BAB 6: Idlan..

Drama Series 28608

Cuaca mula menjadi redup dek senja yang makin mendatang. Burung-burung mula terbang ke sana-sini untuk pulang ke sarang. Jam menunjukkan pukul 4.00 petang.

"Ok,semua. Sampai di sini sahaja kursus kita. Saya harap apa yang saya sampaikan tadi diamalkan oleh kamu semua dengan cermat, ya? Assalamualaikum.."

Dengan itu berakhirlah kursus itu setelah berjam-jam lamanya. Dah kebas dah punggung Fatin dek kerana berjam-jam duduk di kerusi. Fatin pun apalagi terus dia bangun dari kerusi selepas sahaja ucapan penutup tadi berakhir. Dia bersenam sikit meregangkan segala sendi yang lenguh. Berderap-derap bunyinya.. Perbuatan itu membuatkan dia lambat. Fatin baru sedar yang bilik itu sudah kosong dan yang tinggal dia dan lelaki hot tu. Meremang bulu roma dia takut diapa-apakan oleh lelaki berbadan sasa itu. Cepat-cepat dia mengemas segala barang yang dikeluarkannya tadi. Tiba-tiba pen yang digunakannya tadi bergolek jatuh dari meja. Fatin mengeluh sedikit. Dia menunduk dengan perlahan untuk mengambil pen itu. Biasalah tundukan terpaksa. Apabila dia bangun jantungnya hampir terhenti.

" Mak Kau HOT!!! " termelatah Fatin di situ.

Lelaki hot tersebut sedang duduk di kerusi sebelahnya. Mata Fatin terbeliak. Peluh yang mencurah keluar dari dahinya melilih jatuh. Nafasnya makin laju.

' Alamak! Apa pulak mamat ni buat kat sini? Nak terjah aku ke sebab aku perhatikan dia tadi ke?' tanya hati Fatin.

Tiba-tiba lelaki hot itu menoleh ke arahnya. Fatin menelan air liur. Lelaki itu berdiri. Fatin ke belakang. Kaki lelaki itu mula melangkah sedikit demi sedikit ke arah Fatin. Fatin makin lama makin ke belakang.

'Ya Allah!! Selamatkanlah aku!!!' jerit hatinya.

Matanya ditutup rapat. Saat ini dia sangat mengharapkan yang dia ada tali pinggang hitam dalam taekwondo ke silat ke karate ke. Tak kisahlah! Asalkan tali pinggang hitam. Tiba-tiba...

" Hahaha.. Awak takut ke? Sorylah.."

Fatin tersentak. Matanya mula terbuka. Kelihatan sehelai sapu tangan berwarna pink terpampang betul-betul di depannya. Senyuman yang ikhlas terukir di wajah lelaki hot tersebut. Senyuman itu menampakkan gigi taringnya.

"Nah, awak terjatuhkan sapu tangan ni kat depan tandas tadi.." kata lelaki itu.

Fatin termenung seketika.

'Comel jugak mamat ni..' kata hatinya.

Degupan jantung Fatin makin laju. Lelaki itu hanya memandang Fatin yang sedang membeku kat situ. Si Fatin ni pun bukan reti nak cover.. Boleh pulak dia buat drama sinetron kat depan lelaki tu.. Lelaki itu memetik jarinya di depan mata Fatin.

"Assalamualaikum! " kata lelaki itu.

Fatin tersedar. Dia memandang lelaki itu. Sekuntum senyuman diberi kepada lelaki hot itu. Tangannya bergerak mengambil sapu tangan itu.

" Terima kasihlah.. Ni memang sapu tangan saya pun. "

"Sama-sama. Nasib baik saya jumpa kalau tak.. hmm." perli lelaki itu.

Fatin hanya mampu menghadiahkan lelaki tersebut senyuman kelat apabila kata-katanya berdesup masuk ke dalam telinga Fatin. Lelaki itu mula melangkah pergi. Fatin tersentak.

"Encik! Kita pernah jumpa ke kat shopping mall dulu?" tanya Fatin.

Riak wajah lelaki itu berubah. Terkejut.

" Ooh. Inilah minah jalan sambil tidur sampai terlanggar saya tu kan?"

Kata-kata itu berdesup bagai guruh ke dalam telinga Fatin. Hati Fatin terbakar.

' Baru nak puji dia dah buat balik perangai poyo dia tu. Hisy!! Geramnya!! 'jerit hati Fatin.

Lelaki itu tersenyum sinis. Fatin mengecilkan matanya. Begnya direntap dengan pantas sambil kakinya terus melangkah laju meninggalkan lelaki hot itu. Matanya sempat menjeling tajam ke dalam mata lelaki itu semasa dia membuka pintu. Lelaki itu mengenyitkan mata kanannya. Ting! Fatin tersentak. Semua caci maki memenuhi hatinya. Pintu itu dihempas sekuat mungkin. Lelaki itu ketawa sedikit. Diorang yang bergaduh pintu yang jadi mangsanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hisy!!! Geramnya!!!" pekik Fatin.

Dato' Rohan hanya mampu ketawa berdekah-dekah melihat gelagat anak gadisnya itu. Fatin menjelingnya. Hati Fatin sedang panas membakar dia boleh ketawa pulak. Memang cari nahas!

"Papa ni! Orang tengah marah ni! Boleh ketawa pulak.. Tak kesian ke anak papa ni.."

Kata Fatin sambil menyedut hingus yang tiada itu. Dato' Rohan memandangnya dengan senyuman yang lebar. Apa-apa jelah gelagat anak gadisnya itu...

"Alololo.. Jangan nangis. Bukan sengaja dah memang kelakar nak buat macam mana papa ketawa jelah. Lagipun papa boleh buat apa je? " kata Dato' Rohan sambil menjeling ke arah Fatin.

Fatin membuat muka.

" Hah! Tengok tu muncung dah tumbuh!! " pekik Dato' Rohan bergurau.

Namun kalau diukur muncung si Fatin tu memang dah nak dekat sedepa. Sekali tengok dah macam 'platipus' dah.. Dato' Rohan ketawa berdekah-dekah.

" Isy!! Papa ni!! Tak baik tau! " rengek Fatin.

Lagi memanjanglah muncung si Fatin tu. Dato' Rohan mengelap setitis air matanya yang keluar disebabkan terlalu kelakar.

"Yelah.. tapi comel apa platipus." perli Dato' Rohan lagi.

Fatin hanya menjelingnya. Dia terus bangun dari sofa dengan pantas. Dato' Rohan hanya tersenyum nipis.

"Nak pergi mana tu?!" pekiknya.

Fatin yang sudah hampir ke tangga menoleh dengan muka yang berkerut. Merajuklah tu!

"Nak tidur! " kata Fatin.

Fatin terus menoleh selepas sahaja kata-katanya diakhiri. Dato' Rohan yang tidak dapat menahan ketawa terus ketawa dengan kuatnya. Fatin menjeling. Sakit je hati bila dapat papa macam ni.. Kakinya terus melangkah dengan laju meninggalkan papanya yang masih ketawa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Disebabkan ketidak puasan hati Fatin. Cerita itu pun diimport ke pejabat. Tapi..

"Hahahaha!!!!"

Nairah ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Fatin. Fatin dihadapannya hanya mampu menjeling. Kelakar sangat ke cerita ni? Agaknya kalau masuk Maharaja Lawak Mega menang tak?

"Seriuslah dia buat macam tu?" tanya Nairah sambil mengelap air matanya.

Fatin yang tadi bermuka tegang menghembuskan keluhan yang berat. Dari papa sampailah ke kawan sama je perangainya..

"Ye.. Hisy, aku rasa macam nak tumbuk je mamat tu. "kata Fatin sambil menumbuk telapak tangan kirinya.

Nairah tersenyum sinis.

" Ha, tumbuklah. Biar sampai ke hati. Mana tahu boleh pecah ke pintu hati lelaki hot kau tu! " kata Nairah.

Riak wajah Fatin terus berubah. Nairah tersentak.

' Aku salah cakap ke?' tanya hati Nairah.

"Weyh Fatin, aku tersalah cakap ke?" tanyanya dengan penuh berhati-hati.

Manalah tahu kalau salah cakap nanti tertekan butang Singa kat mindset si Fatin tu. Mati Nairah kat situ.. Keluhan yang berat keluar dari mulut Fatin.

"Kau tahu kan yang aku dah nak.."

Tiba-tiba pintu diketuk. Mereka berdua tersentak. Siapa pulaklah yang mengetuk pintu waktu tengah feeling-feeling ni.. Mereka saling berpandangan. Fatin pun berdiri untuk membuka pintu. Selepas sahaja Fatin membuka pintu..

"Idlan?!" pekik Fatin di situ.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience