar memandang pada sebuah hilux hitam yang sedang mengikuti kereta ferrari yang dipandunya dari belakang menerusi cermin tersebut.

Segera kedua-dua tangannya memusing stereng yang ada di hadapannya ke kiri. Kereta ferrari hitam tersebut serta merta beralih ke sebelah kiri jalan itu. Kereta hilux yang berada di belakang kereta tersebut turut melakukan hal yang sama.

"Teet!"

"Teet!"

"Teet!"

Tiba-tiba, satu alat kotak berwarna putih yang ada di sebelahnya berbunyi. Jari telunjuknya pantas menekan butang hitam kecil yang ada di tengah-tengah permukaan atas alat tersebut.

"Kelvin! Andree! Korang dah dapat ke beg tu!?" Ujar satu suara milik lelaki kepada mereka menerusi alat tersebut. Kelvin Alvester merupakan nama kepada lelaki berhoddie tersebut. Andree Wilson pula merupakan nama kepada pemandu kereta ferrari itu.

"Dah! Dah!" Sebelum Andree ingin bersuara, Kelvin sudah mencelah.

"Bagus! Kalau macamtu..."

"Bang!"

"Bang!"

"Bang!"

Orang yang ada di dalam kereta hilux itu melepaskan tembakan lagi.

"Woi! Bunyi apatu? Apa yang dah berlaku!?" Ujar lelaki itu lagi dengan nada kerisauan.

"Kami dikejar boss..." Ujar Andree. Dahinya sudah berpeluh. Stereng yang dipegang oleh kedua-dua tangannya itu dipusing ke kanan sebelum pedal pemecut yang ada di bawah kakinya itu ditekan. Had kelajuan yang dipaparkan daripada panel meter yang ada di belakang stereng tersebut ialah 100km/j.

Kereta ferrari hitam yang dipandunya itu mula bergerak laju. Kereta hilux yang ada di belakang kereta itu jauh ditinggalkan. Kelihatan sebuah terowong di hadapan. Kereta yang dipandunya itu semakin laju dan memasuki ke dalam terowong tersebut.

Remaning 11 chapters will publish. Full story only on Wattpad. blackedvibes :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience