*4 April 2011*
*Semenjak pertemuan antara aku dengan Azmi sebulan yang lalu, aku kerap bertembung dengan Azmi setiap kali aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Baru aku ketahui bahawa Azmi berkerja di pejabat berdekatan dengan hospital tersebut.
*Kepulanganku pada hari itu di herdik oleh suamiku. Suamiku berang dengan sikapku kerana keluar menemui Azmi. Aku cuba memberikan penjelasan bahawa aku hanya terserempak dengan Azmi namun suamiku tidak mempercayai kata – kataku. Suamiku menunjukkan kepadaku beberapa keeping gambar ketika aku bertemu dengan Azmi dan isterinya. Aku hairan kerana di dalam gambar tersebut tiada gambar isteri Azmi yang turut serta dalam pertemuan kami.
**
*20 Mei 2011*
*Hari ini berlaku pertelingkahan besar antara aku dan suami. Aku tidak tahu di mana silapku dalam menjaga kerukunan rumah tangga kami. Aku tidak pernah sesekali keluar bertemu dengan lelaki lain. Hidupku hanya di rumah ini bersama anak – anak dan suamiku. Aku yakin apa yang berlaku hari ini adalah takdir Allah. Sebelum ini hanya pertelingkahan biasa sahaja bagiku, mungkin kerana tekanan suamiku di pejabatnya dan juga kesibukannya yang tidak dapat lagi meluangkan masa bersama kami. Aku tidak menyalahkan dia kerana melepaskan aku dengan talak tiga. Tipu jika ku katakan diri ini tidak sedih. Aku begitu sedih dan kecewa kerana istana yang kami bina selama ini berkecai begitu sahaja. Suamiku meninggalkan aku bersama dengan anak-anak di rumah kami pada malam itu jua. Mujurlah pertelingkahan kami pada malam itu tidak di sedari oleh anak-anak kami.
*Semuanya berlaku kerana petang itu, suamiku ternampak Azmi yang sedang membantuku untuk ke masjid. Aku tidak tahu kenapa petang itu aku merasakan begitu lemah daripada biasa. Aku hampir pengsan dan kebetulan Azmi melalui kawasan di mana aku memakirkan kereta untuk menuju ke kedai 7 eleven. Azmi memapah dan membawaku ke klinik berdekatan. Azmi terkejut mendengar berita tersebut namun aku meminta pertolongan Azmi agar merahsiakan hal ini daripada suamiku dan anak-anak. Aku sedar semuanya sudah terlambat untukku menjelaskan segalanya kepada suamiku. Aku berharap satu saat nanti suamiku meredai diriku sepanjang aku menjadi isterinya.
**
*23 Mei 2012*
*Hari ini mahkamah memutuskan bahawa kami telah sah bercerai. Aku dan anak-anak di benarkan tinggal di rumah kami sehingga aku habis idah. Suamiku menemui anak-anak kami buat kali terakhir sebelum dia berangkat ke Kuala Lumpur. Dia memberitahuku bahawa dia tidak akan pulang ke rumah tersebut sehingga aku habis idah. Dia juga memberitahuku bahawa setiap bulan dia akan memberikan nafkah secukupnya buat diriku dan anak-anak.
*Aku tahu dalam kepayahan dia melepaskan aku dari hidupnya, ego lelakinya begitu menggunung sehinggakan dia sendiri tidak mampu menerima hakikat bahawa kami telah bercerai. Aku berFaww ur kerana suamiku telah memaafkan kekhilafanku dan meredai diriku sepanjang menjadi isterinya.
**
*4 Julai 2012*
*Aku dan anak-anak selamat berpindah ke rumah pusaka orang tuaku. Aku mengagahkan diriku untuk membesarkan anak – anakku. Alhamdulillah, Pak Aji memberiku peluang untuk berkerja dengannya. Aku perlu berkerja untuk membeli ubat-ubatanku. Meskipun bekas suamiku sentiasa memberikan lebihan wang daripada sepatutnya, biarlah wang itu aku simpankan untuk persekolahan anak-anakku.
*Suamiku datang menemuiku ketika anak-anakku masih lagi berada di sekolah. Dia memohon kemaafan kepadaku kerana membuat keputusan terburu-buru. Dia memberitahuku bahawa selama ini dia telah di perdaya oleh rakan-rakannya yang iri hati dengan kejayaannya. Aku telah lama memaafkan dirinya. Dia juga memberitahuku bahawa Azmi telah menceritakan segalanya dan merungkai segala salah faham yang berlaku antara kami. Aku berFaww ur kerana Allah membuka jalan kepada suamiku untuk pulang ke pangkuan anak-anakku pada suatu saat dimana aku harus pergi tinggalkan mereka semua. Penderitaanku ini biarlah menjadi rahsia sehingga tiba saat untuk aku menemui Illahi. Aku yakin anak-anakku pasti akan tabah dalam menghadapi ujian Allah pada masa mendatang.
Share this novel